Pages

30 November, 2011

Jom meroyan :-P

Hajat di hati

mau beli kipas

tp aku bukan leh percaya sgt pg sales warehouse gini


dr kipas,tentu melarat beli iron,kettle,oven

muahahaha


ok what

antara idea murah tp stylo

nak beli hadiah org kawen kan?


Jom meroyan ke pj kwn2!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tarikh Bonus Kakitangan Awam- 19/12/2011 ?

spekulasi tarikh pembayaran bonus utk kakitangan awam
ialah tarikh 19 Disember 2011
bersamaan tarikh pembayaran gaji
yang diawalkan kerana sambutan Hari Natal

harapnya begitulah kan!!


banyak benda nak bayar hujung2 tahun ni

the most expenditure hujung2 tahun ni
dah tentulah goes to :-
pembayaran pendaftaran tadika & taska anak2

mmg leh botak kepala!!
mujur anak baru 2 orang..kalo 4-5 orang
harus jugak aku bukak taska/tadika sendiri
huhuhuhu


source: google


-hari ni 1st day ain on her reading class..sgt excited nak tgk feedback dr dia ptg nanti

29 November, 2011

Kindy Hunting---done :D

gottcha !!

hurray!!!!
rasa macam nak sambut deepavali
bila pencarian tadika utk kak ain telah settle dgn jayanya

aku mmg mencarik tadika yang mengamalkan teknik membaca Cahayaku
kebetulan ada 2 tadika yang offer benda yang sama
nama tadikanya ialah Tadika Restu
ada dua cawangan di kawasan rumah aku tuh

so selamat banyak benda bila pilih tadika tuh
1st -yuran x beban sgt
2nd -jarak tadika & rumah tuh x jauh mana pun
jalan kaki pun x sakit kaki pun
tpt yang bersih, nampak selesa & yang paling penting ain suker!!

esok ain akan mula sekolah
dia ada kelas Teknik membaca sebulan nih guna sistem Cahayaku
aku hanya top up rm30 utk kursus sebulan
giler murah kan!!

taska?? -ada few yang still under consideration
tapi ada yang terdekat dgn tadika ain
tapi fee structure buat aku telan air liur bergelen2
mahal jugak!!

but its still need to be consider- disbbkan jarak antara tadika ain  & taska tuh dekat jerk
so x payah aku carik van utk kak ain
since aku pun x berapa nak berani benarkan anak aku naik van
aku takut weiii...sayang anak melampau nih!!
giler paranoid aku nih kan!!

so bab kindy hunting--dah x payah pikir dah
skrg kita pikir tabung mana nak korek dulu
nak bayar semua kos pendaftaran & yuran yang pelbagai
so dpt bonus sila settle hal anak2 dulu
jangan mimpi nak berjoli katak ok.

utk sesiapa yang masih dok sibuk hunting
selamat survey kawan2
smg bertemu yang memuaskan hati
yang boleh accomodate our financial / monthly expenses
yang menggembirakan anak2
dan yang paling penting menyediakan persekitaran yang selamat & sihat utk anak2 kita

bagi aku
x wujud stigma nak hantar anak2 tadika gah2 bangat
aku lebih amik pendekatan
yang mahal tak semestinya bagus
dan yang bagus x semestinya mahal kan?

apapun smg pilihan kali nih tepat

mode :-
lalallalalalallalalala...

sukernya.....

27 November, 2011

Sambal Udang -mesti cuba :-D





Mesti ramai peminat sambal udang kan?


Aku antara peminat no wahidler


raya lepas aku ke rumah kak ipar d batu kurau


area sana mmg terkenal dgn masakan udangnya


udang kat sana species xxxl gitu


mak kak ipar tuh mmg pakar masak


almaklumlah tender kantin


dia masak


sap sap sau,kawtim


mmg cekap! !!!


Mlm tu dia masak sambal udang


mmg sedap ,terangkat


so sini aku kongsikan resepinya


mmg sedap dan mudah utk disediakan



Bahan2nya


udang-kalo boleh yg jenis besar


bwg merah + bwg putih + halia-blend halus


cili kering-blend halus -cili boh mmg x recommended


asam jawa


gula


garam


bawang merah-potong bulat


Cara2 penyediaan


first of all- udang yg dibersihkan kita goreng dulu dlm minyak


masak x smp 2-3minit


sila prepare tutup kuali sbb ianya meletup2


angkat-ketepikan


guna minyak yg sama mengoreng udang td


tumis bwg2 dan halia yg diblend td


dah naik bau baru masuk cili blend


proses menumis amik masa sikit


lg lama masa menumis,lg sedap sambal itu


agak2 dah masak,perasakan dgn asam jawa,gula,garam


barulah dimasukkan udang dan bawang yg dah dipotong bulat tuh


hasilnya


mmg x mengecewakan :-D


keyword disini


udang mesti digoreng dahulu


bukan dimasak mentah masuk dlm adunan tumisan spt yg biasa kita buat


sila cuba utk merasa perbezaannya


silap2,ada yg ternak udang blkg rumah


muahahaha (>_<)

