13 June, 2013

Vaksinasi & isu semasa



Seriously mmg tgh trending kot dlm forum ibu2 ,page kesihatan ibu & anak terutamanya

Aku ada join satu group dl Fb
Ttg kesihatan ibu & anak
Yea lah-mana tau ada info yg bguna yg boleh diguna dimasa hadapan
Lagi2 tgh mgdg nih kan
Banyak benda yg aku terlupa
Jadi aku percaya
Mencari ilmu itu tiada penghujungnya

Hari nih ada 1 isu hangat
Ttg pendirian seorang ibu yang refuse utk memberi vaksinasi berkala kepada bayinya even Bcg yg diberikan slps bayi baru lahir 
Dgn alasan keraguan kepada kandungan-halal/haramnya unsur vaksin tersebut utk diberi kpd bayi
Ada jugak yang ditokok tambah yg mgatakan memberi vaksinasi itu amalan masyarakat barat-x islamik /tiada keperluan disitu

Trust me
Ramai ibu yang mempunyai pendapat yang sama
Semuanya atas dasar mahukan yang terbaik utk ank mereka
Yea,siapa tak mahu yang terbaik utk anak yg penat kita kandung kan?

Baru2 nih majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa vaksin Rotavirus kedua2 jenisnya terbukti mempunyai Dna bab*
Jadi haram hukumnya
Tetapi diberi kelonggaran utk mengambilnya sekiranya bayi berada di kawasan terancam dgn wabak AGE tersebut.
Sekiranya tidak ada ancaman-semoleknya bayi tersebut dijaga tahap kebersihannya serba-serbi
Ini mmg jelas lagi bersuluh

Aku takdelah kata apa yg ibu2 nih buat adalah tak betul
Aku hormat pendirian masing2
Cuma aku rasa kan baik jika tidak mendengar @ menjatuhkan konklusi tanpa penyelidikan rapi
Yg mjadi mangsa bayi itu sendiri

Sekarang mungkin boleh mendabik dada
Anak saya so far ok wpun tanpa vaksinasi
Esok-lusa siapa tahu?
Kita tak tahu kan!!

Mencegah lebih baik daripada merawat
Dan aku tetap dgn pendirian aku
Memberikan perlindungan asas kepada anak aku selama mana aku mampu dan ianya bermula dgn vaksinasi berkala
Selama mana tiada pengeluaran fatwa halal/haram-aku berpegang pada yang itu shj.
Hanya itu.

Ada seorang doktor keluarkan pendapat dlm page tersebut
Namanya aku rahsiakan yea

"Kalau dok kira sgt halal/haram -kandungan yang meragukan dlm vaksin tersebut-rasanya ibu2 kena mula memikirkan utk bersalin di rumah tanpa dadah-kerana sewaktu bersalin macam2 ubat yang akan disuntik ke tubuh badan ibu-cth: ubat mengecutkan rahim-ubat bius utk hilangkan sakit ketika dijahit luka perineum,epidural"

Ubat2 ini juga tiada tanda halal & mungkin jugak meragukan kandungannya!!

See the point of it?

Susah kan kalo masing2 tak terbuka-mata
Masing2 anggap mereka yang terbaik

Ini pendapat peribadi
Tak mewakili mana2 pihak pun

Bagi aku -doktor merupakan rujukan utama utk segala isu kesihatan
Kedua-sumber2 dlm internet
Ketiga-pengalaman sendiri

Doktor nih telah dididik bertahun lamanya utk menjadi seorang doktor
Jadi wajarlah mengikut nasihat mereka & merujuk pada yang pakar
Aku bukan anti perubatan alternatif
Tapi bagi aku kita usaha setakat mana kita mampu
Selebihnya kita tadah tangan tawakal pada Allah


Jgn dipolitikkan entri nih
Ini pendapat peribadi
Dan tak mewakili sesiapa pon

Hormati perbezaan pendapat
Dan berusaha mencari titik keseimbangan setiap segi

Peace no war!!









Berita buruk

Ada sesiapa yg terbaca entry sblm nih
Kes terpencil?

Follow upnya:-

Suami kepada kawan baikku
Dah selamat di bedah kepalanya
Ada tumor membesar tanpa sedar 
Tiada sign lgsg
Alih2 urgency operation di HUKM

Dan smlm aku diberitahu ttg result analisis tumor tersebut
Terduduk aku membacanya
Apatah lagi kawanku itu

Barah tahap 4
Tumor yg sgt aktif

Suaminya muda lagi
Mungkin dlm 37 tahun
Anak 3 orang
Yang bongsu baru 5 tahun

Cancer is silent killer
Kita takkan tau kita ada kanser sehingga keadaan telah teruk
Kalau mereka yang tau lebih awal
Itu antara mereka yg bertuah

Mcm kanser payudara 
Kita boleh buat pemeriksaan berkala
Tp kanser otak?
Bukannya kita ada ct scan machine kat rumah kannnnn??
Wallahuallam!!

