Pages

25 August, 2010

aku & dugaan Ramadhan 3 :(

Aku masih bersiaran langsung dr ward paediatric VIOLET

Hospital tawakal

Menemankan anak2 ku yg masih warded

Alhamdulillah.syukur kehadrat ALLAH

Temperature anak2ku setakat pukul 8pm tadi 35.0

Dimana hampir 8 hari temp mereka berdua mencecah 39-40 memanjang

Hati ibu mana yg x kecut perut

Hati ibu mana yg x risau kan..



Anak aku jatuh katil pun

Aku risau ½ hari

Inikan demam dah 8-9 hari x kebah2



Dah seminggu lamanya aku x cukup tido

Melayan kerenah anak2 yg sakit

Tiap2 malam aku jaram badan anak2 dgn air sejuk

Pujuk anak2 makan ubat..kalo kak ain mmg senang sikit..dgn si auni macam nak pg zon perang aje dibuatnya…mmg Nampak jer syringe ubat dia dah nangis dulu

Tuh ler pasal kdg2 aku terpaksa campur dgn susu dia

Kesian lak tgk dia terpisat2 minum susu rasa oren..

Belum lagi bab anak meragam sbb flu..hidung tersumbat

Dgn batuk sambil muntah atas tilam…aku jugak yg membasuhnya tgh2 malam



Harapkan en papa..susahler..sejak en papa kuar wad..aku tgk dia memanjang tido

Nampak sgt lemah lagik..so aku rasa mungkin kesan dengue baru2 nih

So mmg mana yg boleh aku akan settlekan sendiri even aku demam panas baru nih



Aku masih x berapa nak sihat

Wpun aku dah berpuasa semula

Setelah terpaksa ponteng 2 hari sbb demam panas baru nih

Masih dgn flu & batuk ku yg x tau bila nak berhentinya

Aku mmg x suka makan ubat flu & batuk

Sejak bersalin auni –my lil booboo

Sbbnya kesan ubat yg menyebabkan aku mengantuk

Aku risau kalo tgh malam auni nak susu/meragam



Ptg tadi sblm berbuka

Kak longku tel infm mak dikejarkan ke hospital

Kerana menurut GP di klinik swasta

Kalo terlewat sikit shj lagi

Mak aku mungkin jatuh pengsan sbbnya BP sgt tinggi

So GP xnak amik risiko

Terus refer mak ke HKL

Sbb mulanya mmg pg tadi adik aku ada infm

Yg dia muntah2,sakit perut

Mak aku sejak dah berusia @ lebih tepat lagi sjk retired

Mmg x boleh silap makan sikit

Agaknya malam semalam masa berbuka ntah apa yg dia makan

Mak mmg mengidap Diabetes & ada history blood pressure

Subhanallah….susahnya hati aku kala ini



Dugaan Ramadhan kali ini benar2 mencabar bg aku

Meskipun x sesukar & seperit yg dilalui masyarakat Pakistan mahupun Palestin

Dugaan sekecil ini pun buat aku sedikit rebah..

Ya allah..betapa kerdilnya aku

Aku berharap paed dapat release anak2ku secepat mungkin

Aku nak tgk mak esok

Selagi anak2 ku masih warded susah sikit nak pg melawat mak

Sbbnya si kecik nih ( auni)

Langsung x nak berenggang sejak dia sakit ..aku nak wat apa pun susah dibuat dia

Kak ain pun sama..mcm2 ragam…nak mandi sama mama,nak mama suap ubat,nak mama wat susu..nak mama itu..nak mama ini…allahuakhbar!!



Keja2 kat opis aku banyak yg tertunggak

Aku risau jugak..dkt seminggu aku x dpt nk dtg

Alhamdulillah..boss sgt understanding

Tiap2 pg aku send sms pada dia

Infm akan sambung cuti

Aku harap by next week

Aku boleh keja semula

Aku naik malu dgn bos..asyik cuti memanjang



Tapi mmg aku jenis x suka nak cuti kalo xde hal

Tp tahun nih cuti ku habis kerana menguruskan anak2 semata

Anak sakit aku cuti..nursery tutup aku cuti

Anak g cucuk imunisasi aku cuti jugak

Mmg cuti habis utk anak2 bukannya pg bercuti2 malaysia



Raya tahun nih

Persiapan anak2 dah selamat

Utk aku & en papa mmg xde apa lagik

Mood raya pun xde dah…serious x tipu!!

Asyik dgn citer sakit-hospital..

Oppps lupa nak infm syukur kehadrat ALLAH

Govt released RM500 utk belanja raya pd govt servant

Jadiler.wat tambah bajet nak raya kan..

So behind this story-- rm500 given to all staff --> confirmler no BONUS lagi tahun nih..huhuhu.:(sabor je la.)



Apa2 pun smg anak2 ku cepat2 discharge ward

Aku kena tunaikan beberapa nazar yg telah ku buat

Aku jarang bernazar tapi kali ini

Aku rasa betul2 perit melalui dugaan kecil ini

Susah aku nak explain

Tp mmg kali ini..aku betul2 rasa DOWN..



Utk mak,aku doakan sakitnya x melarat

Kesian mak,mak paling x suker duduk ward

Paling x suker lama2 kena tahan

Harapnya slps nih keadaan mak mula stabil



Ya ALLAH

Aku malu kerana sentiasa berminta2 drMU

Kerana pengharapanku tiada lain kecuali hanya pdMU

Kembalikanlah kesihatan ibuku

Sembuhkanlah penyakit ibuku

Kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku sewaktu aku masih kecil sehingga kini

Kembalikan jua kesihatan anak2 kesayanganku

Peliharalah anak2ku dlm rahmatMU

Peliharalah kami semua

Kuatkanlah hati kami

Pinjamkan aku sedikit ketabahan para nabi utk melalui hari2 akan datang

Amin..ya rabbal alamin..



***aku masih x sempat nak BW ..mana yg sempat jerk..nanti nak jalan2 bila ada masa..skrg kaki ku kdg2 dok kat kepala..kepala lepas ke lutut dah nih..bayangkan je lah***

6 comments:

armouris said...

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

ayu said...

salam lynn..sabar ye..kuatkan semangat..moga mak lynn n anak2 cepat sembuh..

Elyn said...

ya allah besar tul dugaan u lyn!! sabar ek... i yg baca pun terase apa lai u yg menanggung....

mekchu said...

mekchu doakan lynn tabah menghadapi semua dugaan nih.. Tuhan tak bg dugaan kepada hamba-Nya yang lemah.. kuatkan semangat ye dear..

en_me said...

muger cepat semboh..

littlehumblelynn said...

ayu,elyn & mekchu

tq for drop by..esok kak ain leh discharge tp si kecik x tau biler lagik..risaunya!!

en_me & armouris

tq!