28 June, 2009

my dearest mom


hari nih aku terpaksa tumpangkan ain kat umah mak
sinced aku keja pulak hr nih
tgkkan keadaan mak
aku tgk mak demam balik
muka sembab
macam swollen pun yea jugak
susah hati aku
mak tak mau pg hospital
nak tunggu 30hb katanya
aku bisinglah jugak
tp bising2 pun sbnrnya aku risau sgt

balik keja dlm kul 1pm
aku tgk si ain dok melengu sblh opah dia atas katil
mak kata nak minum air kelapa
aku suruh papa je yg beli
masakkan mak bubur
siapkan air mandi dia
bagi dia makan ubat
aku tgk nampak segar sikitlah

aku tak tau apa penyakit mak sbnrnya
aku harap jgnlah ada penyakit yg bukan2
mak dah cukup sakit sbnrnya
dgn diabetis dia..dgn bp lagi
mmg aku cukup ssh hati..
hanya Allah aje yg tau betapa aku susah ht tgk kan mak

tp anak2 mak tak putus2 jenguk mak
aku tgk mak nampak ceria sikit
masa aku nak balik td,si iman pulak dgn the whole family
kata mak bila dia nak balik pulak si lia pulak dtg
at least mak tak sunyi sgt..
mak tak nak dok umah aku
dia lebih selesa kat umah dia
aku taknak paksa
mungkin dia sunyi dok kat umah aku
dah lama mak tak dtg umah aku

dgn keadaan aku yg makin sarat nih
aku bukan bebas bgerak sgt
aku makin mengah
kaki aku dah mula bengkak
dgn back-pain yg makin worse
tp aku berdoa smg sglnya dipermdhkn
smg mak cepat sembuh
aku mudah bersalin
tak perlu c-zer..
anak aku sihat w/apapun jantinanya
aku terima
smg kehadiran si kecil nih akan menyinari kehidupan r/tanggaku ini
smg murah rezeki hdknya!!
insyaallah!!!

25 June, 2009

BP LAGI!!

pagi nih baruler aku luangkan masa pg check up
aduhai BP aku naik lagi..
malah mencanak2
doktor bagi 1 jap
dan ada hati nak suruh aku admit wad hr nih
tp aku taknak
beria aku janji ngan doktor akan berehat byk2
sdgkan balik je dr klinik aku cabut pg opis semula
puhhhh keja tgh banyak
mana boleh cuti lagi
pengsan aku nak cover semula..

next 9/7/09
aku ada check up lg
macam kena pg every 2week pulak
aku kan makin sarat skrg nih..
tak lama dah si kecik dlm perut nih nak melihat dunia
aku pun tak sabar nak jupe baby baru
hopefully aku takde lah kena c-zer
sinced doktor da warning..
kalo BP still x control lg
kemungkinan besar aku kena c-zer
harap2nya tidaklah
aku nih penakut sikit...

anyhow smg aku sihat2 hdknya
begitu jugak dgn mak aku
PIL & MIL kat kg
semoga ALLAH memberikan kesihatan yg baik buat mereka hdknya
aku hanya mengharapkan sgl yg terbaik
akan berlaku dlm hdpku
insyaallah!!

20 June, 2009

last 2week was damn exhausted!!


agak lama aku tak update blog aku nih
sbnrnya banyak sbbnya
pertamanya 2 minggu sebelum ini
makku & bapak mertua ku
both of them admitted to ward
sorang di kuantan
sorang pulak di KL
aku spend almost 1 week di kuantan (3/6-8/6)
sinced FIL aku didiagnos prostat cancer
mak aku pulak dr suspect kena tibi infection tp not confirm any
smp kena wat CT scan last 16 june
kesian mak aku
aku berulang ke hospital
dalam masa yg sama
papa & ain aku tgglkan di Kuantan buat sementara waktu
sbbnya papa kena tunggu FIL aku yg akan kena operate
sbbnya aku tak dpt bercuti pjg
sayu sgt hati aku
aku jarang berenggang dgn ain
bila dok kat umah sorang2 mmg sedih sgt
terbayang2kan dia kat umah
anyhow by 12/6 aku rush balik kuantan pulak
amik ain pulak..
by 14/6 aku balik KL pulak

