12 January, 2012

CNY leave :-))

kalo 6 tahun lepas
mmg setiap kali raya cina aku & family akan balik ke Dungun
melawat  ibu & bapa mertua
itu memang agenda tahunan kami


dan setiap tahun jugaklah
aku akan tersangkut dlm jammed dr Bentong-KL
berjam2 lamanya tiap kali balik ke KL


tahun ni rasanya buat pertama kali kami x balik kampung
takde urge macam dahulu
yer lah...kedua2  mertua dah takde
so macam 50-50 rasa nak balik kg tuh
mmg terasa bila orang tua takde ni kan??


hubby pun tertanya2 ada program x raya cina?
aku mmg x kata menda


petang semalam balik keja
tunjuk auni bas ekspres 2 tingkat PLUSLINER
sgtlah excited anak tuh nak naik bas
almaklumlah x pernah naik bas anak2 aku nih


tapi mahu ke mana?
rasanya jenuh nak kelek anak naik bas
dgn pampers sebeban, botol susu & kain baju
phuhh!!! mmg x dapat nak bayangkan


kawan2 pg mana cuti panjang ni ?


sure seronok dpt spend masa sama anak2
aku rasa nak beli khemah aje
nak ajak anak2 berkhemah
kalo x dpt berkhemah kat PD macam daddyZZ
berkhemah depan rumah pun cukup
malam kita wat BBQ..ok kan?


hahahahha!!

cantik kan bumble bee tent ni ?

ada sapa2 nak join?
jangan malu2..jangan segan2

kita camping ramai2...mahu?

11 January, 2012

kemujuran disebalik setiap kesusahan :-))

gilerbabaspunyatajukentry*

abaikan shj

disebabkan banyak sebab yang x dapat aku rungkaikan satu-persatu
cukuplah aku katakan sejak januari yang baru masuk hari ke 11
hidup aku betul2 miserable

wpun banyak kemujuran di awal tahun

kemujuran #1 - papa pindah sekolah depan rumah..jalan kaki pun boleh!

kemujuran #2- tak serabut pasal sekolah si ain- pergi balik jiran tolong jemput siap transit bagai rumah dia-tapi aku susah hati lak dia tak mau bila aku hulur duit..katanya ikhlas nak menolong--aku x ragukan keikhlasan dia tapi aku pulak yang x sedap hati sbb x bayar apapun ..tentulah aku rasa something x best jugak!!

kemujuran #3-keguguran - rahmatnya aku mmg tgh up & down di office- mmg belum masa sesuai nak preggy kot @ mmg bukan rezeki aku lagik.

kemujuran #4- anak2 alhamdulillah sihat setakat ini- so aku masih berjaya tidak apply apa2 cuti EL/ AL buat masa ini..esok-lusa wallahuallam!!

aku rasa sejak awal tahun @ mungkin sejak keguguran baru2 ni

badan rasa x fit macam dulu- cepat mengah & cepat letih
nak lipat baju sebakul pun dah mengeluh
nak masak--lagilah

hampir tiap malam makan kat kedai
aku sampai rumah lewat, badan letih yaa rabbi
selalunya pukul 10pm aku dah ngantuk sgt2

pagi2 bangun macam lipas kudung
mandi bersiap gosok @ pakai baju ikut suka aku
kadang2 stok malas pakai baju x payah gosok
gosok tudung je..hahahaa
siapkan beg baju anak2

solat subuh..terus turun bawah buat nescafe sejug-
bawak kuar butter/jammed makan dgn roti
mmg x sempat nak bangun lebih awal nak masak bagai
aku mmg x sempat
then terus cabut pg keja-anak2 pun x bangun lagik
kesian lohkong terkontang-kanting menguruskan anak2

tp ituler realitinya
hidup aku mmg miserable betul rasanya

aku rasa ini pasti kena mengena dgn jarak rumah - tempat keja yang jauh
ikut hati mau tender resignation 24jam pulak
tp itu ikut hati..kalo ikut akal mmg x dapeklah

aku harap dapat turning point aku semula
selewat2nya bulan Mac- April nanti
nak mengharapkan seawal bulan Feb-- rasa mcm x sempat jek

kemujuran #5--aku berSYUKUR dapat suami macam lohkong
dia x pernah komplen kalo aku x masak
dia x pernah komplen rumah bersepah
dia x pernah komplen kalo tgk aku TIDO lama sikit
dia x pernah komplen kalo malam2 anak mintak susu-dia yang akan bangun bancuhkan susu..dah wifetidotaksedardiri


because what..
dia tau aku penat travel keja back to back
hop in hop off here & there
kalo sapa2 yang add di FB sure tau mana2 tpt aku check in thru foursquare
mmg meletihkan menjadi aku!!

tq lohkong for being UNDERSTANDING hubby
for being my 2nd hand


balik rumah semalam terharu tgk dapor berkilat2
nak harap aku..mmg x sempatlah!!

