27 February, 2026

Bajet RAYA -isu sama tetiap tahun!

Bajet raya isu paling subjektif saban tahun
Sebab keperluan setiap orang takkan pernah sama
Pada asasnya baju raya,kuih raya,tukar duit nak buat isi sampul raya,belanja lauk/juadah hari raya,belanja perjalanan balik kg.

Tapi berapa pasang baju raya diperlukan
Beli dari butik mana,jenama apa
Relatifnya pasti berlainan selera
Ada orang tak kisah beli baju kat Tiktok
Ada orang boleh beli kat bazar lambak aje
Berapa besar bajetnya,tentulah tak sama kan antara satu sama lain.

Dan tetiap tahun akan ada orang yang beratib benda yang sama
Baru2 ni terbaca dalam socmed 
Orang menekan2 govt mahukan dividen KWSP masuk terus ke Akaun 3 untuk buat belanja raya
Dimana Akaun 3 ni boleh dikeluarkan umpama akaun simpanan biasa kita di bank

Aku sebagai isteri yang turut bekerja membantu ekonomi keluarga,banyak bahagian belanja raya ni mmg aku yang sediakan.
Baju raya pertama -aku bajet RM200 seorang
Habis RM1200 disitu
Kuih raya -memang aku akan beli dari baker yang sama setiap tahun & agak besar belanja disitu sebab setahun sekali sahaja anak2 nak menikmati kuih raya faveret memasing.RM 500 tak larik.
Tukar duit raya max RM500 aje-buat sedekah anak2 saudara.
Selalunya yang ni en papa yang sediakan.
Kasut raya anak2 & baju berjalan anak2 masih belum settle lagi
Bajet pun tak berapa besar disitu.Anak diajar sedari kecil,mereka hanya dapat baju raya 1 sepasang,baju jalan (kasual) serta kasut/sandal sepasang seorang.Kami bukan orang berduit nak prep baju berpasang2 macam Che Ta .Hahahaha!

Dan disebabkan tahun ni kami beraya di KL-maka aku x serabut urusan nak standby duit travel.Unless en papa terasa nak balik kg-kasi dialah yang pening kepala disitu.Sebabnya hampir 70% urusan perbelanjaan raya aku dah tolong settlekan,bab yang sikit2 tu.Kita pass lah pada ketua keluarga.

Belanja juadah beraya kami kongsi selalunya antara adik beradik.
Which is tak berat sangat.RM100-RM150 x 8 adik beradik.Bagi aku sangat munasabahlah.Setakat nak makan 2 hr (Raya pertama & Raya kedua)

Bajet misc: as usual,beli pinggan pakai buang.Mungkin nak beli sudu/garfu baru sikit.Itu selalunya tak guna duit yang banyak.

Tahun ni adalah sedikit berangan nak ganti langsir rumah.Langsir hall kami ditukar 2 tahun lepas & sejak digantung-memang tak pernah cabut sampai sudah.Langsir dalam bilik rasanya 3/4 tahun ada kot.Masalahnya memang boleh dibasuh tapi langsir gantinya xde plak.Sedih disitu!
Ada yang aku aim dalam Tiktok-memang berpatutan harganya.Tapi tu lah bab membeli online ni,benda yang kita xleh pegang jadi rasa 50-50 tu ada.Takut tak berbaloi beli.Takut itu & ini.
Cadangnya esok hr Sabtu macam nak memusing ke Aeon IOI City Mall,kot ada banyak pilihan langsir.Sambil2 boleh cari baju jalan anak2 lelaki berdua ni dulu,tapi tu lah.Kena tggu budak2 ni,kot pengsan tido lepas sahur esok.Haiiishhh..

Dan berangan nak ganti karpet murah dekat hall.Yang ada dah hampir 5 tahun,nipis sangat dah.Memang wajib dah kami tukar.Tak tau kenapa aku bertangguh2 nak membeli.Sedangkan bulan lepas ada aje aku memusing ke Nilai 3.Ntah kenapa tak terbeli jugak.
Pun ada tgk kat Tiktok lalu lalang-yang berkenan tu memang banyak.Tapi nak cari design yang sama dgn saiz berbeza untuk accomodate hall kami-x bertemu pulak.Masalah problem seantero!

