17 September, 2014

Hadiah hari jadi yang ke 35 tahun

17-09-2014
Hari lahir yang ke 35 tahun

Makin tua
Makin menuju ke alam sana
Tak tau sampai bila Allah pinjamkan umur ini..

Doa aku byk2 semoga makin kuat & matang sebagai ibu & isteri
Moga Allah anugerahkan kesihatan tubuh badan
Dan dikurniakan kemurahan rezeki hendaknya

Dan sbg menghargai badan sendiri
First of it
Gi wat eye check up
Setelah bertahun lama tak check mata

Dan inilah yang aku dapat


Sila mengadap optometris
G wat cermin mata

Rasa makin tua
Mata pun dah tak setajam dulu
Allah tarik sikit2 nikmat usia muda

Allahuakhbar
Tapi sekurang2 masih bersyukur
Sebab Allah masih bagi nikmat melihat wajah2 kesayanganku

Dah tua2 nih
Hadiah dah tak penting sgt
Yang penting tanda ingatan dr family terdekat
Itu lebih penting
Hari nih adik beradik pakat lewat wish,dah bergenang airmata 
Punyalah emosi ok!

Apapun utk yang sudi wish kat fb,whatsapp
Terima kasih byk2
Semoga yang baik2 jugak utk kalian kembali
I/allah!!

Malam nih kalo umur panjang g makan2 sama anak2 aje rasanya
Cukuplah celebrate kecik2
Dah tua sgt nak potong kek bagai
Hahahahah!!







11 September, 2014

Kuarantin!

Adeeb discaj Isnin petang
Alhamdulillah
Insuran cepat kali nih
Tak smp 2 jam

Paed keluarkan arahan
Kuarantin smp Jumaat
No nursery/day care/babysitter

Tiada pilihan lain yang ada
Selain bercuti tanpa gaji sbb cuti mmg dah hbs 
Utk anak tercinta


Tapi puas hati
Meladeni anak bujang yang super manja nih
Mama pantau segala jenis ubat yg paed bekalkan

Masak macam2
Suap makan dr pg-mlm
Menyusukan dia
Main dengan dia
Golek2 dengan dia
Dan finally tido polok2

Tiada yang lebih bermakna
Daripada harta yang ini
Anak!

Ini amanah Allah
Bukan jaga bagi besar sahaja
Tapi nak tarbiah biar jadi pendakwah
Biar jadi orang baik2
Tolong orang susah
Jadi orang yang berbakti pada ibu ayah,keluarga,agama & masyarakat

Ingat,apapun terjadi
Keluarga itu tetap jadi keutamaan!







08 September, 2014

Day 4- CAH

Lemau!

Itulah yg aku rasa
Tak suker sgt2 dok wad lama2

Adeeb nampak bertambah baik
Demam dah kebah
Batuk dah lega
Nafas tak laju tercungap2 mcm jumaat lps
Hidung flu makin kering
Makan / minum dah mula ada selera
Aktif masya allah
Jenuh nak mengepung
Takut dia panjat cot hospital ni


Tgk,cot atas dada aje
Blh sgt kalo dia nk wat aksi berani mati tuh
Aku nak mandi pun heret dia masuk toilet sekali


Semalam dia mengamuk nak turun cot
Nak merangkak
Aku suh kakak2 dia bawak pusing naik stroller
Bukan main suker dia


Kakak2 jd bodyguard adik
Tukang sorak time adik amik neb
Kakak2 rindu kat adik
Tak hbs2 tanya bila adik nak discaj nih..


Mintak2 doktor discajkan kamu hari nih
Sayang Adeeb sgt2!!


07 September, 2014

Berangan -Laundry Area

Aku ada satu benda
Yang teringin nak buat
Bila ada rumah sendiri

Selalulah berangan
Bila tgk citer mat saleh
Features pasal laundry area
Alahai cantiknya
Kemas aje kan..

Kat rumah
Ada satu ruang kosong yang terbuka
Betul2 bersebelahan main hall
Sekarang ni mmg letak mesin basuh kat situ
Tapi nampak macam tak proper
So ingatnya kalo ada rezeki mmg nak revamp tempat tuh jadi laundry area

Jadi mari kita berangan
Tgk laundry area

Sources: pak google


Yang ini-sesuai utk ruang kecik,but still stunning ok.Mana nak carik washer merah menyala itu..giler cantik!!


Yang ini simple
Putih,kemas & idea open shelf tuh sgtlah sesuai kan..


Ok..yang ini mmg mengancam
Jaw drop!!

Sgt feminin kan
Colourful
Dan lighting tuh..hoiiii cantik weiiii!!


Yang nih pun sesuai utk ruang terhad
Simple minimalis kekdahnya
Tak byk aksesori
Tapi still cantik


Ini pun not bad
Rasanya yang ini kita boleh realisasikan
Dengan idea DIY guna produk IKEA
Berlambak aje brg2 kat IKEA tuh
Asal ada ongkosnya
Semua beres!!

Dan ini..
Mmg simple & sangatlah aku berkenan
Kemas jer kan..

Haissshh seronok tgk gambar cantik2
Silalah berangan
Berangan kan percuma!

Ada yang sawan macam aku?
Agak2 berapa bajet nak revamp nih ?


06 September, 2014

Day 2- CAH

Adeeb nampak ok sikit berbanding semalam
Mana taknya neb tiap 4 jam
Cuma demam masih tak settle lagi
Low grade fever

Makan bubur sikit2
Minum susu pun x berapa mahu
Mungkin sbb hidung clogged -selesema kan

Neb still nightmare utk dia
Menangis meraung macam kena rotan
Pagi2 tadi paed set line untuk antibiotik
Tapi sampai skrg paed tak perscribe apa2 lagi antibiotik

Result xray
PNEUMONIA
rasa macam kena tampar!

