14 March, 2014

Loyalty Service Award

Bekerja dalam tempoh yang lama dalam sesuatu organisasi
Dah boleh agak macammana 
Sepak terajang dalam opis tuh
Politik sana-sini
Cara orang tengok kita

Acknowledge or not?
Respected or not?

Aku punya nawaitu
Masa mula kerja dahulu
Nak tolong suami
Dan nak cari duit poket sendiri
Serta nak beri yang terbaik untuk anak2
Supaya anak2 aku merasa macammana anak orang lain
Bersekolah elok
Ada pakaian berganti
Makan yang baik2,berkhasiat
Dan occasionally bawak travel mana2

Aku selesa dgn kerja aku
Cuma biasalah bab tak sebulu dgn boss
Tapi semua atas dasar kerja 
Nothing personal

Aku jenis bekerja
Yang tak suka bertangguh2
Suka bekerja ikut fact
Bukan semborono trial & error
Aku tak kata aku rajin
Tapi selama aku kerja
Aku takde masalah siapkan kerja ikut timeframe
Susah macammana pun
Mesti siap jugak akhirnya

Semalam dapat award Loyalty Service Award
Dapat plaque 
Dan dapat voucher Aeon Retail RM700
syukurlah dari tak ada
Alhamdulillah


Bolehlah top up guna beli baju raya anak2
W/pun pada awalnya nak guna beli handbeg
Tapi as mom
Naluri itu secara semulajadi
Anak-anak jadi keutamaan
Biar mama tak bergaya pun
Asal anak2 pakai cantik,molek
Tak comot macam mama kecik2 dulu

Maklumlah orang susah 
Ayah pulak meninggal umur aku baru 10 tahun
Adik beradik ramai
Dapat berganti baju setahun sekali pun mujur
Tapi kesusahan itulah
Yang membentuk aku hari ini
Acuan yang paling ajaib

Subhanallah!

Semoga aku tetap bersabar utk terus bekerja kurang2 5 tahun lagik
Dan retired before 40th
Doakan yea..



11 March, 2014

Tiada paksaan!

Sebagai ibubapa islam
Mendidik anak tentang tatacara hidup sebagai muslim
Bukan semudah memetik jari

Anak yang sedang membesar
Bertanya 1001 soalan
Bila disuruh ikut solat
Bila disuruh mengaji
Bila diasuh untuk berpuasa
Bila dididik menutup aurat

Ain mula bertudung ke sekolah tahun lepas
Tiada paksaan dari aku & papanya
Aku hanya bg galakan
Beli tudung yang selesa utknya
Semuanya berjalan dgn baik sehinggalah malam nih
Aku pesan dgn dia,pakai elok2,jgn buka2,

Dia bagitau dia takmo bertudung esok
Katanya kawan2 ada yang kejap pakai kejap tidak
Aku & papanya pandang satu sama lain

Inilah dilemanya
Aku dulu pernah jugak merasa yg sama
Pemberontakan & krisis identiti
Dulu zaman muda
Teringin nak sarung itu-ini
Teringin pakai apa yang kawan pakai
Nak itu
Mahu ini
Jenuh mak berleter
Tapi tetapppppp..degil!

Jadi malam ini
Tetap iron tudungnya macam biasa

Bagitau pada Ain
Mama iron tudung macam biasa
Esok tghr Ain pikir dulu
Samada nak pakai tudung @ tak
Mama takde esok
Ain buat keputusan Ain sendiri
Dulu mama & papa tak pernah paksa Ain bertudung

Tapi tudung dituntut dalam Islam utk tutup aurat
Orang yang tutup aurat Allah sayang
Dan kali nih pun mama & papa tak nak paksa Ain jugak
Ain dah besar
Mama hormat apa pun keputusan Ain

Toleransi masih jadi asas didikan kami
Lagipun paksaan takkan membawa ke mana


Mama doakan yang terbaik utk kamu
Semoga kamu ada keputusan yang baik esok

Sayang kamu ketat2!!

10 March, 2014

Meragam!

Clueless jugak
Having baby is not an easy task
Baby nih tak pandai cakap
Dia tak pandai nak bagitau dia sakit,tak selesa,lapar dsbgnya

As parent
Wpun dah beranak tiga
Bukan mudah sebenarnya
Kadang2 buntu
Apa sebab dia meragam?