Perabot yang ada masih layak digunakan.Mungkin nak cari table cloth baru untuk meja makan comel kami & cari servis untuk deep cleans sofa kami.Nak naik seri rumah aje kan.Rumah tak cantik mana,asalkan deconya adalah rupa orang nak berhari-raya.

Secara kesimpulan,bajet raya kami tak berubah sangat saban tahun.Kadar inflasi sahajalah yang menyebabkan bajet terpaksa dinaikkan sedikit daripada sebelumnya.

Aku melihat Aidilfitri sebagai hari Kemenangan -anak2 wajib merasa seronok menyambut Raya.Dan sebagai ibubapa,ini adalah tanggungjawab kita memberi yang termampu dan beri kenangan yang menyeronokkan buat anak2.Suatu hari anak2 dewasa,sedikit sebanyak mereka akan teringat apa yang kita dah buat untuk mereka waktu kecil.

Apapun perancangan beraya,pastikan jangan sampai meminjam berhutang bagai.Raya adalah acara tahunan.Buat sinking fund-berbincang suami isteri berapa bajet Raya tahun depan.Jika anggaran RM3000.Make sure suami/isteri sama2 berbincang bagaimana nak menyimpan dengan bergaya.

Raya bukan tentang baju siapa yang lebih vogue,atau perabot rumah siapa yang lebih banyak berganti.Kita nak beraya untuk seronok-seronok,bukan nak masuk bertanding sapa menang ,sapa kalah.

Didik anak2 kita bersederhana dan letakkan keutamaan dalam berbelanja.

Ada 20hr lagi insyaallah kita akan menyambut Syawal,masih ada masa nak recce persiapan raya yang suit dengan bajet masing2.

Happy shopping gais!!







25 February, 2026

Salam 7 Ramadhan dan Menu berbuka!

Diam tak diam
Hari ini dah masuk 7 Ramadhan
Selamat berpuasa semua,semoga semua amal kebaikan kita diterima ALLAH swt hdknya.

Alhamdulillah
Masih berpuasa setakat ini
Harus minggu depan mai lah kawan baik tu (sementelah jadual kawan baik tu memang tetap tiap bulan)

Aku hari2 memasak kecuali pada 3 Ramadhan
Pi berbuka rumah adik di Putrajaya
Sebab ntah kenapa rumah kami black out plak
Elok elektriknya ada,dah tinggal x berapa lama waktu berbuka
Jadi menumpanglah makan rumah adik.

Aku rasalah memasak di bulan Ramadhan memang penat tetapi bila difikir2kan,pahala menyediakan makanan orang berpuasa besar pahalanya.Maka kita endure that tiredness.Kita ni amal lain susah nak buat,apalah sangat tenaga memasak yang ada.Semoga ada kredit pahala buat kita hdknya.


Aku bangun hari2 pukul 5am untuk masak sahur.Tak nasi goreng,wajiblah nasi putih.Lauk simple2,ada aku masak singgang.Takpun ayam kicap.Hr ni aku belasah masak sardin sama telur dadar sebab dah tahap meloya tgk ayam daging.

Balik keja aku akan smp dirumah pukul 5pm.Aku ada masa yang cukup utk sediakan makanan berbuka.Aku masak yang basic-lauk kuah,lauk kering (ayam goreng/ikan goreng/telur dadar) dan sayur.Air sejuk sejag.Kuih kalo beli pun 1 perkara sebab kuih susah betul laku.Kadang2 smp sahur masih ada berbaki.

Bazar setakat ni aku xjejak lagi,sebab aku x suka bersesak.Dan aku rasa aku akan membuang masa dari awal ke hujung semata2 nak jamu mata sambil buat keputusan apa nak beli.Lagi satu bagi aku ke bazar ni perlu skil untuk mengagak kedai mana yang sedap & berbaloi dengan harga.Dan sumer skil tu aku gagal tanpa bertanding.

