09 November, 2017

Silap Transfer,M2U & kisah orang berhati mulia.


Ini kisah yang berlaku 3hari lepas,aku nak coretkan disini untuk kenangan aku.Isnin malam aku perlu transfer duit sebanyak RM350.00 dari akaun Maybank aku menggunakan applikasi M2U yang memang aku install dalam hp aku.

 

Aku buat transfer under option Favorite Payee –scroll down nama suami aku & rasa macam betul dah klik nama dia.Since nombor akaun suami aku dah Add As Favorite Payee makanya tiada TAC passcode diperlukan untuk transaksi tersebut.Bila transaksi berjaya baru aku perasan akaun yang aku transfer adalah akaun sebuah Badan Kebajikan yang aku memang add sebagai Favorite Payee jugak.Usually aku memang simpan banyak no akaun rumah kebajikan-sebagai instrument aku nak bersedekah,membersihkan rezeki bak kata Ustaz Ebit.Mengelabahlah jugak aku, sebab melibatkan duit en papa.Dan RM350 itu jumlah yang agak besar untuk aku ganti semula duit en Papa.W/pun suami isteri hutang tetap hutang.

 

Aku call Maybank hotline.CS advice untuk aku isi borang di mana-mana cawangan Maybank terdekat keesokan harinya.Dan dia inform prosesnya agak leceh jugak sebab Maybank akan call Pemegang Akaun (akaun yang aku silap transfer tu) untuk buat pengesahan-jika diberi pengesahan barulah bank boleh contra debit akaun penerima & refund semula pada aku.Jika penerima refuse untuk transaksi reversal ni,sila paham2 sendiri yang duit ko kira sadaqallahuladzim!!Aku plak esoknya nak ke Senawang,celah mana pulak aku nak cari Maybank.So aku google berkenaan Rumah kebajikan tersebut.Jenuh jugak,Aku kena counter check dengan no akaun yang aku simpan dengan website berpuluh rumah kebajikan yang ada kat Malaysia ni.Masalahnya aku selalu amik no akaun yang viral dalam Facebook so aku tak pasti yang mana satu rumah kebajikan ni,.Sakai kan?

 

Cari punya cari,aku jupe satu nama,website & akaun no untuk sumbangan yang match dengan akaun yang aku silap transfer tu.Terpaksalah tebalkan muka..Aku terus buat panggilan telefon kepada salah satu no yang ada.Seorang lelaki jawab tel,aku pun story lebih kurang & dia beri aku satu lagi no tel untuk berhubung terus dengan Admin Akaun.Aku pun call no yang dia beri,cerita semula.Dia dengan senang hati suruh aku whatsapp bukti transfer ,beserta akaun no .Aku pun buat spt yang dikehendaki.Tak sampai 10minit Admin tu transfer semula ke akaun aku,Sujud syukur!Alhamdulillah.

 

Segan jugak mintak duit kita sendiri w/pun tak bertentang mata.Seriously,kalo aku ada duit-aku halalkan aje-aku anggap aje duit RM350 tu mmg duit rezeki rumah kebajikan tu,.Masalahnya nak menunggu gaji hampir 3 minggu lagi,itu adalah misi mustahil.Apapun terima kasih banyak2 kepada Puan Musshidah dari Rumah Kasih Nurul Hasanah.Semoga Allah permudahkan urusan Puan sebagaimana Puan memudahkan urusan saya & dimurahkan rezeki hdknya buat Rumah Kasih Nurul Hasanah.

 

Moral of the story, berhati2 bila buat transfer yea kawan2.Jangan over confident macam aku yea.Almaklumlah umur nak masuk 4 series ni,blur semacam.

 

Ehh semalam aku meroyan pasal kereta kan..dalam masa yang sama aku google tentang Ertiga-tetiba rasa macam nak letak dalam wishlist.Esok aku sambung merepek pasal ni kalo rajin.

 

 

08 November, 2017

Drama sgt ko si Putih


Semalam aku ada tugasan kerja di Senawang.Pagi2 pulak kawasan perumahan aku black out-mujur baju sekolah anak dah siap iron cuma tudung aku aje yang belum sempat iron.Baju aku belasah aje baju yang jenis tak perlu iron segala.Jenuh plak semalam,dengan hujan pulak pagi semalam-dengan nak hantar Adeeb ke taska pulak.Sedikit huru hara aku jadinya.