Nak berdukung kah?
Nak manja2 ker?
Nak tumbuh gigi ker?
Sakit ker?
Mengantuk ker?

Semua kena trial & error
Nasib baik mengena
Nasib tak baik mmg ke laut dalam tekaan mama

Adeeb anak yg kurang meragam dari sejak lahir
Tak pandai menangis berjam2 mcm kakak2nya dulu
Lapar mintak susu & Tido
Tak payah berbuai2 bagai2
Tepuk2 tido

Semalam mungkin hari menduga mama
Meragam sgt2
Nak berdukung aje
Tak boleh kena tinggal sekejap
Nangis macam kena pukul

Serba tak kena
Nak kata tumbuh gigi
Jenuh aku tgk-takde pun
Nak kata demam-alhamdulillah sejuk bdnnya
Susu macam biasa
Cuma meragam luar biasa


Harap sgt meragam Adeeb tak berlarutan
Susah hati tgk dia meragam
Dia tak pernah macam nih

Semoga bertemu clue
Disebalik ragam kamu
Moga ragam nak berkalih bulan aje
Moga2!!

#4bulan -11/4/2014

Search,Safe & Rescue MH370

Heartbreaking news
Pagi2 subuh hari Sabtu
Tertengok dkt ig Karl Shafek
Berita kehilangan pesawat MH370
Masyaallah

Sedihnya macam ada ahli keluarga yang terlibat
Terbayang yang buruk2
Ternanti2 berita terkini

Masuk hari ke-3
Still takde apa2 perkembangan
Sedihnyalah.....

Rasanya dah lama sgt MALAYSIA
tak terlibat dgn insiden2 macam nih
Yang paling latest mungkin
Kes pesawat NURI yang jatuh area genting sempah dulu

Kita nih satu Malaysia kan
Memang tersemai dalam urat darah kita
Macam cubit peha kiri
Peha kanan rasa pedihnya

Doa yang baik2
Hentikan penyebaran berita palsu
Hentikan spekulasi
Doakan moga keajaiban itu wujud
Dan tetap bersedia utk yang terburuk

Apapun kembali kepada Allah
Sebaik2 perancang
Moga dengan doa kita rakyat Malaysia
Dan dengan izin Allah
Akan ketemu semula walau dalam apa bentuk sekalipun


Rabbi Yaasir Wala Tuassir!!


07 March, 2014

Sarang tebuan jangan dijolok!

Kes scandal dgn suami org
Bukan kes kecik
Bukan kes cuba2
Bukan kes suka2

Scandal nih mmg terjadi 2 hala
Sama2 gataiii
Yg pompuan tak sedar laku
Yg lelaki tak sedar diri
Dan ditgh2nya syaitan yang merosakkan anak cucu adam

Semua golongan boleh terlibat dgn kes scandal nih
Tak kira muda @ tua
Kaya @ miskin papa kedana
Sebab bukan semua pompuan tgk harta
Ada yang terpikat dgn budi bahasa,ketokohan dsbgnya
Sanggup bermadu & ssh senang bersama
Sebab tuh jangan pelik tgk orang tuh biasa2 aje
Isteri 3 orang & kesemua isteri bekerja membanting tulang sama2!

Kes yang paling hangat sekarang
Artis cun vs ibu beranak dua
Legal wife
Biasa2 shj
Innocent!
Yang fight for her kids right

Sentimen yg cukup kuat 
Utk semua isteri2 kat msia
Sama terkesan!
Sama melenting!

Jika terkena pada diri sendiri
Rasanya aku pun tak sekuat LM

Nak bandingkan diri sendiri yang kasut tak berganti 6bulan lamanya
Yang tak reti bergaya macam orang lain
Yang naif serba serbi
Kulit tak semulus mana
Tentulah kalah sebelum berjuang kan kalo dibandingkan semua itu

Tetapi demi anak2 LM bangun walau payah
Rasanya dia bangun bukan utk fight for her lousy hubby
Biarlah tak berlaki kan!!
Kalo ada suami yang loser macam tuh
Yang tak tau menghargai kita as wife yang melahirkan zuriat utk dia
Tapi utk menegakkan keadilan & kebenaran
Yang memang wujud kes
Kacau suami orang nih!
Again-tepuk sebelah tangan takkan berbunyi

Sebab itu memilih suami & isteri syarat utama adalah agamanya
Itulah yang aku pegang waktu memilih papa sbg suami dahulu

Tinggalkan ex bf terkontang-kanting
Tanpa rasa bersalah pun
Alhamdulillah,setakat ini bahagia dgn suami tercinta
Tak pernah mewahkan kami dgn harta dunia
Tapi mewahkan kami dgn kasih syg & dan tunjuk ajar
Memang suami itu anugerah Allah



Print screen page Kami Sokong Liyana Manan
Dalam tempoh 24jam
Seriously,its not kidding!