-mode kedaung..cuti 3 harik :-)
Published with Blogger-droid v2.0.1

25 November, 2011

RESTORAN STRAWBERRY FIELD - PJ NEW TOWN/ PJ STATE

ini antara favorite tempat makan aku
dah lama nak post entry pasal restoran ni
tapi sbb dah lama x pergi
so bila berkesempatan pergi masa lunch
so harusler aku share disini

apapun sila layan gambar dulu

entrance luar restoran

cool & clean ambiences

menu booklet-- pengesahan halal dr JAKIM mukasurat depan sekali ok

ini faveret aku - soya cincau & meehon tomyam
soya cincau dlm RM3.50/ meehoon tomyam -RM6.95
MMG MARVELLOUS OK :-)

Beef kueyteow & jus mango strawberry--sedap jugak

ini utk peminat pasta-- Spaghetti Carbonra--sedap amat!!

chicken wing & fries

selepas kejadian

overall mmg kualiti makanan
SGT SEDAP & harga SGT MUNASABAH
presentation SUPERB


aku kalo ada kesempatan mmg suka makan sini
tempatnya di PJ NEW TOWN/PJ STATE

sebaris dgn UOB- depan menara MBPJ
xde pulak GPS coodinat disini..

cuma masalahnya lot Parking keta sgt terhad
mmg peak memanjang ok

so sila consider dtg awal kalo nak bawak keta sendiri yek
kalo dpt pun mungkin rezeki namanya
tp kalo teringin punya pasal
mmg terjah jugak!!

skrg mau membongkang sebentar
sementara en boss x de

sudah kekenyangan tahap ular sawa

aci ?

Tonsilitis again :-(

kesayanganku - ain & auni

anakku si ain
selalu kena masalah tonsil bengkak
malam td mmg disaster
dia batuk dgn amat teruk
aku & papa bangun back to back tgk dia
dia muntah2, batuk macam nak terkeluar anak tekak
aduiiikhh kesian betul

nak pg klinik malam td dah lewat sgt
auni pun dh tertido
aku & papanya pun dah kepenatan
bantai tido beramai2 dkt living hall aje

pagi nih melilau cari klinik area rumah
as usual pg2 doktor x masuk lagik
at last bawak si ain ke klinik nun d PJ
klinik Lourdes

mak aiiikhh lembab giler
patient ada 2 org jerk
panggil lembab..prescribe ubat lembab
nurse bukan main ramai smp 7-8 orang
mmg menyakitkan hati aku

anak aku dah x rupa orang
kesian sgt2 aku tgk dia

dapat aje ubat
paksa dia minum air teh o suam
makan roti canai sikit
baru nak bagi dia makan ubat
yang penting adalah  ubat Augmentine tuh
kata GP tonsil bengkak
sbb itu air liur pun bila dia telan--dia mengadu sakit
alahai kesian betul melihatkannya

antara ujian yang paling nak elak jauh2
kalo bolehlah...
ialah ujian anak2 jatuh sakit

tp selalunya aku muhasabah diri
Allah x menduga diluar kemampuan kita

smg Allah menyayangi & memberi taufik hidayah kepada kami sekeluarga

24 November, 2011

Hadiah terakhir utk MIL

tongkat ini arwah request utk memudahkan pergerakan dia

lohkong belikan seharik sblm raya haji


rm70 jer pun


tp arwah x smp guna pun


Published with Blogger-droid v2.0.1

22 November, 2011

Pencarian Tadika- urusan wajib hujung tahun :-D

aku as usual hujung tahun mulaler berselirat kepala otak
mencari tadika / nursery utk ain & auni

tadi gatal telefon CIC
Children Islamic Centre kat area Puchong Utama
berdekatan dengan rumah aku di TPP

kelas 3- 6 tahun
sumer sama..basic play school

waktu kelas 7.30am -2.00 pm
kalo ikut syllabus mmg menarik ler
serba okey pada aku

tp bab yuran
fuhhhh kesat peluh jugak ok

Yuran Pendaftaran utk Jan- Jun  -RM100
Peralatan,buku2 (utk setahun )   -RM580
Pakaian Seragam 2 psg               -RM 80
Insuran                                       -RM 10

Yuran bulanan                           -RM330 seorang

gulp!!!


