26 May, 2015

Adeeb @ 18 month

Membesarkan anak lelaki
Memang cabaran hebat utk aku
Dgn adanya anak sulung & kedua perempuan sebelum ini
Yang tak susah sgt nak dikawal

Being a mom to Adeeb
Aku kena keep fit 2x ganda dari dia
Kena panjang akal lebih lagi dari dia
Kena lagi lasak dari dia

Dia tak reti dok diam
Memanjat memang hobi no wahid
Suka buat aksi stunt yang buat mama darah tinggi
Sekarang ada penyakit suka buang nappy
Tak mo pakai nappy
Kalo dah pandai nak bagitau nak weewee ke nak poopoo ke
Senanglah mama potty train awal sikit
Ini haram x tau lagik
Alih2 suka2 hati membuang
Memang menguji kesabaran betul

Makan dgn dia
Dgn kita sekali kena pakai bip
Nak suap sendiri
Nak dok kat kerusi orang tua
Dok baby chair takmo
Memang pas makan dgn dia
Macam makan 10 orang sepahnya

Tapi dalam notty tuh
Dia anak paling manja 
Suka baring atas dada 
Pantang mama landing
Mesti panjat nak baring atas dada mama
Menangis mengadu boleh tahan
Kalo kakak cubit ke
Kakak bawak lari bantal busuk dia ke
Memang dia akan mengadu punya

Kakak2 rajin mengusik adik tuh
Selagi tak nangis tak berenti mengusik

Sabarlah mama!


*takmo pakai nappy,berboleng merata rumah


*gambar nih culik dari fb cikgu taska,suka nak mamam sendiri


*geram tgk tangan tuh!!

*hobi basuh pinggan mama!

Kemujurannya
Adeeb jarang sakit sekarang ni
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah
Nikmat sihat utk anak pun tanda kemurahan rezeki utk kita kan?

Setakat batuk-flu
Adatlah dok ramai2 kat taska tuh
Memang mudah berjangkit

Kalo Adeeb flu mmg aku tak bagi ubat makan
Bagi spray Sterimar aje kat hidung
Dan kalo batuk teruk sgt baru bagi Salbutamol-ubat cair kahak
Selalunya menjadi utk Adeeb

Semoga Adeeb membesar dgn sihat
Dan jadi anak yang baik
Mama doa yang baik2 utk Adeeb
Kot boleh sorang ni jadi Tahfiz Al-quran
Jadikler..

Kena kejar akhirat dulu
Baru dunia akan menyusul

Moga-moga
Allah kabulkan!



25 May, 2015

Sukan Sekolah -family time!

Sejak anak2 sekolah
Memang aku & suami
Dah bertekad bagi komitmen penuh utk aktiviti persekolahan anak2
Kalo aku takde
Aku kena make sure hubby ada

Aku dulu kecik2
Mak ayah teruk keja
Adik beradik ramai rapat2 pulak tuh
Kena pulak arwah ayah meninggal masa umur aku 9 tahun

Nak mintak mak datang tgk aku amik hadiah kecemerlangan hujung tahun pun mak tak sempat nak amik
Sbb banyak sgt kekangan
Wpun aku faham kesusahan mak
Tapi jauh disudut hati
Kan best kalo mak datang tgk Lin
Sedih tgk orang lain seronok mak bapak datang bagi sokongan moral

Allahuakhbar
Aku budak sgt
Apalah sgt yang aku faham ttg erti susah

Sebab itu aku nekad
Akan adakan masa utk anak2
Walau sibuk macammana pun

So semalam berlangsung acara sukan tahunan Tabika Perpaduan sekolah Auni
Aku awal pagi dah bangun
Excited kalah aku yang nak berlari

Aku lima beranak
Siap bertikar bagai
Piknik kekdahnya
Semata2 demi anak seorang

Tak banyak gambar sempat snap
Aku sibuk dgn si Adeeb
Asik mtk dukung 24 jam
Sabor jerlah!!


*gambar Auni masa berbaris utk acara sukaneka


*dan si gomok adeeb yang xmo bjalan-asik mintak dukung 24 jam

Acara tamat dalam pukul 12
G makan tghr kat kedai baru balik umah
Smp umah aku pengsan beramai2
Migrain,muntah2

Allahaiii...mmg sakit sungguh 
Dan hari ni mmg aku MC
Tak larat sggh rasa badan kali ni

Kalah orang berlarik

Choyy!!



