23 August, 2011

patriotik sikit :-)

image : google


aku pun x hingat
bila kak ain bercakap pada aku ttg isu  kibarkan bendera nih

" kenapa rumah orang lain ada bendera rumah kita xde mama?"

- aaa ler..nanti mama tanya papa

en papa as usual jawab bagi sedas selalu xde lapik2

+ sayang agama pun x cukup tunjuk lagik..sibuk nak tunjuk sayang negara!!

cis bedebah ini lohkong!!


xleh ler  mama nak didik anak jadi patriotik sikit..kena bahan sokmo..


mode : ngantuk + pening kepala..adakah sugar low sgt2 ni :(

 pssst : ptg ni x tau makan makan @ masak apa lagik..Kenny Rogers ok x papa ??


22 August, 2011

the weekend story

image : google




semalam baru shj kembali dari kampung en papa
sgt fennat!!


balik kg sabtu lepas bertolak pukul 7am -pukul 12 tghr dah menghirup udara dungun daa
bapak laju bawak keta
mentang2 wife tido2 ayam..dia bantai pecut x hingat dunia


sabor je lah !!


balik kg cuaca x berapa nak panas
so melayan anak2 yg x rupa org kalo balik kg
smbl bantai titon ..dr kul 3pm sampai kul 5pm
heaven!!


bangun2 tlg kakak ipar masak2
dan bergegas ke Pasar Ramadhan Dungun
giler best!!


memborong kuih muih yg yummy2
memborong ayam percik yang sgt sedap
berhabis x tahu berapa ringgit..mmg x sayang duit lgsg kalo g Pasar Ramadhan Dungun ni


balik rumah MIL dr Param konon2 nak potong tembikai
dah siap potong 1/4 bijik
terpotong jari sendiri..mak aiiikkhh
sakitnya..dah ler dalam pulak lukanya
sampai 3x tukar bandage utk stop the bleeding...
giler cuai.. :-(


semalam balik ke KL..mengantuk tahap gaban
ntah berapa kali berenti x kira lak..
bertolak kul 10am smp 4pm lebih..
makan kat rumah bonda terchinta!!


balik rumah..fengsan..
dgn mengadap kain baju bertimbun-nak basuh..nak lipat
mmg wat pening sgt2
belum lagi bab kak ain yg cirit birit dr semalam
aku beli smecta- haramnya dia nak telan!!


tgh2 malam menangis bagitau nak buang air besar
berangkutler mama menunggu depan pintu


so pas sahur pg td
siap2 kan beg2 sumer
angkut kanak2 masuk keta
terus ke klinik idzham ampang
amik ubat siap2..
bahananya smp opis lewat sikitler pg ni..


kesian betul kalo budak2 kena cirit- birit ni
kalo aku yang kena pun mahu melepek bagai nak rak!!


hari ni iftar x tau nak masak menda lagik
hopefully sempat masakler..


minggu ni mood ke laut sungguh nak keja
bukan sbb hari ni hari isnin
tp mungkin sbb minggu ni minggu terakhir bekerja
dgn harapan leh start cuti raya isnin depan
sedangkan cuti pun x apply lagik
giler kentang kan!!

doakan boss yang baik hati , handsome lagik budiman
approvekan cuti aku nan 2 hari itu
if not harus aku nangis malam-ptg-malam
muahahhahahah!!

korang dah apply cuti ?

19 August, 2011

isu BALIK KAMPUNG isu wajib setiap tahun :-)






jom kita baling dadu,tgk sapa yang kena ??



sahaja nak menambahkan mood raya
aku g bukak entry ni
sbbnya terdengar rungutan seorang teman baik yang baru mendirikan rumahtangga x smp 2 tahun pon


isunya begini :-

 kawan ni - denoted as MS S ler..kawin dgn org senegeri
kalo dr rumah mak MS S ke rumah suami lebih kurang +- sejam dah smp ler
macam tahun lepas tahun pertama beraya mmg beraya rumah dia di pagi raya
petang raya pukul 3pm si suami dah sibuk suh packing dan sibuk nak balik ke rumah dia plak

 MS S nih ada sedikit x puas hatiler
sbb berhari2 bermalam2 dok di rumah mertua
sedangkan rumah dia hanya tempat persinggahan waktu balik shj
means drop by sblm bertolak ke KL barang semalam
tahun ni katanya kalo suami dpt cuti raya mungkin x dpt lama
tentu akan pulang pagi raya di rumah mertua jugak



so sedikit rasa x puas hati di situ




aku rasa macam2 isu lagik bab beraya ni kan :-
macam aku..masih mengamalkan sistem giliran walaupun 2 tahun lepas berturut2 aku beraya bersama keluarga suami itu kira sukarelalah..