itu baru seorang ..kalo macam aku nak htr dua beradik sekali..kena fikir banyak kali jugak tuh

bukan berkira ttg persekolahan anak2
tapi bagi aku kena ukur baju badan sendiri jugak
mungkin kena carik option lain lagik


kalo nak hantar ain & auni lain2 taska x kena jugak
kang dua-dua nangis sebab dah terbiasa bersama
inikan tggl sorang kat rumah opah
si kecik nih depressed
menangis bagai nak rak
10minit sekali tanya "mana kak ain?"


pening daaaa



masih ada sebulan nak mencarik lagik..sila jangan fengsan dulu!!
ikutkan kak ain dia nak pg Little Caliph

tp pegi recce yuran dia
lagik wat aku pengsan 4-5 round

muahhahaahh

-jom buka tadika jugak tahun 2012..kaya weeiii ...muahahaha

Borang permohonan e-bantuan - LHDN 1/12/2011




utk mereka yang belum mengetahui
LHDN telah mengeluarkan borang permohonan secara percuma
dan juga permohonan melalui talian mulai 1 Disember 2011
utk e-bantuan sebanyak RM500 bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3K kebawah
utk gaji yang melebihi RM3K mintak maaf--anda tidak layak yea.

alhamdulillah utk mereka yang layak
rezeki jangan ditolak
musuh jangan dicari ok

semoga tiada sindiket2 yang mengambil kesempatan
utk buat penipuan pendaftaran
dan kita pulak jangan mudah tertipu @ nak amik jalan mudah

almaklumlah sekarang ni
banyak jenis manusia kaki kelentong

linknya disini
utk berita lanjut

dan utk link borang mungkin boleh merujuk pada laman web LHDN @ ke pejabat LHDN terdekat dengan anda :-)

sharing is always caring

21 November, 2011

RM200 hokey ...

makin tggi makin menunduk

bukan nak membuka pekung sesiapa
sekadar memberi pengajaran & peringatan pada kita yang masih hidup
supaya menggali ilmu & tak jemu mempelajarinya


ttg ilmu "pengurusan jenazah "


baru2 nih sewaktu menguruskan jenazah arwah MIL
seorang yang arif @ makcik ttg mandi jenazah tlh dijemput
utk membantu sama dlm pengurusan jenazah
spt mandi & kafankan jenazah

ikutkan dia hanya memberi tunjuk-ajar
takut tersilap cara
takut x kena hukum-hakam
praktikalnya -adik beradik suami yang 7 org itu yang buat belaka

alhamdulillah
sumernya siap - jenazah selamat dikebumikan setelah 4jam 1/2 dia disahkan meninggal

so atas budi bicara
adik beradik suami sedekahkan RM50 shj pd makcik ni

dia boleh sound apa ?

"ler nih mana ada dah ore bagi RM50--kurang2 RM200 "

so adik beradik x kata apa
tambah lagik rm150

moral of the story --

-hilanglah kemuliaan/keiklasan sesuatu pekerjaan jika dilakukan hanya kerana wang semata2
-demanding saat orang lain ditimpa musibah--sgtlah tidak wajar

-pahala? itu soal dia dgn Allah SWT

dan entry ini sbg peringatan utk diri sendiri
smg aku belajar ilmu ini utk kegunaan masa hadapan

jangan nak terhantuk baru nak terngadah

-paling benci orang yang suka menangguk di air keruh & mencari untung atas musibah orang lain..

Dendeng Daging -resepi bonda terchinta

yummy!!
Aku merupakan peminat no 1 masakan mak aku

kebanyakan resepi yg dia masak,dia adun,dia adjust sana-sini ttp sedap di tekak aku



antara air tangan bonda

yg berjaya aku curik resepinya

dan alhamdulillah berjaya jugak masak serupa mcm mak masak



smlm aku msk utk lunch


resepinya nk kata mudah

xdelah mudah sgt

nk kata susah xdelah susah sgt



aku share resepinya ok



Bahan2
Daging lembu-potong nipis2

Bawang merah,putih,halia-blender

cili giling

kicap manis

sos tomato

serai-diketuk

lada htm,jintan manis +putih-ditumbuk

asam jawa

gula

garam

bwg besar potong bulat

daun sup racik kasar



Steps


daging lumur kunyit+garam goreng dulu

dah siap goreng

tumbuk plak dlm lesung batu

biar lenyek,biar relai dagingnya



tumis bhn yg diblender

masukkan cili giling,serai,jintan2 tuh,lada hitam


kicap & sos tomato tuh jangan lupa lak

smp naik bau

masuk air sikit,asam jawa

gula,garam,



dah mengelegak br masuk daging

agak2 dah serasi- baru masukkan daun sup & bawang yang telah dipotong bulat itu ok

Outcome

mmg sedap kalo makan sama nasi panas

rasa manis,pedas & masam itu yg buat masakan nih rasa kick

sila cuba kalo x percaya :-D

mode- kedaung..hari pertama kembali bekerja setelah EL 7 hari..


