19 September, 2017
Almost 40
15 September, 2017
Kun-fa-yakun!
Malaysia Berkabung Lagi
Satu Malaysia dikejutkan dengan berita kebakaran Maahad Tahfiz yang terletak di Keramat,KL.Allahuakhbar.Bukan sedikit nyawa yang melayang,bukan sedikit air mata yang tumpah.Malaysia berkabung lagi menjelang hari Malaysia yang bakal disambut 16/9/17 esok.
Tak perlulah kita menuding tangan menuduh siapa yang betul siapa yang salah.Benda dah terjadi,Cuma marilah kita mengambil ibrah(pengajaran) dari tragedi yang menyayat hati ini.Dan sedekahkan Al Fatihah buat semua mangsa yang terlibat & tumpang berdoa semoga keluarga mangsa diberi kesabaran melalui ujian paling getir ini.Ujian kehilangan bukan semudah ujian kereta dilanggar atau ujian rumah dimasuk penyamun,sakitnya disini..dalam hatiyang paling dalam.Tiada ubat atau kata2 yang boleh menjadi ayat penyembuh,hanya masa yang memujuk kesedihan sang ibu,kesayuan sang ayah yang kehilangan anakanda tersayang.Allahuakhbar..nak menyebut pun rasa sebak apatah lagi nak melaluinya sendiri.
Berita Sekolah Agama , Darul Tahfiz & Pondok agama yang terbakar memang selalu kita baca didada akhbar mahupun disiarkan dalam tv.Kurangnya dana,pengurusan melalui duit yuran yang tak seberapa serta infak rakyat dermawan yang tiada ketetapan amaunnya.Namun tetap sekolah seumpama ini menjadi pilihan para ibubapa,betapa kurangnya sekolah agama bantuan kerajaan apatah lagi sekolah integrasi bermodulkan tahfiz di Malaysia in,kalau adapun skor pemilihan adalah ketat dan bukan semua layak mendaftar sebagai pelajar.Ada yang harga yuran melambung tinggi atau skor ketat pemilihan,jadi untuk mereka yang marhaen ini,bila ada peluang & ruang mereka tak fikir 2-3 kali untuk mendaftarkan anak2 mereka ke sekolah swasta agama yang mampu dari semua segi tanpa ada masa nak telek faktor keselamatan.Tengok sahaja harga yuran pendaftaran untuk Tadika Premium macam Genius Aulad,Little Caliph-bukan semua orang mampu.Itu baru yuran tadika, belum lagi SRA.Kalau ibubapa berkemampuan ,aku yakin takkan ada ibubapa yang sanggup memperjuangkan nasib anak-anak bersekolah di kawasan yang kurang fasiliti dsbgmya.Janganlah sesuka hati menyalahkan mak-pak yang membuat keputusan menghantar anak2 kesekolah seumpama itu.Tiada mak-pak yang taknak berikan yang terbaik untuk anak2 jika itu dibawah kemampuannya.
Pengusaha atau mereka yang membuka sekolah seumpama ini,pasti dah berikan segala yang terbaik mengikut kemampuan mereka.Ini sekolah rakyat yang dibiaya mungkin dari duit poket sendiri @ Ehsan wakaf yang ada.Ini bukan profit oriented organization.Bukan untung besar manapun,asalkan cukup belanja mengurus,boleh bayar gaji guru & kakitangan,boleh settle bil api,air dan beri keperluan asas utk anak2 murid belajar.Siapa tau berapa gaji Ustaz/Ustazah ni..mungkin tak sampai RM 1500.00 pun.Tiada siapa yang mahukan tragedi ngeri ini berlaku pada sesiapapun.Faktor keselamatan mungkin perkara yang sangat enteng @ diambil mudah buat kebanyakan rakyat Malaysia.