tahun 2009- aku tgh pantang bersalinkan auni kebetulan mmg jatuh giliran beraya dgn keluarga suami--so ikutkan aje..dan mmg beraya di KL shj that time sbb arwah FIL kat HKL that time.

 tahun 2010- aku sukarela melepaskan giliran aku kerana suami & family baru kehilangan FIL - so sebagai rasa simpati pada mak mertua yang tentunya rasa kehilangan & x mo rasa sunyi sgt kalo anak sulung lelaki ( suami aku) xde..so aku let go aje giliran aku tuh..



bagi aku- hidup berumahtangga mmg kena ada tolak-ansur
dan pasangan pulak jangan taking advantage pulak pada kebaikan isteri / suami
tak kisahler kawin satu negeri ke-lain negeri ke
amalkan aje sistem giliran dan kena ada kata sepakat berapa hari patut spend dirumah keluarga masing2



paling x suka ayat seseorang
dah tinggal dekat rumah mak-tetiap hari leh jupe
jadi setiap kali raya pergilah rumah mertua pulak.



ayat sangat x sesuweeii ok
even rumah mak depan mata
mood raya takkan sama dgn mood hari biasa..



bagi aku kalo tahun ini tahun beraya di rumah mertua
berbesar hati & berlapang dadalah ..keluarga mertua juga keluarga kita
sambutlah hari kemenangan kita dgn hati gembira, jangan ada sebal, jangan ada iri..jangan buat perangai ( jangan dok terperok dlm bilik plak ) bukakan pintu hati utk lebih terbuka menerima budaya berbeza( jika duduk berlainan negeri) ,menikmati makanan yang berbeza..dan melayan para sanak-saudara sama rata..



begitu juga kalo beraya di rumah sendiri
jangan abaikan hati & perasaan suami kita , mungkin dia pun rindu pada keluarga dia kan
so kena amik kira hati dia jugak..kena jaga jugak kebajikan dia tuh..itu pesanan utk diri sendiri jugak !!



pengalaman aku beraya kali pertama di rumah mertua
mmg agak sadis jugakler
dah ler x pernah berpisah dgn mak
tahun pertama kawin dah raya rumah mertua
tgh sibuk mabuk2 mengandungkan si ain pulak

 pagi2 raya menangis telefon mak
lagi2 bila mak listing menu pagi raya
sedangkan di terengganu jarang jupe menu rendang,lontong
rumah mak mertua punya menu adalah nasi minyak
meleleh2 air mata teringatkan menu raya rumah mak yang marvellous tuh
dahler tgh mengandung..sadis tau!!

 tapi bila masa berlalu
sumer tuh boleh kaw tim..sekarang ter"rindu" pulak nasi minyak mak mertua yang yummylicious tuh
tahun ini insyallah beraya dgn famili aku pulak
wpun begitu kami tetap balik ke terengganu bulan posa
even sabtu ni akan bertolak ke terengganu utk berbuka bersama mertua pulak
itu acara wajib sejak berkahwin




apapun tak sabar nak beraya tahun ni
dah lama x beraya dgn bonda terchinta
dah panjang list menu nak paksa bonda masak

muahhahaha...






en papa jangan jealous ok..








esok pagi pas sahur will heading to dungun :-)




 have a pleasant weekend to all :-)















































































































































































































































































18 August, 2011

lose weight or lose fluid ?





as usual antara good point kita berpuasa ni
kita macam diet lah jugak kan..
aku x tau org lain
tp aku ni bila posa kurang makan tp kuat minum
bergelen2 leh teguk sekali harung
sbb tuh kalo g buffet sgt rugi nak membayarnya sbb makannya x beria2

makan takat sekali hadap
xde nak bertambah2 sgt macam bulan x posa
suka meratah lauk aje kerjanya dah rupa meow
dan time bulan posa confirm akan penuh stok buah kat rumah
sgt x faham disitu

bila sahur makan nasi separuh pinggan  and as usual air bercawan2
air teh o..air masak
dan mesti makan pisang berangan sebijik
itu wajib!!

aku x pegi menimbang lagik
tp rasa macam badan lebih ringan sejak berpuasa ni
tp sebagaimana yg sedia maklum
bila kita puasa ni sebenarnya kita kehilangan banyak cairan dlm badan
so losing 1-3 kg during fasting usually due to the lost fluid in body system
x percaya..percayalah..

sbbnya badan kita akan senang naik semula
lepas bulan puasa..tgkler 1st week raya nanti
muahhahaha!!

nak kurang berat badan ni kena workout kan
tp bab workout x berapa nak rajin
m/mana tuh??


berapa kg dah turun kawan2 ??
sila share yek...