Published with Blogger-droid v2.0.1

18 November, 2011

Rezeki pg jumaat :-D

Ada hamba Allah sedekah seekor kambing

utk kenduri tahlil malam ke 2


arwah MIL

orgnya amat pemurah

dan beginilah karmanya


ada org yg bermurah hati utk dia


subhanallah!


-aku bukan penggemar kambing tp org kat kg nih suka mkn kambing.


Menu mlm nih - nasik + gulai kambing


Published with Blogger-droid v2.0.1

16 November, 2011

Kematian itu pasti

Sekadar mencuri kesempatan dlm derai tangis


MIL selamat kembali ke rahmatullah pukul 530pm

hanya slps 10minit dicabut tiub ventilator

yg sgt ajaib di saat nazak itu

MIL sempat membuka matanya

subhanallah


stlh 6hr koma

dia hanya membuka mata hanya stlh tiba di kediamannya


aku disitu ketika beliau nazak

terlalu mudah cara pemergiannya

tiada raungan,tiada tangisan

tiada struggling

about less than 5 minute on nazak

she left us


org ramai melawat melaut dirumah

subhanaallah!!!


Hampir nk roboh rumah tua ini

tp masih muat semua org utk memberi penghormatan terakhir

ramai yg sudi membaca yaasin


saat ini arwah tlh siap dikapankan

dan segala urusan mandi & kafan

dilakukan oleh suami & adik beradiknya

betapa mulianya arwah berjaya mendidik anak2 beliau

aku sgt kagum


arwah tlh dibawa ke masjid utk solat jenazah

dan bakal dibawa ke tanah perkuburan dlm kariah masjid utk dikebumikan


aku yakin suami sndr yg akan mengimamkan sokat jenazah & membaca talkin sekali s/mana waktu kehilangan arwah FIL 2thn lps


begitulah khidmat bakti anak buat kali terakhir

selain doa yg x berkesudahan


aku?

X dpt ke masjid lantaran menjaga auni di rumah

dan saat ini aku terasa sgt kehilangan

malah aku yakin biras.yg lain merasakan yg sama


kerana Arwah MIL sgt penyayang orgnya

wpun br 7thn mengenali beliau

rasa bg terlalu lama kenal dia


al fatihah buat arwah ibu mertuaku

smg roh aman disana & ditempatkan bersama org2 yg beriman


Published with Blogger-droid v2.0.1

15 November, 2011

at HTAA

Beginilah tetiap hr sejak 5 hr lepas

bergelandangan di ruangan luar wad CCU 3B

senario auni mengamuk lgsg tertido

itu adalah normal


yg x berapa normal

bila pakcik,makcik bantai tido jugak


redha aje

kalo anak2 demam nanti

kuman hospital lebih kuat dr di luar


dah kurang2 6-7jam berkampung depan nih


-update MIL-the whole family has decided to bring her back.katanya esok pg.wallahhuallam bswb


Published with Blogger-droid v2.0.1

menanti dan terus menanti

Aku x tahu smp bila

mana mungkin menelah rahsia Allah yg satu ini

ajal.maut -jodoh pertemuan


MIL masih begitu

masih kaku di CCU

masih x t/ balas positif

heartbeat turun naik

blood pressure masih begitu


smlm ada serangan strok sblh kanan

kesimpulannya kedua-dua kiri & kanan infected with stroke attack

kata doktor tiada harapan utk pulih

tiada cahaya utk disuluh


adik beradik suami masih menanti di CCU

masih dgn tekad utk x membawa pulang MIL

bg mereka biar shj MIL disitu smp tiba saatnya

atau berharap pd sedikit keajaiban disitu?


Dan aku,


x tahu smp bila akan meneruskan cuti kecemasan tanpa gaji

bkn berkira psl gj yg dipotong

tp mengira smp bila aku harus menanti disini


tiada kesudahan yg pasti

utk kembali ke KL

serba salah utk meninggalkan anak

serba x kena


aku tekad kalo MIL masih di CCU ptg ni

aku tawakal aje utk kembali ke KL

in case apa2 terjadi

aku akan balik semula ke sini


kerja ttp kerja

banyak tuntutan sbg pekerja


ujian ini bukan aku minta

tp aku yakin ALLAH menduga setiap hambanya dibwh kemampuannya


sbg umat islam

percaya pd qada' & qadar ilahi itu wajib


dan yakin setiap yg hidup pasti akan mati

hanya cara.waktu &  dimana yg berbeza


yg harus kita doakan selalu

moga mati dln keadaan "husnul khotimah"


mati dlm iman

yg mengakui "tiada tuhan yg disembah selain ALLAH & nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah.


