Pages

30 April, 2012

Happy 7th Anniversary to us -AdiLynn


picca taken : Solemnization 30-04-2005 Masjid Putrajaya





To my one & only sweetheart
Rosmadi Abd Manaf

Happy Anniversary lalink :)

Deeply, Madly


Our wedding anniversary brings to mind
The happiness and joy you’ve brought to me,
Sweet memories--the laughter and the tears,
Devoted love you give abundantly.

The place I want to be is close to you;
There’s ecstasy and peace in your embrace.
I know that I can cope with what life brings,
As long as I wake up to see your face.

You’re all I ever wanted, and much more.
I look at you and I still get a thrill.
Our marriage is the best thing in my life;
I love you deeply, madly, and I always will.

By Joanna Fuchs



26 April, 2012

serba tak kena :x

memikirkan auni boleh buat aku termenung
melihatkan anak kecil itu yang struggle dgn lelahnya
make me really upset

melihatkan dia muntah2 setiap pagi
her unbearable coughing
her disturbance sleep every midnite
betul2 menyesakkan dada aku

aku sedang berkira2 utk jupe paed Dr B Kishore
sedang fix appointment utknya esok
sebabnya malam esok akan ke Taiping membawa bonda terchinta
so aku bantai amik cuti terus esok

pagi ni macam biasa dia akan muntah2
sampai muntah2 dlm keta
aku nak melangkah ke tren pun berat kaki

kalo org nampak aku pg menyangkung sblh parking bawah ERL tuh
mmg sedang menguruskan auni
yang akan muntah setiap hari tanpa missed sehari sejak sebulan lepas

with continuous seeing GP ada rasanya sampai 6-7x
g hospital hampeh tuh sekali
amik neb x tau berapa kali
pegi homeopathi lagi 2 mggu lepas
allahhuakhbar +_______+

kemujuran  dari setiap siri kesakitan ini
aku & lohkong pun x jatuh sakit
ain pun x sakit
kesemua kos kecuali homeopathi its free- aku x keluar duit sesen pun
tp its still menyusahkan hati aku
bila tgk gaya dia yang on-off
x nampak gaya nak sembuh betul2

bila anak sakit2 macam ni
mmg terasa sangat nak berenti keja
nak duduk rumah jaga kanak2

but still its called SURVIVAL
doa aku x putus2 semoga ada jalan keluar dr setiap kekusutan ini
moga2!!

esok doakan smg aku berjaya cuti
masih bertimbang tara
masih berkira2
tp rasanya keputusan muktamad


anak adalah segala-galanya!!

* boss ,sila jangan merempan dgn colleagues aku di opis esok.tolonglah!!

25 April, 2012

habitual @ sickness ? u decide..

ada rupa sikit kot...hahahhahah



aku x tau orang lain
tp bila bab mr lohkong ni
aku paham sgt penyakit  yang payah nak ubat ni
mmg ada pada dia

dia ni internet freak + gadget freak
mana ada ustaz high tech macam lohkong
mengajar - upload segala mak -nenek dlm Ipad dia
pi pulak sambung kat LED projektor
mentang2 jadi cikgu kelas
pi download Class management dr Apple store lagik
sila takjub!!
adoikkhhh!!

mmg kegilaan dia ler tuh

2-3 hari lepas mari sewel penyakit  dia
nak install Unifi kat rumah
kononnya nak highspeed internet
x nak buffering
nak high kapasiti
bla..bla..bla..

installnya belum lagi
habis sumer dia nak potong
maxis broadband aku
astro kesayangan kak ain

dok mengadap internet xde benda lain
selain mengoogle review ttg Unifi
nak berborak dgn dia pun xde isu lain..sumer Unifi

selagi installer tak pasang Unifi tuh kat rumah
selagi ituler isu nih dok ulang-tayang
selagi ituler dia x berenti beratib
sila stress mama !!!!

mujur kegilaannya hanya benda2 alah nih aje
still kena bersyukur
kalo mari penyakit giler memancing/giler lain
lagi stress!!

tp kegilaan macam ni
bila melibatkan duit ringgit sedikit x best jugak
dah tentu2 gadget2 ni makin banyak makin canggih
dah x terikut kadang2

aku punya style
senyap jelah
as long as tak mintak duit aku
ok??

utk lohkong
suka hati ko ler abang
asalkan ko bahagia :))

jangan sampai lupa anak- bini sudah !!