 

Aku memandu menggunakan highway Elite Putrajaya-KLIA-Senawang.Aku bawak tak laju mana,tak cecah 100km/j pun sebab dok risau jalan licin kerana masih hujan.Selamat sampai ke Senawang dalam 1jam tanpa berhenti dimana2 perhentian RNR.Pukul 3.15pm keja aku dah settle kat Senawang so aku bertolak semula untuk pulang ke rumah.Baru masuk highway-baru smp ke Bandar Ainsdale temperature kat dashboard tu blink2 warna merah.Aiyokhhh seram mak!Nak stop kat roadside aku adalah penakut sebabkan kereta area situ laju2 dan ada potensi aku jadi mangsa in case ada manusia2 yang suka amik kesempatan diatas kesusahan aku time tu.Aku nampak stesen minyak tak jauh dari Bandar Ainsdale-aku stop betul2 sebelah stesen minyak & call heroku “en papa”.En papa advice aku stop kejap, bukak bonet depan & tengok coolant-tengok ada air atau tak?Dan dia advice aku jalan pelan2 menuju ke RNR terdekat sebab bahaya aku sorang2 kat situ.

 

Dengan lafaz bismillah & tak lekang mulut aku sebut “LAILAHAILLAHANTASUBHANAKAINNIKUNTUMMINAZZOLIMIN” sebab aku pernah terbaca jika kita dalam kesulitan-kita bacalah Dzikir ni berulang2 kerana tiadalah pengharapan selain daripada mengharapkan bantuan dari Allah SWT semata2 semoga dipermudahkan aku hdknya.Aku masuk highway semula-dalam 10 minit aku sampai ke RNR Seremban.Aku stopkan enjin,pegi toilet & makan.Aku tetap positifkan diri sebab aku tgk tangki coolant air masih ada ½ dan dok intai kat bawah kereta tak nampak sign air menitik menandakan leaking dimana2.

 

Adalah 30 minit aku melepak kat situ & memulakan perjalanan semula untuk balik rumah.Tak sampai 10minit kereta gerak-temperature sensor blink2 semula.Aku bawak habis slow wpun jenuh kena hon dengan kereta/lori belakang sebab slow-Slow tak slow pun dalam 80-90 km/j sebab kenderaan kat situ pakat laju2 belaka.Memang makan hon aje aku semalam tapi aku buat bodoh aje sebab aku dok lane paling slow dah tu-ko nak laju sila beralih ke lane kanan,bodoh!Aku istighfar banyak2,tak berhenti dzikir yang atas tu-sebab next RNR yang terdekat 30 minit jaraknya dari situ.Aku memang taknak stop kat roadside atas alasan2 keselamatan & aku pulak bersendirian-perempuan pulak tu.Aku gigih jugak memandu seslow yang boleh,offkan a/c & off radio-bukak tingkap sikit untuk angin.Kemujurannya tak hujan petang semalam & cuaca tak terik sgt.

 

Temperature still blinking sampai di RNR Dengkil dan aku yang degil ni takmo berhenti sebab jarak RNR Dengkil dengan exit Putrajaya hanyalah 5minit jauhnya.Aku pelan2 bawak sampai ke Plaza Tol Putrajaya.Elok aje aku lepas TouchnGo lane-terus hilang temperature blink2 tu.Sakai !!So aku buat kesimpulan dengan pengetahuan cetek yang aku ada mengatakan Sensor Board untuk Temperature ni dah kaput.Perlu ditukar..hahaha!!Cerdik sgt ko kan,kalah pomen kan.Kereta VIOS aku ni usianya dah masuk 8 tahun & macam2 penyakitlah dia mai satu persatu.Tapi kereta ni sangat berjasa pada kami sekeluarga.Pernah accident sekali sahaja,bulan 5 tahun ni.Merasalah aku car-less seminggu sebab tunggu insuran claim.Menangis weeeii takde kereta!Patah kaki..