Subhanallah


-gambar terakhir rasanya MIL & auni masa bulan posa lepas


Published with Blogger-droid v2.0.1

14 November, 2011

39/100

Itu adalah ECG MIL


setakat 8pm td

di mesin tersebut-lampu warna merah menyala2

memberitahu kita keadaan kadar nadi mkn menurun


kerana itulah aku

membatalkan kepulangan aku ke KL

banyak sign2 lain yg myebabkan aku menundakan kepulangan jugak


sbg org islam yg belajar

ttg tanda2 akhir kematian/pemergian seorg manusia itu

salah satu tandanya bermula kaki tlh sejuk

sedangkan smlm masih panas dsebabkn dia demam panas


adik beradik skrg tak putus2 membaca yaasin

smg Allah permudahkan pemergiannya


aku?

Disaat org berkumpul di hosp

aku dok rumah kak ipar

ain kena demam panas

mungkin jangkitan stlh seharian dok d hosp smlm

dia mmg mudah dijangkiti


inipun baru lps sponging ain

susah hati bertambah2


sbg menantu

aku turut merasa tempias ujian ini

airmata murah saat2 ini

melihatkan MIL yg terlantar sebegitu


Ya Allah ya Rahim

Ya Rabbul Jalil


permudahkanlah segalanya

kami redha pd ketentuanMu ini


dia semulia2 insan di hati kami


-ward CCU setakat hr ni tlh ku lihat 3kematian dlm tempoh 4hr,aku cukup kagum dgn staff di CCU,mereka bekerja penuh tekun,x emosi,professional.benarlah,bkn calang2 org boleh bekerja di ward serba mencabar ini.kurniakan pahala sebaik2nya buat mereka ya allah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

13 November, 2011

berita buruk

Update progres MIL


dr pakar tlh mengesahkan

semua organ dalaman MIL yg hanya berfungsi adalah limpa,usus shj

jantung,buah pinggang mmg both out hbs

ada infection pd otak,paru2

kadar urea yg tinggi smp ke otak

serangan sawan berulang kali

masih coma

sepenuhnya bergantung mesin bantuan pernafasan


jd kata doktor pakar

MIL hanya hidup bergantung pd mesin pernafasan tersebut

dlm erti kata lain mmg xde harapan utk pulih spt sediakala


adik beradik

masing2 x rela utk cabut tiub oksigen itu atas dasar ketidaksanggupan utk melaluinya


tp atas dasar kemanusiaan

adakah wajar utk membuang tiub tersebut?

Spy x menyeksa dia lebih lama lgk


selfish kah?

Redha kah?


Serba susah utk amik keputusan muktamad


smg Allah beri jln terbaik


allahhuakhbar


"kpdNya kita dtg & kpdnya kita kembali"


Published with Blogger-droid v2.0.1

12 November, 2011

siluman kucing :-D

Kalo balik kuantan @ dungun

automatik aku jd suka ikan

ikan sini x serupa ikan dibeli di KL

di Kuantan.kak ipar akan beli terus d jeti

lebih murah,

lebih rambang mata

lebih segar

dan rasanya lebih manis lg2 bila digoreng


dan aku

sejak 3 hari lepas

rasanya mkn ikan goreng kalah kucing

x puas mkn dgn nasi panas

belasah meratah sorang2


xperlu di gulai

x perlu tumis cili


ikan goreng ini lebih nikmat rasanya


x percaya,


jemput dtg ke kuantan

tentu akan terfikir 1000x


kenapa rasanya begitu berbeza?


rasanya kalo seminggu lagik aku bertapa di sini

harus tumbuh ekor,misai kucing


ptg ni akn ke HTAA

smg ada berita baik

i/allah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

11 November, 2011

masih begitu :'(

Update MIL


-she has fever today


-masih dlm keadaan tidak sedar


-BP masih tinggi tp stabil kata doktor pakar


-usaha utk menyedarkan MIL, monitor selama 24 jam-jumlah dos ubat dikurangkan utk menyedarkan dia secara semulajadi.


