05 February, 2013

PRU13 & angan2 sebagai FTWM

pernah dengar lagu TERIMA KASIH
lagu nih sokmo ada dalam tv sekarang
sampai si Ain & Auni pun dah naik hafal
lagu kempen secara halus
sempena PRU 13

semalam jugak boss bossy
dah buat tinjauan rambang
tgk tempat mengundi staff
siap survey rawak PR/BN ?
aiyokhhh!!

utk rakyat biasa spt aku
yang tiada kepentingan politik mahupun peribadi
tiada kepentingan tender/projek juta2 billion
yang tiada niat langsung nak gubal undang2 dalam dewan negara/rakyat
selalunya jadi pemerhati bebas
dan berdoa semoga dapat pemimpin
yang telus & amanah menjalankan tanggungjawab

untuk PRU13
sebagai seorang ibu yang juga bekerja
aku selalu berharap penggubalan isu hak asasi kaum wanita ditambahbaikkan

antaranya :-
dipendekkan waktu kerja wajib- dari 8 jam ke 6 jam
diberikan cuti bergaji penuh selepas bersalin sehingga 6 bulan
bukan lagi optional macam sekarang
pemberian elaun day care anak2- kot2 ada subsidi dari kerajaan
mewajibkan semua organisasi menyediakan kemudahan nurseri, bilik menyusu
lebih banyak kemudahan disediakan untuk kaum wanita & kanak2
sebagaimana inisiatif KTM dgn tren pink mereka
penggubalan polisi insuran utk kaum wanita
sampai sekarang adalah pelik
kenapa bersalin tak cover dalam insuran?
bukankah itu antara kemudahan perubatan jugak ?
cuti rehat khas untuk jaga anak2 sakit
allocatelah let say 8 hari setahun
sebab takde orang lain yang lebih layak jaga anak2 sakit selain seorang ibu
dan kerana ini, ibu2 ini kehabisan cuti tahunan semata2 jaga anak2 sakit

ini yang selalu dok harap2 kot jadi kenyataan
kita boleh merepek disini aje
pemberi usul
penggubal undang2
pelaksana
sudah tentu bukan aku!

berangan tak salah kan?

bukan kena bayar pun!

betul kan?






02 February, 2013

Chocolate chips cookies utk Ain & Auni

Setelah meroyan tgk
Kanak2 berebut famous amos yg nan sedikit
Nak beli byk-tau2 jerlah reganya
Yg nauzibillah
Makin hr mkn mahal
Mama adalah tensi ok!!

Jom google
Resepi nk wat chocolate chip cookies
G tesco beli brg dapor
On the spot google dlm tesco
Bhn2 yg perlu utk buat cookies
Tq for ipong!

Seriously
Ini adalah 1st timer
Maka dont expect much

Ok aku kongsi resepinya
Aku pun x ingat sapa py resepi
Dah sumer aku bantai baca
Byk sgt sumber rujukan !

Konon2 nk cari yg plg mudah & murah

Bhn2
Tepung gandum 4 cawan
Tepung jagung 3sb
Butter 125g -separuh dr bar normal 250g tuh
Minyak masak 1/2 cwn jer
Esen vanila -1sk
Serbuk koko 3sb
Soda bikarbonat -1sk
Telur 1bj
Gula kastor 1cwn
Choc chips
Hirisan badam kalo suker

Cara2

Gula,telur,butter-pukul smp gula larut.sku pukul manual shj,senang citer!
Masukkan minyak
Then esen vanila,soda bikarbonat
Masukkan serbuk koko
Dan Masukkan tepung gandum,jagung
Kacau hingga sebati
Last baru masukkan
Choc chips & badam tu

Panaskan oven 150 c

Buat adunan guna tgn jerk
Jarakkan setiap 1inci
Sbb lepas bakar
Cookies nih adalah mgembang sikit

Bakar dlm tempoh 10minit shj

Insyaallah,menjadik!
Org yg x pernah baking
Pun elok jdnya
Inikan kwn2 yg terror lgk

Aku buat 2 adunan
1 tanpa badam sbb Auni adalah alah

Sila bertabah!
Tgh sawan buat kuih
Kalo jd mggu dpn aku mgaji wat brownies
Kalo jd aku tepek
Kalo x jd-sila phm2 sendiri

Belajar guna google
Mana nk sama dgn org yg belajar dgn guru !!

Apapun anak2 mjadi pemangkin
Mereka tak pernah kata x sedap
Mama mmg x pdi buat itu & ini
Tp mama xkn putus asa belajar demi anak2!!