Aku jugak jenis cepat kesian,tgk ada seller x ramai orang beli.Wajiblah aku gi beli w/pun aku sebenarnya tak perlu pun.Dan minima RM50 sekali beli w/pun makannya hanya 4 beranak.Sebab tu aku mengelak ke bazar selagi boleh.Tapi kalo terpaksa jugak,aku selalu memilih beli nasi ayam/nasi minyak/nasi kerabu.Aku x suka beli nasi campur.Susah nak mengagak harga.Again,aku kan kalah tanpa bertanding disitu.Lagi satu aku nak mengelak jadi rambang mata melayan nafsu lapar.Bagi aku Ramadhan bulan kita berjimat bab makanan.

Antara menu yang aku masak sepanjang seminggu ni

Kurma daging,taugeh tumis & ikan tongkol goreng.Kurma daging ni memang faveret dak Affan.

Taucu ikan jenahak,ayam goreng & sayur buncis+lobak.Kuih tu en papa beli.At the end sampai sahur pun masih x abis lg.

Ikan gerut masak lemak cili api,ayam goreng tepung & kobis tumis.Goreng jugak hati & pedal ayam buat meratah.

Kalo x silap ini menu 2nd Ramadhan,sup daging sama cili kicap,cucur udang,ikan goreng & kangkung goreng.Faveret 4 beradik ni sup daging.Senang hidup mak ko.Yang penting wajib ada cili kicap.Bdk2 makan berulang2.

Kari ikan gerut,sotong belado campur kacang buncis,ikan goreng & telur dadar.Masak jugak cekodok pisang buat manis2.

Pre Ramadhan-masak beli jiwa anak2.Anak2 suka betul makan Nasi Ayam.Masak nasi 4 pot-settled.Memang berulang2 makan terutamanya Adeeb & Affan.Jadi ini menu selamat untuk bagi sumer orang enjoy makan.


Jadi selagi larat dan kesihatan serta masa mengizinkan,aku akan memasak apa adanya.Takde yang istimewa pun.Menu hari biasa yang aku ulang2 masak hari2.Pun x berapa pandai masak jugak,jamu anak2 makan jadikler.

So teruskan semangat Ramadhan,ada 3 minggu lagi nak pulun.Mana tau direzekikan kita Lailatul Qadr tahun ni.











24 February, 2026

Short Vacay pre-Ramadhan:LEXIS PORT DICKSON

Hari Isnin minggu lepas
Aku & keluarga ke PD-en papa belanja staycation kat Lexis PD
Kami booked Premium Water Chalet
Seronok sangatlah dak Affan pun
Dia mmg sangat enjoy staycation,suka berendam kolam

Ikutkan aku & en papa masing2 cuti seminggu
Boleh sangat kalo nak balik kg kan
Tapi en papa reluctant
Sebab minggu depan kami akan ke Kuala Berang untuk diskusi Penetapan Target untuk Auni yang akan seat for SPM tahun ni
Kiranya malas nak berulang 2x ke Terengganu

So memang dok hotel melayan Affan berendam kolam & mandi laut
Sambil mak ko jadi mem besar tourist be like
Kami sempat jugak g makan ikan bakar -kebetulan kak Ain ganti posa last day hari tu.
Dekat restoran favorite kami setiap kali kami ke PD
Sinar Mesra Seafood kalo tak silap
Ikan jenahak bakar diorang the bomb!
Must try!!

