21 July, 2016

Episod Rotavirus itu sangat menyeramkan ok.

Isnin hantar Adeeb ke taska macam biasa
Smp taska cikgu whatsapp kata Adeeb muntah2 menyembur
Sampai 5x muntahnya

Aku masih bertahan
Sebab aku ingat mungkin sebab angin Adeeb muntah
Tapi bila cikgu asik whatsapp bagitau keadaan Adeeb
Aku dah tak sedap hati
Cabut balik 12:30 tghr

Bawak Adeeb ke klinik putrajaya
Jupe doktor,doktor terus terangkan tentang "Rotavirus"
Doktor bagi ubat demam & ORS
sebab doktor kata takde ubat untuk Rotavirus
Hanya make sure Adeeb minum banyak sangat untuk mengelakkan dia dehidrasi

*Adeeb tengah melepek atas riba mama sebelum jupe Doktor.

Balik dari Klinik,dalam keta menyembur muntah lagi
Dia merengek nauzubillah
Makan takmo
Minum tak berapa sgt
Aku mmg stop susu dia serta merta

*melepek sangat masa ni

Hari ke2 baru start cirit birit
Aku dah standby bagi makan probiotik
Mujur 2x aje episod cirit biritnya
Muntah stop hari ke 2
Makan pun dah mau sikit2
Aku sambung cuti jaga Adeeb kat rumah
Monitor makan minum dia

*ini masa hari kedua,makan biskut 5 keping pukul 4:30am

Hari ke 3
Muntah totally stop
Dan cirit 1x waktu pagi
Susu masih stop lagik
Malam mmg totally takde apa yang perlu aku risaukan

Hari ke 4
Alhamdulillah..aku dah hantar Adeeb ke taska bila aku tgk dia ok-x muntah & x cirit
Demam pun dah settle.

Hari ke 5
Petangnya cikgu bagitau Adeeb cirit lagik
Aiyokhh..mujur dah hari jumaat..aku still on probiotik utk Adeeb
Mujur dia takde masalah makan & minum

Hari ke 6
Baru betul2 settle..demam settle
Muntah settle
Cirit pun settle

Sujud syukur mak ko Adeeb!

Takde yang lebih membahgiakan seorang ibu tengok anaknya sihat sejahtera..






20 July, 2016

Squishy-apa ke menatang ni?

Aku rasa dari tahun lepas kot si Ain dok gila menatang Squishy ni
Siap belajar buat sendiri thru youtube
Aku memang tak amik port sgt
Sebab tau si Ain ni ada perangai suka mengikut2
Orang suka dia pun suka

Pastu satu hari aku pun google kat youtube
Tengok apa benda alah yang disebut pagi petang siang malam tu
Mak aikhhhh macam sponge aje kot
Cuma banyak corak,jenis & colourful
Saaaakit!!

Dan kegilaan si Ain
Dia beratib 24/7 nak pegi kedai jual Squishy
Dan the best thing
Dia yang carikan alamat kedai & paksa papa dia bawak dia kesana
Masyaallah!!
2x pengsan

Anak punya pasal
Kami laki bini setujulah ke sana
Nun dari Puchong ke Wangsa Walk demi melayan minat anak

*inilah nama kedainya- letak kat Tingkat 1



*deretan segala mak nenek squishy


*sesi bertafakur tgk mana satu yang cantik dimata dan cantik dipoket

*si Auni apa kakak suka dia pun harus suka jugak!pengsan mama!

Dekat 40 minit dalam kedai
Akhirnya selamat jua memilih & membeli dgn jayanya dengan ayat terakhir dari Ain-nanti bulan depan papa bawak pg sini lagi boleh?

Range rega mahal sikit bagi aku kot
Mungkin sbb barang ni imported
Tapi utk gegirl mmg suka sgt
Sbb so pinky2..

Ada lagi satu benda yang si Ain dok sebut2
SLIME..ini lagi buat mak ko sakit kepala!