09 May, 2015

Selamat Hari Lahir -Ainee & Ain

8 May
Setiap tahun
Tarikh keramat -tarikh lahir bonda tercinta & anakanda yang amat dikasihi

Dan rugi rasanya tak amik kesempatan utk mencoret disini
Agak lama mengabaikan blog ni
Saat2 skrg sedang x berdaya & tak berapa sihat sgt nak blogging
Kesibukan dgn kerja yang tak berkesudahan

As usual hari lahir kedua mereka mmg akan disambut secara sederhana
Sambutan secara berjemaah
Dan biasanya mmg akan pegi makan malam kat restoran western sbb mak mmg suka makan steak segala

Aku pun sempat tempah kek dgn baker depan rumah sehari sebelum
Itu jer pun yang sempat
Jadilah utk orang2 biasa macam kita nih kan


Simple kek-kek coklat chiffon & nuts


Yang diraikan-puan Ainee aka my mom & Ain -anakanda tersayang


Family picca!


Cutting cake time!!

Jadilah makan anak beranak

Dan doa aku utk kedua mereka
Semoga Allah lindungi kedua mereka
Dimurahkan rezeki segenap segi
Dipermudah segala urusan

Panjang umur,jupe lagi 8 May tahun hadapan..

29 April, 2015

Adeeb @ 17month

Anakanda tercinta-si domok Adeeb Ridzqin
Mmg dalam proses membesar dgn jayanya
Tgh banyak mulut
Tgh pandai makan
Tgh membuas tahap gaban

Masih kuat menyusu
Makan non stop
Biskut wajib ada utk snek dia
Nasik jangan cakaplah
Kalo bubur lagi laju makannya
Faveretnya ayam,ikan tongkol goreng
Mee sup..mmg suker sgt makan

Tapi manja yaaa rabbi
Kalo balik keja
Mmg dia akan beriba kurang2 sejam dulu
Pastuh membebel tak ketahuan bunyi


Baru2 ni doktor sahkan Adeeb ada lelah
Masih menunggu appointment utk jupe paed kat Putrajaya

Banyak sgt kisah ttg Adeeb yang tak terluah
Cukuplah buat simpanan peribadi

Tapi seronoknya hidup aku
Sejak ada anak kecik lagi ni
Adeeb memberi 1001 makna dalam hidup aku
Sejak ada Adeeb banyak benda yang unexpected terjadi
Ada yang baik,ada jugak yang tak best
Tapi itulah hidup..up & down

Apapun doa yang baik2
Smg yang baik2 sahaja slps ini
Moga2!!


15 April, 2015

JJCM:Nasi Ayam Pak Tam SS23 Shah Alam

Sosial media mmg memainkan peranan penting nak buat promosi
Kalo tak kerana iklan bertepek ttg Nasi Ayam Pak Tam nih dalam Fb
Aku pun tak tau kewujudannya

Ahad lepas lunch time
Ajak en papa ke sini
Nak try rasa
Kata orang

Ikut highway belakang rumah tak smp 20 minit dah smp
Easy access & bersebelahan Aeon Big Ss23. Shah Alam.

Shop lot bahagian corner
Smp terus order nasi ayam goreng 2 & pisang cheese coklat 1 utk bdk2 yang hantu cheese nih

Verdict:
Rasa:aku rasa takdelah sedap sangat
Ayam gorengnya keras-overcooked kah..wallahuallam bswb
Portion: normal
Harga: normal jugak -lingkungan rm 5:50-6:50

Tapi kalo korang nak try,boleh g try
Mana tau time korang datang dah improve kan rasa & tekstur ayam tuh.

Tapi aku suker pisang cheese
Mmg sedap
Rega RM8-mahal sikitlah aku rasa


-mama dgn baju ulang tayang sama anak bertuah Adeeb yang buat kedai tuh macam mama dia ada share :(




Pisang Cheese yang jadi igauan!!

Masa aku g tuh total cost lebur : RM29 

Jadilah makan 5 beranak

Masih taraf marhaen!!



13 April, 2015

Sibuk,GST & aku

Teramatlah sibuk akhir2 ini
Nak jengah blog pun dah takde masa
Blamed on hectic life
Blamed on being super mama to 3 super kiddos

Aku rindu nak membebel dlm blog ni
Rindu nak meroyan sorang2
Biarlah 700 kali bukak tutupnya aku sorang
Still seronok sbb niat bina blog ni dulu sbg perakam kenangan,platform meroyan & tepek aktiviti keluarga buat kenang-kenangan!

How's life with GST?

Soalan bikin panas!!!

