07 July, 2012

my SIAKAP STEAM LEMON version :))


setelah meroyan teringatkan 
siakap steam lemon kat KB
ini sumer si husna punya pasal 

so misi mengoogle resepi
tp mula2 tuh pening jugak
banyak version masak menda alah nih

so as usual
bab mengelat no wahid
so aku adjust sesuka hati aku
so x berani nak bagi kredit pada sapa2 sbb ntah2 apa yang aku campakkan

so misi bermula dgn ke pasar borong Equin
wah..kalo dok sini..tgk ikan fresh2 boleh sawan 2-3 jam
kena pulak dgn orang suka makan ikan nih
ikan siakap fresh- baru rm10 seekor

setelah selesai misi memborong
balik rumah..perkara pertama menyiang ikan & membersihkan ikan 
dan mulakan operasi menstim ikan..

ini step paling sempoi :-

ikan yang dah bersih- lumur dgn garam & lemon

bawang putih tumbuk- serai, halia cili padi ,daun limau diracik & sos tiram- tumis bersama secawan air..perasakan ikut citarasa masing2!!

keluarkan ikan yang dah distim tadi-siram dgn bahan2 tumis tadi,hiris daun ketumbar  & masuk semula dalam steamer -stimkan balik dlm 5 minit..

siap!!boleh telan dalam kadar segera
aku memang tak pandai masak
tp suka nak mencuba
selagi x cuba mana kita tahu kan!!

rasanya ..ikut tekak aku & family
oklah...sedap!!
habis licin-licau jugak!!

tapi nak bagi orang makan..
x berani lagik!!

so utk mereka yang teringin nak mencuba
tak salah mencuba
menambah ilmu kulinari kekdahnya kan??

selamat mencuba!!!


06 July, 2012

adik !!!



korang pernah tak encountered situasi
dimana ada orang yang lebih muda/kelihatan lebih muda
panggil anda "adik"

apa rasanya ?
happy!!
sbb rasa muda sikit
sentap!!
sbb rasa tak respect
atau dalam hati rasa
"dia nih perli aku ke?"

kalo aku..aku selalu akan tegur
saya dah tua
panggil saya kak lin

apapun panggilan orang
kalo betul orang nampak kita muda
ucap Alhamdulillah..
segala pujian bagi Allah
kalo nampak kita tua dari usia
still Alhamdulillah jugak
sbb orang nampak pembawakan kita matang dari usia

usia hanya angka
dan truly self reminder
kita selangkah lagi ke alam kubur
mati itu pasti
dan penambahan usia harus sejajar dgn ilmu,perbuatan & amalan

doa yang baik2
di permulaan buku baru
semoga mencari kesempatan dalam kesibukan
menambah ilmu agama,menambah amalan yang kurang,
mempercepatkan solat diawal waktu
bertaubat atas dosa2 lalu
dan istiqamah itu yang paling penting

ini antara blog paling selalu aku kunjungi
blog Prof Muhd Kamil
bahasanya ringkas,isinya padat
sentuhan kata2nya  kadang2 selalu buat bulu roma tegak berdiri
kadang2 mengalir air mata tanpa sedar

bulan 9 ni aku akan berganjak ke usia 33 tahun
banyak doa banyak impian
yang paling utama
adalah menjelaskan hutang waktu bersama anak2
atau mencari jawapan pada soalan kak ain
yang buat mama terduduk seketika

" kenapa mama orang lain boleh duduk rumah , mama ?"

sometimes the question doesn't have any good answer
she's my big girl
she's  in her exploration stage
and she has a right to ask !

may ALLAH show the right path
and guide us throughout the journey!!