Betullah..wpun berhabis duit amik pneumococoal 
Still terkena jugak
Tapi bila baca artikel dalam webMD
untuk mereka yang amik vaksin
Still ada chances utk terkena cuma kebarangkalian pesakit untuk suffer teruk tuh adalah rendah
So vaksin still option terbaik setakat ini

Dan bila q & a dgn paed
Dia mmg tanya soalan asas
Sejarah asthma ahli keluarga
Dan yang soalan cepumas
Tido guna kipas @ aircond?

Kebetulan mmg aircond bilik rosak disebabkan compressornya
Dah 2-3 bln tak betul2
Mmg tido berkipas ajelah
Stand fan/ceiling fan sekali

The truth is killing me
Penggunaan kipas rupanya tak elok
Mengundang habuk
Dan disebabkan habuk inilah
Disedut oleh pesakit & menyebabkan pesakit bakal mengalami penyakit berulang terutamanya yg melibatkan paru2

So mahu @ tak
Kena usaha utk beli aircond baru sebiji
Kesian kat anak..


Apapun mama doa semoga Adeeb cepat2 sembuh
Dan boleh balik rumah kita

Lagipun mama pulak yang rasa tak sedap badan dok hospital lama2
Sejuk semacam wad kat sini

Sekarang tgh membosan
Sebab Adeeb tido
Papa & kakak2 tak sampai2 lagik
Kat CAH nih tak seronok
Berkampung dalam wad ajelah
Takde aktiviti menarik
Playground takde
Kafe ada satu itupun kecik sgt
Pendek kata mmg bosan tahap gaban!

Haaiiii lah anak
Cepatlah sihat yea..





05 September, 2014

Finally!!

Warded buat kali pertama
Demam x kebah2
Cranky 2-3mlm
Flu/batuk makin teruk
Dan tgk nafas tercungap2

Makanya ke hospital kita
Berbondong2 dengan knk2


Paed advice warded
Utk neb setiap 4 jam
Buat chest xray
Dan amik blood test

Neb yang paling haru
Macam kena pukul
Kesian tgk dia


Doakan Adeeb cepat sembuh
Tak seronoknya dok hospital
Sejuk macam ais!


03 September, 2014

Sardin!

Faveret dari dulu sampai sekarang
Kalo buntu akal tak tau nak masak apa
Atau langsung takde bahan mentah nak masak

Sardin memang pilihan utama
Selain telur & ikan bilis

Aku hanya pandai wat sambal sardin @ wat sandwich sardin
Sambal sardin makan sama nasi panas
Letak kicap sikit
Itu sudah cukup!


Anak2 tak pandai makan sambal sardin
Tak kisahlah
Yang penting mama suker

Ini antara makanan wajib tgh2 bln masa kecik2 dulu
Aku membesar dgn makanan ini
Pernah rasa susah dulu
Mak dulu sgt kreatif

Sambal sardin
Masak lemak ikan bilis
Ikan bilis goreng bawang
Sambal sardin
Sup telur
Kari telur
Masak lemak cili api telur

Antara menu yg mak masak
Sementara nak tunggu hari gaji
Kami adik beradik makan tak berbunyi
Dah biasa macam tuh
Kalo tetiba ada lauk daging/ayam
Itu yg buat rasa pelik
Lauk ayam/daging jarang2 sekali
Kecuali hari gaji

Anak2 aku tak pernah rasa susah
Alhamdulillah
Anak2 murah rezeki
Lauk ayam tetiap hari x pnh missed
Bila xde lauk ayam,mulalah bising tanya mana ayam?

Hidup tak pernah susah
Dah berkereta dari kecik
Tak pernah bersesak dalam bas
Tak pernah berpanas /berhujan
Boleh pilih2 pulak nak naik keta kecik @ keta besar 
Dah pandai demand nak makan mana..
Nak jalan mana..
Dari kecik dah terbang naik kapal terbang
Untungnya anak2 sekarang kan..

Kadang2 bila pikir2 balik
Kesusahan aku dulu yang membentuk aku hari ini
Aku bertekad nak keluar dari lubuk hidup cukup2 makan
Aku nak hidup senang 
Tak nak anak2 warisi kesakitan aku membesar dulu

Makanya bila dah ada anak
Aku berikan segala yang terbaik
Makan sedap2
Baju cantik2..berkasut elok
Berjalan serata tempat
Berkereta ke mana sahaja
Bercuti bila ada masa

Dan kembali
Aku rasa aku tak boleh beri 100% utk anak2
Aku tetap rasa 
Anak2 ada masa perlu dididik rasa susah
Rasa sedikit kurang
Sebab dengan rasa itulah akan membentuk dia akan datang

Sebab itu bila anak2 bising nak kereta besar macam keta mak long-mak long ada MPV
aku & papa dok sebut berulang kali
Nak kereta besar,nak rumah besar kena belajar pandai2-mama/papa mampu beli kereta yang ada skrg nih jer

Bukan senang mendidik anak
Memang kita sayang anak
Sapa tak sayang anak kan?

Anak itu saham akhirat mak-bapak
Hasilnya dituai bila kita mati kelak

Kannnnn!!










Post of a DAY

Kerja pertama tahun 1997: Mc Donalds Bukit Bintang

Dulu selepas SPM tahun 1996 Aku tak duduk diam,aku bekerja di McDonalds Bukit Bintang To be exact restoran ni terletak kat 4 junction tersib...