-jika masih belum sedar slps tempoh itu- akan buat scan otak- suspected internal brain injury


-so far both kidney mmg out hbs


-will running dialisis daily basis once she's awake


mlm ni akan diadakan kenduri doa selamat dn solat hajat utk MIL


smg semuanya bjln lancar


amin


Published with Blogger-droid v2.0.1

serba salah :-\

really cant decide anything yet ( >_<)

keadaan MIL masih spt semalam 
tiada banyak perubahan
esok sudah sabtu-lusa ahad


aku x tahu sampai bila akan disini
kos makin mencanak2 
udahler tgh bulan
terpaksa menyewa homestay/hotel kerana rumah SIL mmg betul2 sesak ramai org dr kg 
xkan nak paksa anak2 tido berdiri pulak
teringatkan kerja tertunggak di opis
teringatkan cuti yang tiada berbaki
teringatkan sms pada en boss yang tiada berjawab

marah ke dia aku amik cuti mengejut ?

aku rasa kalo keadaan MIL masih spt itu sehingga lusa
nak tak nak aku kena kembali ke KL
meneruskan t/jawab mencari rezeki
hujung minggu akan kembali semula ke sini

tapi serba x kena
hubby x beri apa2 kata putus
nak tgglkan anak2 sama lohkong disini -pun x kena jugak
CCU - tiada pelawat dibenarkan lagi2 kanak2
kalo lohkong mahu ke hospital
siapa pulak mau babysit anak2 di rumah?
mmg menyesakkan fikiran rasanya 

susah mau cakap
susah jugak nak bg sesiapa paham
kalo tidak duduk di tempat aku

hanya pd DIA tpt mengadu
smg ada jalan keluar pd setiap kesulitan
smg Allah permudahkan segalanya

we gonna hold a simple feast
for Yaasin recite at nearest mosque tonite

at last, mohon 1 minit masa anda
jika x keberatan
menyedekahkan sejambak doa buat mertuaku itu

disaat ini wang ringgit tidak lagi bermakna
hanya doa tulus ikhlas buat dia
smg di hari yang barakah ini

mak akan bukak matanya itu
tidak lagi diserang sawan berulang kali spt semalam
wpun matanya terpejam rapat

wallahuallam bswb






10 November, 2011

ALLAH know best :-(

Im felt an empty feeling

really sad to see her in this way

unbearable :-(


Ya Allah

pls guide us on your path


ampunkanlah dosa2 kami

kurniakanlah ketabahan & kesabaran kpd kami

kurniakanlah dgn izinmu


kesihatan yg baik buat ibu ku itu

setiap kesakitan dtg dgn izinMU

dan moga kesembuhan juga dtg dgn izinMU jua


-MIL masih x sedar lagik- melepasi 24 jam sdh


-sdg melalui dialisis


- masih dgn bantuan oksigen


-oksigen x ckp dlm bdn,ada ketika paras oksigen x smp ke otak


-kadar UREA tinggi


dlm penuh keamatan menelek wajah tua suci itu

tergenang airmata dibirai matanya


ya Allah

ini sgt menyedihkan ,mengundang sayu

dan benar2 menghibakan


lg sedih mendengar alunan Yaasin dibacakan


im just cant take it!!!!!


forgive me,its really unbearable feeling.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Semoga ujian ini hanya sementara :'(

Mlm td smp kuantan 2am

serata ceruk rnr bantai berenti

ngantok sgt2-so singgah utk tido


smpt ke hospital mlm td

x boleh masuk

tgk,intai ikut tingkap bercermin

x tahu nk kata apa

tp for those yg x tau CCU stand for critical care unit

mak mertua completely unconscious skrg ni

pray hard for the best

prepare hard for the worst


disebabkan rumah k.ipar dah sesak sgt

kitorg check in di hotel sentral,kuantan

asal boleh tido dn rehat sudah


apapun sumer adik beradik lohkong was here

smg ujian kali ni hanya sementara


she not only my MIL

she was a mum for me

terrific mom for the whole family


utk yg sudi doakan smg MIL cepat2 sdr

saat ini hampir 24jam dia dah x sedar


sayu hati nih

sayu lg hati lohkong

org lelaki - when he sad he not showing any sign

but deep inside as wife i knew he was damn worried


:-(


Published with Blogger-droid v2.0.1
Published with Blogger-droid v2.0.1

09 November, 2011

dah pandai merajuk tau (>_<)

semalam aku balik keja sedikit lewat
si kecik auni dah pandai merajuk tau !
sikit pun dia x tegur aku
dok berkepit dgn papa dia
senyum pun idak
sengih jauh sekali

selalu kalo aku balik
manja mengada semacam
menyanyilah..cium pipi aku lah..peluk2lah
mulut becok macam bertih jagung
mengadu itu ini
semalam obvious merajuk sbb aku balik lewat

aku pun dasar malas nak layan
buat x tahu jerk
dah panggil wat x reti
dah nyanyi2 wat bodo jugak

tgk dia tergolek kat monty lion ni
rasa nak tergelak pun yea jugak


masamnya muka dia :-))


mesti godek dr stor ni bawak keluar
bertuah punya anak !!