ameeenn :(

05 July, 2012

Salam Nisfu Syaaban







hanya Allah yang maha mengetahui
samada buku amalan kita tahun lepas
buku amalan lebih berat @ sebaliknya
wallahhuallam bswb

menyorot tarikh permulaan ramadhan
rasanya tak sabar memulakannya
tahun nih excitednya lebih sikit
sebabnya tahun ini aku & lohkong
telah sepakat untuk train kak ain berpuasa secara berkala
tahun lepas haram dia tak mahu

tahun ni dari awal tahun lagi
aku dah briefing ttg puasa pada kak ain
sinced dia pon dok tgk memanjang upin-ipin
elok plak banyak episod raya- puasa tuh
so dia dah ada idea dalam kepala
yang puasa tuh tak boleh makan , mahupun minum

rasanya awal puasa nih
kami takkan balik ke Tganu
sepertimana tahun2 lepas
ketiadaan arwah ibu mertua buat semuanya jadi hambar!
dan aku pun xnak bertanya pada lohkong
takut tetiba dia rasa sedih plak
tak sanggup tgk!!

persiapan nak berpuasa
selain persiapan mental
kena twist sikit waktu tidor
kena train deria rasa / bau waktu pagi
ini utk persediaan menyediakan sahur utk family
almaklumlah setahun sekali aje bangun masak sahur kan?

persiapan fizikal
semoga Allah beri kesihatan yang baik
semoga gastrik tak mencari pasal
aku & lohkong sama2 penderita gastrik
tp spt tahun2 lepas- bila masuk shj Ramadhan
Allah permudahkan segalanya
jarang sangat terkena gastrik waktu bulan puasa
alhamdulillah!!

apapun salam Nisfu Syaaban
buat semua umat Islam yang membaca blog picisan ini
semoga kita beroleh berkat, hidayah dr Allah
semoga umur kita panjang sampai ke Ramadhan
moga2 ...amin..

04 July, 2012

fully booked :(

masyarakat malaysia
termasuk jugak aku kot
dah nak mula posa2 ni
masa nih lah sibuk nak booking hotel.,
konon2 masa posa nanti x leh bercuti

buktinya kalo masuk agoda.com/booking.com
hotel2 area PD/ Bagan Lalang mmg tinggal yang cikai2 jer
fully booked!!

hajat hati nak ke Gold Coast Morib
kalo thru agoda- rega dia munasabah sikit
kalo thru hotel-- sgtlah merepek!!

so cancel idea nak berjalan2 yea anak2
kita dok rumah
pasang aje kolam depan rumah
mandi puas2
makan- mama hantar tepi kolam flute itu
ok?

* weekend nih mau pg makan ikan bakar..kalo x dpt g kat PD - mau pg Bagan Lalang!doakan semoga kali ni misi berjaya :))

03 July, 2012

Auni vs Asthma

semalam aku ber EL
bawak auni jupe paednya di Tawakal Hospital
setelah agak lama aku lalai mengikut follow up yang dijanjikan
sila maki aku !!

sejak berpindah ke rumah sekarang
jarak jadi faktor utama nak ke situ
so konon2 nak cari paed lain
di Colombia Asia

malangnya--x de yang sesuai dgn Auni
dan susah jugak sekiranya medical history takde
so paed yang ada
mostly teragak2 tertanya2
what kind of medication yang Auni amik

antara soalan paed CAH
yang buat aku terpinga2..
"does she on ventolin syrup ?"
aku rasa auni on terbutalyne syrup--bukan adik beradik ke?
"when she's been diagnosed to intolerate to penincilin?
"what kind of test that has been runned for her food allergy"
auni has +ve allergy to nuts-- even G6PD was normal

dan utk orang yang bukan ada medical background macam aku
agak terkial2 utk bagitau paed apa ubat yg auni amik
dan semuanya jadi susah utk paed baru
sekiranya informasi yang aku bagi itu tidak tepat

jadi utk mengelakkan kekeliruan
dan buang masa- so aku kembali ke Tawakal Hospital
dan ini sebenarnya lebih mudah dr apa yang aku lalui di CAH

kat Tawakal- rekod auni setebal buku Add Maths tingkatan 4-5 kot
sejak usianya 4 bulan dia dah berkampung di Tawakal
under paed yang sama
dah tentu macam anak buat paed
even semalam jupe- paed sgt seronok tgk Auni yang chubby sekarang ni
sampai paed cakap--wow, you really put on weight yea?

