Pages

19 October, 2011

Mandi Wiladah ?

aku dahulu di beritahu oleh kakak2 masa keja di tempat lama ttg kewajipan mandi wiladah
setelah/ sejurus melahirkan bayi
tp ntah m/mana mmg aku x buat
masa pas bersalin ain..aku tertanya2 ttg kewajipan mandi wiladah ni
bagi aku yg x berapa nak cerdik nih
mana leh org pas bersalin sehari nak sejuk2 mandi basah kepala bagai
mandi wiladah itu sama perlaksanaannya s/mana mandi wajib

begitu jugak dgn slps bersalin auni
aku x buat jugak

pas tuh..bila terbaca few artikel yg menekankan ttg isu ni
aku rasa berdosa yea jugak
dah tau tp x buat


tapi bila aku baca disini
aku rasa lega yaa amat

biar aku paste kat sini yek :- credit utk soleh.net

Mandi wiladah ialah mandi wajib selepas bersalin. Wujudnya hukum mandi wiladah itu adalah untuk Siti Fatimah, yang diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t, tidak keluar darah nifas selepas bersalin.


Ia tidak berkenaan bagi kita orang biasa. Jika ditunaikan juga mandi wiladah, maka mandi itu dikira lagha, kerana masih lagi dalam keadaan kotor.

Benar, terdapat beberapa percanggahan di sini. Dari apa yang saya pelajari, sekiranya dalam keadaan kotor, maka segala ibadat yang dilarang semasa kotor jika ditunaikan adalah dikira lagha, iaitu sia-sia (tidak mendapat pahala, malah membazir masa dan air).

Jadi di sini, untuk mengangkat hadas besar, dalam keadaan masih berhadas besar, maka tidak sah mandi tersebut. Sebab itu dikatakan mandi wiladah sahaja itu hanyalah untuk Siti Fatimah isteri Saidina Ali r.a., yang hanya keluar wiladah sahaja.

Bagi kita orang biasa, cukup dilaksanakan sekaligus mandi wiladah dan nifas, sebaik sahaja kering darah nifas. Perkara ini banyak diperbincangkan dan diberi penerangan di peringkat hospital-hospital bersalin.

peringatan utk diri sendiri jugak
gali ilmu dgn orang berilmu
jangan suka dgr cakap orang

dgn kemudahan ilmu dihujung jari
gunakan sebaik mungkin
cari dari sumber yang sahih

perkongsian ilmu utk mereka yang musykil macam aku dulu

sharing is always caring beb







8 comments:

Suliana said...

dulu su pun ada post pasal ni.. su mandi juga masa aqil dulu, mak mertua suruh buat. tapi, bila difikir2 balik, betul juga pndpt soleh.net ni.. byk pndpt tntg mandi wiladah ni..

suhailas said...

Sue mmg pernah dengar....tp tak pernah buat...tp alhamdullilah bila baca post nii...thanks for sharing yaaaaa...

Imaan09 said...

thanks for sharing.. klu fikir logik..btul jugak..!

gadisBunga said...

sharing is caring. berguna jugak info ni walau tah bila nak experience bersalin ni suma. hihi~

ayin mm said...

dulu masa anak 1st tak buat seba tak tau, pastu bila anakk-2 dan ke3 akak buat sebab ibu suruh hehe.. thanks for sharing

ayu said...

thanks for sharing!!

Lily@MamaZaraZareef said...

saya dua2 anak pon buat sbb mak yg pesan..ada jugak terbaca pasal artikel mandi wiladah tu..tkpelah..dh terbuat kan..tp pendapat yg ni mmg baru taulah..=)

pearl said...

tuhle, memang terpk wat pe nak mandi wiladah, sedangkan tunggu habih keluar darah terus lah baru mandi semua. terkejut masa first day lepas bersalin, sakit2 nurse kat sepital pesan suh mandi wiladah, uiiiks...tapi tuhle tak mandi jugak, sbb berkira2 nak wat pe mandi satu2, baik mandi satu harung kan...