Aku tumpang bersedih
Dan berdoa smg sahabat ini kuat melalui fasa dugaan yang sgt hebat ini

Hanya usaha & tawakal yg kita ada
Selebihnya terletak atas kuasa Allah swt shj
Dia yang maha mengetahui
Sebaik2 perancangan hanya drNya

Utk kita yang mungkin rasa kita sihat
Jgn amik ringan kalo kerap sakit kepala
Jgn simply telan ubat
Let say berlarutan 6 bln lamanya
Get a details check up!!plsssss!!
We never know!!

Kanser menyerang tak kira usia,bangsa @ darjat
Dan selalunya kanser berkait rapat dgn lifestyle kita
Pemakanan kita
Genetik
Dan macam2 faktor lagi yg banyak dibahaskan oleh para oncologist!!

Mmg semua orang akan mati
Itu hukum Alam
Tp biarlah kita beringat sblm kena

Utk kak ayu & abg zamri
Berjuanglah sehabis daya
Demi anak2!!
Kami selalu mendoakan yang terbaik buat kalian


Aku pernah berhadapan dgn ajal arwah bapa mertua
Kerana kanser prostat tahap 4
Sakitnya melihat
Apatah lagik yang menanggung

Al Fatihah utk tok ayah





12 June, 2013

Restoran Upin Ipin

Rasanya 2 mggu lepas
Pg makan kat sini
Bawak kanak2
Area tasik permaisuri

Adoikhhhh!!!
Tgh tido pun si kecik tuh bgn
Sbb upin-ipin punya pasal

Mmg kesukaan anak2lah
Anak2 dah naik hafal tetiap episod 
Sbb rajin sgt streaming you tube 

Makanan-biasa2 jer
Rega standardlah-x mhl,x kurang
Food taste-biasa jugak

Tp utk kanak2
Ini syurga mereka!!
Seronok tgk bdk2 nih excited

Sekali sekala bolehlah dtg melayan kanak2
Tak sedap pon makan beria
Sbb suker py pasal!!

Haaaaaiiiiler anakkkkk!!




11 June, 2013

Selamat Pengantin Baru Dr Liyana & Dayat

Ikutkan ahad lepas xmo pg mana2
Nak rehat golek2 kat umah aje
Tp disebabkan wedding Doktor yg comel nih
Gagah jugak pg kesana

Majlis yang sederhana
Berlangsung di The Club,Persiaran Surian
Sgt sweet majlisnya

Tak serabut dgn crowd
Nice food
Pendek kata simple & sweet
Tak perlu extravagant sgt
Dgn video klip bagai mcm org skrg buat
Aku prefer majlis yg simple macam nih
Tuan rumah pun masih boleh ke hulu-hilir melayan tetamu sepanjang majlis

Layan gambar yek!!



Apapun utk Liyana & hubby
Selamat Melayari Alam Rumahtangga
Hidup dgn muafakat
Berkasih-syg kerana Allah
Dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah hdknya
Amin


10 June, 2013

Extreme coupons-ASTRO TLC CHANNEL

Senja smlm sempat melanguk tgk tv
Layankan astro TLC channel 
Ada rancangan Extreming Coupons

Rancangan ini merupakan realiti tv
Rakyat UK
yang suker mengumpul kupon2 diskaun pembelian barang2 household/toiletteries di pasaraya

Bayangkan kos beli barang
Boleh dijimatkan sehingga 90% dgn hanya menggunakan kupon
Seriously ternganga aku tgk smlm!!

Aku kalo beli brg dapur kat umah
Kalo dapat diskaun 10% pun dah tersenyum
Apatah lagik 90% kan!!!

Setakat ini perbelanjaan asas beli barang2 umah
Cth:beras,susu,gula,tepung,sabun basuh bj,toiletteries seisi keluarga,minyak,pampers auni,susu auni,
X pernah kurang dr RM250-RM300 sebulan
Kalolah kat Msia banyak sistem/offer kupon penjimatan macam kat Uk kan best!!
So far selalu dpt cash diskaun sbb pembeli tegar di Tesco itupun sbb jd members.

Tp bila fikirkan cost of living kat UK
mmg haruslah kena ada inisiatif mengumpul kupon gitu
Nak menyewa rumah pun kosnya boleh rabak sebulan gaji
Sila rasa bertuah sbb dok kat Msia
Sbb msh mampu beli umah sndr

Moral of the story
Kalo terjupe kupon dlm mana2 paper @ mags
Rasanya kena mula menyimpan
Dan gunakan bila diperlukan 
Memanglah jumlah penjimatan mungkin 0.50sen-tp still jimatkan??

