05 April, 2016

Quick updates!

Maafkan aku kalo ada yang belek blog ni
Post adalah super sendu
Aku super busy
Dan super malas
Kadang2 ada rasa nak tutup blog ni
Tapi sayanglah pulak..

Masih ingat kisah sepupu aku yang mengidap penyakit kegagalan buah pinggang
Beliau dah takde pada 27-3-2016
Meninggal dunia setelah 40 hari lebih dok ICU Hosp Taiping
Kematian itu mmg sangat menginsafkan
Tak kira samada kita muda @ tua
Kita sedia @ tidak
Bila tiba masanya
Tiada siapa yang boleh menidakkannya



Hidup aku as usual takde apa yang menarik
Pegi keja balik keja
Mengadap anak2
Ada masa rajin masak
Ada masa makan kat kedai

Habis cuti sekolah baru ni
Mengadap result exam anak2
Auni menunjukkan tahap penguasaan yang baik compared to kak Ain utk 1st semester ni
Apapun still long way to go
Aku cuma berharap aku tak lost track utk  amik masa mengadap homework anak2 walau penat m/mana pun

Oklah..for starting
Aku stop menaip kat hp ni
Dah lama sgt tak on lappy tulis blog
Sumer guna hp saje

Aku akan cuba menulis lagi
Banyak benda nak tulis tapi masa yang tak berapa nak ada

*update ttg Adeeb
*kisah MSS 
*resepi
*outing


List aje banyak
Tapi rajinnnya ke laut!

Sebelum itu
Ini quotes menarik buat renungan!

Peace!





18 February, 2016

JJCM:Pulau Langkawi @ CNY holiday

Entah mari mana sawan aku
Teringin nak ke Langkawi
Last sekali pergi tahun 2008
So aku booked hotel


Mula2 en papa macam takmo pegi
Aku mmg emolah sbb dah prepare 80% nak ke sana
Agaknya tak tahan tgk muka bini merajuk
Dia pun layankan jugak
Sabtu tu bertolak ke utara
Jalan super jammed

Hajatnya nak bermalam kat Jitra
Tak jadi..
Bermalam semalam kat Seri Malaysia Ipoh
Nama pun tak plan nak ke Ipoh
Tapi disebabkan ad hoc maka memusing jugak cari hotel
Dapatlah rega rm133 semalam

Ada 2 single bed
Dan sekali dgn breakfast

Jadikler nak berehat barang semalam

Lepas breakfast esok pagi 
Terus bertolak ke Kuala Perlis
Alhamdulillah..jalan tak sesak sgt
Dalam 12 tghr kami smp ke Kuala Perlis

En papa drop kami
Ada orang tolong assist carikan parking
Merasaler kena pancung
RM15 sehari parkingnya

Beli tiket feri-rega dewasa RM18 sehala dan kanak2 RM13 -dan sekarang diorang tak benarkan beli tiket 2 hala.Sgt menyusahkan disitu..

Disebabkan orang ramai kami hanya dapat naik feri setelah 2 jam menunggu,sempatlah makan-minum dulu.



*si Adeeb tak reti duduk diam seminit..langsung tak pening apa..kita ki feri belum jalan aku dah start mabuk...faktor usia kah?

Perjalanan amik masa sejam lebih jugak
Sampai shj ke Jeti Kuah
Time ni memang orang yang offer kereta sewa akan kerumun kita
Tapi sebenarnya lebih senang kita keluar dari Kompleks Jeti Kuah tu sebab memang ada kaunter yang disediakan untuk sewa kereta.

Aku tak banyak pilihan sebab bajet utk sewa kereta bukan banyak sgt
Makanya aku pilih kereta Perodua Viva
Disebabkan raya cina -kena pancung lagi
RM120 sehari & aku sewa 2 hari shj

Hotel yang aku booked thru booking.com
Panorama Country Resort
Bukan kat area Cenang tapi berhampiran dengan Pekan Kuah,dalam 10minit memandu

Rega RM192 untuk 2 malam
Takde breakfast kali ni

*masa ni baru smp aje..budak 2 orang ni tak reti menyabar nak terjun kolam..haissshhh!!


*bilik agak besar,ada 2 queen bed..sumer ok except bilik tu heater problem sikit.Aku plak malas nak mtk tukar bilik sbb dah angkut beg segala,malas nak punggah segala bagai semula.

*view dari bilik tu..Cantik!!

Malam tu tak de aktiviti
Sbb penat seharian dalam kenderaan agaknya
Pegi cari makan kat area Kuah
Tapi as usual kena pancung lagi
Mahal yaa rabbi!!
Gambor mmg tak snap ler sbb super lapar malam tu,berperang dgn si Adeeb lg..mmg stress mak ko!

