06 May, 2014

KLIA TRANSIT-stuck!!!

1st time aku terkena dgn ERL
balik keja kelam kabut nak kejar tren
Alih2 sangkut dekat sejam kat KL SENTRAL
Gara2 ERL stuck
Katanya masalah berpunca dari kekurangan tenaga /kapasiti elektrik

Maka dipaksa kitorang
Naik KLIA EXPRESS
Berlari ke landasan sebelah pulak
Tunggu 20 minit
Baru dapat naik,berdiri as usual
Ramainya umat!

Dapat naik
ERL bergerak sangat perlahan
Sampai kat BTS boleh pulak stop lama
Allahhuakhbar..sabarlah hati
Maghrib dlm ERL aje 
Terlepas waktu!

Bila dah mula bergerak
Stok bergerak asal bergerak katanya
Kalau ada pertandingan dengan kura2
Memang kalahlah ERL
Memang mendidih rasa hati nak marah
Berbakul2 sumpah seranah aku
Walau dalam hati

Dah nak sampai Putrajaya
Boleh pulak berhenti tgh2 landasan dekat 10 minit between Serdang-Putrajaya
Sakiiiiiitttttt!!!

Seriously
Memang rasa nak marah sgt2
Sebab melangut 40minit kat KL SENTRAL tanpa pemberitahuan awal
Sumer orang tertanya2 sesama sendiri

Memang unexpected event
Tapi tanpa preparation 
Atau proper ad-hoc plan dari pihak operasi & pengurusan utk menangani kes2 luar jangka
Memang tak menunjukkan dasar professional langsung

Kaut untung juta2
Servis hampeh!!



Berduyun2 orang beratur tunggu pengumuman
Tapi haram takde
Lepas 40-45minit melangut barulah ada staff yang bagitau
Itupun sadiss
Tak dengar org yang belakang2 nih
Agaknya takde microfon @ alat pembesar suara yang disediakan

Sadis tau tak???


Utk pihak pengurusan
Sila take notes
Servis harus sejajar dengan rega tiket tak munasabah punya rega tuh
Naik rega mahu..
Servis..

Bila mahu naik?









05 May, 2014

Obses!

Setiap orang
Ada obsesi masing2
Cuma nampak dgn tidak sahaja

Obsesi boleh jadi dari sudut pandangan yg positif @ sebaliknya
Aku lebih merasakan obsesi itu harus diberi @ diletakkan pada tempat & dasar yang betul
Yang tak menyusahkan sapa2

Jangan sebab obses pada sesuatu
Kita main pukul rata tanpa tahu hujung pangkal
Orang yang tak bersalah dituduh tanpa usul periksa

Sukalah apa sahaja
Hormati perbezaan
Dan cari titik persamaan walau sedikit


So far
Obsesi aku hanya pada anak2ku
Setiap inci hidupku ini
Utk anak2 & suami tercinta

Aku mencari titik kesempurnaan
Membentuk keluarga yang bahagia
Mengimpikan anak2 yang terdidik dgn ilmu agama & bekal hidup di dunia kelak
Obses mencari formula anak2 berkasih sayang sesama sendiri
Obses mencipta ruang yang terhad diisi dengan masa yang berkualiti

Aku takde impian lain selain itu
Tak pernah mimpi nak pakai handbeg beribu2 reganya
Tak pernah berangan nak bergaya sakan macam orang lain
Bertudung sehelai beratus reganya
Tudung aku bawal sahaja
Paling mahal rega RM15 Aidijuma
Hiduplah seadanya aku
Orang yang masih tak reti pakai kasut tumit tinggi smp hari ini
Yang tak tau isu kelas & darjat
Tak faham sampaikan beg baby pun perlu jenama bagai

Aku takut 
Kalo sampai ke tahap itu 
Aku jatuh riak & ujub
Takut suatu waktu & ketika
Bila sampai ajalku
Allah tanyakan
Kemana duit ringgit yang aku ada dibelanjakan?

Duit ringgit kita
Letaknya hak orang lain terhadapnya
Duit yang sebenar2 duit kita
Adalah duit yang kita infakkan utk jalan Allah-jalan kebaikan-jalan kebajikan
Wallahuallam bswb

Biar kita miskin harta
Asal tak miskin budi bahasa








02 May, 2014

Cuti!!

Purposely amik cuti hari nih
Pengasuh kak ain & auni balik kg
Makanya bercutilah mama

Kebetulan pulak si baby Adeeb demam
Demam berkalih bulan agaknya

Tapi bila dok rumah
Macam2 akal ada
Nak makan itu
Nak makan ini

Jadi mahu @ tak
Kena masuk dapor memasakma

Pagi tadi
Goreng nasik buat breakfast
Tengahari rajin sangat masak daging dendeng
Petang buat bubur kacang pulak

Hoiiii...
Makin gomoklah mama!

Agaknya sebab itulah
Belum smp masa dok rumah
Kena kerja jugak
Kalo tak for sure
Mama obesity cepat
Makan-tgk tv-tido
Sgtlah tak produktif hari nih!!


Mari kita fikir
Nak masak apa pulak mlm nih?