17 July, 2016

Sahabat terbaik itu

Kawan memang ramai
Tapi sahabat itu 1 dalam 1000
Cukup susah nak retain seseorang dalam hidup kita
Tapi dia ni memang special



Inilah sahabat aku
Namanya Husna Abdullah 
Orang Kb,Kelantan.
Aku dah berkawan dengan dia dekat 20 tahun
Sanggup datang jengok aku waktu raya baru ni kat Dungun

Orang yang selalu faham siapanya aku
Yang berkongsi kisah suka & duka
Yang jadi tukang karut bila aku sedih
Dan selalu ada bila aku perlukan dia

Tahun ni Husna & family bakal jadi tetamu Allah
Seronoknya dengar..cerita orang muda nak buat ibadah Haji
Aku doakan semoga ko beroleh Haji yang  mabrur,diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan.

Husna,
Kalo mu telek blog aku ni
Aku nak bagitau mu,aku sayang sangat ke mu..
Semoga segala yang terbaik Allah beri untuk mu & family
Ameen ya rabbal alamin.




Salam Aidilfitri 2016

Sebelum aku merepek lebih panjang
Ampun & maaf sebab agak lama aku menyepikan diri dari menaip dalam blog ni
Dari awal posa lagi smplah hari ni barulah ada masa nak hadap blog


Super busy weii!!

Rasanya belum terlambat nak ucap Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat semua sahabat maya yang masih sudi berkunjung ke blog aku ni

Tahun ni giliran beraya di Terengganu
Sehari sebelum raya baru kami balik kg
Motif?
Takmo sangkut dalam kesesakan jalanraya di highway
Alhamdulillah
Bertolak pukul 7:30 sampai Dungun 12tghr
Giler cepat..

Esok paginya awal pagi dah bangun
Siapkan kanak2 berbaju raya
Tahun ni tema Merah 
Sila pengsan!

Jadi untuk panas enjin blog ni
Sila layan gambar2 yang sempat snap guna handphone aje
Nanti ada masa aku menaip lagi
Banyak citer nak share tapi as usual masa tak berapa nak ada.



*tuan tanah dgn satu2nya anak bujang

*3 orang anakanda berbaju merah liplapliplap

*keluarga kecil ambe!

Pagi raya menu kat Dungun
Ada nasi dagang,ketupat palas style sana yang manis,rendang Ayam,sate,kuah kacang,nasi himpit serta menu wajib-tapai daun getah..super sedap!!

*yang sempat snap sebelum selamat sejahtera dalam perut masing2

*nasi dagang hasil air tangan kakak ipar yang buat aku makan 2-3 round!!

Raya kat Terengganu bagi aku biasa2 aje
Raya pertama aje berjalan rumah sanak saudara yang tinggal kat kawasan kampung suami,masuk Raya kedua aku lemau..duduk rumah memanjang tido aje!

Ok..cukup setakat ini..Nanti aku free aku sambung merepek lagi
Nak jalan blog kawan2,say hi bye2..

Suka tgk gambar raya kawan2..
Fb pun penuh gambar raya
So meriah.

Ok..pelan2 blogwalking..

Jupe lagik!





11 May, 2016

Happy Birthday Mak ,Happy Birthday Ain !

Ahad lepas aku & family
Adakan majlis kecil-kecilan
Kenduri kesyukuran sempena hari lahir mak & anakanda Ain yang berkongsi tarikh lahir yang sama

Kenduri kecil2an aje
Jemput jiran tetangga & saudara mara terdekat
Masak sendiri penat sendiri
Walaupun penat puashati sebab A-Z buat sendiri

Kek birthday Mak & Ain yang aku tempah dari baker depan rumah..kek chiffon aje sbb takmo kek yang heavy sgt sbb menu utama adalah nasi.

Mak & Ain-cake cutting time!

Ini aje yang sempat aku snap pun sebab aku punyalah busy kuar masuk nak top up lauk pauk yang dah habis dekat meja hidang.

Dan rasanya inilah paling ramai crowd compared dgn majlis yang sebelum2 ini sampai beras tanak sampai 7kg habis..