Being me,typical marhaen
Hidup mkn gaji yang tak seberapa
Tok laki pun makan gaji
Duduk di bandar besar
Ada 3 anak yg sedang membesar

Agak terkesan
Atau ayat paling hampir "terduduk" jugak

Rasanya dah tak tau nak berjimat tang mana
Bukan makan kedai tetiap hari
Bukan shopping baju tetiap minggu
Kalo beli baju anak pun,sebulan sekali
Takat beli baju longgok2 rm6-7 sehelai buat basahan,almaklumlah anak2 cepat membesar-maka baju2 basahan diorang akan restock sorang 2 psg setiap bulan
Bukan jenis minum kopi rm15 secawan

Tapi bila seruan kerajaan suh rakyat berjimat cermat
Rasa mendidih jer darah nih
Rakyat stok hidup asal ada nih paksa berjimat
Tapi orang2 atas berjoli guna duit rakyat tanpa rasa malu @ serba salah..

Shame on you!!
Berjawablah nanti di akhirat kelak
Sementara hidup nih,belasah cukup2
Sampai waktunya,tiba masa utk payback time

For the time being
Mmg xde cara selain berjimat sebaik mungkin
Bercuti dari 3x setahun,kita cut off jadi 1x setahun
Makan luar -cut off sebulan 2x
Kurangkan pengeluaran ATM di MEPS
Mula alert bila ada harga murah utk pampes & susu anak
Stock up bhn kering
Makanlah seadanya,jgn lagi bermewah2 mkn & elakkan pembaziran
Sila kunci nafsu membeli keta baru
Pakai sampai lebam keta yg ada
Maintain sebaik mungkin
Dan sempena musim perayaan akan datang
Bersederhanalah seadanya


Samada kita suka @ tak
Mahu @ tidak
Realitinya kita tanggung & hadap setiap hari
Semoga cukai GST ini digunakan untuk menaiktarafkan servis kepada rakyat,meningkatkan subsidi utk kita & berbaloi utk generasi anak2 kita..

Siapa tahu selepas ini Msia akan jadi negara berkebajikan macam kat luar negara..dapat subsidi penjagaan anak,skim itu,skim ini..

Kita tengok!

Tunggu & lihat!!

Entry emo di pertengahan bulan GST..








03 April, 2015

Acute Appendicitis & en papa!

The The Maafkan aku
Telah mengabaikan blog ni
Almost 2 minggu rasanya
Hidup sedikit huru hara

Minggu lepas suami tercinta
Dimasukkan ke hospital kerana pembedahan kecemasan untuk penyakit Acute Appendicitis.

Memang tak expect dia akan sakit macam tuh sekali
Mulanya Isnin lepas dia mengadu sakit perut
Aku yang naif nih expect dia kena gastrik
Sbb mmg ada history recurrent gastritis.

Balik umah tgk dia berguling atas katil
Makan takmo
Minum takmo
Malam dalam kul 10pm aku paksa gi klinik
GP tgk ada history gastrik-makanya diberi satu suntikan

But still the whole nite dia sakit bergulung2
Makanya lepas htr anak g sekolah,si Adeeb g taska -pegilah ke KK
Presint 9 Putrajaya
Amik darah,urine
White cell count tinggi
Dan husband mmg confirm sakit yg amat  di sebrlah bawah kanan perutnya
Gp suspected appendic-makanya refer ke ED HPJ.

As expected,dr kat hosp pjaya takmo tunggu lama
Ditahan di ward
Takut makin melarat @ pecah kata doktor
Puasalah en papa,tapi disebabkan banyak kes lebih emergency -dekat 34 jam husband dipuasakan sbb OT room full.
Serious kesian but still kena faham,banyak lagi kes kecemasan macam czer bagai..

Bila dah confirm OT,aku pun menunggulah kat luar OT


-gambar sblm ditolak msk OT -ada hati nak senyum lagik!

Tak sangka dekat 3 jam husband dlm bilik OT.
Punyalah susah hati..tuhan aje yang tau

Dah kuar OT
Mmg dia sgt lemah
Full bius kata doktor
Sedih pulak tgk husband sakit macam tuh sekali


Masa nih lah rasa 
Aduhai tak boleh bayang kalo hidup tanpa husband aku nih
Sayang suami woiiii!!

Apapun next day,Doktor dischargekan
Sekarang masih MC 2 minggu.

Semoga Allah beri kesihatan yang baik utk papa
Tolong jaga diri untuk kami yea

Dari mama,Ain,Auni & Adeeb

Post of a DAY

Speechless

Masih mengigil lagi baca offer letter Appointed as CONSULTANT  Walaupun tempoh hanya 1 tahun (contractual basis) Tapi consultant fees mencec...