24 April, 2012

bukan cinta BIASA :(

semalam pukul 2pm
bergegas balik rumah
auni & lelahnya
x habis2
taska called, aku jd x tentu arah dah

bawak ke Colombia Asia,Puchong
makin stress bila ditolak ke sana- ke sini
gara2 kalo nak jupe paed
mmg kena wat proper appointment
macam hampeh!!!

so kes emergency - ada plak wat ayat bangang suh wat appointment
dan dtg semula kul 7pm
mmg menyakitkan hati betul!!!
atau pun admit dulu then doktor will come later for further investigation

sgt menyakitkan hati!

at last bila aku bersuara
baruler ditolak semula masuk ER
jupe MO on duty

kesimpulannya masih kes acute asthma si auni
kena jupe paed kat Tawakal balik
mungkin kena tambah dos ventolin & flixotide
sbb nampaknya masih x terkawal asthma si auni
alahai...
sempat menyusu dlm stroller
ini waktu sihat..main cikgu2 sama kak ain

demi anak kan..
semata2 nak tgk dia sihat
kadang2 mama terpaksa bertindak sedikit kurang sopan/sarcastic
mujur mama tak maki hamun aje staff nurse kat CAH semalam
sbb mama masih mahu jaga air muka papa
demi hak anak yang sakit

biar berhabis beribu ringgit pun
asalkan kamu sihat macam biasa
ini ujian sedikit dr Allah
mama & papa redha
dan semoga suatu hari nanti kamu akan sembuh
menjadi anak kebanggaan mama & papa nanti!

doa mama & papa tak pernah putus
semoga ada penawar disebalik kesakitan kamu ini
moga2

ini mmg bukan cinta biasa
hanya mereka yang bergelar ibu & ayah sahaja yang akan merasainya

:(

23 April, 2012

diet online games :))

for those yang berdiet
nak slim down
nak sihat
dan nak cantik


this site will be very addictive


sila tgk sini
logo:))

agak menarik jugak
boleh download application jugak thru apple application
and its FREE

aku baru sign up
bukan nak slim down sgt2
sbb tahu badan berisi sgt2
just nak dapatkan balik ideal BMI
kalo boleh slim down-solid molid macam zaman anak dara dulu
itu mmg plus   ++++ bonus lah kan!!

yang penting nak jaga cholesterol level
supaya tak dapat penyakit bukan2 kemudian hari

jom join kita main games
sambil slim down & get a healthy life

sharing is always caring

:))


* happy monday

22 April, 2012

jalan2 cari pasal :-D

Merewang ke IKEA

konon2 nk beli cupcake tier

tp as usual segala benda mak nenek telah terbeli

mangkuk hidang

pinggan hidang

cutlery stand

scented candle


total loss mujur baru < rm90


itupun sbb teringat

belum gaji lgk


huhuhuh


ikea nih ada hantu kan?


Tobat,3 bln lg baru nk pg lgk

sila percaya!!!!


X smpt nk g mkn meatball

org bkn main ramai

tp puas ht bjln kali nih


kalo x si ain x hbs2 buat ayat sarcastic

"asyik2 dok rumah,pg pasar"


aisssshhhler bdk zaman skrg!


Published with Blogger-droid v2.0.4

20 April, 2012

plan to plan :))

sorry for lack of entry,my blog
tuan tanah sedang sibuk dgn keja2 hakiki
selain menjadi isteri & ibu kepada dua anak kecik
mmg x terlayan jadinya


tgh2 bulan
kalo nampak aku merempan stress dlm FB
mmg stress sgtlah tuh
tak sabar nak tggu cuti sekolah hujung bulan 5 nih
aku akan bercuti panjang
itupun kalo boss approve!!


kali nih mungkin rasa nak conquer pantai timur
sambil menyokong kempen jalan-jalan cari makan
from KL-KB-TGANU-KL
itu ikut perancangan awal
perancangan akhir-wallahuallam!!