dgn keadaan aku yg makin sarat nih
minggu ni aku dah masuk 31w
aku makin tak larat
tp nak buat m/mana
mmg berat dugaan Allah
tp aku redha..
aku cuma harap aku kuat aje..
cuma harap aku tak jatuh sakit pulak
skrg aku dah mula experienced severe back pain
mmg sakit sgt
bila balik keja
mmg aku tak wat keja menda
selain baring atas katil

tak lama dah aku nak bersalin rupanya
tak lama dah aku nak bertarung nyawa semula
ikut hati mmg takut
tp aku berserah pd ALLAH
smg selamat semuanya
aku ada next check-up by 22hb
tp macam x dpt nak pg jugak
apapun smg aku dpt meluangkan sedikit waktu utk check up
by next other week..

see in next entry
kalo aku rajinler...

27 May, 2009

My adorable daughter

Semalam ain request kat aku
pg2 buta dlm 6.15am
nak potong kek roll dia
isi dlm tupperware
kata dia nak bg kwn2 dia
so aku ptglah 5 keping
letak dlm tupperware
aku rasa macam happy sikit
sinced ain dah mula pdi sharing
dah mula pdi berkwn
dia sebut nama 2-3 org kwn dia kat taska
aku pun dah naik hafal

so ptg semalam bila aku tel dia
tanya dia bg tak pd kwn2nya kek dia tuh
suddenly dia tak mau ckp dgn aku
bila aku tanya papa dia
rupanya dia bwk balik tupperware tuh

balik umah dlm kul 7pm
aku tanya dia
nape ain tak bg pd kwn2 ain?
dia kata " diorg taknak mama"
sayunya hati aku..
aku betul2 sayu..
kdg2 ada benda yg seorg mama tak mampu buat utk anaknya
membeli kasih-syg seorg rakan buat anaknya
kalo lah aku mampu
sglnya aku buat utk dia

but aku proud
dlm usianya yg baru 3 tahun
dia dah mula pdi berkawan
dan mula pdi express kasih-sygnya

smg suatu hari nanti
ain pdi memilih kawan
mencari teman yg baik
dan jupe sahabat terbaik

25 May, 2009

JALAN2 HARI MINGGU

Semalam aku , papa & ain
pg2 buta dah merayap ke Masjid Jamek area
after breakfast kat taman kosas
dlm kul 9.45am
gi tempah baju melayu papa
gi cari kain cotton nak buat baju kurung si ain
dan beli kain ela utk mak mertua
sinced aku & family nak balik kg
mungkin pd 3/6 nih
aku amik cuti dlm 3 hari
kalo lepas ler..

balik dr masjid jamek tuh
merayap pulak pg jusco
papa kena cari hadiah
utk wat exchange pulak
ain pulak mengaruk nak anak patung barbie yg harganya rm119
mengamuk aku
kat umah tuh mainan dia
smp dah takde tpt nak simpan dah
even dkt rak tv pun penuh mainan dia
pening kepala aku
at last papa dia pujuk
baruler dia beralah
amik mainan ABC-123
harga dlm RM9.90
jadiler..ain mmg suka ABC ..

dlm kul 2.30pm after lunch kat foodcourt
aku cabut g umah mak
tgk si imran buat hal
kat sana tgk adik aku,abg adi,abg amir pun ada
abg amir dah bwk girlfriend baru pulak..
hhehehhe..
kes tak settle lg kat mahkamah
dah ada girlfriend
mampus dibuat dek org lelaki nih
kalo aku jd ex-wife dia
sure hangin satu badan
nak wat cammana..
dah takde jodoh namanya!!