 

Pagi ni bercerita dengan mak kisah kereta aku ni.Mak cakap “kamu kena cepat2 tukar kereta kamu tu,lagi lama pakai-lagi macam2 penyakitnya”Marilah berhuhuhuhu..Hajat nak beli kereta baru memanglah dah lama ada Cuma en papa tak berani nak tambah komitmen lagi buat masa ini.Tapi tak taulah,kot esok lusa en papa terbuka hati nak beli kereta baru kan..wallahuallam.

 

So petang2 ni ke aku akan ke workshop-tengok apa kata si Neoh tu pasal si Putih kesayangan kami sekeluarga ni.Semoga rosaknya tak merosakkan atau meranapkan poket mama /papa yea.Kami nak pakai duit ke Penang 2 minggu lagi…uwaaaaa!!

 

Tumpang doakan yang baik2, semoga Allah murahkan rezeki aku suami-isteri-semoga ada rezeki nak beli MPV hendaknya.Hidup zaman PM yang bijak laksana ni,kita rakyat marhaen pun kena bijak berbelanja jugak.Paham2 sudah!!

 

 

*ada sapa2 nak sedekah Mitsubishi Outlander yang merah ni?

 

 

 

06 November, 2017

Sakit Jantung!


Menelek result exam 2 anak dara, macam2 rasa ada.W/pun bukan result penuh lagi but still mak ko sesak dada,sakit jantung sumer mai dah.Result Auni memang excellent,the lowest marks dia dapat adalah 88% untuk DST & English 1,selebihnya 90% +.Dia mmg budak yang cerdas sikit,senang tangkap kata orang.Belajar tak seberapa tapi dia memang boleh buat.Result Ain-sumer subjek Agama dia lulus cemerlang-90% ke atas.Sejarah,Sains & Maths masing2 dpt C sahaja.English writing D.Tintong terus mama ko nak!

 

Mulanya aku ada rasa sesak juga dada tgk result Maths Ain sebab kami suami isteri memang all-out study sama dia untuk paper Maths,rasanya 2 bulan sebelum exam lagi.Kami print berbelas set PAT untuk Ain latih tubi.Hampir setiap hari kami ajar dia,mesti siapkan latih tubi 1 set setiap hari dengan bantuan aku @ papanya.Belum lagi termasuk kertas lain.Tapi memang kami tekankan pada Maths sebab nampak dia lemah subjek tu.So bila tgk result dia,both of us(aku & papa) agak kecewa jugak sebab kami expected after those series latih tubi obviously nampak dia boleh buat tanpa bantuan kami.Kami harap at least dia dapat maintain B sama macam Ujian Pertengahan Tahunhari tu.But still,she cant handle the test..Kalo aku yang frust apatah lagi papanya yang memang monitor anak kesayangannya 24jam tu..We really hopes with good grade she can slot in to upper class instead of 4th class rite now, with expectation that once she mingle with those “good student” she will be able to challenge herself to score for better grades on next year UPSR.What to do,hancur berkecai harapan mama-papa… L

 

Aku istighfar panjang2, kegagalan dia bermakna kegagalan kami jugak sebagai ibubapa.Aku mohon keampunanmu,Ya Allah.Ilhamkan kami jalan terbaik membantu anak kami ni.Mungkin doa kami berdua tak makbul atas semua dosa & khilaf kami atas muka bumi ini.Permudahkanlah hendaknya..

 

Kenapa kami berdua cuak semacam?Sebab Ain akan UPSR tahun depan,kami ada hajat nak masukkan dia Sekolah Berasrama Agama –melihatkan syarat kemasukan yang panjang berjela,ada sedikit cuak disini.Mampukah anak kami bersaing untuk satu tempat dalam berpuluh ribu permohonan nanti.Ain memang kami tak hantar kelas tuisyen,kami suami isteri yang mengajarnya.Dengan jadual dia yang packed pagi petang sekolah,sangatlah kejam rasanya nak hantar tuisyen malamnya pulak.Masa mana dia nak berehatnya.Suami ajar Ain Maths ,subjek agama.Aku ajar English,BM serta ajar dia buat nota untuk memudahkan dia mengingat fakta.