ada hati mau ke Pulau Perhentian
ini mmg dream island yang selalu aku meratib kat lohkong
cuma x tau samada safe @ not mahu ke pantai musim2 gini
dari dulu lagi nak bawak kanak2 pg pulau gini
mmg tgh tggu kanak2 membesar dulu
tgk skrg diorang dah besar
bolehlah nak mengangkut ke sana


giler cantik kan??
skrg tgh tggu green light dr en boss dulu
kalo dia kata ok
baru lah start survey
baru lah leh start tekan2 kalkulator 7-8 kali
sambil jeling2 tabung ayam
cukup ke tak cukup..

en boss , jangan sabotaj sudahler!

kasi staff komited nih pegi bercuti dgn jayanya
if not ada yang bantai amik cuti sendiri
aku nih bukan leh kira sangat
mari penyakit sewel tuh
ada yang bantai bercuti suka hati mak-ayah aku
muahhahahaha!!!

ok..back to work
jangan jeling2 lagik

masa utk bekerja penuh dedikasi
smg kali ni boss approve cuti
x pikir 2-3kali

hehehehehhe!!

happy weekends lalink :)

* again,invitation for kak ain birthday bash..jangan segan2 jangan malu2..pls come & have fun with us.invitation entry - above ( sticky post ) utk yang dah hantar RSVP- tggu yea..nanti akan dihantar alamat penuh & contact number..sedang usaha compile lagi nih..sabar yek.

17 April, 2012

1000 reasons to smile :))

posing  sblm g homeopathy :))






tajuk tak menahan
dok post kat fb..ada yang bertanya2
aku x pregnant lah..xde rezeki lagik

aku hanya happy sbb auni nampak bertambah baik
malah dah x kedengaran batuk2 yang menganggu dia selama 3 minggu lepas
dah x perlu neb & makan segala macam mak-nenek ubat2 tuh

alhamdulillah!!

melihat anak sembuh dari kesakitan dia
cukup beri 1001 kegembiraan
so nak tggl dia kat taska pun xde lah risau sgt
x perlulah tertanya2 keadaan dia sepanjang aku bekerja

aku bawak auni ke homeopathy Prof Dr Nik Omar di Bangi ahad lepas
gara2 x nak bawak auni ke hospital

xtau kenapa..kali ni lepas dapat refer letter dr klinik ke hospital sabtu lepas
aku rasa macam malas sgt2 nak pg
aku tau -bunyinya macam selfish
tapi instinct seorang ibu tuh mengatakan
go for other alternative first
aku xnak bertunggu-tangga di ward hospital

ahad pagi2
bersiap 4 beranak terus ke bangi
mula2 nak ke PKNS
tp disebabkan aku yakin sure ramai giler
kebetulan breakfast kat Seksyen 9 BBB
nampak sign homeopathy disitu
aku ajak lohkong kesitu

mujur orang x ramai masa tuh
jupe pengamalnya --dia bagi 2 jenis ubat ( warna putih & pink)
guna utk seminggu ( 3x sehari)
balik dr situ..aku bagi auni makan ..
bukan main suker..sbb manis macam gula2 katanya

dalam sejam selepas itu
auni cirit birit sampai 2x
susah plak hati aku..sedangkan bab makan-minum anak..mmg aku jaga sungguh2
jarang sgt dia kena cirit- birit ni
mujur 2x jer ..

malam tuh..aku tgk auni tido sgt nyenyak
x macam 3 mggu lepas
nak bernafas pun susah
dgn muntah tgh tido..batuk x berenti2
alhamdulillah..mmg nampak banyak betul perubahannya

aku x tau adakah sbb ubat itu auni dapat cirit birit
mungkin salah satu reaksi awal utk mengeluarkan kahak/lendirnya
wallahhuallam ..

apapun alhamdulillah..dgn izin Allah auni bertambah sihat hari nih

aku xde pendapat statik ttg perubatan moden/tradisional
bagi aku -kalo itu membawa kebaikan
just try for it
mahal-murah belakang kira
as long as it work!!
selagi x membabitkan soal akidah, halal-haram ..still boleh consider lagi
cuma sampai skrg aku xleh terima lagi bab pg berbomoh bila anak jatuh sakit
itu mmg mengarut!!!!


haiiishhhler!!

