mencari tadika / nursery utk ain & auni
tadi gatal telefon CIC
Children Islamic Centre kat area Puchong Utama
berdekatan dengan rumah aku di TPP
kelas 3- 6 tahun
sumer sama..basic play school
waktu kelas 7.30am -2.00 pm
kalo ikut syllabus mmg menarik ler
serba okey pada aku
tp bab yuran
fuhhhh kesat peluh jugak ok
Yuran Pendaftaran utk Jan- Jun -RM100
Peralatan,buku2 (utk setahun ) -RM580
Pakaian Seragam 2 psg -RM 80
Insuran -RM 10
Yuran bulanan -RM330 seorang
gulp!!!
itu baru seorang ..kalo macam aku nak htr dua beradik sekali..kena fikir banyak kali jugak tuh
bukan berkira ttg persekolahan anak2
tapi bagi aku kena ukur baju badan sendiri jugak
mungkin kena carik option lain lagik
kalo nak hantar ain & auni lain2 taska x kena jugak
kang dua-dua nangis sebab dah terbiasa bersama
inikan tggl sorang kat rumah opah
si kecik nih depressed
menangis bagai nak rak
10minit sekali tanya "mana kak ain?"
![]() |
pening daaaa |
masih ada sebulan nak mencarik lagik..sila jangan fengsan dulu!!
ikutkan kak ain dia nak pg Little Caliph
tp pegi recce yuran dia
lagik wat aku pengsan 4-5 round
muahhahaahh
-jom buka tadika jugak tahun 2012..kaya weeiii ...muahahaha
8 comments:
nie pun tgh pening jgk cari tadika utk fiqah..
bajet antar tadika islam dkt dgn umah sbb nak sama dgn bff fiqah ni la..
yuran tahunan 800lebih..
bulanan 310 sbb ada transit..
gulp!
itulah kan, yuran tadika anak2 mahal melampau2..kalah masuk U!!
kena cari duit banyak2 utk spare hantar tadika untuk budak2 ni nanti..huhu
mahalnya kak.. huhu.. kena fikir byk2 kali la klu su.. hntr tadika kemas je la.. kekekeke
uishhh betul gak tu kena kira kira gak...awat mahai je semua sekarang eh
irnie
mmg mhl skrg tadika..mmg leh wat duit betul..kalo memikirkan byk komitmen lain ..amik jugak..tp sbb byk benda nak kena cover..so kena carik lain jugak,.
zaila;;
sungguh ..mahal betul skrg nih
AYU;
mmg mahal ayu.mmg kena simpan duit jugak kalo agak2 nak kena htr thn 2013..hehehehe
sue;
tadika KEMAS pun ada saringan family income skrg..x macam dulu tau..so agak2 gaji dah 3k mmg x layak dik...
hany
mmg mahal skrg..even tadika xde nama pun mahal jugak..registration nearly 1k pun ada...pengsan 5x !!
akak. salam. saya terbaca entry akak perihal kindergarten, boleh tak akak tolong saya dan jawab survey saya ni mengenai Keberkesanan senibina tadika dalam kawasan bandar.
Please.
Thank you. Your help is much appreciated.
Free Online Surveys : select, right click search.
http://freeonlinesurveys.com/s.asp?sid=hfmqc7bqe2v5gff168329
menghanta anak ke tadika masa kini mmg memerlukan kos yg tinggi bagi saya. bila kita survey sana-sini pon harga dalam rm250 ke rm300. itu belum masuk daycare cost yg lebih kurang rm150 dan transit kos m50. sebula untuk seorang mencecah hampir rm500. huda mmg tak mampu.
tapi huda hantar ke little caliph shah alam rm340 tadika fee and also day care. ok laa kira boleh benafas sikit laa dengar kosnya, nak masuk smart reader, cic or genus aulad tak mampu.
beterima kasih kepada little caliph sebab punya cikgu yang baik dan bagus. now 2013 both kids di sekolah rendah and duit beralih ke bajet tuition pula =_=
http://hudamj.blogspot.com
Post a Comment