Balik dr makan,terus pecut balik hotel
Auni ada online kelas plak
Jadi kesimpulannya hanya makan,tido hotel ajelah
Bukanlah cuti beria pun
Jadiklah lepas gian
Sebelum berpuasa tido hotel sebulan lamanya kan

Review Lexis PD
Untuk bilik yang kami sewa
Ada 1 katil king & 1 katil queen
Comes with breakfast
Kena naik buggy nak ke unit kami
Or else jenuh jugak berjalan
Buggy plak boleh call aje dr dlm bilik

Bilik luas,ada separate jacuzzi,shower & toilet
Ada complimentary air minum
Cuma ntah kenapa aku x nampak plak teh ke kopi ke
Ada kettle untuk masak air
Rate kami dapat hari tu dalam RM400+

Apapun bagi aku-bukanlah hotel terbaik yang pernah aku pergi
Tapi bagi aku ianya tempat yang merehatkan
Cuma jauh sikit nak ke Teluk Kemang yang berada atas lagi.
Tapi nak berubah angin- aku rasa Lexis bolehlah dijadikan pilihan.

See thru -ada air laut kat bawah tu

Jacuzzi secoet

Yang paling happy!

Ada 1 katil  saiz queen & king

View depan beranda


Dinner:Restoran Sinar Mesra Ikan Bakar & Seafood


Jenahak bakar-igauan siang malam.

Tomyam & kangkung goreng

Sotong goreng tepung,xdelah sedap sgt.Pernah rasa yang lebih sedap lagi.

Breakfast Buffet



Tengok gambar ni bulan2 posa pun telan ailio,super suka makan telur 1/2 masak weii


Omelette & condiments

Beraneka jenis mee tapi aku tak try pun.

Ini antara faveret anak,aku ada try makan corn flakes,lepas tu letak almond,letak kuaci pastu curah susu.Sumpah layan!

Kebetulan Selasa tu CNY kan,makanya fortune cookies pun ada dalam buffet spread


Lantak situ-aiskrim pepagi buta be like & countless hot tea & coffee

Terkejut acik tgk orang ni mai edar fortune cookies

Lepas breakfast kami melayan Affan mandi laut

Tima kasih papa belanja kami short vacay!

Cuaca mendung-memang tak lama lepas tu hujan

Geramlah mama tgk,rasa nak kunyah2 aje sorang2

Apapun terima kasih en papa
Mama doakan semoga Allah swt berikan kecukupan dan diluaskan rezeki yang halal buat Papa hdknya.
Insyaallah,anak2 melihat kita sbg ibubapa
Yang berusaha keras memberikan yang terbaik buat anak2 semuanya

Sehingga ada rezeki lain
Berjalan lagi sekeluarga

Ramadhan Kareem everyones :)


















11 February, 2026

Fasa PENAT aku dah berlalu 50%

Masa aku masih kerja di PJ berbelas tahun yang lalu
Dimana aku pergi keja naik ERL dari Putrajaya smp KL SENTRAL & tukar tren LRT Kelana Jaya ke Petaling Jaya.
Kos pengangkutan aku sebulan adalah RM400+
Masa tu masih belum ada MRT yang kosnya RM50 sebulan spt skrg ni

Tapi dulu aku sanggup bayar mahal
Sebab less than 1/2 hour journey dr KL Sentral nak menyampai ke Putrajaya
Anak2 aku masih kecik masa tu
Ain baru 6 tahun
Jadi aku nak cepat2 balik keja kelek anak

Keja dulu bukanlah gaji besar mana
Tapi aku enjoy keja situ
Enjoy sebab kawan2 sekepala best giler
Yang x best keja tu ,mengejar target KPI saban bulan
Ada masa2 aku keja stayback & aku kena dtg weekend mengejar target

Tapi ntah kenapa by aku bersalinkan Adeeb aku dah sangat2 terasa untuk berubah angin
Aku bertahan sampai Adeeb umur 1 tahun & ada rezeki relocation dekat dengan rumah aku
Pun x best jugak keja situ
Tapi aku sejenis pulun jugak buat keja
Sebab keja tu aku ada rezeki settlekan hutang,komitmen tiap bulan

Kenapa aku katakan fasa penat aku berlalu 50% 
Kerana aku dah tak melalui fasa berkejar tren,fasa mengadap tren delay dan jugak tak melalui fasa menunggu
Baru aku faham,menunggu tren itu sebenarnya memenatkan aku
Aku penat pergi keja turun naik tren hari2
Tapi tak tau kenapa aku survived fasa tren tu