 

Tapi rasanya tahun depan aku kena cari seorang personal tutor yang boleh ajar Ain,takperlah bayar mahal pun as long as dia boleh tunjuk sedikit kemajuan.Mana tau dengan bantuan tutor dia mahu nak belajar,bila belajar dengan kami berdua banyak sangat mengelatnya.Nak makanlah,nak siapkan homeworklah..bla..bla..bla..Pengsan!!

 

Kami suami isteri sangat flexible tentang jadual belajar anak2, dan anak2 tau masa bila kena bukak buku.Kami sendiri belek homework anak tetiap malam,no gadget during weekdays-diorang hanya boleh pegang hp/tablet sabtu & ahad sahaja.TV pun anak2 kurang tengok.Cuma masing2 kurang fokus mengulangkaji terutamanya Ain.Auni kes terpencil,dia mmg lain sikit kalo nak bandingkan dengan Ain.But still Auni tak terkecuali dalam urusan kami sbg ibubapa-dia tetap kami pantau jugak pelajarannya samada di SK mahupun SRA.Kami berdua tak amalkan double standard-masing2 kami dah janjikan hadiah yang sama jika reach sekian2 target.Tak solat ,2-2 pun kena sebat,Cuma selepas ini kami kena mulakan pendekatan lain utk Ain & Auni.Kena focus untuk bantu Ain sejauhmana yang kami mampu.Lebih2 lagi Ain akan exam besar tahun depan.Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua suami-isteri bantu anak sulung kesayangan kami.

 

Untuk Ain,mama & papa tak marah Ain gagal kali ni.Mama nak Ain belajar dari kesilapan.Tiada manusia yang tak pernah buat silap & tiada manusia yang terus naik ke puncak tanpa bersusah2 dahulu.Semoga Ain belajar sesuatu dari kegagalan ini & bertekad untuk terus berusaha dengan lebih gigih tahun depan.Kita lupakan sahaja apa yang dah berlaku tahun ni.Kita terus melangkah gagah untuk tahun depan.

 

Mama & papa akan cuba apa yang boleh untuk bantu Ain.

 

Ain anak kesayangan kami,semoga Ain jadi contoh yang baik untuk Auni & Adeeb.Semoga niat mama nak Ain ke SMA nanti Allah permudahkan.Ameen Ya Rabbal Alamin.

 

 

 

 

 

 

17 October, 2017

Racistkah kita?


Happy Deepavali esok untuk mereka yang beragama Hindu.Dan selamat bercuti untuk kita yang tak menyambutnya.

 

Takleh recall kawan2 yang bangsa India masa zaman sekolah dulu..kalo tak silap ada seorang masa duduk kat Cochrane dulu,namanya Subashini (dia jiran belakang rumah kami) & ada sorang lagi-memang tak leh recall langsung..rambutnya pendek aje..masa aku Tahun 5 aku pegi sekolah sama dia (SK JALAN PEEL tahun 1989),aku pergi rumah dia-dia memanjang siap lambat –aku kena tggu dia makan dulu baru lah pegi sekolah sama2.Aku masih ingat lagi,rumah dia kemas sgt.Maknya full time housewife & karinya sangat sedap.Aku pernah diajak makan sekali.Masa kecik dulu,semua bangsa boleh jadi kawan baik.Sumpah aku lupa namanya!!Petang2 kami kayuh basikal sama2 keliling taman.Dulu ada basikal dah kira hebat sgt,aku memang akan mengayuh basikal berjam2 sehingga maghrib.Kalolah dia terjumpa blog aku ni..kan seronok kalo dapat jupe semula.

 

Kenapa dulu2 masa kita kecil kita bebas & tak kisah nak berkawan dengan apa bangsa pun?Berbeza bila kita dah masuk Uni @ dah masuk alam pekerjaan kita mula membentuk puak kita sendiri.Aku dah bekerja dengan banyak organisasi,dan aku melihat pattern yang sama setiap kali aku masuk ke organisasi.Yang melayu dengan puak melayu sahaja,yang Cina dengan bangsa riuhnya shj & begitu jugak India-mencari bangsa dia jugak.Kitakah yang racist @ budaya kitakah ini?Budaya yang diperturunkan dari senior kita dulu2.