Tak mustahil suatu hari nanti
Kos hidup di Msia
Akan setaraf dgn UK

Siapa tahu??

pic :google


08 June, 2013

Sanctuary Care Centre

As usual
Antara aktiviti kemasyarakatan anjuran jabatan
Aku selalu jugak join aktiviti volunteer
Kalo ada kelapangan masa & kalo xde aral melintang

Kali nih ke rumah anak yatim & golongan kurang mampu
Sanctuary Care Centre
Kat Jln Ayer Panas Baharu

Mostly anak2 yatim
Berketurunan hindu-kristian
Tempatnya rumah semi-d setingkat
Yang dibiayai oleh orang persendirian
Tempat sgt sempit
Dgn kepadatan penghuni disitu
Taraf kebersihan & keselesaan
Sgtlah daif
Kesian jugak tgk bilik tidor mereka yg dibina dibhgn belakang rumah -lgsg xde tgkp.mmg xde ventilation pon
Aku yg dok 4 jam situ pun boleh jd ssk nafas


Ada kanak2 seusia 9 bulan
Dan ada jugak seorang ibu tua yang ditinggalkan anaknya kerana serangan strok terlantar lesu atas katil
Seriously mmg sedih!!

Kenapa memilih rumah ini?
Kerana jarang sgt orang kebanyakan & korporat nak pg menyumbang pada rumah anak yatim beragama lain eg:hindu,etc
Jd kita pilih jalan lain dr yg lain
Kita cari rumah yang not well known
Tp perlukan bantuan 

Kitorang dah collect bhn2 mknn asas
Seminggu lamanya
Beras,susu,milo,gula,tepung,sardin,maggi,biskut dll
Bg derma jgk atas inisiatif jabatan
Bawak hadiah & coklat utk knk2
Provide lunch kfc 
Siap buat birthday celebration utk penghuni yang kebetulan menyambutnya

Kitorang anjurkan jugak mcm2 games
Dan jugak magician show
Budak2 tuh bukan main suka

Its a good start 
Aku rasa dekat dihati dgn program macam nih
Sbb aku jugak ank yatim sejak umur 9 tahun
Jd melihatkan ank2 ini-kita rasa apa yg mereka rasa

Hopefully akan ada masa
Utk join aktiviti2 macam nih in future
Wpun tak memberi banyak
Cukuplah penglibatan & curahan tenaga utk mjlnkan aktiviti mcm nih
Ini shj yang aku mampu kot

Wpun berbeza agama,bangsa & anutan
Kasih syg itu
Tiada jurang sempadan
Semoga anak2 itu diberi perlindungan sebaik mgkn
Dan berjaya dlm hidup!!

Hidup 1Malaysia
Katanya =))



04 June, 2013

Taman Tema : Desa Waterpark


Utk warga KL/Slgr
yg bajet terhad mcm aku
Yg nak bwk anak2 ke tmn tema
Rasanya ini tempat yg sesuai

Tak jauh sgt dgn KL
Parking senang
Tiket rega berpatutan
Mkn-minum pun x cekik darah sgt mcm sunway
Compared sunway -rega nasi ayam di sunway adalah dlm Rm16 set
Tp di Desa Waterpark rega adalah Rm8 satu set
Tutup mata byr jerlah
Kalo dh lapar sgt!!

Aku yg x larat nk bjln sgt
Dan ank2 yg x larat bjln jauh2
Rasanya Desa Waterpark plg sesuai
Tempat x luas sgt
Apapun ttp enjoy
Berendam ,main slide air sama knk2
Aku spend masa almost 3 jam kat sana Sabtu lepas

Motip-kesian kat anak2,x bercuti mana2 w/pun cuti sekolah!!

Rega tiket dewasa dgn mykad-RM30
Manakala kanak2 lebih ketinggian 90cm adalah RM20
Oklah kan!!
Sewa tube RM15
Sewa loker RM5

Tp kalo nk jimat lgk
Bwk tube@ pelampung siap2 dr umah
Bwk duit cukup2-simpan dlm plastik -simpan dlm zip suar
H/phone ,kamera x yah bwk
So x pyh sewa loker bagai
Hahahaha!!

Mkn-minum
Mmg dilarang bawa masuk
Even air mineral
Standard rules mana2 tmn tema
Tp baby food still acceptable lah!!

Apapun still recommended place to hang out with family
Inipun dh janji sama anak2
Lepas raya nk repeat lgk kalo pjg umur!!





Post of a DAY

-RM5600

Setelah bertangguh2 sekian lama Akhirnya aku amik keputusan Sabtu lepas Tukar tiles 2 bilik diatas yang dah lama retak seribu Dan jugak tuka...