23 June, 2015

Pantang & keguguran!

Berpantang hari ke-5
Walaupun keguguran namun ritual berpantang masih "wajib" bak kata mak aku

Aku berpantang sendiri
1st day mmg mak jaga,mak masak segala
Tapi 2nd day aku urus sendiri sbb bulan posa ni mak aku selalunya terlibat dengan program tadarrus Al Quran dengan kariah surau dia

Aku tak kata aku strict sgt berpantang
Aku bertungku 2x sehari
Minum air kunyit-mak kata 3 hari je tapi aku buat jugak tiap2 hari


Sebab pas minum selalunya darah nifas tu kuar lebih lancar
Berstokin jugak tapi aku bukak jugak kalo  dah tak tahan panas-maklumlah musim super panas ni mmg azab jugak berstokin 24 jam
Dan berbengkung-aku buat takat 10jam sehari-siang 5 jam,mlm 5 jam
Again-alasan yang sama "panas"

Makan-minum
Pantang kuah2
Aku makan ikan bakar + lada hitam
Ais2 mmg tak sentuhlah


Kata mak,kurang2 berpantang 2 minggu
Tapi minggu depan aku dah start masuk keja semula
Hopefully dah boleh puasa balik
Tak larat nak ganti posa byk2 nih
Pffffhhhhhh!!

Semalam diserang rengat kaw2
Terus paksa hubby bakar tungku
Bertungku 1/2 jam
Dan minum kopi o panas
Mmg mujarab bagi aku
Tiap kali pas bersalin mmg wajib kena rengat-mmg tak bernasib baiklah!!
Darah sejuk mak kata!
Huhuhuhu...

Apapun bagi aku 
Pesan orang tua2 nih
Jangan amik semua tapi jangan pulak buang semua
Kalo ada logiknya tak salah kita ikut
Kita tak boleh moden sgt kan..

Ok..masa untuk minum air kunyit lagik
Walaupun rasa hazabedah
Khasiatnya mmg berkesan utk aku

Wish me luck!




20 June, 2015

Sakitnya tuh disini!!

Demam -hari ke 4
Flu
Batuk sikit
Sakit mata


Meragam super duper
24 jam memerap mama
Takmo orang lain

Semalam bawak g KK Presint 9
Wat blood test-menangis bukan main!


Run chest x ray
Doktor kata ada sedikit jangkitan
Tapi most probably sbb tonsil dia membengkak
Mungkin sbb tuh demam berlarutan tuh

Antibiotik sampai 3 botol
Nak bagi makan ubat super azab
Mungkin sbb jelak makan ubat dah 3 hari

Aduhai
Bertabah jaga anak bila tgh sakit ni
Lagi2 dgn keadaan aku yang tengah pantang ni
Lagilah penat rasanya
Sebab dia asik memerap berdukung bagai
Aduhai!!

Semoga cepat sembuh anak manja mama
Risau tgk dia sakit lama2
Kalo blh pindah sakit tuh
Mama lebih dari rela !!






19 June, 2015

Complete Abortion @ 1st Ramadhan

Segala puji bagi Allah
Selamat menunaikan ibadat puasa utk semua kawan2 blogger yang rajin singgah sini & pembaca yang sudi singgah

Aku doakan smg semua orang kuat menghadapi ujian Ramadhan
Demi mencari berkat Ramadhan

Semalam aku pun turut berpuasa macam orang lain
Sahur aku bantai masak nasi goreng
Dasar maaaalaaas ya rabbi!

Pg opis macam biasa
Suami & anak2 cuti semalam
Aku sorang jer yang g keja

Dekat opis perut super sakit
Rasa macam initial contraction
Tangkap smp ke pinggang
Kejap aku duduk..bila mari sakit tuh

Nak menunggu kul 5pm
Blh tahan aku menahan sakitnya

Elok jer smp umah
Aku kelam kabut nak bagi Adeeb & Ain makan ubat sebab masing2 demam
Tiba2 aku ada rasa macam something wrong

Rasa macam pecah air ketuban
Kelam kabut aku lari masuk toilet
Ya Allah,darah punya banyak macam paip pecah
Allahuakhbar
Aku rasa nak pengsan tgk darah

Keluar pulak ketulan2 daging smp 4 ketulan besar tapak tangan
Perut punya sakit merenyut nauzubillah

Menangis kaw2 sakit smlm
Gerak sikit,sakit yaa ampun!