01 February, 2013

aku maafkan KAMU!


quote of a day !
semalam
hari terbaik utk KPI aku
dan semalam jugak hari paling sedih utk aku

kejayaan kita
bukan semua orang suka
kalo yang tumpang gembira
hanya mereka2 yang berada disekeliling kita
yang melihat jatuh-bangunnya kita

ada mereka2
yang sangat annoying
selamba mengata belakang2-di tinggikan volume suaranya
tapi purposely ditujukan utk diri aku
surprisingly mereka2 ini adalah insan2 yang berjantina LELAKI

mulanya aku buat tak tahu
buat tak paham & buat pekak
tapi hati perempuan ini
bila di provoke itu & ini

bertakung jugak air mata
bila ada kawan baik datang tepuk bahu
bercucuran air mata jatuh
makin laju & makin teresak2

akulah perempuan cengeng itu

tapi tangisan itu berhenti bila aku mula masuk kereta
dan pulang ke rumah
penawarnya ada dirumah
di mata anak2ku

begitulah manusia
saat kita tersungkur
mereka tumpang ketawa berdekah2
saat kita berjaya melebihi mereka
caci maki-provokasi-SINDIR sana sini
semuanya berbaur dengki & irihati

alhamdulillah
Allah maha mendengar
Allah lebih mengetahui
mungkin kali ini rezeki berpihak pada aku

hari nih aku kembali semula ke opis
dgn tekad supaya
semalam adalah hari terakhir aku menangis
utk mereka2 yang langsung tak memberi manfaat pada aku

tali silaturrahim
yang aku jalinkan dgn baik sejak 4 tahun yang lalu
sudah tercarik benangnya semalam
tak mungkin cantik tenunannya lagi hari nih & esok
biarpun benang emas jadi galang gantinya

aku sudah memaafkan mereka seusai solat subuh pagi tadi
tiada lagi dendam kesumat
semoga mereka2 ini tidak mencari aku di hari penghakiman kelak

dan maafkan aku kawan
aku tak perlukan kalian
sebagai kawan lagi

kalian umpama back stabber
talam bermuka2
yang umpama melukut di tepi gantang
berkawan utk manfaat
bukan ikhlas menjalin silaturrahim

utk kawan2ku yang lain
yang datang bertanya
yang concerned
terima kasih banyak2

syg kamu ketat2!!












31 January, 2013

Polisi Rumah Mampu Milik- luahan hati rakyat biasa!



PRU syndrome- comparison between PR/BN ..sigh!

rumah mampu milik
memang ada ler nampak kerajaan tgh fokus ttg itu
tapi tak praktikal

Lokasi
Nilai
Sabak Bernam
Sepang
Kuala Selangor
Jenjarom
Rawang
Seremban

kosnya anggaran RM50K-RM100K

pemilihannya ketat
memang khas dibina utk orang2 yang kurang berkemampuan atau kroni2 tertentu

tetapi....
dgn pengiraan kos jarak dgn tempat kerja yang jauh
kalo pukul rata
ramai govt servant yang kerja kat Putrajaya nak beli
tak ke haru tuh?
belum kira kos nak bayar tol kat konsesi lagik

takkan nak berenti keja
nak cari keja dkt tempat area rumah baru nak beli tuh
kena pulak tempat baru bukak
tempat jin bertendang

langsung tak praktikal!!

binalah berjuta unit rumah mampu milik pun
kalo faktor2 asas nih tak di telek betul2
tak payah nak tuding jari
polisi BN lebih baik dari PR
tak guna banding itu & ini
yang merana rakyat kat bawah nih..

kerajaan yang memerintah
mungkin kena mula polisi baru
penetapan harga rumah baru/subsale
ikut logik kawasan
dimana rakyat marhaen nih ada kuasa membeli
ini beli rumah 5 tahun lepas rega RM200K
elok owner nak jual jadi RM650K
this is truly ridiculous!

aku taknak bicara soal bisnes hartanah
tetapi kenaikan mendadak tanpa ada garis panduan
kerajaan memang kena telek satu-persatu
kalo perlu ada harga kawalan
ceiling/floor price- buatlah!
apa salahnya kan?

developer pun skrg main kotor
area rumah Amanputra
pakat naik sumer rumah 3 tgkt -terrace house jerk
tp siap swimming pool bagai kat tgkt atas
pakat letak harga paling bodoh RM750K

developer langsung tak pikir nak bina rumah kos rendah
dok pikir untung juta2
at least single storey house
double storey house
yang rakyat biasa mampu
letakler rega RM150K-RM260K
rakyat biasa yang bekerja dgn purata gaji RM4k suami-isteri
ini masih kategori mampu ..kalo mortgage repayment baru RM900-RM1K

sbg rakyat biasa
yang ada sedikit ruang utk speak up wpun kat blog sendiri
kerajaan kena main peranan yang bukan sedikit

-set ceiling/floor price for house ( new/subsale)
-buat guideline pada developer2 - bahawa mereka wajib membangunkan kawasan perumahan mampu milik selain sibuk membina perumahan status co-ELIT di tgh2 bandar nih..
-kawalan harga kenaikan bahan binaan
-standardised interest rate - impose lower rate utk property loan..
-permudahkanlah birokrasi nak beli rumah nih, jenuh kami nih nak hadap birokrasi yang bukan sedikit..letihlah!