* again utk kawan2 blogger sila jemput dtg birthday Kak ain yek..dok post kat sticky notes kat atas..

13 April, 2012

kamu anak mama ,sayang !

semalam saje snap gambar kak ain
makin comel bila rambut panjang (hanya mama dia ajelah yang nak puji pun kan?)
so bila dia sibuk nak tgk gambarnya
terpacul ayat ni
"nape muka ain macam muka cina mama"


tergelak aku !!
aku mmg selalu mengusik dia
katakan yang dia tuh anak cina- aku tolong jagakan
konon2 mak dia org susah..anak ramai
mengamuk dia bila aku cakap gitu




korang percaya terkenan?
aku rasa aku terkenankan citer korea masa mengandungkan ain
mmg giler tgk citer korea
aku & lohkong sama giler tgk citer korea tuh
tetiap ptg aku bergegas balik dr keja
akan mengadap citer tuh..
aku x ingat tajuknya
tp yang pasti dkt tv2 rasanya


lagi satu dulu masa mgdg aku cukup jaki dgn boss cina pompuan aku
adoikhhh menyampahnya tahap tak boleh nak lalu sblh dia


aku rasa antara faktor diatas adalah menyumbang sedikit
kepada unsur terkenan tuh kan!!


aku ni kategori sawo matang jer
lohkong cerahlah sikit
tp kalo tgk mak aku
mmg ada unsur campur sbb nenek sblh mak mmg keturunan cina
mungkin adalah genetik disitu kan!!


utk Ain
kamu anak mama
dan selamanya anak mama
mama bertarung 17jam utk melahirkan kamu


jadi anak yang baik
dgr cakap papa-mama
jadi contoh yang baik utk adik auni
dan belajar rajin
serta berjaya dunia & akhirat terutamanya


mama sayang ain :))

12 April, 2012

empty feeling



auni & sakitnya
after batuk 2 minggu lebih
demam 3 hari
now tak nampak gaya batuknya makin elok
rasa mcm lebih teruk lagi
dgn flu yang x kering2
tipulah kalo aku kata aku x risau


few time clinic visited
dgn ubat cair kahak,ubat demam,ubat batuk
belum campur ubat antibiotic
still x jalan jugak


semalam pegi amik neb kat klinik
doktor kata ada kahak dlm lung dah
balik klinik bagi ubat bagai
tidokan dia
tp malam tadi paling disaster
setiap sejam dia bangun merengek
menangis2 macam menahan sakit yaa amat
smpkan aku dah x larat nak bukak mata memujuk dia
sbb kerap sgt terbangun
kesian dia sgt2!




taken neb at klinik hafiz :(


aku tawakal hantar auni ke taska
tapi x sampai berapa jam
pengasuh taska telefon
bagitau auni doesn't look ok
pucat,muntah2 & xmo makan


susah hati jadinya
tel lohkong sbb dia yang paling terdekat utk tgk auni
suh lohkong bagi auni ventolin dulu kat rumah
tgk m/mana keadaan dia..


doakan si comel mama nih cepat2 sembuh ok!


malam nih akan repeat neb di klinik
tgk apa kata doktor
tapi kalo still x ok malam ni
mungkin akan bawak auni ke hospital esok pg


xde pilihan yang lebih baik dr itu
biarlah , asalkan dia cepat sembuh
kalo itu pilihan terakhir & terbaik,kena redha !
(biarlah apa orang nak kata..they know nothing )


im need back my notty ,cheeky & always make me smile daughter
she never fail to make me smile :(

mentaliti kelas ketiga :(


hari ni ERL transit ada problem
kena amik ERL  express
so as usual kalo siapa yang biasa naik ERL express
mmg tahu ini adalah tren non stop KLIA- KL SENTRAL
so kebanyakan passenger samada mmg bekerja di KLIA @ yang baru turun flight nak ke ibukota

berhadapan dgn situasi pagi ni
mmg mencabar keimanan/kesabaran jugak

harap aje konon2 class sgt
dgn beg luggage besar2
konon2 baru balik dr obersea
tapi otak letak kat kepala lutut

letak beg luggage beroda
sampai 2-3 buah
nun atas seat tempat org dok dlm ERL
orang yang bayar tiket tgk jerlah
takut sgt beg dia kotor

kalo bangsa lain mungkin aku x rasa sgt
tp bila tgk bangsa kita yang berlagak lebih
rasa nak hangin jugak!!

