Pages

24 November, 2010

dalam dilema :(

as sumer org maklum
skrg nih cuti sekolah kan
kalo sesapa yg x tau
en papa seorg guru jd of courselah dia bercuti skrg
sementara aku lak keja --mana ada keja lain yg leh cuti lelama macam cikgu kan

kdg2 dalam hati sian gak
tgk en papa dok umah jaga anak2
aku lak akan balik paling awal kul 7pm  smp umah
as usual bila start cuti sekolah
aku akan memasak siap2 sblm pg keja
so en papa & anak2 x yah susah2 cari makan lak

aku tau mungkin en papa nak balik kg dia kat tganu
en papa mmg hanya ada masa cuti aje nak balik jengok org tuanya
tp aku lak x sanggup nak berpisah dgn anak2
xkan nak biar en papa balik kg sorang2 lak
dah tentu MIL nak bermanja2 dgn cucu2nya

atau biar dia bawak balik anak2
dan aku berulang dr KL- tganu tetiap hujung minggu
larat ke aku?
dan melibatkan masa-tenaga -wang ringgit jugak tuh?

tp memikirkan kesihatan auni yg baru nak pulih
aku sedikit ralat utk biarkan dia melalui perjalanan yg panjang
dan melalui musim tengkujuh di terengganu
aku x sanggup nak lalui 1 lagi siri menyakitkan buat auni
kalo dia sakit..aku kat KL..lagi haru!!!!!!!!!

kalo x bawak budak2  kesian jugak
dah tentu kena htr taska
tggu lak aku balik kul 7pm
sian jugak.......

aku lak mmg dah xde cuti
utk bercuti kat kg lagik
lagipun baru sgt balik kg deepavali hari tuh..

tp skrg nih aku rasa serba x kena lak..
kalo korang jadi aku
korang wat macammana?

kdg2 susah nak puaskan hati semua org
kdg2 satu keputusan payah dicapai untuk situasi menang-menang

aku yg blur
rasa nak baling dadu
mari kita tgk siapa yg kena
aci?

7 comments:

ayu said...

alahai siannya...
memang dilema sungguh la..
apa kata naik fligt je bawa budak2 tu balik..
tapi , lynn la kesian plak nanti..
tak pun, tunggu cuti krismas ke...leh la ambik cuti sehari awal ke..leh gak balik lama sikit kat sana...buat pilihan yg terbaik lynn..tak pun, ajak je mak mentua dtg kl..^_^

littlehumblelynn said...

ayu,

naik flight dr kl-tganu..phuh!!!!harga tgh cuti sekolah melambung2..lgpun en papa tggl di dungun..dr KT-DUNGUN amik masa dkt 1jam lebih jugak..kalo ler MIL nak mari umah..cucunya ramai yg dok kat kg tuh...adoikhh!!

DrSinga said...

aku nak suruh anak2 aku kawen orang yang kawasan yang sewaktu dengan kawasan aku..
.
.
sori..
tak menjawab soklan..
:)

ibuafiqahhuzaifah said...

susah juga ek...
susah nak puaskan hati suma pihak...
pada pandangan irnie..
anak hantar umah mak..
asben balik kg jenguk mak ayah dia...
camana?

tp ape pun keputusan tetap pada awak lynn...

ComeyBelako said...

awak pun jadi cikgu jugak lah...ngeh3. pi amik dip.pendidikan. ngeh3.

secangkir madu merah said...

salam lynn,
memang awak didlm dilema..tapi rasanya utk sama2 puas hati, apa kata cuti krismas nanti tambah saja satu hari cuti tahunan, 3 hari cuti balik tengganu ok kot dari takde langsung..kan?

littlehumblelynn said...

irnie,dr,cb& secangkir madu merah

tq for drop by!!!nampak gayanya mmg x kan balik kg......auni warded semula pg td......PNEUMOCOCOAL NON-INVASIVE CONFIRMED-OTITIS MEDIA INFECTION & PNEUMONIA again..