Keesokan harinya awal2 pagi dah kuar
On waze ke Langkawi Cable Car
Masyaallah..super ramai!
Q sepanjang2nya
Makanya canx aktiviti naik cable car 
*alasan solid nak ke Langkawi balik nanti

Disebabkan tak jadi..ke Pekan Kuah
Bawak kanak2 makan pagi cum lunch sekali..
Pastu terus ke Hj Ismail Group
Apalagi shopping coklat si Auni..dia siap korek tabung dia nak shopping coklat kekdahnya


*tempat sawan coklat-kat sini aje rm200 lebur..saja beli utk sendiri telan & kawan2 sikit sorang..kalo tak berapa nak kuat iman,mmg sgt mencabar keimanan lagi2 utk orang yang suka makan coklat!

Pastu sempat jugak pg arca Burung Helang gergasi tu


Tak dan nak snap gambar elok..panas litlit..anak super meragam!

Selesai lebih kurang
Balik hotel mandi kolam..
Budak2 meroyan nak berendam


*maknya jadi tukang jerit..jadi pak guard kat tepi kolam smbl layan ig.

Petangnya pas asar kami ke Pantai Cenang
Superpack orang masa tu
Singgah The Zon kejap nak tgk barang2
Pun ramai jugak umat manusia

Singgah maghrib kat airport
Motip-tak jupe surau
Maka menumpang solat kat surau airport
Hipster sgt kan!!

Dinner kat Restoran area airport sebelah round-about
Nama restoran pun Airport Corner
Sgt sedap & harga berpatutan
As usual tak dan amik gambar
Aku super lapar time tu!!

Disebabkan adik aku order sudu
Kami ke Pekan Kuah semula
Pusing2 jupe Kompleks Haji Ismail Group
Pengsan sekejap!

Terus rasa menyesal sbb tak jupe siangnya tadi
Masuk sekejap setelah 4 round cari parking
Orang sgt ramai..
So sesapa nak ke Langkawi
Untuk shopping,sila ke Kompleks HIG tu
Sure tak ingat pintu keluar

Balik hotel-mengemas pulak barang2 hasil dagangan di Langkawi
Aku siap beli beg roda 24" lagi
Sgt murah kat Langkawi
Lightweight & ada 4 roda
Rega RM105
Kat KL aku tgk rega paling murah RM199
Nangis!

Esok awal pagi
Kelam kabut kejutkan anak
Sebab tiket feri pukul 10:30am
Rushing nak bg anak makan pagi lagi
Nak pulang balik keta sewa
Dan nak mengadap kesesakan jalan menuju ke Jeti Kuah tu

*si Adeeb tido atas meja makan,aku tgh kelam kabut cari makan nak bagi anak makan kat food court


Dan finally berjaya naik feri
Alhamdulillah,takde kastam check beg pun
Agaknya sbb orang super ramai
Tak terkejar dia

*peace dari si Adeeb dlm feri

*sila tumpukan pada beg murah yang aku beli kat Langkawi tu..ituler beg rega rm105 tu..


So tamatlah JJCM Langkawi kami
Total burst :-RM 1600

Jadikler..bukan selalu nak berjalan jauh
Ini dah habis jimat dah ni
Apapun tak serik nak pegi Langkawi
Ada rezeki aku nak pegi lagi sekali
Mungkin 3-4 tahun lagik




24 January, 2016

Anak kena cirit birit-ini mungkin boleh membantu.

Entah kenapa Adeeb cirit birit teruk baru ni
Rupanya ada beberapa budak taska yang kena sekali
Expectedlah..cirit birit ni penyakit berjangkit.
Adeeb sedikit meragam mungkin sebab perut yang memulas.

Aku terus stop susu untuk dia
Suh en papa beli Probiotic kat farmasi & yakult 2 bundle

*ini probiotik yang aku beli-satu sachet sekali sehari campur dgn yakult.rega rm39.90.

Alhamdulillah..
Masuk sachet kedua-cirit birit terus stop
Tapi susu aku still stopkan 24jam
Dia hanya minum yakult shj sepanjang sakit tu..aku bagi makan bubur sahaja.Soft diet shj sbb dia pun takmo makan nasi sgt masa tu.

Kenapa aku pilih yakult
Sebab kalo aku cirit birit pun
Aku selalunya minum yakult
Selalunya menjadik utk aku
Sebab itu berani eksperimen pada anak2

Budak2 kalo kena cirit birit mmg xde ubat yea selain air garam oral-dan biasanya budak2 susah nak minum
Tapi kita kena paksa dia minum air apapun..
To keep them hidrate.
Sebab bila asik cirit,badan kurang air & kanak2 paling senang dehidrated

Aku ada sedikit guideline ttg sakit anak2
Selagi mana dia aktif,mahu makan & minum
Selagi itu aku tak berkejar ke hospital
Melainkan dia tak aktif,lembik tak bermaya
Makan & minum pun xmo
Muntah non stop
Itu mmg wajib ke hospital jupe doktor.
Mungkin doktor boleh drip air pada anak itu.