Pakai pad 5 keping dalam jangka masa 1,1/2 jam
Allahuakhbar
Memang lembik badan aku
Masak berbuka pun en papa yang masakkan

Aku terbaring kat sofa
Pas maghrib terus bertolak ke Putrajaya
Tumpangkan anak2 rumah adik
Mak aku dah standby tggu kat sana

Terus ke Dewan Bersalin HPJ
Treated as emergency case sbb doktor kata aku pucat lesi
Diminta tukar kain pink
Doktor terus run Ultrasound
Katanya macam ada sikit lagi

Terus buat VE
Masukkan alat bukaan rahim yang macam muncung itik tuh
Doktor tarik something dari dalam rahim guna spatula hidup2
Ohhhh...super sakit!!
Sakit sgt2..
Darah kuar makin banyak
Macam orang pas beranak

Doktor suh puasa 
Pasang line kat tangan kanan
Dia akan repeat scan sejam lagik


Menunggu sejam lebih
Doktor run VE
Ultrasound lagi
Baru lah kuar ayat keramat doktor
"Ok,complete abortion!"

Sujud syukur!
Allah makbulkan doa mak,suami & aku sendiri
Berkat Ramadhan
Tak perlu aku sampai ke dewan bedah

Dan aku sedang menjalani ritual pantang
MC seminggu aje doktor bagi
Still alhamdulillah

Doakan aku cepat sihat & kuat
Dan bertabah melalui ritual pantang 2 minggu ni





15 June, 2015

Finally!

Finally,yang paling aku tunggu2
Confirmed untuk ERPOC atau dalam ayat lainnya cuci rahim
Scheduled next 26-6-2015

Aku betul2 xde idea
Macammana prosedurnya
Walaupun ini kali ke-3 keguguran
Ini first time aku akan masuk dewan bedah utk prosedur cuci ni
Sebelum nih mmg complete abortion.

Ikutkan ini kali ketiga aku masuk dewan bedah
Semuanya fully anaesthetic
Tak sedar diri

Apalah nasib..
Diuji sikit pun tak terdaya rasanya

26 Jun,ini aje masa yang ada
Jumaat ni daycare ward penuh
HPJ punya style
Segala D&C memang dijalankan setiap jumaat sahaja
Aku pun malas nak pikir banyak
As long as schedule confirm
Ikutkan ajelah


Aku dok belek halaqah.net
Banyak pendapat ttg status darah ibu yang keguguran
Banyak jenis pulak tuh

Kena mengaji lagik bertanya pada yang arif
Tak leh buat ringan
Ada pendapat yang mewajibkan solat fardhu & puasa jika ada darah selepas keguguran jika bayi @ janin kurang dari 4 bln-aku baca banyak versi smp pening kepala.

Nampak sgt betapa beratnya ilmu fiqh
Kena terus belajar lagik
Risau aku
Nak khatamkan isu nih sebelum 26 Jun

Risau?
Gila tak risau
Dgn rasa seram sejuknya-tipulah kalo aku kata aku tak takut!
Dgn ada anak kecik yang super lasak -yang super manja suka mintak dukung & masih tido atas dada mama ni..seriau aku!
Dgn nak bulan puasa-berkuntau memasak sahur & berbuka
Dgn pikir nak berpantang bagai pas cuci nih

Tuhan aje yang tau
Dalam kepala macam2 benda aku fikir
Serabut rasa!

Semoga Allah permudahkan semuanya

Kena kuat utk semua nih
Allah tarik sikit
Tapi Allah bagi banyak

Bersyukurlah Lynn!!







Rimas!

Pagi nih
Setelah 2 mggu bleeding tak berenti
Aku menyerah diri pegi hospital Putrajaya pulak

Sampai hospital
Kena tendang g Pusat Bersalin Berisiko Rendah pulak
Katanya spotting ,bleeding sikit2 2 mggu diorang tak cover
Kena g PBR utk review


Smp PBR
Kena pulak tggu doktor 2 jam
Sebab doktor masuk lewat
Doktor kena gi briefing kat hospital
Kena round ward dulu
Jadi kena tggu doktor masuk dulu
Haaiiiish satu kerja pulak aku menunggu

Penat rasa g sana sini
Mujurlah dlm Putrajaya jugak
Kalo diorang paksa g Serdang,Kajang lagi jenuh!