 

Aku masih ingat aku ada seorang kawan baik masa Form 3 SEMERA berbangsa Cina-namanya Lee Ket Keong-surprisingly kami in-touch sehinggalah dia melanjutkan pengajian ke Australia.Sangat baik,even aku masih terasa betapa seronokmya berkawan dgn dia dulu.Takde prejudis,dialah cikgu Maths aku masa aku Form 3 & aku mengajar dia BM masa tu.Kami partner untuk Minggu Sains,buat buku skrap sama2 & kami menang masa tu.Allahuakhbar..indahnya persahabatan kami masa tu.Tp bila aku mula bekerja,kesibukan bertambah bila dah kawin & beranak pinak aku terus lost contact dengan dia.Tetiba rindu dengan sahabat lamaku ini..mari kita google ..sekarang dunia dihujung jari..semua boleh!

 

Deepavali mungkin takde makna apa2 pada kita yang beragama Islam melainkan kita tahu yang Deepavali means cuti umum.Dan sehari suntuk kita akan layan citer Hindi semua channel kat TV.But still as Malaysian,kita sambut semua perayaan kot.Kita still suka makan kuih bulan yang versi Halal ,aku jugak memang peminat no wahid makanan style Cina-kita jugak tak kisah melepak lama kat kedai mamak cari roti nan ataupun rasam.Budaya memperkayakan makanan sangat mudah diasimilasikan dalam hidup rakyat Malaysia ni.Jadi janganlah kita jadikan jurang agama & bangsa mencari kawan.Banyak yang kita boleh belajar melalui pergaulan dengan bangsa lain,bangsa Cina dengan skill bijak meniaganya & India dengan skill bercakapnya.India antara bangsa yang pandai negotiate walaupun kadang2 ko pening dengan point yang dia nak bagitau tapi still diorang bangsa yang hebat dalam komunikasi/persuation.Sebab tu lawyer ternama kebanyakannya berbangsa India.

 

Aku ajar anak2 untuk berkawan tak kira bangsa mahupun agama,hormat semua orang.Jangan jahat mulut,kawan baik2.Berkawan sebenarnya bagus untuk social interaksi development anak2,biarkan dia berkawan.Kita pantau dari jauh semoga anak2 kita terpelihara daripada segala bentuk anasir luar yang boleh merosakkan anak2 kita.Kitalah yang membentuk anak2 kita,sebab budaya racism ni selalunya terbentuk luar jangkauan dalam keluarga kita sendiri.Tak percaya,sila tanya anak2 kita?Ada tak kawan India @ Cina dalam kelas?Jika tidak tanya jugak kenapa?

 

Mari kita tukar budaya racism ni,kita boleh mencuba dengan anak2 kita sendiri.Anak2 kita acuan kita,jika bulat acuannya-bulat jugak hasilnya nanti.

 

Again,ketepikan perbezaan-carilah titik persamaan.

 

Kan kita 1MALAYSIA




 

 

 

 

 

16 October, 2017

Bersangka baiklah mama!


Sejak raya haji lagi kakak ipar ada bgtau kami yang nak datang KL tumpang rumah kami,sebab dia berkursus di Putrajaya.So bila kakak ipar dah bagitau, of course kita pun seronok nak menyambut tetamu.Bak kata nabi.tetamu datang bawak rezeki,keluar bawak dosa tuan rumah.Wallahuallam.

 

Preparation was done much more earlier,mengemas atas bawah,even husband terpaksa repair 1 lagi toilet supaya boleh memudahkan tetamu kami nanti.Lauk pauk segala mak nenek aku dah start beli dari hari Sabtu lagi.Aku memang beli banyaklah,double daripada seminggu punya bajet.Punyalah excited kan..Seronok kalo orang mari rumah kita ni.En papa beli tikar baru,abiskan duit utk benda yang bukan keperluan semata2 nak bagi tetamu kami selesa.Yea mmg boleh tggu nak repair itu-ini,bukanlah keperluan sgt kalo tak kerana tetamu nak datang bertandang ke rumah kita.