So utk ibu2 yang anak2 cirit birit,mungkin boleh mencuba.Tp aku sarankan utk anak yang 6 bulan keatas,kalo bawah 6 bulan x berani nak advice sebab selalunya bayi bawah 6 bulan -makanan ruginya hanya susu ibu kan.

Senang hati tgk anak sihat
Kita pun nak g keja tak susah hati tggl kat taska.

*si domok kesayangan mama!

Semoga sihat selalu yea Adeeb!

17 January, 2016

JJCM:Ancasa Residence Port Dickson ..superb!

Sabtu 2-3 mggu lepas aku JJCM versi free tumpang tuah adik bongsu
Family day opis dia kat PD
Dia dapat extra room,maka dia paksa kakaknya yang comel ni ikut sekali
Makanya aku pun angkut sumer seisi keluarga sekali

Merasalah bercuti secara percuma kan
Bayar duit minyak & tol aje

Not bad jugak
W/pun aku tak familiar dgn Ancasa ni
Semua bilik jenis suite
Ada kitchenette
Ada ruang dining & family area
Dan bilik tidur of cos



So mmg selesa jugaklah
Bila aku belek rate online
Takdelah mahal sgt
200 + shj

Dan yang paling seronok ada private beach kat blkg hotel



Yang paling happy kanak2lah
Berendam kolam 
Tapi yang tak bestnya si adeeb terhantuk kat bucu katil
Merasa lebam mata sampai bertambah sepet
Sian anak mama

*notti sgt!!

*kolam & kanak2 macam aur dgn tebung!

Ohh lupa nak review pasal Breakfast buffet dia
Aku smp tak smpt nak snap gambar
Sgt best ..makan non stop
Lagi best dari Grand Lexis
Food spread superb!!

So dari 5 bintang
Aku bagi 4.5bintang
Kalo nak pg PD lagi-rasanya akan ke sini lagi.

Berbaloi2!!

12 January, 2016

Adeeb @ 26 month

Sejak ada Adeeb
Hidup aku memang twisted 360 degree
Waktu aku mmg fully occupied menjaga dia lepas balik keja

Dia sgt attached dengan aku
Even aku memasak pun dukung dia sblh tangan,sblh tangan lagi aku pegang sudip
Manja kememeh
Time makan merupakan waktu faveret dia
Sebab dia mmg suka makan
Tapi bersilatlah mama pastu
Sebab bab menumpah air,nasik mmg wajib kalo makan dgn si Adeeb

Pegi shopping mall
Memang adalah sedikit huru hara dgn Adeeb
Sbb suka berlari,mengamuk xmo duduk atas troli @ stroller
Suka plak main nyorok2,jadi aku mmg cukup seriau bawak dia ni pegi mall sbb tak percaya dgn dia ni!
Pernah sekali tu,pegi shopping kain langsir-blh pulak menyorok celah2 kain langsir..pucat lesi muka aku cari2 x jupe dia ni.
Mmg tak reti duduk diam
Aduhai!!

Kadang2 ada sedikit rasa risau
Takut anak aku ni jenis hyper active
Tapi tak sempat lagi nak jupe paed utk check segala

*gambar ni cikgu Adeeb yang whatsapp,Adeeb memang ada playschool waktu paginya.


Baru2 ni ada kes Adeeb kena cakar kat taskanya
Sadis sungguhlah


Takpelah..adatlah duduk ramai2 tu
Aku maafkan cikgu2
Benda nak jadikan!


Hari ni dia tak sihat sgt
Flu,coughing segala
Balik keja hari ni
Barulah nak ke klinik
Kesian sgt dgr batuk non stop tu

Banyak benda aku nak buat untuk Adeeb
Smg Allah beri kelapangan waktu utk aku
Permudahkan serba serbi





07 January, 2016

2016 & personal target

Salam Tahun Baru 2016
Untuk semua yang masih sudi belek blog suam2 kuku nih
Tuan blog busy hampeh!

Sebagaimana kebiasaan
Tahun baru untuk aku wajib ada azam baru
Sebagai benchmark untuk setahun kekdahnya

Azam ni macam2 jenis
Aku lebih suka yang realistik sikit
Takdelah yang extreme sgt
Macam nak daki Everest tu!
Kang nangis pas sudah!