17 August, 2011

Happy 2nd Birthday Auni Irdina




Selamat hari lahir yang ke 2 utk anak mama & papa yang tersayang
Semoga kamu jadi anak yang baik,berbudi bahasa
bakal menggembirakan mama & papa suatu hari nanti
jadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah & agama
dan patuh pada kedua ibubapa hdknya

Kelahiran kamu sangat ditunggu2 oleh mama & papa
Meski menanggung sakit disaat mengandungkan kamu selama 9 bulan serta melalui keperitan yang amat sangat saat melahirkan kamu
Namun kamu tetap anugerah terbaik buat mama & papa

Meski pun kamu melalui begitu banyak detik sukar sebelum menempuh tanggal 2 tahun ini
Terlalu banyak episod kesakitan yang kamu lalui
Namun mama yakin semua ini ada hikmah yang hanya Allah yang tahu

Allah mendidik kita erti sabar & tawakal pada ujianNYA
Dan mama redha setiap satu ketentuanNYA

Buktinya kamu merupakan anak mama yang kuat,yang lebih independent,defensive
kamu lebih kuat dari kakak ain
dan mama yakin kekuatan ini lahir dr setiap detik yang telah kamu lalui
smg kekuatan kamu bakal jadi pemangkin kekuatan mama jugak

Membesarlah sayang dgn baik
Semoga mama & papa diberi kesihatan serta kemurahan rezeki utk terus membesarkan kamu,memberi segala yang terbaik mengikut kemampuan kami
Memberi kelapangan waktu utk terus mendidik kamu
Semoga mama & papa tak leka dari menjalankan amanahNYA yang satu ini

Pesan mama hanya satu
Semoga liku-liku hidup yang bakal kamu lalui takkan seperit apa yang telah mama & papa lalui hendaknya
Moga-moga

Insyaallah !!!


Amin....












16 August, 2011

RESTORAN RED WOK - BANGI

setelah meroyan 1/2 harik semalam ke en papa
dia dgn paksa rela hati telah membelanja wife & anak2 terchinta
berbuka di Red Wok - Bangi semalam
aku pun dgn cergasnya telah wat reservation tghr semalam
terus order makan yummy2 ikut tekak org lapar nih

yg bestnya Red Wok ni
samada nak makan ala carte macam aku
atau pun nak belasah steamboat pun leh jugak
konsep mmg chinese muslim food

korang yang berdekatan mungkin nak try test
ini websitenya
sila click sini
korang sure rasa lapar serta-merta
itu aku x jamin ok!!

semalam aku order :-
siakap sweet & sour
marmite chicken ( ini mmg recommended)
Salted HK kailan
tomyam bangkok
watermelon juice
honey dew juice




tuan tanah nak enter frame jugak ok..sambil melayan si auni mamam


abaikan gambar x semenggah..en papa x zoom in betul2..

overall tempat ni mmg penuh giler semalam
mungkin sbb kitorang pun sampai lagi 5 minit nak berbuka
parking pun dekat luar
makanan mmg marvellous
harga mmg munasabah
x cekik darah

it cost us less than rm100 only
percaya jangan x percaya!!

dan portion agak banyak jugak
siap leh tapau bawak balik makan utk bersahur pulak.

kak ain siap cakap- mama,esok kita dtg lagik ok.beli chicken marmite ni..ain sukaler..

chicken marmite nih mmg sgt sedap
the taste its slightly sweet+crispy outside & juicy inside
mmg totally recommended!!

so for those yang nak try
sila dtg sini tau!!
mmg x kan menyesal :-)

psst : ada hati nak g makan steamboat pulak minggu depan..muahahaha!!

15 August, 2011

2 biji telur goreng

telur mata kerbau- image google !





jumaat lepas gigihler aku masakkan 2 biji telur utk ain
katanya cikgu sekolah suh bawak
ada projek menda ntah
sebabnya tiap2 hari jumaat mcm2 benda cikgu request anak murid bwk
so aku ikutkan je lah..
aku kalo bab pelajaran aku x kisah sgt..

balik keja aku pun tanyaler ain
apa sbb cikgu suh bawak telur goreng

"alah -silaplah mama..patutnya bawak telur rebus aje "

kenapa pulak?

"telur tuh cikgu suh makan- kulit dia cikgu suh kupas..tampal guna gam buat lukisan  cantik2"

tepuk dahi 3 kali !!!

laaa..nape ain suh mama goreng telur pulak?

"ain ingat cikgu nak main masak-masak"

muahahhahah!!



* hari jumaat lepas aku balik agak lewat dr biasa- kak ain tanya " nape mama x bawak keja mama buat kat rumah?---termenung sekejap!!

its only simple question but until now im not manage to answer her correctly :-(

Post of a DAY

JJCM:NASI LEMAK WANJO,KG BHARU

Sabtu minggu lepas aku turun KL Kebetulan memang nak pg hantar beg luggage untuk abangku yang bakal menunaikan Umrah 28/9/2026 ni Lepas hant...