 

Kita ni punyalah seronok nak raikan tetamu,kita nak orang selesa duduk rumah kita.Biar dia seronok kekdahnya.Macam kita nak duduk hotel,bukan main bersih bilik masa check in kan..kita rasa diraikan.Cadar bersih tegang elok,bilik kemas, siap coffee bar..seronok rasa hospitality tu.Sebab itu harga bilik semalam kat hotel mencecah beribu pun ramai sanggup bayar,sebab apa kita reward diri kita dengan keselesaan.Kita suka dilayan,itu fitrah manusia.

 

So maghrib semalam kakak ipar datang satu family bersama anak saudara suami yang mengaji kat UIA tu..aku memang masak banyak..kari ayam,patin tempoyak,ikan bakar.Lepas makan Kakak Ipar bagitau dia sekeluarga nak tido hotel kat Putrajaya..Kami laki-bini pandang sesama sendiri.Tapi kami hormatlah keputusan dia,mungkin lebih selesa, lebih memudahkan bagi dia berbanding duduk rumah orang kan.Itu hak dia,siapalah kita nak menghalangnya.

 

But still,aku lebih prefer kalo diberitahu lebih awal.Aku bukan apa tak suka simpan lauk banyak2 dalam freezer,ni bila dah takde tetamu..mana nak masak banyak2.Kami anak beranak makan ikan 2 kerat pun cukup dah sekali makan,kalo goreng ayam pun 4 ketul tak abis.Simpan lauk lama2 tak elok,tak sedap dah masak nanti.So plan aku masak banyak2,sedekah jiran tetangga.Mungkin takde rezeki nak raikan tetamu tapi ada rezeki nak sedekah pulak kan..I/allah.

 

Pelajaran disini,mesej kena jelas.Kita tak tau apa yang orang lain dah buat semata2 nak meraikan kita.Sanpai en papa demam urat hari ni,mengemas ,bertukang punya pasal..Sebab itu aku kalo boleh nak pegi rumah sedara-mara/adik beradik aku elakkan utk bermalam,aku akan bagitau nak singgah kejap aje.So kita taknak menyusahkan tuan rumah nak melayan kita yang 5 beranak ni,tak perlu nak susahkan orang nak berhabis duit nak menjamu kita.Kita pun faham,kos bahan masak bukan murah sekarang ni.Selagi boleh tak mau menyusahkan sapa2,kita elakkan.Lainlah kalo balik kg sendiri,kita masak sendiri,kita beli barang sendiri.Itu lain citernya.

 

Aku takdelah rasa apa sgt, tapi bila melihatkan en papa jatuh sakit pagi ni semata2 sebab nak meraikan kakaknya.datang,terasa jugak dalam hati.Kesian suamiku.,semoga Allah beri kesembuhannya.

 

Blog post aku ni sekadar luahan hati aku,tak perlu sesiapapun yang mengiyakan @ menidakkan post ni.Cuma amik pengajaran dari kisah aku ni,mesej kita kena jelas walau dalam apa keadaan pun.Semoga kita memudahkan semua orang dalam urusan kita seharian.Dan berusahalah kita sehabis baik menjaga tali silaturrahim seerat mungkin,kerana pernah terbaca,Untuk menjamin kemurahan rezeki kita,jagalah tali persaudaraan kita sesama adik beradik mahupun saudara mara.

 

Wallahuallambissawab

 

Semoga Allah melindungi kita dari tipu daya syaitan yang direjam dan melindungi kita dalam rahmatNYA.

 

Ameen Ya Rabbal Alamin.


*scrolling gambar bilik hotel,buat motivasi nak bawak anak berjalan cuti2 malaysia!

 

 

 

 

10 October, 2017

RM500 sahaja,titik!