Aku tak tau berapa lama aku perlu menanggung bleeding sebegini
Dah 2 minggu non stop
Ke hospital kerajaan mmg prosedur menunggu sampai janin tak bernyawa tuh keluar sendiri?
Sampai bila?

Tggu lagi ke 2 minggu lagi
Campur tolak mahu jadi sebulan

Aku serius rimas dgn keadaan aku skrg
Bleeding tapi bukan period
24 jam pakai pad
Mengandung tapi tak mengandung
Lemau!!


Aku kalo boleh biar settle semua cepat2
So aku boleh start berpantang
Berurut bertungku bagai
Ini apa yang aku nak buat serba tertangguh
Semata2 menunggu!

Tgk apa kata doktor satg
Kalo diorang suh tggu lagik


Aku rasa macam nak g hosp lain
Sebab makin lama menunggu
Makin lemau rasanya!

Berapa kos cuci kat private?
Ada sesiapa leh share?

To be exact 
Pusat Rawatan Islam Azzahrah
Pusat Rawatan Islam Annur

Tq in advance!


10 June, 2015

Threaten Abortion @ 11 weeks

Aku dikejutkan dengan berita yang aku mengandung pada 29/4/2015.Kalo mengikut kiraan aku telah mengandung 5 minggu ketika itu.

Forward gambar UPT yang positif pada en papa, as usual papa sangat positif.,Katanya rezeki minallah.Allah kurniakan kita rezeki anak,sedangkan orang lain berusaha kuat untuk dapatkan seorang anak.

Aku redha ajelah walaupun aku tau aku akan mabuk teruk sebagaimana mengandungkan anak2 yang lain.Jauh disudut hati teringatkan Adeeb yang baru 18 bulan umurnya.

Betul sangkaan aku,2 minggu selepas itu mulalah penyakit super mabuk ku itu.

Langsung tak boleh bau sabun segala jenis sabun, sabun mandi,sabun basuh pinggan,sabun cuci lantai,sabun basuh baju hatta sabun cuci muka sekali.Bagi aku bau tuh sangat kuat & mulalah aku beralih pada sabun ‘smell free”.

Bau hanyir ikan & bahan2 mentah memang buat musuh.En papalah tukang shopping barang basah, tukang siang, cuci bersih2.Kemujurannya aku masih boleh memasak walaupun masak versi campak2.Lantakkan..asalkan anak2 suka apapun yang mama dia masak.

Kebetulan aku bercuti panjang minggu lepas & selamat kembali ke kampong halaman en papa setelah 6 bulan tak balik kampong.Perjalanan dari KL- Dungun takde lah jauh sgt ikutkan sbb ada highway LPT baru.

Tapi setibanya aku di kampong, aku perasan ada bleeding sedikit.Aku dok positifkan diri mungkin sebab aku beribakan si Adeeb yang 12kg tuh 6 jam lamanya.Mungkin sebab itu.Adeeb pun bukan main lasak lagi,jenuh nak mengelolakan dia.

Namun bleeding itu berlarutan selama seminggu lamanya.Jumaat 5/6/15 aku mula cuak sebab darah yang kuar makin banyak walaupun aku takde rasa cramp @ sakit dimana2,Amik kesempatan ke hospital sebab si Adeeb tengah tido kat umah kak ipar yang selang sebuah rumah dengan rumah arwah mertua.

 Sampai ke hospital Dungun, terus mendaftar di ER.Tak sampai ½ jam duduk, nama aku dipanggil masuk ke bilik observation.

Disuruh baring dahulu..Datang seorang doktor lelaki Cina yang bertanyakan pelbagai soalan bertalu2.Antaranya bila last period, ada bersama suami baru2 ni, kenapa tak buat buku merah & berapa lama bleeding?Jenuh nak menjawab soalan bertalu-talu ini.Doktor ini aku rasa agak kasar & PR tak berapa nak baik.Aku rasa sedikit ‘offensive” dgn cara dia seperti dia macam terpaksa attend kes aku.

Ultrasound dijalankan, aku redha ajelah sebab memang tak nampak bayang doctor perempuan ketika itu.

Keputusan USG memang menunjukkan kantung berusia 11 minggu tetapi janin di dalam rahim not well develop.Kata doctor tak nampak bayang kaki, tangan & the worse case dia tak boleh detect “heartbeat” langsung!Kata doctor sepatutnya 11 minggu USG baby dah menunjukkan keadaan baby yang berupa kejadian manusia dengan kaki, tangannya.