seronok bila kembali pada orang yang pakar
so kita pun x terkial2 bertanya
semuanya dia bagitau

kesimpulannya
auni masih kena on flixotide 2x sehari
masih kena pakai ventolin on needed

dan dalam tempoh sebulan perlu datang untuk follow up semula
so bulan posa 4/8 akan datang
sila ingatkan mama utk bawak auni jupe paed semula yea!

sekarang tgh tercari2
mana nak beli aerochamber mask yang murah2
even paed bagitau dkt hospital ratenya agak mahal

ada sapa2 misi yang terbaca blog nih?
kot ler tolong adjust belikan aerochamber
sbb dgr kata gomen punya rate baru rm70
compare to Tawakal rega beratus

bukan niat nak berkira
tapi kalo ada option yang lebih murah
bolehler save sikit kan?
sebab kos utk follow up Auni tetiap bulan mmg boleh tahan reganya
dan ini mmg termasuk dalam kos belanjawan bulanan skrg

tq in advance
for those yang memberi info
sebab perlu sangat diganti aerochamber auni yang sekarang ni..
dah x berapa nak elok

huhuhuhu!!!

30 June, 2012

ZARA is on SALES !!!

anda peminat ZARA 
mungkin ini buat histeria sekejap
Zara is holding on massive sales 
macam sumer outlet aje yang ada
sila telek sini

jom ikut cari baju raya mahu?

simple & nice !!

yang paling sawan :))

kalo dapat yang ini..pun sawan jugak!!

ini yang selalu dok telek dlm website Zara.com

kalo kat store skrg
ada yang sampai 70%
harus lagi sawan

sedang rangka ayat2 cinta utk ke MV secara berhemah

doakan misi berjaya!!



29 June, 2012

spread a love for me :))

malas nak ulas status Fb semalam
yang pasti buat aku down 1/2 harik
apapun kembali kepada rezeki

Allah tak turunkan ujian
unless dia tahu kita mampu hadapinya
dan ujian yang diberi olehNYA bawah kemampuan kita

kembali pada asasnya
"bersangka baik pada Allah"

dia turunkan hujan, ribut & petir
kemudiannya dia hadiahkan kita pelangi yang indah
Allah maha penyayang !

hari nih last day bekerja bulan Jun
banyak miracle terjadi bulan ni
laluan bulan nih walaupun sedikit sukar pada awalnya
getting very smooth sampai hari nih

alhamdulillah
aku bekerja dgn team yang baik
team yang memang truly supportive
team yang selalu ada bila kita rasa kita tak boleh nak buat
they help each others
takde isu dengki-khianat dlm team ni
we work more than team
we closed each others
even dgn boss mmg antara faktor yang menyebabkan team mate nih terbaik setakat ini

today we will having a small tea time together
boss penaja paling besar
tq boss!!

semalam dah selamat tempah kek kat SR
dah order ayam golek kat Nara sampai berbelas2 ekor
dan hari nih akan prepare fruit salad as condiment
insyaallah!!

semoga lara hati terubat sikit
semoga rasa sayu
semoga rasa sebal
cepat2 menjauh pergi

im just want to be myself
i dont want this pathetic episode ruins my whole day

weekend kan esok ?

masa utk bergolek2 sama kanak2
i miss my masak-masak game with the kids

have a enjoyable weekend peeps :))

Post of a DAY

Berkelana lagi ke Kuala Berang & rebel mak2 anak jauh be like

Minggu lepas hr Sabtu kami ke Kuala Berang lagi Bulan ni 2x kami berulang Terengganu Duit pun macam air paip Kos lebur kali ni RM700 Nangis*...