tapi bila aku sibuk nak makan
dan..dan...panggil mama..mama
mengada2 mintak dukung
haaaaaaaaaiiiler anak..kukunyah2 jugak kamu ni

anak sapa lah tu kan??

mmg food lover macam mama
pantang tgk makanan..

mengangga sajer..


mode : mencarik senyum di kala duka..baru dpt berita mak mertua warded di HTAA Kuantan due to chronic asthma..x tahu m/mana lagik ni..cuti tiada berbaki --apapun tggu update dr ipar duai disana..

awaken the sleepy :-))

rega RM4.75 sekali tax..


walaupun dlm FB meroyan nak g makan nasi lemak kat Jalan Tun Perak
nasi lemak depan HSBC yang sgt sedap tuh
tp memandangkan tersangkut lama dpn jalan ampang
so batalkan shj niat suci itu

kita hadap MC D weekday breakfast special shj ok
aku pg kat area Ampang Park
dan the best thing betul2 depan entrance Ampang Park
nampak banner Tutti Frutti akan dibuka disitu
baru2 ni MC D ada introduce new menu utk breakfast
chicken burger jer pun

rasa macam mc chicken cuma ada extra cheese disitu
lagi sedap,lemak & berkrim

pagi ni..sakit kepala..mengantuk
gara2 bantai tido lewat semalam
dan sakit belakang aku masih x elok2 lagik sejak bertapa
dlm keta otw back from dungun baru2 ni
mmg sgt2 sakit
kena cari koyok jugak..tampal
sobb...sobbb...

kawan2 breakfast apa?

nasi lemak sambal sotong kaa?
uwaaaaaaaaaaaaaaa..........

08 November, 2011

40 km/ j

picca taken yesterday at Bentong :-(

menangis balik kg raya2 ni
tgk meter keta lagik rasa nak nangis
bantai 40km/j
huhuhuhu

aku balik kg jumaat lepas
konon2 nak kuar awal
at last kul 3.30pm jugak baru keluar rumah
sampai tol gombak keta makin banyak
sure ramai yang menuju ke kelantan ikut kuala lipis
mak aiiiihhh bapak banyak kereta

sepatutnya sampai kuantan dlm 3jam
kali nih aku hanya reach kuantan stlh 6jam
gilesssssssssssss...

disebabkan aku & lohkong dah penat
aku dgn pening kepalanya x tahan sgt
pg check in di Suria Resort Cherating
smp situ jek dah dkt 11pm
nak meneruskan perjalanan ke Dungun
mmg flat habis

keesokan pagi pas breakfast yang sgt sedap di hotel tuh
baruler meneruskan perjalanan semula ke Dungun

raya di Dungun-biasa2 jerk
sumer masak last minute
apapun aku tetap tender rendang ayam setiap kali balik
rata2 kakak2 ipar x pandai masak rendang
wpun bukan makanan pilihan/wajib ada raya di sana
tp rendang ayam aku tetap licin dahulu ( ^_^)

sepagian raya aku tak berbaju raya
kelam kabut tlg mengemas dapor
dan tolong kakak2 ipar menyiapkan menu last minute diorang
ada yang masak laksa
ada yang tanak pulut kuning
dan jugak masak gulai ikan tongkol

belasah pakai t-shirt
keja aku seharian setelah penat didapor
mengadap makan-pas sepinggan-sepinggan
mmg asyik makan
muahahaha!!

menu pagi raya
pulut kuning - rendang ayam+ gulai ikan
laksa
ketupat  
lemang
tapai pulut ( ini wajib ada )
gulai kambing

maaf tuan blog x sempat nak tangkap gambar
asyik makan jer smp x hingat nak snap sekeping dua

semalam bertolak semula ke KL
aku keja hari ni wpun lohkong masih cuti
nak wat m/mana boss x bagi cuti

dan natijahnya
berjam2 tersangkut dlm jammed
bermula dr Karak- Tol Gombak
untunggggggggggggggg sgt2

malam tadi smp rumah mmg flat
mandi2 terus fengsan x sedar diri smp ke pagi

x tahu nak marah sapa pasal jalan jammed teruk sgt
tp aci x nak marah jugak pada MTD
sbb x buka laluan kontra sejak dr Karak
bukak laluan kontra nun atas bukit bentong tuh
x sesuai ok !!

apapun Salam AidilAdha utk semua kawan2
x sempat nak ucap awal2
last day sblm bertolak
wat spring cleaning dirumah macam nak pindah

huhuhuhu...