Alhamdulillah.Semoga ada rezeki nak jamu orang makan lagi lepas ni.

Aku doakan semoga mak diberi kesihatan yang baik,dipanjangkan umur & diberi ruang waktu & rezeki utk aku terus berkhidmat padanya

Utk Ain semoga jadi anak yang solehah& berjaya dunia & akhirat.


06 May, 2016

Telur separuh masak pun sawan!

Aku paling suka waktu makan pagi
Sarapan-breakfast atau apa sahaja yang korang sebut
Memang aku jenis yang amik heavy breakfast..tak tau sejak bila
Tapi masa zaman sekolah dulu aku tak leh makan breakfast kecuali air panas sahaja sbb usually end up sakit perut kat sekolah
Tgh assembly confirmed mencicit cari jamban
Cissss....

Tapi start masuk Uni aku memang wajib amik sarapan
Tapi breakfast zaman Uni biskut kering cicah kopi o pun heaven dah tu
Tak pun nasi lemak bungkus rega rm1 tu

Bila dah kawin 
Dah bekerja 
Aku dah mula tau breakfast apa yang betul2 kena dengan tekak aku lagi2 untuk weekday sebelum memulakan tugasan

Telur separuh masak +

Roti telur bakar
Roti bakar
Tuna sandwich toast
Chicken curry toast

Ini memang syurga dunia buat aku

Kalo weekend 
Best jugak makan nasi lemak sambal sotong
Lontong sambal bilis
Nasi dagang
Soto ayam
Wah..wah..wah...


So bila start bulan posa nanti
Mesti teringat2 menu breakfast aku
Nak buat breakfast masa sahur kang en papa tak suka pulak
Dia jenis makan nasi
Wajib nasi
Mmmmmm...

*lapairlio

Apapun menu yang kita amik
Tak salah pun asalkan berpada2

Selamat berhujung minggu
Dah sarapan belum?


04 May, 2016

11 tahun -Cinta kita memang magik!

30-04-2016
Cukuplah 11 tahun usia perkahwinan aku & en papa
Bukan senang nak sampai ke usia ini
Terlalu banyak suka & duka
Terlalu banyak turun naiknya
Ada masa happy
Ada masa nak bercekau aje
Masam muka-merajuk segala!
Tapi itulah asam garam hidup berumahtangga kan

Bertemu dengan suami secara tak sengaja
Kenal 6 bulan terus dia ajak kawin
Tak banyak buang masa
Magik sgt tu..
Walaupun awal perkenalan mak tak suka dengan pilihan aku tapi kerana jodoh kami kuat,alhamdulillah 11 tahun sudah!


Suami aku satu2nya anugerah Allah yang paling hebat selain anak2ku
Suami yang melengkapi kekurangan aku
Yang sabar dengan kerenah merepek bini dia
Yang boleh adapt dgn sikap aku yang perfectionist,fussy tahap nangis 7 lautan
Suami aku tak pernah kata tidak dengan aku
Apapun permintaan aku,lambat @ cepat mesti dapat.
Tapi as wife aku takdelah nak amik kesempatan kan..kita sbg isteri tahu kemampuan suami kita kan
Sayang suami kan..


Selamat Ulangtahun Adilynn
Mama nak tua bongkok bersama papa
Jangan jemu dengan isterimu ini
Semoga kita terus sayang menyayangi hingga ke akhir hayat

Mama doakan semoga kita dapat melalui onak duri yang bakal mendatang
Didik anak2 kita
Jadikan mereka anak yang soleh & solehah
Mama tak pernah ragu akan papa
Mama tau "you is the best dad for our kids"

Ya Allah
Jaga suami ku dalam rahmatmu
Murahkan rezeki dia
Permudahkan urusan hidupnya
Berikan kesihatan yang baik utk dia


Amin ya rabbal alamin





Post of a DAY

-RM5600

Setelah bertangguh2 sekian lama Akhirnya aku amik keputusan Sabtu lepas Tukar tiles 2 bilik diatas yang dah lama retak seribu Dan jugak tuka...