Aku still bangun memasak pagi2 sebelum pergi keja
Balik keja w/pun dah sampai rumah pkl 7pm 
Aku still manage memasak untuk makan malam
Tak termasuk menguruskan hal ehwal domestik yang lain
Baju-bajan,hal sekolah anak2
Tak tau mana datang super power tu dulu

Kenapa aku bangkitkan isu ini diblog
Sebab kelmarin aku training di Bandar Utama
Aku malas nak drive ke sana
Jadi aku park keta kat ERL Putrajaya & naik MRT ke Bandar Utama
Aku kena tukar tren di TRX untuk amik MRT Lane Kajang ke Bandar Utama
Masa meleha2 dalam tren adalah 1.5jam
Aku rasa penat yakmat
Dengan kepala tetiba pening

Sungguhlah aku rasa faktor usia
Aku dah x fit mengadap keadaan aku perlu berkejar2 dengan tren.
Aku makin berusia,fasa ini  dah tak sesuai dengan aku
Aku betul2 rasa terpukul bila semalam smp Putrajaya pukul 6.30pm-rasa nak muntah.
Terpinga2 lupa plak mana aku park keta
Siap call en papa
Suh dia advice tingkat mana letaknya keta aku berpandukan sedikit gambaran yang aku beri.
Tak pasai2 berteka-teki tingkat 2 ke tingkat 3.
Sungguhlah benggong berganda2 smlm

Mengadap jem dr Putrajaya ke rumah
At the end,memang terjelepuk di sofa 
Tak buat apa malam td,pi mandi kat atas
Suh en papa tapau burger aje
Tak larat nak buat satu apa pun
Again---> faktor usia

Jika ada peluang keja lebih baik di KL yang memerlukan aku naik tren lagi
Rasanya xperlah,pass aje pada anak2 muda
Sungguhlah fasa itu sudah berlalu buat aku

Kembali ke tajuk blog diatas
Aku membuat kesimpulan rambang berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri
Yang membuat aku super penat dulu adalah faktor aku bekerja jauh & rely kepada pengangkutan awam sepenuhnya.
Aku terikat dengan jadual tren dan hidup aku terkejar2 mengejar masa tren & mengejar masa berkualiti untuk anak2 yang masih kecil dirumah.
Aku selalu rasa bersalah meninggalkan anak2 sewaktu aku perlu pergi bekerja dahulu
Tapi perlahan-lahan aku sedar
Aku masih ibu yang baik
Anak2 setakat ni sangat memahami kedudukan kewangan kami suami isteri 

Jadi aku sangat faham betapa strugglenya ibu2 muda yang anak masih kecil
Menguruskan keluarga & kerjaya seiring sejalan tak semudah menyebutnya
Kita bukan superwomen,kita adalah manusia biasa yang Allah swt cipta sebagai ibu
Ibu ini bagi aku-dia adalah orang yang mahu memberi 100%
Dan itu tidaklah salah bagi kita
Tetapi kerana betapa besarnya sifat kita terlalu memberi inilah lambat laun memakan diri kita

Nasihat aku sebagai isteri yang mempunyai anak 4 orang
Yang bekerja sepenuh masa
Yang dah berada dalam fasa ber-rumahtangga ditahun ke -21
Rendahkan expectation kita para ibu2 

Jangan jadi perfectionist dalam rumahtangga yang ahlinya hanya kamu,suami & anak2
Asalkan ada makanan atas meja-tak kiralah dimasak sendiri mahupun yang tapau dari kedai Thai
Asalkan ada baju bersih untuk dipakai hari2
Dan rumah kita bersih & sesuai untuk manusia tinggal 
Jadiklah,jangan letakkan benchmark tinggi2

Nak lantai berkilat sampai leh cermin muka
Nak lauk pelbagai jenis sampai 3-4 perkara sekali makan
Dan biasakanlah minta tolong-kita bukan superwomen
Ajar anak2 sama membantu buat keja rumah
Jangan sumer kita sbg mak2 yang hadap semua
Benda basic,anak2 tau kemas tempat tidur,baju basuh hari2,basuh pinggan makan masing2 dan bantu angkat/jemur baju dan bila dah boleh diharap-ajar iron baju sekolah memasing.'
Memang tak banyak tasknya tetapi ia sangat membantu kita.
Kuranglah  1 @ 2 perkara to do list kita tu.