Memang betul kata2 ini

Perempuan diuji tatkala tak PUNYA apa-apa
Dan Lelaki diuji tatkala punya SEGALANYA

Utk LM
You deserve better person
He is not deserve you & kids at all
Let Allah smooth your journey
And only Allah will show you the way out!!




03 March, 2014

Malas sgt nih!!

Cukup risau
Kalo dok sama kanak2 bertiga
Tapi sedang mood malas serba serbi


Bukan selalunya aku rajin
Ada masa asyik nak bergolek tido aje
Minggu lepas memang lemau
Ada berapa kali aje aku masak
Selebihnya aku g kedai -tapau

Keja tgh banyak
Nak pulak minggu lepas month end
Keja macam apa lagik
Yang adhoc,yang kiv,yang perlu follow up
Dgn tiap2 mlm aku tak cukup tido melayan si Adeeb
Dgn tak cukup rehat
Memang mencabar minda betul!

Sabtu baru nih
Pagi aku bantai bg kanak2 makan popiah nestum jerk
Tghr jiran hantar lauk kenduri
Petang tayang muka rumah mak
Makan sup ayam meletup!

Ahad pagi bantai goreng nasi 
Tghr buat muka tak bersalah tak masuk dapor
Tgk nasi byk balance atas meja
En papa merayap kuar g putrajaya
Tinggallah sama kanak2
Ain mengaruk nak meratah milo
Silakan-2 sudu max sorang sama si Auni

Kul 3pm dah mula lapor
Kalo aku dah start lapar apatah lagi budak2
Kelebek peti ais
Ada mee kuning,fishball
Sayur takde
Marilah kita goreng mee
Ala mamak,no vege aci?


Jadikler
Makan 3 beranak-asal kenyang

Aku masih guna polisi
Makan apa shj asal kenyang
Jgn cerewet tak tentu hala
Anak2 pun dah dididik dr awal
Makan aje,asal perut berisi

Malam pulak,bantai g pasar malam
Tapau lagik!

Seriously
Memang mama sgt penat minggu lepas
Hoping so minggu nih mood masak datang balik dgn jayanya
Kesian kat anak2!

Papa,sorry yek!

#motherhood

Utk yg cari kamera kompak,boleh scroll older post yea.

02 March, 2014

Nikon S6200-preloved item!

Ada sapa2 mencari compact camera?
Yang simple
Yang berkualiti
Yang murah
Yang stylo

Aku nak let go compact camera
Nikon S6200
masa beli hari tuh
Rega RM699
Nak jual murah2 RM450

Reason to let go
Memang jarang sgt guna
Daripada berhabuk disimpan
Better jual pd sesiapa yg berminat
Dan baru aje dapat cabutan bertuah hari keluarga opis-Nikon J1 warna pink
Makanya bertambah nekad nak jual yg ada nih

Guna 2x sahaja
Pg Kota Bharu tahun 2012
Dan pg Kuching tahun 2012 jugak
Selepas itu memang terperuk dlm case

Review-aku paste dr website Nikon aje yek

Sila tekan & baca sendiri


Aku jual complete set
Box
Charger
Case
Cd manual
Cabel usb
Cabel sambung tv
Strap

Jadi jgn risau 
Mmg semuanya tiptop
Condition :9.5/10
Itupun sebab strap dah berbulu sikit
Others memang aku jamin terbaik!

Utk yg berminat
Boleh w/app aku

Prefer COD
aku malas nak pg mengepos bagai
Lgpun better tuan baru inspect dulu smp puas hati
Ok!

Jgn malu2
Jgn segan2





Post of a DAY

JJCM:RESTORAN SERI DAGANG,CYBERJAYA

Betapa sibuknya aku seminggu lepas Sampai tak sempat nak BW apatah lagi nak post entry di blogntahapapantah aku ni Tapi hari ini aku nak cu...