Tak payah sebut pasal sekolah,balik telek rumah masing2 yang bergrill bagai atas bawah,depan-belakang.Yang mana satu grill rumah anda yang boleh dibuka & tutup?Kalo boleh dibuka pun,pasti dah ada padlock disitu.Mana letak duduknya kunci padlock tu jika berlaku kebakaran dirumah kita?Jangan kata peratusan kebakaran dirumah adalah kecil.Tengok keliling rumah kita, berapa banyak extension(multiple plug) yang kita gunakan.Kalo kat TV aje berapa extension plug yang kita gunakan,rumah aku..kat TV sahaja ada 4-TV,ASTRO,Internet UNIFI,Internet TV.Belum lagi plug dalam dapur,ice box,rice cooker,hod,oven.Dalam bilik jangan kiralah.Ini semua penyumbang litar pintas.Berapa banyak pulak pendawaian haram-bijak pandai yang kita buat.semata2 nak tambah plug tanpa ambil kira janakuasa yang ada dalam rumah tu.Rumah siapa yang ada Fire Extinguisher yang berharga RM 800 seunit tu dirumah?Sebab itu aku kata,bukan kita orangnya nak judge itu-ini.Faktor keselamatan tanggungjawab bersama,hatta sekecil dapur dirumah boleh membinasakan sebuah rumah.
Cadangan aku sebagai pembayar cukai,rombaklah rancangan Malaysia-rombak semula bajet nanti-naikkanlah peruntukan untuk membina lebih banyak Sekolah Agama Integrasi untuk rakyat Marhaen.Kerajaan ada dana untuk membina sekolah yang serba cukup,lengkap dengan fasiliti serta terjamin dengan isu keselamatannya.At least selain membina infrastruktur pengangkutan awam taraf dunia,apalah salahnya membina sekolah.Berapa banyak lambakan graduan Pengajian Islam yang masih menganggur sekarang ini.Disinilah boleh disalurkan khidmat bakti mereka,mendidik anak bangsa bijak belajar dunia & akhirat,membina sahsiah & peribadi kelas 1.Kementerian Pendidikan perlulah berganding bahu dengan Jabatan Agama Islam-menstrukturkan syllabus yang sesuai ataupun mengunapakai sahaja syllabus SRAI yang dibawah kelolaan kerajaan Negeri sekarang.SRAI yang ada kat Negeri Selangor khususnya sangat sikit bilangannya,nak masuk pun bukan mudah.Tapisan demi tapisan dibuat.Jadi inilah antara cadangan yang boleh dipertimbangkan.
Marilah kita berdoa semoga Allah tidak menguji kita setahap itu,semoga Allah beri yang terbaik buat kita semua.Semoga Allah juga yang boleh memelihara keselamatan kita semuanya.Tiada sesuatupun yang berlaku tanpa keizinan dari Allah swt hatta gugur daun sehelai dari atas pokok pun perlu dengan izin Allah swt.Kun fa yakun!
Al fatihah buat semua mangsa syahid ini.Allah menguji kita sekali lagi Malaysia,semoga Allah beri yang terbaik selepas ini.
Hari ni hari mendung umpama alam sama berkabung dengan pemergian anak2 ini.Allahuakhbar !!
Berehatlah para syahid,berlarilah & bermainlah kamu ditaman firdausi.Jangan lupa tarik tangan ayah & ibumu nanti dipintu syurga –semoga terhimpun kita semua disyurga firdausi.Masyaallah.
14 September, 2017
Cuti?
13 September, 2017
Marriage be like!
Sehari dua ini aku ingin menulis.Jadi blog ni berupdatelah satu –dua perkara sebelum aku malas mencoret.Sabtu lepas aku melapangkan diri menghadirkan diri bersama keluarga ke majlis walimah sahabat/superior lama di Rawang.
Pada mula aku mendapat jemputan melalui whatsapp, sedikit terkejut kerana mengetahui bahawa sahabat ini telah pun berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki.Siapa yang tak terkejutkan..tetiba dapat jemputan kawin dari dia.Tapi aku berlagak selamba,sambil reply whatsapp dari beliau-menyatakan akan hadir jika tiada aral melintang beserta ucapan Tahniah buat beliau.
Risik demi risik barulah ketahuan cerita dimana sahabat ini telah kecundang dalam rumahtangga yang sebelum ini, isunya tak perlulah aku kupas panjang lebar.Jadi mengumpatlah pulak kan.Cerita yang aku ingin sampaikan adalah Ajal,Jodoh & Pertemuan serta rezeki dibawah ketentuan Allah swt.Kita merancang,Allah jua yang merancang dan rencana Allah swt juga yang terbaik.Masyaallah.