oklah esok aku smbg citer lagi..
dah nak mula keja nih..bubye

22 May, 2009

check up routine

Semalam aku pg check-up
alhamdulillah kali nih dr tak berapa nak mengaruk sgt
since Hb aku dah ok
reading dlm 13.8
in fact aku bukanlah rajin sgt
makan vitamin yg dia bg
malas hampeh bak kata papa..
hehehhe..
semalam aku amik injection ATT B
alahai sakitnya tangan kiri aku
kebas semacam
dan dah rupa macam baby lps kena inject
by 3pm aku mula tak sdp badan
rupanya aku demam
mmg doktor ada bgtau
amik injection ni kalo sesapa yg tak tahan
mmg akan demam punya
balik umah dah pukul 7pm
aku masak ala-kadar
main dgn si ain yg becok tuh
sibuk mengajak aku main warna2
sinced opah dia hadiahkan pencil warna kotak yg besar utk dia
yg penatnya aku & papa dia ler
sbbnya dia colournya sikit
yg lebih2nya aku & papa nya ler kena buat
hampeh kelapa..

so next month aku punya check-up
by 22/6
on 30w pregnancy
kali nih
rasa hati aku kuat mengatakan
anak dlm kandungan ku ini
kemungkinan besar adalah "girl"
kalo org tanya nape aku cakap mcm tuh
aku tak blh nak explain
tp aku rasa macam tuh
aku & papa mmg nak anak lelaki
tp si ain sibuk nak baby girl
anyhow aku tak de lah kisah sgt
as long as the baby sihat
dan mudah utk aku jaga kelak

aku sibuk mencari confinement nanny skrg nih
since aku akan bersalin bulan posa
aku malas nak menyusahkan mak
lgpun kesian kat papa yg akan berulang jauh ke tpt kejanya
aku rasa boleh jer setakat nak berpantang sendiri
tp mungkin minggu pertama slps melahirkan
aku perlu someone to assist jugak
nak mandikan baby & masak
by the 2nd week mungkin dah ok kot
skrg ni ubat2 pantang
dah moden
even nak bertungku pun ada yg jenis moden
macam guna steam tuh..
so aku rasa aku boleh buat sendiri
cuma kena belajar barut perut lepas tuh..

tgklah macammana
aku tak decide apa2 lg
hopefully sumernya akan dipermudahkan
bersalin mudah
jaga budak mudah
dan berpantang pun mudah
so tahun ni raya ala2 kadar gt
since tgh pantang kan...
uhukkk...
uwaaa..tak bestnya!!

20 May, 2009

my beloved hubby

disaat kandungan ku yg mula mencapai usia 26w
aku betul2 lelah
bak kata mak aku
perutku besar macam org dah cukup bulan
mmg aku sendiri merasakan betapa besarnya perutku ini
umpama dah 8-9 bulan
aku betul2 lelah
penatnya membawa amanah Allah ini

namun dlm melayan kelelahanku ini
aku bersyukur kerana punya seorg suami
yg sgt understanding
dia melayan segala kehendakku
dr sekecik2 smp sebesar2nya

dia mencari segala yg aku teringin nak makan
suamiku bukan jenis romantik
tp dia selalu buat aku happy
masa aku mengaruk nak minum air tebu
mungkin bunyi macam kelakar tp 1 ampang dia mencari
atlast masa pg wedding kat Sg Buloh baruler jupe tgh jalan
aku teringin nak makan laici
dia ttp cari walaupun x jupe
yg jupe mak aku
aku nak makan bubur pulut hitam
smp aku dah terlupa
tiba2 balik keja tgk ada bubur tuh dalam peti ais
alahai sweetnya

kali nih bila aku balik keja
dia akan terus ke kedai
tapau nasi ke..nasi grg ke
sbb dia tau mmg aku tak larat
sbbnya bila dah smp ke umah dkt 7.30pm
mmg aku exhausted sgt
nak melayan si ain yg becok tuh lg
nak membasuh baju
melipat kain baju
mmg byk sgt keja nak buat

w/apapun aku ttp merasakan
mungkin inilah resam r/tangga
yg saling melengkapi
dan saling memahami
semoga kasih-syg aku & papa
will last forever & ever
love you papa..

Post of a DAY

Kerja pertama tahun 1997: Mc Donalds Bukit Bintang

Dulu selepas SPM tahun 1996 Aku tak duduk diam,aku bekerja di McDonalds Bukit Bintang To be exact restoran ni terletak kat 4 junction tersib...