Aku tak kata aku sangat bangga dengan apa yang aku lalui skrg
Tapi aku bangga sebab aku dah lalui pelbagai fasa dalam hidup
Fasa berpenat lelah menguruskan anak2 dulu
Fasa dimana aku berada dititik terendah dalam pelbagai perkara
Tapi alhamdulillah,SURVIVED those typhoon phase
Tak kaya,tak senang mana tapi alhamdullillah dengan apa jua rezeki kurniaan Allah swt setakat ini.

Syukur Alhamdulillah
Pengalaman hidup sangat mematangkan aku
Siapa sangka aku yang dulu beratib saban tahun
Nak resign for good & but still aku masih disini
Demi EPF fund gittew!!

Kita bukan superwomen tapi kita terkenal sebagai MULTITASKER!











10 February, 2026

Beralah :)

Aku ni mak kutu berbelas tahunlah jugak
Tapi aku bukanlah mak kutu dominan
Jadi aku banyak give & take dengan anak2 kutu

Sebelum2 ni aku memang plan akan amik giliran no 1 as privillege jadi mak kutu kan
Tapi anak kutu request nak giliran awal no 1 sebab nak guna duit buat belanja pg Mekah-so aku rasa xperlah.
Kebetulan aku xde keperluan nak guna duit Januari.Hal ehwal belanja sekolah anak2 memang aku dah settelkan sebelum bukak sekolah lagi.

So aku amik giliran Februari iaitu penghujung bulan ini.
Tup2 ada sorang lagi anak kutu request mintak awal bulan 2 jugak,sebab nak cukupkan duit bayar kos Umrah
Aku ni memang lembut hatilah haisshh bab2 orang nak g buat umrah ni.
Jadi aku beralah sekali lagi.
Aku turunkan giliran aku ke penghujung bulan Mac plak

Jadi aku beranggapan,memang xde rezeki nak ada duit extra untuk pakai raya nampaknya.
Kemujurannya,baju raya pertama kami suami isteri & anak2 dah dibeli awal hari tu
Pelan2lah beli kasut raya anak,baju jalan anak gaji Februari dan mengharapkan duit refund E-filing masuk awal bulan Mac nanti.
So bolehlah top up beli kuih raya,ganti karpet uzur kat hall & tukar duit buat sedekah anak2 buah.

Tapi insyaallah adalah duit cover waktu sesak lepas raya nanti.
Lagipun tahun ni kami tak beraya kemana-mana
Kebetulan beraya di KL sahaja 
Jadi xde keperluan berbelanja banyak

Aku pernah terbaca satu hadis sahih.
Bila kita mudahkan urusan orang lain
Semoga satu hari nanti Allah swt mudahkan urusan kita pulak.
Kita buat baik 1 perkara,insyaallah Allah swt ganti 1000x kebaikan.

Kita tak tau kan
Mana satu kebaikan yang kita buat
Jadi asbab pahala berpanjangan 
Kalo tak memudahkan kita
Harap Allah swt permudahkan urusan suami @ anak2 kita.

Jangan takut untuk buat kebaikan
Selalulah  berdoa semoga kita terus buat kebaikan meskipun kecil usahanya walau dimana kita berada.
Insyaallah,niat baik kita terlintas dihati pun Allah swt pandang apatah lagi jika kita susuli dengan perlakuannya.



Sempena Ramadhan yang akan tiba minggu hadapan,semoga kita direzeki bertemu Ramadhan tahun ini.
Insyaallah :)








Bajet RAYA -isu sama tetiap tahun!

Bajet raya isu paling subjektif saban tahun Sebab keperluan setiap orang takkan pernah sama Pada asasnya baju raya,kuih raya,tukar duit nak ...