Harapnya masih belum terlewat
Untuk aku ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Buat kawan2 blogger yang masih keluar masuk blog picisan ni dari tahun 2008
Alhamdulillah,tahun ni giliran beraya di KL sahaja
Kali ni rumah aku jadi host
Sejak mak uzur,rumah mak bukan lagi pilihan utama
Kekangan xde masa kami nak mengemas pun
Sementelah rumah mak hanya abang aje yang tinggal bersendirian
Sapa plak nak menguruskan deep clean,tukar langsir sakneka.
Aku sendiri masih bekerja hari Khamis sebelum raya tu
Tahun ni kebanyakan menu raya memang aku yang masak
Rendang daging
Kuah Lodeh
Sambal Ikan bilis
Belum lagi bab bancuh air beround2
Penat yakmat takleh nak tulis
Bertambah penat dengan 2 hari lagi menjelang Raya
Cuaca panas litlit
Teruk betul rasa bahangnya kali ni
Sampai en papa terpaksa beli stand fan satu semata2 nak bg sejuk ruang memasak kat dapor
Bayangkan aku memasak
Peluh berjujuk satu badan
Tiktiktiktik peluh meleleh,memang rengsa jadinya
Pagi raya aku sempat menunaikan Solat Raya di Masjid Cyberjaya
Aku,suami & abang aje yang pergi
Adeeb pg sama sepupunya di masjid terhampir dirumah kami sebab masing2 lewat betul bersiapnya
Dimasjid memang penuh dah jemaah yang hadir
Melimpah-ruah sampai ke luar
Kat bahagian atas memang dikhaskan untuk kaum muslimat,pun penuh sampai ke tangga
Alhamdullillah,manage jugak menyelit
Balik dr Masjid,kami memusing cari ais.
Yaa ampon,payahnya nak cari ais
Rasa macam nak buat meniaga tahun depan
Meniaga ais,bayangkan satu PP mencari ais.
Habis semedang.
Mujurlah jupe satu kedai,itupun unexpected yang dia jual ais sebab kedai tu sebenarnya jual alatulis-agaknya dia pun amik kesempatan.
Maka jual ais sangatlah laku ye dimusim perayaan.
Sampai umah,as usual edisi makan2,bersalam-salaman & edisi collect duit raya.
Alhamdulillah,tahun ni aku dapat rezeki duit raya selain drpd suami,adik2 bagi duit raya.
Mak & yang lain2 ke Kuala Selangor melawat adik lelaki kami yang bertugas tak bercuti disana.Aku tak ikut pegi sebab kawan lama suami sejak dr UM -dah lost contact 19-20 tahun nak dtg beraya.Maka kami standby mengemas,top up memasak nak menjamu orang jauh.
So begitulah kisah raya pertama-memang kejanya makan,minum,memasak-repeat.
Aku tido pengsan awal malam tu.
Penat yakmat.
Layankan gambar kami sekeluarga bertema warna Pink
Surprisingly aku suka plak tengok diri sendiri pakai warna pink,nampaklah muda 5-10 tahun kan .
Hahahaha!!
| Ini memang kesayangan mama,anak bongsu mama -Affan Fahri |
| Anak no 3 kami-yang selalu buat maknya sakit kepala |
| No 2-yang terpaling drama Queen |
| No 1-yang terpaling anak papa |
Nanti ada masa aku sambung merepek kisah raya lagi
Bekerja selepas raya ni,busy lain macam
Ntah kenapa banyak sgt keja nak kena hadap
Minggu ni aje baru berapa hari betul berada di opis
Semedang atas jalan aje
Kejap ke Banting,kejap ke Shah Alam
Aduhai!