* tetiba teringat tapai pulut dlm icebox..sedap weiiii : ))

03 November, 2011

Si comel Jiey Jr :-))


Nama : Puteri Rifa Aleesya :-)

Lunch hour td aku & bestfren aku
sempat ke Pantai Medical Centre,Bangsar
melawat newly born of  blogger JIEY

comel kan?

mmg excited nak jupe Jiey
sbbnya dari tggl Ampang teringin nak jupe
tp x pernah ada kesempatan

utk Jiey, hubby & abg rayyan
semoga happy hdknya
dgn kehadiran si comel ni

happy breastfeeding & selamat berpantang yea
thinking positive, jangan susah2 hati
may the recovery process running smoothly

take care dear :-)

salute for all FTHW/SAHW out there :-))

this entry dedicated utk semua FTHW/ SAHW yang membaca blog hampeh aku ni
anda semua mmg insan yang paling COOL :-)


semalam aku MC
mata sakit--so bila aku MC of coz kena jaga anak2
sbbnya for sure anak2 suka & bergumbira mama diorang ada kat rumah


anak2 dah bangun dr kul 615am
tgk papa bersiap pg keja smp  menangis nak ikut papa
siapa lagik kalo bukan si kecik tuh


mama yang mithali pi bantai tidoq sampai 9.15am
punyaler ngantok
anak2 solehah melepak berdua-duaan di toto bawah katil mama
mmg ituler tpt tido diorang 2 beradik pun
mama & papa tido atas katil
muahahhaha...giler zalim..
tp mmg akan tido bergilir dgn anak kalo ada kanak2 yang meragam


bangun2 anak menerpa pada mama
sorang mengadu lapar-sorang mengadu pampers bocor
mama macam lipas kudung mandikan kanak2
sambil terjerit2 sbb kanak2 main sabun
mujur mama x tersungkur kelicinan


habis mandi terjerit2 lagik sbb ada kanak2 main lompat2 atas katil mama
dgn tuala basah & separuh bogel
aku nih bukan apa takut jatuh katil jerk


dah siap berbaju- mama jerit lagik
sbb 2 kanak2 main lumba larik atas tangga
harus aku kena heart attack jugak


dah turun bawah
bergadoh pulak..nak tgk tv mana
sorang nak layan kartun 613-sorang lagik nak tgk TV3
haaiiiissshhhhh...at last mama yang bijaksana buat susu milo sorang sebotol
tarik tilam kecik-bg bantal sebijik sorang
baru diam itu kanak2


sambil mama termanggu2 kat dapor
apa lak nak masak bagi anak makan
teringat ada mee- wat mee goreng style sukahati mak aku
bagi kanak2 makan- sambil bersabar bila tgk auni selamba curah air ke lantai gara2 marahkan kak ain
aaaaaaaaaiiiiyokkss..sabar jer lah


dah bagi makan..mau mengaruk nak main kat laman
sorang mau nyanyi2 main buai-sorang lagik mau naik basikal
dah puas nyanyi2 main buai
si kecik auni mau naik basikal
nak naik buai kaki x smp
jadi mama mithali tlg tolak keliling rumah
hamik...sakit pinggang sampai skrg!!


dah puas dipaksa masuk rumah
sbb mama mau kelentung-kelentang didapor
mau masak makan tghr pulak
ada sorang dah pandai mintak masak kobis masak lemak
si kecik pulak-ever after makan sup ayam favorite dia
masak serba sedikit- panggang ikan atas dapor
pi letak daun pisang
tetiba penuh asap 1rumah
sbbnya api dah sambar daun pisang
haaiiiii bijak sgt aku pun!!
mujur x terbakar rumah aku


bagi anak2 makan lagik
kanak2 nih mesti makan kenyang2
dgn harapan cepat2 tido & mama leh rehat2 layan Tabby
mujur kali nih kurang mencabar sikit
masing2 hadap pinggan -x bergadoh
tp bab menumpah mmg x leh elak lagik


abis makan- bagi mandi bagai
baruler masing2 leh tido


fuhhhhhhhhhhhhhhh...
baru 1/2 harik..aku dah rasa mau fengsaannn!!


mau naik basikal tp x pandai kayuh..mangsanya -mama !!




lunch time..aman sikit


jadik mmg penat yg amat jadi FTHW/SAHW  ni
itu belum campur bab mengemas rumah,kain baju lagik

apapun FTHW/SAHW
anda mmg bertuah diberi peluang begini
pahala berganda2,anak2 terjaga depan mata,rumah kemas x sakit mata 

uwaaaaaaaaaa..bila ler lohkong mau naik pangkat
so mama leh goyang kaki tinggi2
jadi CEO kat rumah

best kan?