Berkahwin bukan semata-mata nak menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan,Tetapi ia sepatutnya hadir dengan pakej sayang-menyayangi,hormat pasangan,tolong-menolong,saling melengkapi serta dibajai dengan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas seorang suami,isteri serta menjadi susuk ibubapa kepada anak-anak.Perkahwinan aku & suami telah mencecah usia ke 12 tahun, still ada ups & down.Ada benda yang aku faham dia, ada jugak benda yang masih aku tak faham.Contohnya, motif letak tisu dalam poket seluar hampir setiap hari.Same goes to husband, adakalanya sangat memahami, adakalanya haram kelaut!
Kecik hati,geram dengan suami tu biasa,Cuma bukan menjadi kebiasaan untuk berlarutan.Kalo aku kecik hati, aku lebih suka silent treatment.Aku tak herankan dia,tak bercakap dengan dia.Itu mmg style aku, aku mmg jenis akan senyap kalo aku sentap.Sebab kalo aku bersuara, takut runtuh bumbung rumah.
But still sayangkan dia & hormatkan dia sebagai suami.Dia lelaki yang Allah tentukan untuk aku, kekurangan dia aku terima apatah lagi kelebihan dia.Setiap waktu solat,aku tadah tangan semoga Allah memelihara rumahtanggaku dan melorongkan yang terbaik dalam keluarga ku hdknya.
Bagi aku sebagai isteri, kalo suami mengamuk-jangan masuk campur,Senyap aje.Kalo dia diam dah cool baru kita bersuara.Kena banyak tolak ansur,cuba jauhkan benda yang dia tak suka.Jangan demand tinggi sangat, apa sahaja dia bagi-terimalah dengan tangan terbuka.Aku isteri yang bekerja, aku nak beli emas-aku kumpul duit aku sendiri untuk beli.Tak pernah lagi sejak berkahwin aku tadah tangan kat en papa mintak duit nak beli emas.Sejak dua menjak baru berjinak2 beli emas online, sbg instrumen lepas sesak.Sama juga kalo aku nak beli pakaian,kasut @ tudung, aku usahakan sendiri.Kalo suami hulur duit tolong bayar itu dikira sbg Bonus!Kalo takde pun,aku hidup jugak,Aku bukan jenis orang yang sangat bergantung pada suami.Lantaklah orang nak kata apa,selagi aku tak menyusahkan orang lain.Aku takmo kerana isu remeh temeh sampai nak bergaduh suami isteri.Kalo dia hulur duit lauk, aku amik..kalo tak hulurpun aku beli aje guna duit aku.
As simple as that.Dah kawin dengan orang2 biasa, apa sangat expectation ko.Hiduplah seadanya.Asalkan ada rumah tempat berteduh.ada cukup makan & pakai..ada duit sekali sekala berjalan tgk tempat orang.Jadikler kan..Hiduplah dibawah kemampuan kita,jangan sampai berhutang segala bagai.
Itulah rumahtangga namanya..dont expect too much or else you will end up suffer.Cuma kena redhalah,sebagai isteri..kita niat halalkan duit Ringgit kita untuk segala belanja dalam rumahtangga tu.Suami pulak jangan amik kesempatan,kena main peranan jugak.Isteri tu hanya membantu sahaja, bukan solely bread winner nak kena tanggung seisi rumah.Sebab itu Allah dah tetapkan nafkah itu tanggungjawab suami.Kena usaha jugak para suami,cukupkan keperluan anak isteri kerana Allah d ah tetapkan begitu.Kena selalu cakap dengan isteri,mohon isteri halalkan duitnya jika isteri banyak membantu.Isteri ni dia tak kisah sangat duit-ringgit dia, dia pun bekerja untuk bantu suami kan.Cuma, jangan melampaui batas sampai duit rokok pun isteri nak kena tanggung kan!!
Apapun berjuanglah untuk rumahtangga yang telah lama kita bina, lagi2 kita dah ada anak2.Anak2 makin membesar,mereka memerhati dan kita adalah contoh terdekat.Jangan malu peluk isteri/suami,sayang suami/isteri depan anak2..kerana sedikit perkara ini anak2 judge kita sbg ibubapa yang bagaimana.Being supportive dengan apapun minat pasangan,jangan kondem pasangan secara membabi-buta-kalo nak tegur sila berhemah,Jangan gunakan bahasa yang kesat,berkasih sayanglah dalam menegur,Isteri ni orangnya lembut hatinya..jika kena gaya tegurannya..i/allah isteri tu akan dengar jugak.Menegur suami jugak kena ada skill, sebab lelaki ni Allah cipta dia dengan pakej Ego jugak.Bukan mudah tapi tak susah jugak sebenarnya.
