18 April, 2014

Sultan Melaka

W/pun satu Malaysia tahu kes ini
W/pun berjuta orang mentertawakan dia
W/pun kisah self claimnya agak merepek
Tapi percayalah SM nih sangat lawak

Aku follow fbnya Sultan Melaka
Tiap kali postnya
Pasti aku akan tersengih lebar
He is a good entertainer!

Follower dia berpuluh ribu
Sekali post beribu like
Komen jangan kiralah
Komen wajib
Daulat tungku/tongku
Hahahhah!!

Biarlah dia merepek dia tuh SM @ tak
Tapi bagi aku
Post2 dia sbg release tension utk aku
Stress2 baca post2 dia
Memang pecah perut gelak sorang2
Baca komen lagi lawak
Aduhai....



Kalo SM terjupe post ini
Saya sarankan tungku SM join MAHARAJA LAWAK
kurang2 follower dah berpuluh ribu
Boleh jadi voters
Kurang2 kaya -menang hadiah beratus ribu
Bolehlah belanja rakyat jelata pasnih

Oklah stop merepek
Salam pagi Jumaat

15 April, 2014

Si sulung -nearly 8th

Kak ain antara orang yang paling sayang adik baby Adeeb
Nampak sgt betapa happynya dia sejak ada baby

Banyak cubaan nak mendukung baby
Mengagah adik
Ajak adik main
Cium gomol adik sampai adik mengamuk
Layan adik membebel
Antara orang yang paling seronok
Tengok pencapaian adik
Adik boleh meniarap
Dia suker macam itu anak dia


Kak Ain sekarang dah tahun 2
Masih manja macam dulu
Tak boleh kena tegur sikit
Menangis beria2
Belum kena pukul lagi tuh

Pencapaian setakat ini
Dah boleh kayuh basikal 2 tayar
Belajar masih tahap perlu dibimbing
Kena sentiasa tgk dia buat homework

Takper pelan2
Selagi mama-papa ada
Kami selalu bersama kamu,anak

Banyak impian dia dlm list mama
Banyak sgt yang dia mintak
Tapi as usual
Anak2 tak diajar dapat sesuatu semudah memetik suis
Dia kena tunjuk efforts
Gain something
Baru boleh dapat reward

Kak Ain
Moga jadi kak long yang baik
Contoh utk adik2
Terpelihara budi & pekerti
Tersusun langkah & bicara
Mama doa yang baik2 utk kak ain.

14 April, 2014

Kakak Auni ,macam2 peel!

Kak Auni dah masuk tadika
Dah makin tinggi
Baru aje pandai kayuh basikal
Sehari dua nih

Bercakap macam orang tua
Takde pelat2 sejak kecik lagi
Manja yaa rabbi
Ada adik baby,dia lagi manja kememeh

Auni sedikit clumpsy
Suka nak cepat
Asik nak lari
Jadi tak heran kalo rekod kecederaannya memang buat mama pening kepala
Setakat pecah cawan
Setakat jatuh tergolek pas mandi sbb berlari
Tumpah air,tumpah nasik
Dah tak heran!

Memang dia cuai sikit
Tetiap hari kena bebel dgn mama & papa

Baru2 nih
Dia tanya papa dia
"Naper papa panggil mama tuh mama!"
Mama bukan beranakkan papa

Papa dia tanya
Abis tuh nak panggil apa
"Panggil sayang boleh?"

Pastuh dia jawab
"Panggillah sofa"

Kenapa sofa?

"Sebab sofa kan besar!"

Sabor jerlah mama kamu kan

Sentap tahap langit ke 7


Sekarang dah pandai mintak macam2
Semalam jer dah order
Kek birthday warna pink
Nak 3 tingkat

Pengsan!!


08 April, 2014

Iphone vs Samsung

Semalam ada kawan yang tanya
Dia nak dapat durian runtuh
Ura2 nak sambar satu smart phone

Antara iphone & samsung 
Mana satu lebih baik

Aku pernah guna Samsung
Dan sekarang pengguna tegar iphone5
Aku xmo explain dari segi spec bagai
Itu sumer blh google

Aku kira dari sudut pengalaman
Seorang perempuan macam aku
Yang buta @ tak mahir it sgt nih
Yang hadap handphone utk sms utk call aje
Aku lebih merasakan iphone lebih baik

Icon serba interaktif
Capaian yang laju
Mudah digunakan
Friendly user
Tak pernah lagi hang masa guna
Compared masa guna Samsung dulu

Kualiti gambar sharp
Macam2 option pulak tuh
Nak edit gambar pun macam2 pilihan tersedia

Bateri still ok
Tahan 24jam
Tapi mesti tiap2 hari kena caj

Rega iphone memang stabil
Jarang dengar iphone turun rega
Resale value pun tinggi
Iphone 4s sampai sekarang rega RM1k tak kurang kalo 2nd hand

Apps utk iphone
Beratus ribu utk dipilih
Macam2 smp yang pelik2 pun ada
But seriously seronok browse catalog apps thru itunes
Mmg giler!

Bagi aku alah membeli menang memakai
Memang iphone mahal jugak
Tapi memang puas hati smp skrg

Apapun tepuk dada
Tanya selera
Lain padang lain belalang
Katanya...