Makan sokmo!!!




29 April, 2014

9 tahun!

Kalo budak sekolah
Baru darjah 3
Tak cukup akal lagi

Tepat 9 tahun hari ini

Melayari bahtera rumahtangga
Ada pahit
Ada manis
Ada suka
Ada duka
Ada senyum
Ada tangis

Penat dilambung ombak
Kadang2 ganas
Kadang2 ribut
Itulah rumahtangga namanya

Susah senang sama2
Pikul beban sama2

Subhanallah!

Berkenalan
Bercinta
Berkahwin
Dengan papa
Antara rahmat Allah yang paling besar untuk aku

Sedikit pun tak pernah menyesal memilih suami suatu ketika dahulu
Kalo diberi pilihan sekalipun
Aku tetap memilih suami ku ini utk jadi teman sehidup sematiku smp bila2

Bukan senang seorang lelaki
Memilih isteri
Yang bakal menanggung dosa sang isteri seumur hidup
Dan bila dia memilih aku
Allahhuakhbar
Sujud syukur!

Papa orang yang bertanggungjawab
Mentransformasikan aku 360 darjah
Dia mendidik aku
Dan tak pernah jemu membimbing isterinya ini
Moga2...

Utk papa
Selamat Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 9
Semoga rumahtangga kita
Dibawah rahmat Allah
Dan diberkati dunia & akhirat
Semoga kita bersama membesarkan amanah Allah -AIN,AUNI & ADEEB sebaik mungkin
I/allah





23 April, 2014

JJCM-CHILI'S Subang EMPIRE


Biar orang kata peghak
Tapi inilah 1st time g makan kat Chili's
Itupun sebab kawan sibuk nak belanja

Mungkin sebab aku kurang suker makanan barat
Steak2 nih memang bukan kegemaran pun
Aku suker makanan thai
Takpun makanan Itali
Suka sgt pasta2,pizza bagai

So dari opis kitorang ke Subang Empire
Tak sampai 15minit dah sampai

Bab2 mengorder kawan yang jadi tukang order dari starter sampai ke desert

Ini starter rasanya-namanya Wallahuallam-aku tak ingat-sedap jugak!!



Yang tiga atas nih main course
Kalo tak silap
Yang atas tuh-main course utk aku
Seriously tak ingat reganya
Dan lupa namanya
Tp kalo tak silap RM50+ per plate siap ada star-antara menu recommended kat Chili's

Gravy boleh request
Kawan tuh mintakkan black pepper & mushroom sekali

Air ada few yang boleh refillable
Kalo tak silap soft drink & ice lemon tea


Yang ini pulak dessert katanya
Pun tak ingat nama
Tp sgt sedap
Kek coklat yang masih panas
Diletakkan aiskrim vanilla coated dgn coklat cair
Sila pengsan!!
Sedapppp!!!

Rega semua kalo tak silap RM200++

Dan kawan nih jugak yang bayar

Verdict-utk orang yang tak biasa makan western nih
Aku tak tau samada ianya sedap atau tak
Bagi aku-bolehlah kalo nak cuba
Tapi rega yang sedikit mahal
Katanya lebih berbaloi ke Tony Romas
Sebab big portion
Wallahuallam!!

Tapi kalo ada sapa2 nak belanja 
Apa salahnya kan!!






21 April, 2014

Ini memang lawak!!!

Adik bongsu nak pg SEOUL
kami adik beradik yang lain2 membahan kaw2 dlm whatsapp group
Tapi yang nih memang cannot help it


Hahahhah!!

Tapi jauh disudut hati
Kakak2 abang2 risau
Semoga Allah pelihara kamu,adikku!!

Adeeb Ridzqin -5 bulan dah start becok!

Subhanallah
Masyaallah
Allahuakhbar

Cepatnya masa berlalu
Mama rasa macam baru semalam melahirkan kamu
Hari ini cukup 5 bulan 10hari

Sangat mobile sekarang nih
Mulut becok yaa amat
Gelak mengekek pantang diagah

Berat 7.3kg
Naik 300 gram sahaja dari bulan lepas
Tegap dah lehernya
Meniarap/memusing tanpa dibantu
Sangat senang menjaganya
Kurang sangat menangis/meragam

Setakat umur 5 bln
Demam viral 4hari tuh aje yg dia meragam sgt2
Alhamdulillah
Sekarang membesar bagai johan



Sekarang nih tak sabar2 nak suap dia makan bulan depan
Mama tgh sibuk belek resepi puree
Dah lama takde baby kan?
Dah tak ingat resepi puree

Apapun mama doa byk2
Semoga Adeeb membesar dgn sihat
Tapi dalam masa yang sama takmo adeeb besar cepat sangat
Seronok sgt ada baby kecik kat rumah
Rumah rasa lain
Sapa2 yang ada baby kecik nih
Memang tahuler macammana rasanya

Speechless!!




Post of a DAY

Kerja pertama tahun 1997: Mc Donalds Bukit Bintang

Dulu selepas SPM tahun 1996 Aku tak duduk diam,aku bekerja di McDonalds Bukit Bintang To be exact restoran ni terletak kat 4 junction tersib...