07 September, 2014

Berangan -Laundry Area

Aku ada satu benda
Yang teringin nak buat
Bila ada rumah sendiri

Selalulah berangan
Bila tgk citer mat saleh
Features pasal laundry area
Alahai cantiknya
Kemas aje kan..

Kat rumah
Ada satu ruang kosong yang terbuka
Betul2 bersebelahan main hall
Sekarang ni mmg letak mesin basuh kat situ
Tapi nampak macam tak proper
So ingatnya kalo ada rezeki mmg nak revamp tempat tuh jadi laundry area

Jadi mari kita berangan
Tgk laundry area

Sources: pak google


Yang ini-sesuai utk ruang kecik,but still stunning ok.Mana nak carik washer merah menyala itu..giler cantik!!


Yang ini simple
Putih,kemas & idea open shelf tuh sgtlah sesuai kan..


Ok..yang ini mmg mengancam
Jaw drop!!

Sgt feminin kan
Colourful
Dan lighting tuh..hoiiii cantik weiiii!!


Yang nih pun sesuai utk ruang terhad
Simple minimalis kekdahnya
Tak byk aksesori
Tapi still cantik


Ini pun not bad
Rasanya yang ini kita boleh realisasikan
Dengan idea DIY guna produk IKEA
Berlambak aje brg2 kat IKEA tuh
Asal ada ongkosnya
Semua beres!!

Dan ini..
Mmg simple & sangatlah aku berkenan
Kemas jer kan..

Haissshh seronok tgk gambar cantik2
Silalah berangan
Berangan kan percuma!

Ada yang sawan macam aku?
Agak2 berapa bajet nak revamp nih ?


06 September, 2014

Day 2- CAH

Adeeb nampak ok sikit berbanding semalam
Mana taknya neb tiap 4 jam
Cuma demam masih tak settle lagi
Low grade fever

Makan bubur sikit2
Minum susu pun x berapa mahu
Mungkin sbb hidung clogged -selesema kan

Neb still nightmare utk dia
Menangis meraung macam kena rotan
Pagi2 tadi paed set line untuk antibiotik
Tapi sampai skrg paed tak perscribe apa2 lagi antibiotik

Result xray
PNEUMONIA
rasa macam kena tampar!

Betullah..wpun berhabis duit amik pneumococoal 
Still terkena jugak
Tapi bila baca artikel dalam webMD
untuk mereka yang amik vaksin
Still ada chances utk terkena cuma kebarangkalian pesakit untuk suffer teruk tuh adalah rendah
So vaksin still option terbaik setakat ini

Dan bila q & a dgn paed
Dia mmg tanya soalan asas
Sejarah asthma ahli keluarga
Dan yang soalan cepumas
Tido guna kipas @ aircond?

Kebetulan mmg aircond bilik rosak disebabkan compressornya
Dah 2-3 bln tak betul2
Mmg tido berkipas ajelah
Stand fan/ceiling fan sekali

The truth is killing me
Penggunaan kipas rupanya tak elok
Mengundang habuk
Dan disebabkan habuk inilah
Disedut oleh pesakit & menyebabkan pesakit bakal mengalami penyakit berulang terutamanya yg melibatkan paru2

So mahu @ tak
Kena usaha utk beli aircond baru sebiji
Kesian kat anak..


Apapun mama doa semoga Adeeb cepat2 sembuh
Dan boleh balik rumah kita

Lagipun mama pulak yang rasa tak sedap badan dok hospital lama2
Sejuk semacam wad kat sini

Sekarang tgh membosan
Sebab Adeeb tido
Papa & kakak2 tak sampai2 lagik
Kat CAH nih tak seronok
Berkampung dalam wad ajelah
Takde aktiviti menarik
Playground takde
Kafe ada satu itupun kecik sgt
Pendek kata mmg bosan tahap gaban!

Haaiiii lah anak
Cepatlah sihat yea..





05 September, 2014

Finally!!

Warded buat kali pertama
Demam x kebah2
Cranky 2-3mlm
Flu/batuk makin teruk
Dan tgk nafas tercungap2

Makanya ke hospital kita
Berbondong2 dengan knk2


Paed advice warded
Utk neb setiap 4 jam
Buat chest xray
Dan amik blood test

Neb yang paling haru
Macam kena pukul
Kesian tgk dia


Doakan Adeeb cepat sembuh
Tak seronoknya dok hospital
Sejuk macam ais!


03 September, 2014

Sardin!

Faveret dari dulu sampai sekarang
Kalo buntu akal tak tau nak masak apa
Atau langsung takde bahan mentah nak masak

Sardin memang pilihan utama
Selain telur & ikan bilis

Aku hanya pandai wat sambal sardin @ wat sandwich sardin
Sambal sardin makan sama nasi panas
Letak kicap sikit
Itu sudah cukup!


Anak2 tak pandai makan sambal sardin
Tak kisahlah
Yang penting mama suker

Ini antara makanan wajib tgh2 bln masa kecik2 dulu
Aku membesar dgn makanan ini
Pernah rasa susah dulu
Mak dulu sgt kreatif

Sambal sardin
Masak lemak ikan bilis
Ikan bilis goreng bawang
Sambal sardin
Sup telur
Kari telur
Masak lemak cili api telur

Antara menu yg mak masak
Sementara nak tunggu hari gaji
Kami adik beradik makan tak berbunyi
Dah biasa macam tuh
Kalo tetiba ada lauk daging/ayam
Itu yg buat rasa pelik
Lauk ayam/daging jarang2 sekali
Kecuali hari gaji

Anak2 aku tak pernah rasa susah
Alhamdulillah
Anak2 murah rezeki
Lauk ayam tetiap hari x pnh missed
Bila xde lauk ayam,mulalah bising tanya mana ayam?