Azam untuk self improvement aku:-

Bangun awal sikit dari biasa
Solat asar cepat sikit,memanjang lambat solat Asar..erkkkk!
Mengaji 2,3x seminggu kalo dah tak mampu nak mengaji tetiap hari

Azam kebendaan:-

Sebagaimana tahun lepas,carry forward balik Azam 3 tahun lepas-beli MPV yang mampu milik.Masih tak berjaya sebab en papa masih tak bagi green light lagi.Banyak sgt campur tolak bahaginya.

Beli emas 1g sebulan sbg simpanan.

Azam berkelana:-

Banyak tempat yang dalam otak ni
Nak pegi sana
Nak pegi sinun

Yang terdekat nak bawak anak ke Langkawi-cuti raya Cina setelah 9 tahun kot tak jejak sana

Dan yang ini-memang wishlist berabad lamanya
Nak ke Mekah tunaikan umrah bersama suami 
Makin terasa tak sabarnya nak kesana bila tgk kawan2 sebaya yang dah sampai hujung tahun lepas.
Smg Allah murahkan rezeki aku & suami tahun ini.

Azam untuk kewangan

Teruskan menyimpan untuk beberapa event -perbelanjaan raya,perbelanjaan buka sekolah & tabung kecemasan.

Termasuklah debt free-ada few lagi yang dalam list untuk diselesaikan.Alhamdulillah,sekarang dah free card credit sejak 2 tahun lepas.So maintain untuk settlekan yang sikit2 ni aje lagik.

Apapun smg Allah anugerahkan kesihatan yang baik buat aku & keluarga,dan Allah beri kesihatan yang baik buat emakku.Amin ya rabbal alamin.

Wish me luck!


*demi Ain,Auni & Adeeb-mama papa akan usahakan yang terbaik buat kamu bertiga.




04 January, 2016

Tahun 1 : Auni Irdina

Isnin lepas aku amik cuti
Semata2 nak menemankan Auni yang masuk tahun 1
Auni aku daftarkan di 2 buah sekolah -satu sekolah kebangsaan & satu lagi sekolah rendah agama

Sessi paginya Auni akan ke SRA
dan sessi ptgnya dia akan ke SK

Secara materialnya-semua kelengkapan ke sekolahnya telah aku siapkan awal sebulan yang lepas
Semua baru,biar berhabis sikit asal dia seronok nak pegi sekolah
Tahun ni pun baru nak beli beg baru setelah 2 tahun pakai beg yang sama.
Aku masih guna-pakai motto bersederhana & cari serta beli yang mampu milik

Aku beli baju sekolah anak kat Kamdar sebab pertama murah & kualiti kain agak baik
Kasut sekolah beli kat Bata 
Dan beg sekolah beli borong kat GM

Malam sblm sekolah tu-heret anak tido awal masing2
Almaklumlah cuti sekolah sumer pakat tido bangun lewat kemain..

Aku kejutkan anak2 pukul 6:30 am-mandi & solat 
Hari pertama takde drama sgt
Alhamdulillah 

Pukul 7:25am dah bertolak ke SRA
Terus cari kelas-letak beg
Pastu kelam kabut cari kawan2 sekelas nak beratur kat perhimpunan
Hari pertama serba kelam-kabutlah

*sempat peace lagi sebelum nak mula perhimpunan 

*waktu rehat,mama siap beli dulu sbb dia sure takut nak beli sndr punya..kasi can.

Balik SRA pukul 11:05am
Mama kelam-kabut memasak
Menyiapkan dia-pukul 1pm terus htr ke SK

Masa tu baru nampak dia cuak sikit
Agaknya sbb ramai budak sekolah masa tu
Hari pertama huru-hara jugak sbb mak pak pun ramai yang bercuti hantar anak sekolah

Mak pak mmglah excited
Tapi smp nak beratur dgn anak sekali
Itu mmg overlah kan
Jenih pulak cikgu2 nak kawal anak2 murid + parent tak pasal2

Sabor ajelah!!

*muka adalah cuak

*mama jadi paparazi tgk anak naik kelas

*waktu rehat,mama teman lagi

*sempat naik kelas Auni tgk tempt duduknya.

Apapun semoga Auni seronok bersekolah & belajar rajin2 kat sekolah.
Semoga cepat adapt dengan rutin baru.

Alhamdulillah
Anak2 makin membesar,mama-papa kena kerja kuat
Kena usaha lebih lagi nak provide the best untuk anak2
I/allah.



Post of a DAY

-RM5600

Setelah bertangguh2 sekian lama Akhirnya aku amik keputusan Sabtu lepas Tukar tiles 2 bilik diatas yang dah lama retak seribu Dan jugak tuka...