Untuk adik2 yang bakal mendirikan rumahtangga,all the best of luck.Belajar ilmu rumahtangga dan jangan takut buat silap kerana kesilapan merupakan pelajaran terbaik dalam hidup.Belajar masak sebab suami tu tetap mahu makan dari air tangan isterinya, dan suatu hari nanti kita ada anak-kita pasti mahu anak kita makan dari air tangan kita.Dulu masa baru kawin,aku langsung tak pandai siang ikan.Keja siang2 ikan ni mmg keja en papa, tapi at the end –aku belajar jugak.Dan sekarang masih belajar jugak, still mengadap google kalo nak try resepi baru.Ilmu itu takkan pernah habis, jangan malas aje keywordnya!
Buat kenangan,gambar kami
12 years and still counting
AdiLynn
*my partner in crime!loves you to the moon & back
12 September, 2017
Exam Week!
Exam week tak sampai beberapa minggu lagi.Jenuh aku print kertas soalan.Antara website yang selalu aku cari kertas soalan adalah www.sumberpendidikan,com.Itu baru contoh soalan untuk Sek kebangsaan.Untuk sek agama terutamanya si Ain yang akan menduduki UPKK 2/10/17ni,kami monitor dia melalui buku latihan UPKK & kertas soalan UPKK tahun yang terdahulu.
Anak2 kena mengadap kertas2 ujian ni..at least 2 jam sehari.Sejam malam,sejam lagi siang sementara masih bercuti sempena cuti rehat UPSR.Buat soalan ujian ni bagi aku sangat efektif untuk anak2 yang tak berapa rajin nak bukak buku , so ini kira fast lane ulangkajilah ni.Nak tak nak bila dia tak leh jawab soalan, dia kena rujuk buku teks @buku latihan sekolah jugak.So secara tak langsung dia mengulangkajilah jugak.Tapi dengan syarat, aku suami isteri kena duduk ulangkaji sekali dengan budak2 ni.Kalo biar buat sendiri, ke laut dalam lah jadinya.
Aku tak harap berderet A dari anak2, kalo ada itu adalah BONUS..Aku just nak anak2 tunjukkan usaha & buat yang terbaik.Usually malam lepas makan malam,en papa yang akan assist si Ain sementara aku akan assist si Auni.Si Adeeb aku biarkan dia main sendiri supaya dia tak kacau kakak2 ulangkaji.
Aku memang tak hantar anak2 ke kelas tuisyen segala mak nenek.Sebab jadual anak2 sangat pack, aku kesian plak kalo nak hantar ke kelas tuisyen,bila masa pulak nak rehatnya.Selagi termampu kamilah laki bini yang mengajarnya.Tapi tak taulah tahun depan,since Ain nak amik UPSR mungkin kena pertimbangkan hantar dia ke kelas tuisyen untuk bantu dia.Itu tahun depan baru kita recce2.Tahun ni hadap ajelah papa ko yang macam singa bila mengajar anak sendiri tu.
Target aku hujung tahun ni untuk Ain adalah untuk dia naik kelas , at least naik kelas no 3 dari kelas no 4 sekarang ni.Untuk Auni pulak adalah to ensure dia retain kelas no 1 macam sekarang.Sistem sekolah yang masih mengekalkan sistem hirarki pemecahan kelas pelajar mengikut prestasi,masih tak berubah sejak 30 tahun yang dahulu.Ada bezanya duduk di kelas 1 dengan duduk di kelas 4.Expectation cikgu yang suka membanding2kan kelas 1 dengan kelas tercorot.Auni yang duduk di kelas 1,berlumba2 dengan kawan2nya yang pandai2 untuk mengekalkan momentum,sementara Ain yang berada di kelas 4 suka duduk dalam comfort zonenya sendiri.Itu yang aku target untuk ubat mindset dia.Dia seronok sangat main2, belajar suka hati dia.Jadi mahu atau tak, kamilah sebagai ibubapa yang kena heret anak kami kedarat sebelum dia terjerumus jatuh ke laut.Buatlah apa sahaja, supaya Ain tetap keep on track dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.Doakan semoga anakanda kami berjaya hendaknya.Ameen.