 

Start minggu lepas lagi aku dah survey nak beli katil & tilam baru utk Ain & Auni.Katil yang  Ain & Auni pakai sekarang ni,dah roboh kepala katilnya,en papa pun dah remove bahagian bawahnya kecuali tinggalkan kayu pengampu tilam aje.Kesian pulak aku menengoknya.Sedangkan bilik aku & suami, bukan main cantik lagi katil,tilamnya.Bilik anak..sedih nak sebut.Katil tu pun katil pertama yang kami beli sejak kami kawin,Ain tak lahir lagipun.Harus dekat 12 tahun usianya.Sementelah bajet mama tak ada banyak,aku ada RM500 aje nak kuleburkan utk beli 2 benda ni aje.Mula2 tgk iklan dalam Explorer-rega bedding set hanya RM399 kat USJ 21.Ahad lepas aku gi sana,rupanya kena beli set tu & kena tambah lagi 600 untuk rega tilam,Wpun dalam iklan dia tulis ada sekian2 harga utk tilam mengikut jenis.Aku ingat kita leh pilihlah jenis tilam yang kita nakkan..rupanya haram!!

 

Disebabkan aku rasa iklannya sangat sakai,menipu sangat..so aku opt nak beli thru Lazada.But masalah dengan Lazada plak,aku susah nak arrange availability nak menunggu orang tu hantar sbb kami suami-isteri bekerja & suami hanya ada kat rumah pukul 3 ke atas.Wpun ada yang aku nampak murah tapi bila + kos pengangkutan,rasa macam mahal jugak.

 

So hari ni aku merayau ke Puchong Prima, menjengah satu kedai Pakistan.Saje cari pasal & mencuba nasib kot ada yang betul2 murah kan.

 

Pakistan: cari apa kakak?

 

Aku: saya nak cari tilam Queen spring & katil Queen murah2

 

Pakistan: berapa bajet kakak?

 

Aku: RM 500.00 sahaja

 

Ajak aku naik atas, tgk showroom.Takdelah banyak sangat pilihan dah kedai pun shoplot 2 tingkat gitu.

 

Dia pun tunjuk katil warna hitam & tilam Queen Spring.

 

Pakistan: ini set 899.00 sekali tilam

 

Aku: saya hanya ada RM 500.00, kalo you boleh nego sikit..saya kasi you cash RM 500.00.kalo tak saya canx,saya mau cari kedai lain.

 

Pakistan: Oklah kakak,jangan itu macam saya kasi RM500.00.Tapi mesti bayar cash.Ada GST jugak,kakak

 

Aku: Ok,you hantar saya punya rumah ini petang,saya bagi cash sana.Sekarang saya takde draw cash lagik.

 

Begitulah lebih kurang perbualan aku dengan Pakistan tu,A good bargain!Ko dapat jual barang,aku dapat barang yang aku nak dengan harga yang aku mampu.Takmo hutang2,kot mati esok lusa sapa nak tolong bayar plak tu?

 

Senang cerita,you take it or leave it.Itu aje bajet yang aku ada.Nak beli mahal2, tggu duit berkepuk turun dari langit,Bagi aku,jenama bukan keutamaan kalo setakat nak tido.Aku lebih perlukan ciri keselamatan,dan keselesaan buat anak aku.Rega mampu milik Jadikler nak..ada rezeki kita ganti elok lagi.

 

Kat rumah tu,ikut hati banyak benda nak kena ganti.Sofa kulit yang dah mula koyak kulitnya,pintu cabinet dapur yang dah tercabut pintunya.Frame pintu utama yang reput dimakan anai2..Fuh..pening nak kira duit Ringgit tu.Awal tahun hari tu,aku dah tukar meja makan rumah kami yang dah berusia 9 tahun lamanya,Punyalah lama aimed Bjursta IKEA,awal tahun tu aku beli satu- tutup mata masa bayar kat kaunter.Puas hati walaupun mahal sikit.Dan aku beli display cabinet; Billy + glass door.Nak hujung tahun ni beli set katil bilik Ain & Auni plak.So 2017, jumlah perabut paling banyak kami beli.Itupun abis sifir pakai ni..supaya memenuhi piawaian marhaen yang nak rumah lawa jugak ni!!Jadiler tukar pelan2, nak tukar sekaligus mama /papa bukan orang senang nak oiiiii..