i lap u lah papa :-))

10 January, 2012

Anak punya pasal kan!!

anak aku si auni yang baru berusia 2 tahun 4 bulan
mmg jenis protective sikit
dan atas sebab itu
aku risau hantar dia g taska

sbb pantang ada budak usik2 dia
cubit pipi dia, tarik baju dia
amik mainan dia
mmg dia jenis cepat tangan
harus ada anak2 orang yang kena cubit @ kena lepuk dek anak aku ni

so tiap2 hari balik keja
aku akan tanya dia

"auni ada popok budak tak hari ni"

soalan tuh akan aku tanya setiap hari

suatu hari aku tanya soalan yang sama

jawapan dia buat aku heart attack

"auni xde popok budak-->>auni PIJAK jek"

aiyokhhhh!!

ko nak jadi apa nih nak??
mati akal aku apa nak buat dgn dia

jenuhler aku bagitau dia
takleh popok anak orang
nanti mama-papa dia marah
teacher marah
sapa nak jaga auni nanti??
dia jawab--papa leh jaga

amboi2..menjawab no wahid tuh!!

tak tau m/mana nak buat lagik
risau jugak ni
sbb takut ada anak orang yang cedera parah dikerjakan anak aku
kang orang kata kita x mengajar anak pulak..

pening kepala mama!!


si dompok-nunie

ada sesiapa yang ada anak perangai gini?
leh share tips x ?

09 January, 2012

Jalan Duta - hit google map paling tinggi hari ni :-))

credit picca - malaysiakini.com

agak menarik melihatkan gambar2 terbaru di jalan duta

banyak lagi gambarnya..ini baru sekeping aku copy & paste
sila klik sini 

dr malaysiakini.com


ini bukan blog pro pembangkang
bersalah @ tidak?
sistem kehakiman berpelembagaan dah buktikan

tapi apapun semuanya antara DSAI & ALLAH swt

Allah lebih mengetahui kebenarannya
kita tengok , lihat & nilai melalui kacamata masyarakat marhaen shj

apapun congrats DSAI..

PRU 13-- sendiri pikir & sendiri pangkah..

06 January, 2012

im not sick but im not well :'(



for those yang adding di FB
sure tau ttg musibah yang aku terima 2 hari lepas
aku keguguran
perhaps 4-5 weeks feotus kata doktor
kalo mengikutkan tarikh period terakhir

aku realised abnormality
bila period continuosly 11 days & its not ordinary
as heavy period & accompanied with many strange things together
x tau nak explain..tp yang pasti it was x normal to me

4-1-2012- aku bangun pagi bersiap utk htr ain ke kindy
bangun dgn rasa nak pitam
masuk bilik air terjerit sorang2
dah tgk benda pelik2 yang keluar..
ouchhhh !!

buat muka selamba-bersiap & htr ain ke kindy
since tgk kak ain ok di kindy
aku berlarik ke klinik medi di kawasan rumah
bagitau apa yg terjadi
doktor wat urine test
buat scan bagai
serta procedure - seluk-menyeluk yang paling aku benci sekali !!
amik BP ..BP aku slightly higher semalam
interview bagai-- dan bila result urine test keluar doktor kata ada hormon pregnancy tp very low
diagnosed -keguguran
dan the best things apart -- she only gave 1 DAY Medical leave
with her confirmation yang xde left tissue inside the womb

ok..aku yang naif pun xde rasa apa2 selain agak terkejut dgn berita itu
balik semula ke rumah  dan mengadap kekejangan perut yang maha sakit
dgn menukar pad selang 2 jam
makan aje vitamin, ubat tambah darah,ubat tahan sakit yang doktor bagi
mmg flat betul seharian tuh

sesungguhnya aku tak tau
yang aku mengandung
bilamana period tetap setiap bulan
dan ini merunsingkan aku jugak!

bila post dkt wall FB
ramai pulak kawan2 yang reply terkejut bila aku hanya diberi cuti sehari
aku pun pelik sbnrnya tapi disebabkan aku x tau prosedur pemberian cuti sakit oleh GP
jadi aku pun x tertanya

semalam 5/1/2012- aku pg ke klinik semula
dgn harapan dpt cuti sakit sampai hari ni
at least 2 additional day -so aku boleh berehat sampai hujung minggu

kali nih doktor lelaki pulak
dah ler dgn muka bangun tido
read - this clinic is 24hrs clinic

agaknya dia baca history case aku
dia tgk muka pucat semacam
amik BP- amik temp -wat scan lagik
ayat sarcastic -- ubat apa saya  nak bagi ni? sumer ok..

aku jawab- mmg kalo ikut test tuh semua saya nampak ok
tapi saya rasa pening-mual-loya
dan perut masih sakit- cramping occasionally
darah pun masih banyak

saya tak boleh dapat cuti rehat ke?
saya dengar melalui kawan2 kes macam ni boleh dapat cuti rehat at least 7 hari
dan saya hanya dapat sehari shj--iaitu semalam.