Being a parent,Struggle is a real case story!Takde yang semudah A-B-C.Semoga kita para ibubapa diberi kekuatan & kesabaran meladeni kerenah anak masing2.Marilah kita berusaha bersama anak2 kita jika nak tengok mereka berjaya serta doakan yang terbaik selalu dunia & akhirat.Selalu pesan pada AIN & AUNI, orang yang berjaya adalah orang yang jaga SOLATNYA.Kejar ALLAH, ALLAH berlari mendapatkan kamu..Trust me, its real!
*semoga Ain,Auni & Adeeb jadi anak berjaya didunia hingga akhirat.
07 September, 2017
Auni @ 8 tahun
17-8-2017
Tarikhnya si Auni melangkah ke usia 8 tahun.Macam baru sgt aku mengandung & struggle masa dia kecik dulu.Budak yang asik sakit aje dulu,budak yang membawa tangis & tawa pada kami suami isteri.Diduga dengan isu kesihatannya yang macam roller coaster sejak umurnya 4 bulan.Tapi kehadiran dia membawa 1001 rezeki juga buat kami sekeluarga.Elok Auni 2 bulan, kereta baru mama keluar.Kami berjaya beli rumah landed Semi-D dengan rega RM 190K sahaja masa di berusia 3 tahun ,bayangkan value rumah tu waktu tu sebenarnya RM 350K & en papa dapat pindah tempat kerja sekangkang kera -depan rumah.Allahuakhbar, banyak sgt kalo nak disebut rahmat disebalik ujian membesarkan Auni ni.Tak tersebut banyaknya.
Auni membesar menjadi anak yang mudah sekarang ni.Walaupun ada jugak rebelnya tapi dia merupakan pelajar yang cemerlang setakat ini.Mengalahkan kak Ain jauh ketinggalan.Otaknya cepat tangkap dan mudah faham.Alhamdulillah.Mama masih terngiang2 lagi di telinga,kata mak “dia menguji kamu waktu dia kecil,i/allah bila dia besar dia akan banyak memudahkan kamu”Auni membesar sebagai anak yang sangat prihatin,dia selalu faham kadang2 ada permintaan dia yang terpaksa aku katakan tidak.Almaklumlah,mama & papa makan gaji.Kami bukan orang senang tapi cukup apa adanya.Jadi dia bukan anak yang demanding sgt.
Semoga anak mama berjaya dunia & akhirat hdknya.Mama berharap Auni akan terbuka hati jadi doktor bila dah besar nanti,supaya bila Auni besar nanti Auni boleh bantu kanak2 yang senasib dengan Auni jugak dulu.Mama dok beranganlah nak sorang anak mama jadi doktor,berangan tak salah..Tapi apapun minat anak2, memang mama & papa akan terus beri dorongan,dan berdoa selalu semoga anak2 jadi anak yang taat & sayang-menyayangi antara satu sama lain.Berdoalah yang baik,doa ibubapa tu kan takde filter.Marilah kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita.
Since tarikh hari lahir Auni baru ni jatuh pada hari sekolah & jugak Auni tengah exam SRA pulak,makanya tak kemana kami.Kami pergi makan kat restoran western yang ala2 dekat kawasan rumah.Auni suka Chicken Chop,jadiler makan kecik2.Sambutan hari jadi merupakan event keluarga kecil kami,biarlah kecik pun janji mesti semua ada & makan dimana sahaja tuan punya birthday request.
19-8-2017-barulah ada sambutan birthday Auni yang diadakan di rumah opahnya.Sekali dengan tahlil arwah anak sedara & juga majlis kesyukuran masuk rumah baru Cik Nee.Aku masak soto,mak pulak buat nasi lemak.Adalah pudding marble kakak ipar buatkan,ada kek sebiji,popiah Cik Nee & buah-buahan.Jadikler..buat kecil-kecilan,Itupun mama pengsan teruk malam tu,tido tak sedar diri.Penat yaa rabbi!
Antara gambar yang sempat mama snap guna hp aje ni.Buat kenangan digital kekdahnya.
06 September, 2017
Pot Luck Jln 8/6
Post of a DAY
-RM5600
Setelah bertangguh2 sekian lama Akhirnya aku amik keputusan Sabtu lepas Tukar tiles 2 bilik diatas yang dah lama retak seribu Dan jugak tuka...

