 

So tahun depan, mungkin nak laburkan sedikit duit tukar pintu utama & pintu dapur bersama framenya,tukar tiles kar dapor sebab sakit hati dengan tiles jenis licin tu serta kalo ada rezeki lebih beli sofa baru,cabinet tv & MALM 6 drawer yang merecik sgt tu!!Semoga Allah murahkan rezeki kami hdknya.Ini plan jangka panjang,still bukanlah beli sekaligus.Aku bajet within 12 bulan tahun 2018-boleh diusahakan.Apapun target kita biar realistik,kawan2.Jangan target macam mat jenin,itu bukan target itu berangan namanya.Takperlah saving pelan2,dapatkan idaman hati sebagai reward penat keja kan..apalah salahnya sekali sekala.Lagipun barang2 ni bukan kita pakai untuk seorang aje,satu rumah boleh guna.So aku masih berpegang pada prinsip Worth Buying lagik!

 

Takpelah berangan dulu,mama.Kita usahakan semoga satu hari angan2 akan jadi kenyataan.Tak sabar tgk reaksi anak2, tengok katil baru diorang sampai petang ni.Kadang2 bila anak ucap Terima Kasih Mama tu pun mama dah rasa seronok sangat, itulah mama kan!!

 

 

 *mama snap kat kedai perabot tu tadi..katil utk anakanda Ain & Auni

 

03 October, 2017

Ain-UPKK @ big day


Finally, semalam hari yang ditunggu2 tiba.UPKK hari 1 untuk Ain akan bermula 2pm hari ni.Ini pengalaman pertama untuk Ain menduduki ujian besar & begitu juga dengan aku serta suami –kami ibubapa yang pertama kali merasa pengalaman debar anak nak masuk exam besar.Thrill ok!

 

Sekolah buat extra class back to back- even malam ni sampai Rabu pun ada lagi.Sekolah pun haruslah diorang pun ada % expectation utk Mumtaz..w/pun kesian tgk Ain penat tapi aku paksa jugak dia pergi sebab kalo kat rumah,nak mengadap buku jenuh berperang dengan en papa.

 

Trial yang lepas Ain scored 5A3B, so this time kitorang laki bini encourage dia untuk at least dapat 6A2B ke..takdelah dahsyat sangat mama kan..nak harap anak score straight 8A,kita pun tau kemampuan anak2 takat mana but still mama doakan semoga Ain dipermudahkan jawab kertas soalan Sirah petang ni.

 

Membesarkan Ain sangat mudah bagi aku,dia jarang sakit.Masa kecik dulu ,75/2007 itulah pertama kali dia masuk wad sebab dia cirit birit sampai keluar darah.Lepas tu setakat demam,batuk,flu..bila dia start umur 3-4 tahun baru perasan dia ada masalah tonsil,tiap kali demam pun mesti sebab tonsil bengkak.Jupe surgeon konon nak remove,tapi surgeon kata better tunggu dia besar sbb tonsil Ain still boleh dirawat,So kami laki-bini strictly control makan-minum dia sbb dia tak leh silap makan,eg:kalo dia amik keropok2 yang banyak sangat perisa,banyak sangat colouring macam Pretzels,Super Ring memang akan triggered Tonsil dia cepat membengkak.Bila tonsil membengkak,confirm demam & batuk non stop.

 

Ain ni anak manja en Papa..anak sulunglah katakan.Sangat lembut hati,cepat sentap kalo mama/papa marah.Cepat naik angin tapi cepat sejuk.Sayang sangat adik2 tapi takmo tunjuk.Suka berangan & banyak sangat angan2 nak itu,nak ini.Ada masa mama layankan jugak..Kita dulu kecik2 pun selalu berangan nak itu,nak ini kan..ini masa dia berangan,tapi jangan biar dia hanyut berangan.Kena selalu tarik ke-tepi,selalu cakap dengan dia..nak itu,nak ini..kena belajar rajin2,dapat kerja yang baik-barulah ada kemampuan nak beli apapun.

 

Apapun all the best untuk anak mama,Ain Darwisyah.Try your best,beat the rest!

Mama & papa doakan yang baik2 sahaja utk kamu selalu.

 

Make us proud!!


Post of a DAY

-RM5600

Setelah bertangguh2 sekian lama Akhirnya aku amik keputusan Sabtu lepas Tukar tiles 2 bilik diatas yang dah lama retak seribu Dan jugak tuka...