Hidup tak pernah susah
Dah berkereta dari kecik
Tak pernah bersesak dalam bas
Tak pernah berpanas /berhujan
Boleh pilih2 pulak nak naik keta kecik @ keta besar 
Dah pandai demand nak makan mana..
Nak jalan mana..
Dari kecik dah terbang naik kapal terbang
Untungnya anak2 sekarang kan..

Kadang2 bila pikir2 balik
Kesusahan aku dulu yang membentuk aku hari ini
Aku bertekad nak keluar dari lubuk hidup cukup2 makan
Aku nak hidup senang 
Tak nak anak2 warisi kesakitan aku membesar dulu

Makanya bila dah ada anak
Aku berikan segala yang terbaik
Makan sedap2
Baju cantik2..berkasut elok
Berjalan serata tempat
Berkereta ke mana sahaja
Bercuti bila ada masa

Dan kembali
Aku rasa aku tak boleh beri 100% utk anak2
Aku tetap rasa 
Anak2 ada masa perlu dididik rasa susah
Rasa sedikit kurang
Sebab dengan rasa itulah akan membentuk dia akan datang

Sebab itu bila anak2 bising nak kereta besar macam keta mak long-mak long ada MPV
aku & papa dok sebut berulang kali
Nak kereta besar,nak rumah besar kena belajar pandai2-mama/papa mampu beli kereta yang ada skrg nih jer

Bukan senang mendidik anak
Memang kita sayang anak
Sapa tak sayang anak kan?

Anak itu saham akhirat mak-bapak
Hasilnya dituai bila kita mati kelak

Kannnnn!!










31 August, 2014

3-4-5

Aku pos gambar nih kat ig
Tak sangka dapat komen macam nih




Baru perasan
Nama Ain-3 huruf
Nama Auni-4 huruf
Nama Adeeb -5 huruf

Memang super coincidence

Nama Ain gara2 terpengaruh dengan kawan baik masa keja dulu-si A'a
Dia selalu sebut ttg nama anak saudaranya-comel,cheeky & nama pun senang nak sebut.
Maka mmg reserve nama Ain tuh awal2 in case kuarnya baby girl wpun masa 1st pregnancy doktor confirm mmg boy
Tapi kuasa Allah,lahir2 jer mmg perempuan
Maka kami suami isteri namakan Ain Darwisyah

Si Auni nama ini diberikan oleh bff -Linda
Aku mmg nak cari nama singkat yg senang disebut & ada maksud yang baik
Sebab dah confirm girl
Maka kita letak Auni Irdina

Yang si Adeeb
Inilah satu2nya nama si papa yang pilih
Katanya ada seorang kawan masa kat UM dulu
Student yang cerdik,penerima Anugerah Chancellor
Moga2 ada tempias katanya
Dan utk melengkapkan nama si Adeeb aku yg mmg berkenan nama Ridzqin-bermaksud murah rezeki

Aku percaya nama yang kita guna itu
Ada doa dalamnya
Maka kena beri nama yg baik pada anak2

Dan ada satu coincidence lagik
Nama mak aku Ainee
Dan mostly nama anak2 dara ada ikut nama mak
Motif-aku nk mak tau aku inspired dgn dia,jadi aku nak anak2 ada kekuatan luar biasa macam mak


Dari kiri Ain,Azlin,Auni,Ainee & Adeeb

Ya Allah
Panjangkan usia ibuku
Kurniakan kesihatan yg baik buatnya
Dan kurniakan aku peluang,ruang waktu & kemurahan rezeki utk berbakti pada mak
Amin ya rabbal alamin.










28 August, 2014

IKLAN-iPhone5 utk dijual

Menolong adik beradik kekdahnya

Ada sesiapa berminat-

Nak beli iphone5

Kaler warna hitam
16gb storage
Upgraded IOS 7.0
Full box -charger
Condition :9/10
Warranti: dah tamat Dec 2013

Rega:RM1300

Blh tggl komen kat bawah
Atau email

mamawicah@gmail.com



While stock last!

Prefer COD




27 August, 2014

Rindu si mama!

Baru tinggal anak 1/2 jam
Dah belek photo stream dlm iphone
Tgk video anak yang macam2 gaya
Buat bekal seharian di pejabat

Rindu!!
Rindu pada anak2 tuh
Tinggal seharian
Dgn doa & tawakal moga Allah jaga anak2 sementara mama cari rezeki


Betullah kata orang 
Kita tak tau macammana mak-ayah sayang kita
Sehinggalah kita jadi ibubapa

Kita takkan tau susah payah jadi mak-ayah
Sehinggalah kita membesarkan anak sendiri

Teringat zaman muda2
Selalu melawan cakap mak
Allahuakhbar
Berdosanya rasa

Tiada mak-ayah yang tak sayang anak
Marah mereka bersebab
Bising mereka tanda mereka sayang kita
Mak-ayah hanya nak yang terbaik utk anak2
Wpun diorang serba tak mampu

Bila dah jadi mama
Nak beli underwear baru pun pikir lain dulu
Aku tak tau orang lain
Tapi ini realiti pada aku
Takde lagi istilah reward yourself
Memanjang reward anak2
Mungkin sbg token kecil utk anak2 happy bila mama dpt gaji



Paling rindu pada si gomok nih ler
Tgh nak banyak akal


Dan kak Ain & kak Auni
Yang suka berebut benda
Semua benda nak rebut!

Alahai anak2
Bila besar sila baca blog mama
Bukan senang membesarkan kamu bertiga!



Post of a DAY

-RM5600

Setelah bertangguh2 sekian lama Akhirnya aku amik keputusan Sabtu lepas Tukar tiles 2 bilik diatas yang dah lama retak seribu Dan jugak tuka...