awak nak cuti rehat?
saya tambah 1 hari shj iaitu semalam shj
kes awak ni normal.x perlu cuci dah
semua tisu dah keluar-awak pun nampak melalui scan tadi kan?

kalo macam tuh-saya nak mintak refer ke gynae boleh ?

dan lebih menyakitkan hati ?
doktor tuh boleh jawab

tak payah referlah-sama je dia akan advice macam yang saya advice
awak ok..amik masa sikit!

aku memang sakit hati sangat2
berbakul2 aku carutkan doktor nih

badan aku..aku tau ler m/mana rasanya
dia bercakap ikut logik dia
tapi tak bercakap / mewakili orang yang sakit ni

ok..fine..aku ikut cakap ko kali ni
dah ko doktor kan..lebih tau serba-serbi
aku pegi keja dgn jayanya pagi ni
darah masih banyak
dan aku berdoa semoga x jatuh pengsan kat sini

* entry lepas geram pada doctor yang sgt x empathy..utk doktor lain2 no heart feeling ok.ini mmg khusus utk doctor klinik Mediviron TPP ..confirmed - no more visit to this clinic at all!!

03 January, 2012

my own review of GRAND LEXIS PD :-))

Grand Lexis-aku yakin ramai yang tau ttg hotel superb ni
dan sejak dari nama lamanya
PD International Water Homes lagi aku dah berangan nak ke sini
sikit punya lama tuh berangan!!

agaknya rezeki Allah nak bagi
dgn rezeki itulah aku booked tempat ke Grand Lexis  
alhamdulillah!!

bagi orang lain
mungkin akan kata
"alah PD je pun"
tapi bagi aku its too luxury for me
yang aku x pernah mimpi akan pegi kalo guna duit poket sendiri
bayangkan harga semalam rm500+
phuhhh!!

dan aku pun booked yang paling murah kot
Deluxe Suite Garden Wings


with that cost - of course we expect more than ordinary
1st impression :-
the hotel is up to that standard
with huge room
with superb fascility-nice view-
assembled with modern design & furniture
but the best thing it was the private pool inside the room!!
such a great place to hang out for weekend getaway
kalo duit berjuta2 berkoyan2

mula2 rasa mesti x berapa nak ramai
but bila dtg masa check in
mak aiiikhhh the queue is killing me
nak check in pun ramai but the service was quite ok
pantas & just nice!!

so sila layan gambar
dah  x larat mau membebel
kang ada yang fengsan!!


the view of the huge room !

small kitchenete

see..got 2 king bed

that "private pool "

its really huge

us-infront of hotel

having buffet breakfast

smile :))

aku rasa mmg seronok disini
sebabnya sukahati nak berendam dgn anak2
terjerit2 sama anak2
anak2 pun enjoy the water activity

x perlu nak segan2 kalo aurat terdedah
even pakai baju renang muslimah tuh pun
aku rasa still malu sbb baju melekap2 kat badan
bagi aku ler..orang lain mungkin ok jek..

next time boleh pergi lagik
itupun kalo ada rezeki lebih Allah nak bagi
kali nih mau paksa adik-beradik join sekali
kita tido ramai2
pakat bawak toto masuk bilik...lepak ramai2

utk yang teragak2
kalo  anda berkemampuan
dan terfikir2 patut @ tak booking hotel ni?
anda patut mencuba

reward yourself ok!

sekali-sekala takper kot..

apapun recommended utk sapa2 nak honeymoon
mmg sgt sesuai..lagi2 water villa itu

Mentaliti- kita takut disaman @ kita risau pasal keselamatan ?




suka @ tak?
mahu @ tak mahu?

safety is priority

sila percaya saman telah dikuatkuasakan pada 1-1-2012
utk pemilik kenderaan yang masih ingkar
utk penggunaan tali pingang keledar didepan mahupun dibelakang

sila rujuk disini

Sbg rakyat malaysia--aku mengaku kadang2 kita lebih takut pada saman
dan buat endah x endah pasal safety

bagus jugak penguatkuasaan ini
at least dalam kita beringat takut disaman
kita jugak berjaga2 ttg safety terutamanya anak2 kita


-utk yang bertanya-bawak2 bersabar..nanti aku wat entry pasal Grand Lexis--ingat senang nak upload gambar bila line internet macam siput..sabor jelah!!


apapun selamat bekerja di  hari pertama di tahun 2012
aku keja macam biasa

tercari2 momentum..
hilang lepas kemana

senyum :-))

Post of a DAY

-RM5600

Setelah bertangguh2 sekian lama Akhirnya aku amik keputusan Sabtu lepas Tukar tiles 2 bilik diatas yang dah lama retak seribu Dan jugak tuka...