tp silap orang
kena kat aku
aku turunkan beg2 tuh
selamba badak aku duduk
dan ada few people yang tumpang duduk bila aku buat gitu

dia pun sound
" this train supposed to be non stop train & no transit "

so what ?
terdiam ...

- silap besar cari pasal dgn orang yang x cukup tidor semalaman jaga anak sakit ni..mmg mencari pasal namanya..dan mood aku mmg x berapa nak baik..

x tahu dia nak salahkan aku @ nak salahkan pengurusan ERL
apa pun keadaannya --still x patut dia letak beg besar2 tuh atas tempat duduk bas
sgtlah civic minded kan??

hello..there is bag compartment allocated for the luggage
this seat for people who also paying ticket to seat
x kisahlah transit ke express ke

at least belajar beradab
dan belajar sedikit hormat hak orang lain
peace !!

11 April, 2012

still in progress :(

cantik kan ? mode : verangan !!


preparation utk birthday bash kak ain
boleh kata baru 20% kot
hahahaha

tgh survey lagik macam2
baru siap order kek pada jiran - dia ni bakerrr
baru terhegeh2 nak beli kain ela- nak pas pada jiran depan rumah-dia ni custom made gown utk kanak2
serious cantik !!

menu ?
dalam kepala ada dah menu tuh..listed cantik2--masalahnya tgh memikir harus masak @ tempah ?
kalo nak jimat kita sinsing tangan masak ramai2
kalo rasa xnak rumah berkecah- kita order siap2

tp dalam hati ada niat
main dishes- kita masak,buat sedap2 buat banyak2-biar puas makan
side dishes- kuih muih susah2 tuh kita order-tgh carik ler ni...

aci kan?

chaffing dish kita order/sewa dari jiran depan rumah..
kan mudah tuh?

pinggan/cawan- kita pakat beli disposable punya
x yah pening nak cuci
cuma pening nak kutip masuk dlm dustbin jer nanti

guest?

belum ada final list..
tuan besar lohkong  x bukak mulut lagik
kalo bajet ala2
kita panggil jiran2 tetangga- sahabat terdekat-sedara mara shj
ok?

kalo bajet grand- kita panggil satu taman
itu hak berangan namanya !!

seronok nak wat planning makan2 ni
suka jer kalo ada bajet nak belanja orang makan
sambil chit-chat -bukan senang nak kumpul kan?

deco/table set up
hak nih pening sikit...
disebabkan rumah porch x besar mana - means yang berbumbung
so masih tgh dok congak-congak m/mana nak buat nih?
ikut hati nak makan kat porch area aje
so x kepanasan kat dalam hall ramai2
lebih relax ..tp berdoa smg cuaca mengizinkan..
kalo hujan adalah sgt Haru disitu !!

baru 11/4
majlis dijangka pada 6/5
still ada masa kan?

pelan2 kayuh lynn!!!

10 April, 2012

kos bahan basah seminggu :))

ini terpaksa didokumentasikan
spy pihak audit rumahtangga leh take notes
aku bukan kata selalu -jarang2 pun tidaklah
masak still masak
wpun masak stok campak2
masak stok baling2


ini kos yang aku belanjakan sabtu lepas
di pasar borong Selangor ( seri kembangan )
utk stok bahan basah seminggu

Ayam seekor- RM9.00
Ikan tongkol ( saiz sederhana) RM 8.50
Ikan Mabong (8 ekor) RM8.00
Ikan cencaru ( 3ekor -saiz besar ) RM6.00