Allahuakhbar!

Walaupun aku tak ready dgn kandungan ini, tapi hati ibu yang dah mula sayangkan anaknya,Penat melayan mabuk teruk 4 minggu lamanya.

Doktor mintak izin untuk VE – dan aku menolak disitu.Tetiba ada nurse disitu bagitau “puan mahukah saya panggilkan seorang doctor wanita?”

Ya.Saya mahu seorang doktor wanita untuk itu.

Allahuakhbar..Allah itu maha mendengar hati kecilku ini.

Alhamdulillah.Ada seorang doktor wanita India yang lebih professional,lebih empathy & lebih soft spoken.

Scan sekali lagik, dia pun bagitau perkara yang sama jugak.Dia tak advice untuk terus cuci – atau D & C dalam terma perubatannya.

Dia buat VE- bagitau OS close lagik.

Dia hanya advice aku tggu 2 mggu – tggu kalo ada “ perut ikan” yang keluar sendiri dari rahim & repeat scan lagi sekali 2 minggu kemudian.

Dan setakat hari ni, aku masih bleeding walaupun tak banyak macam kita datang bulan.

Dan aku menanti miracle,supaya ianya keluar sendiri.Aku seriau bab2 nak cuci2 nih.Menanti miracle jugak mana tau ujian USG hari tu tak tepat.Siapa tahu kan?Mana tau 2 minggu lagi result USG berpihak pada aku & bayi ini.

Tumpang doakan yang baik2 untukku..Moga dipermudahkan segala-galanya.

Aku redha dgn ujian ini sebab aku yakin Allah itu adalah sebaik2 perancang.Aku tak putus berdoa semoga ada keajaiban disebalik semua ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

28 May, 2015

Cuti Sekolah!

Cuti sekolah ni bukan budak2 aje yang excited
Mak pak budak lebih2 lagik
Lebih2 lagi aku ler
Dapatlah rehat sikit dari iron baju sekolah berpasang2 sehari
Takdelah kelam kabut sgt kalo dah mula cuti sekolah ni

Cuti sekolah ni akan balik ke Terengganu seminggu
Adik ipar nak bertunang 
Lagipun last sekali balik sana bulan 12 tahun lepas

Anak2 terutamanya Ain & Auni dok countdown bila nak balik kg
Apapun kena tggu kereta si putih siap dibaiki dulu
Tak larat rasa nak balik kg berlima kalo bawak Kenari comel tuh
Anak ramai,barang banyak
Mmg tak selesa sgt

Si putih rosak
Katanya kena servis brake pump
Wallahuallam
Tggu apa kata foreman hari ni

Tgh2 nak bercuti ni
Mmg pakai banyak duit
Time nak balik kg pulak keta meragam kaw2
Dugaan sungguhlah!!

Tapi demi menyempurnakan keinginan anak2 yang beria nak balik kampung
Usahakanlah jugak
Sampai boleh!!

Bagi aku balik kg
Merupakan cuti rehat total
Masak tak sgt
Setakat tolong kacau2 
Anak2 pandai bawak diri kat kg
Adeeb ramai tukang mengasuh
Mama mmg rehat goyang kakiler

Aku suka balik Terengganu
Seronok sbb malam2 sejuk macam ais
Tak yah aircond
Dah sejuk menggigil

Kalo en papa rajin
Bawaklah tgk pantai
Makan sotong celup tepung
Itupun mujur dah!!

Almaklumlah en papa bila dah smp kg dia
Action lebih
Nak ajak berjalan bukan main payah!

Kasi can lah kan
Orang sekali sekala balik kg

Utk yang nak berjalan cuti2 Msia
Selamat bercuti
Selamat memandu di jalanraya
Semoga selamat sampai ke destinasi

Aim balik kg kali ni

-makan sotong celup tepong
-g KT tgk orang sakit
-dapat cari nasi dagang
-tapau kopok lekor banyak2
-cari pulut lepa
-beli serunding persediaan puasa

Jadikler!!


-kalo dapat g Kenyir waterpark ni kan best!!


Post of a DAY

Speechless

Masih mengigil lagi baca offer letter Appointed as CONSULTANT  Walaupun tempoh hanya 1 tahun (contractual basis) Tapi consultant fees mencec...