Aku jenis pakai handphone sampai roboh 
Maksudnya selagi tak rosak
Jangan mimpi nak beli baru
Pakailah smp flat

Iphone nih hadiah dari en papa
Lagiler sayang kan..


Tggu en papa hadiah iphone6 pulak
Hahahhaha!!

Tak menahan nafsu :)

07 April, 2014

Almost 9 years

30-4-2014 akan datang
Merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan
Bersama suami terchinta

Hampir 9 tahun membina rumahtangga
Ada pahit & manis
Ada tinggi & rendah
Kadang2 susah
Kadang2 senang


Purata tiap 3 tahun beranak sorang
Aci?

Cukuplah rasanya 3 anak
Penyeri rumahtangga
Ada perempuan 2 orang
Ada lelaki seorang

Inipun hidup mama dah tak serupa orang
Hahhahaha!

Semoga Allah murahkan rezeki 
Cukupkan segala keperluan anak2
Hidup berkasih sayang
Anak2 sihat sentiasa
Cerdik belajar
Jadi anak yang soleh & solehah

Mama & papa kena kerja kuat sikit
Anak2 makin membesar
Duit sekarang mengalir macam air
Semoga Allah permudahkan
Moga2....







04 April, 2014

Learning from mistake!

Aku belajar dari kesilapan
Beranak tiga
Bukan bermakna aku serba tau
Banyak benda kena belajar

Adeeb demam dari hari Selasa ptg
Sebagai ibu susah hati jugak
Yealah dia merengek tak henti

Pegi klinik
Gp bagi antibiotik 
Ubat demam

Tapi berdasarkan pembacaan
Ini demam viral
Tak perlukan antibiotik
Cuma amik masa nak baik

Jadinya antibiotik tuh buang jauh2
Cukup serik dgn antibiotik
Setakat demam sikit2 nih
Usahakan cara lain
I/allah demamnya akan reda

Hari ke 4-pagi nih
Barulah demam Adeeb betul2 ok
Setakat 8 jam yang lalu
Temperature below 36.0

Ibu2 kena byk belajar
Jgn membuta tuli bagi ubat macam2 pada baby
Cukuplah kesilapan aku meladeni Auni dulu
Sampai sekarang Auni ada antibiotic resistant
Kena amik antibiotik yang kuat baru settle w/pun demam disebabkan tonsil bengkak
Setakat antibiotik yang biasa2 mmg 3-4 botol takkan settle punya
Sebab itu aku serik dgn antibiotik

Tp kalo pikir blk
Bkn salah aku pun
Aku ikut arahan gp
Nak anak baik cepatkan??

Antibiotik hanya perlu bila melibatkan penyakit yang disebabkan bakteria
Yang selalunya menyebabkan penyakit jangkitan paru2,pneumonia,bronchitis
Jadi kena betul2 pastikan anak2 kita itu demam berpunca dr viral @ bakteria

Cumanya bila kes macam si Adeeb nih
Demamnya lambat settle
Aku pulak bekerja
Jadi mahu @ tak
Kena bercuti jaga dia 
Takperlah asalkan dia selesa & selamat bersama mama/papa dirumah
Berdukung 24 jam pun mama rela
Asalkan cepat kebah!


Si demam
Tak berenggang dgn temperature
Berlenggeng tak berbaju
Cloth less
Sponging when needed
Pcm bila temperature 38.0 ke atas
Offer minum byk2

Apapun mama masih belajar
Setiap anak itu berbeza
Semoga Allah beri ketabahan
Dan kesabaran meladeni anak2

Moga2....




01 April, 2014

April Fool

Zaman sekolah
Paling ditunggu hari ini
Hari terkena
Hari mengenakan

Takde yang terkecuali
Kawan2
Cikgu2
Cleaner
Makcik kantin
Tukang kebun
Memang meriah!

Macam2 modal
Kalo yang perempuan
Selalunya modalnya kotor sikit

Ehhhh baju ko ada darahlah!!

Yang lelaki dahsyat lagik
Main kasar selalunya

Stok letak thumb tac-paku board tuh kat kerusi
Bila duduk menjerit sakitlah
Belum lagi bab letak binatang pelik2 dlm beg sekolah
Serious havoc!

Biasalah zaman nakal
Zaman nak naik kata orang
Masyaallah!

Betapa rindunya pada kwn2
Pada zaman sekolah
Takkan jupe dah zaman sekarang nih
Zaman takde masalah
Selain mengadap musim exam shj

Bagi aku April Fool
Sekadar suka2
W/pun dulu rasa marah juga bila terkena
Tapi sapa nak sangka
20 tahun selepas itu
Teringat gelagat kawan2
Bawak senyuman pagi2 nih

Utk kawan2 yang bertebaran mencari rezeki seluruh negeri
Semoga Allah merahmati kalian
Memberkati usaha kalian
Dan mempertemukan kita nanti


Dan sudah rindu sama si booolat nih!!


Post of a DAY

Kerja pertama tahun 1997: Mc Donalds Bukit Bintang

Dulu selepas SPM tahun 1996 Aku tak duduk diam,aku bekerja di McDonalds Bukit Bintang To be exact restoran ni terletak kat 4 junction tersib...