Rumah ini merupakan keperluan asas
kalo ini pun kerajaan tak mampu nak provide kepada rakyat jelata
apatah lagi yang lain

rakyat tak mintak rebate beli handphone canggih
rakyat tak mintak duit belanja sekolah RM100

reasonablelah sikit tuan PM!!

siapa pun yang bakal memerintah kelak
bukan isunya
asalkan boleh buat kerja
do something for people
jujur, telus & amanah
adil & saksama

*baru berangan nak invest beli 2nd house,tp kena pikir panjang2 dulu.






30 January, 2013

Sindrom hujung bulan ;(

As usual sindrom hujung bulan
Nak wat closing
Nak mengadap fail bagai
Nak submit keja2 dr awal bulan
Buat sakit kepala

Dah 2 hr smp rumah kul 9pm
Mujur lohkong tapau mkn utk ank2
So blk rumah
Telek homework Ain
Iron bj sek Ain
Dan kemas beg sek Ain jerk

Pastuh kain bj bertimbun
Buat2 x nmpk
Kalo sempat esok-lusa
Kita lipat pelan2!!

Mcm nih ler keja aku
Hujung bln
Jln mcm x pijak bumi
Kerja byk

Jd bila hujung2 bln
Jd budaya pulak
Ramai yg suker order CHATIME
kononnya stress relieve

Tp mmg yer
Mujarab buat kami2 semua
Hehehehehe!!

Yg nih PURE COCOA WITH PEARL
ia adalah syurga dunia

:))

self claim as my one & only MASTERCHIEF :))



step by step of my chicken rendang

Rendang Ayam Pedas

Ini sahaja kot
yang boleh self claim
yang lain tak berapa nak pandai
sebagai my one & only MASTERPIECE
sila jangan muntah darah!

bagi aku
masak rendanglah yang paling senang
segala benda kena blend
segala benda campur sekali harung
tunggu kering
sedap asam-garamnya
taraaa siap!

meh aku tepek resepi ikut tekak aku
aku takde exactly - ukurannya kg/biji
sumernya stok agak2

bawang merah
bawang putih
halia
cili kering
serai
kunyit hidup

-sumer blend halus2

ayam 1 ekor- cuci elok ( aku suka potong kecik2, senang nak makan)
selalunya aku campakkkan ayam tuh dalam kuali
hidupkan api, ini untuk kecutkan ayam tuh
biar kering sikit
if not air ayam akan keluar masa nak masak rendang tuh
jenuh pulak nak tggu rendang kering
aku adalah malas menunggu

kuali yang lain
panaskan minyak sikit
tumis bahan2 yang dah diblend tadi
biar sampai naik bau
baru campakkan ayam tuh
dah agak2 serasi
masukkan santan kotak
aku guna santan 2 kotak yang kecik tuh

letak asam keping
letak garam/gula jika suka
jangan lupa kerisik utk bagi lemak lagik

dah elok masak
barulah masuk daun kunyit /daun limau
utk wangikan rendang itu
kalo nak keringkan sikit rendang tuh
tumbuk lengkuas sikit
campakkan jugak
i/Allah rendang itu akan kering sikit
tahan lama sikit kekdahnya!

so jangan takut mencuba yea
aku jenis suka makan
dan suka mencuba lebih2 lagi kalo ianya kegemaran aku
sampai bila nak merengek2 kat mak
suh masak..yea tak?

selamat mencuba

masa penyediaan : 1 jam

*tgh bengong wat closing hujung bulan, so tepek resepi2 semoga tak bengong sgt tgk nombor nih!!

29 January, 2013

Room service katanya !


aku tak pernah order room service
aku adalah kedekut
bilamana menginap di hotel sebelum2 nih
sebab utamanya kosnya yang melampau2
dan aku lebih prefer cari makan kat luar

tapi baru2 nih
masa menginap kat Shahzan Inn
kami adalah kebuluran
dan nak keluar cari makan adalah sgt malas
dgn jalam jammed - kalo mereka2 yg biasa dgn Kuantan
sure tahu ini adalah bandar one way ok!

so try order room service
tapi pilihan menu adalah sgt terhad
so order nasi goreng kampung
dan set sup ayam+ roti garlic

after 50minute baru smp bilik
nasi goreng itu adalah sgt pedas
memang kanak2 tak leh makan
yang sedap hanya sup tuh jer kot

hancur lebur RM39
utk dua makanan nih sahaja
tepuk dahi!


nasi goreng kampung- RM22



Sup Ayam + roti garlic- RM17

takdelah sedap sgt makanan hotel nih
harap mahal jer lebih
baik  merajinkan kaki gi cari makan tempat lain

tapi mungkin ada yang suka
dan tak kisah belanja mahal2

utk aku, rasanya tak kos efektif
nak suap 4 mulut
so tak puas nak makan

apapun sekali-sekala
bolehlah yea
kalau selalu
sila pengsan dulu!!

mama bukan kerja cop duit yea anak2

Post of a DAY

Kerja pertama tahun 1997: Mc Donalds Bukit Bintang

Dulu selepas SPM tahun 1996 Aku tak duduk diam,aku bekerja di McDonalds Bukit Bintang To be exact restoran ni terletak kat 4 junction tersib...