Sayur2 +cili merah +halia+serai = RM 7.50

Bawang merah+ putih = RM4.00
Santan = RM 2.20

Telur (10 bj) = RM 2.80

+- lebih kurang  RM50.00

so masih berjimat disitu-- kos makan 4 orang at least 1x sehari utk weekdays & 2x sehari utk weekend

rasanya dok kat KL, bahan2 mentah masih tahap kita mampu beli
cuma kos2 lain spt pengangkutan,sewa rumah masih tahap cekik darah jugak kan!!

sila percaya & buat audit masing2
utk stok  bahan basah seminggu anda
sure rasa x semahal mana
unless korang jenis makan tenggiri, jenahak,siakap tiap2 hari..itu lain citer ok!!

sbg ibu nak tak nak kena rajin & kreatif sikit masak
wpun tak sedap mana
as long as boleh telan
xde yang mati keracunan

sejak dua menjak ni
sedang menyokong kempen masak sendiri telan sendiri
muahahhha!!

+ semalam EL, cik auni demam..berjangkit dr kak ain agaknya..hr ni dok bawah jagaan opahnya !

06 April, 2012

sawan !

wahh..sila jangan muntah darah godek blog aku
mmg tgh menggiler suka benda2 kraf nih
kalo lohkong tahu
ayat pertama
"jangan hangat2 tahi ayam"
cisss....




kegilaan dgn benda2 printing
kalo dulu, orang yang betul2 kenal rapat aku
diorang aku tahu betapa obsesnya aku dgn greeting card cantik2
betapa sewelnya aku menyimpan wedding card kawan2 even  dah bertahun2
mmg suka benda2 printing ni
siap pernah verangan nak bukak kiosk printing sendiri
giler x hingat!!


now dah stuck dgn lambakan website printing DIY
gile meroyan aku!
x ckp hadap pc opis
aku hadap Tab aku
sampai tgh malam itu jer lah keja aku


sekarang meroyan tgk cardstock
alahai...stress makcik sbb sumer kena shipping from obersea tahu
sila godek sini
adoikkkh jatuh chinta weeiiii
macam2 jenis
metallic , scrap
tebal, berat pun ada macam jenis
waalllaaaweiiii....boleh pitam 4-5x




pic: google


lambakan DIY website utk printing
boleh buat aku pening kepala
mmg kreatif & mmg membazirkan membuang masa aku
menelek 1 demi 1
mmg dah xde keja lain skrg
gagagagagga....


sila tgk ini
mmg satu lagi benda yang aku dok telek punya telek
pocchettes namanya
cantik kan !!

this one from http://www.lcipaper.com/pochette.html

memang sawan skrg ni
sila bawak berbomoh, berdukun
dah xleh berenggang dgn segala mak-nenek nih

petang ni ada hati mau cari card stock malaysia supplier
nanti kalo jupe aku war2kan yea
kot ada yang penyakit lebih kurang
leh kita berubat sama2

:))

***lohkong,at least wife ko xde penyakit meroyan nak shopping handbag,kasut..dia hanya giler kertas jer skrg,sila bawak bersyukur!

05 April, 2012

Project DIY dlm imaginasi :))

from do-it-yourself invitation

this time excited nak buat kad invitation birthday ain
so bolehler dia jemput kawan2 kat tadika sekali
sila verangan mama oiiitt
sedang tercari2 kedai kertas yang jual kertas cantik2
dulu kalo x silap ada dekat CM
harus terjah jugak jumaat ni


macam2 idea ada
dan ada guideline thru banyak website
this is one of them


menarik,simple & yang paling penting save cost
selagi boleh jimat
silalah berjimatkan!!



paper bunting
tgk rega yang rata2 dalam rm50-rm80
so  sila pangkah siap2
its really wasted

perlukan sedikit kreativiti
dan sedikit kerajinan
serta willing to work with 4 helpful hand with ain & auni

tapi kalo lohkong nak sponsor beli custom made lagi baik kan..
tgk ada tergodek di sini
price wise jugak
tp kalo buat sendiri mungkin kosnya boleh save few RM
hahahahaha

sila doakan semoga berjaya yek
berjaya utk save sebanyak mungkin

kali ni mama yang excited utk make it ain dream come true
tggu yea lalink

* hari ni kak ain ada photography session kat tadika..jenuh aku ajar senyum semalam..

04 April, 2012

her DREAM :))

sebenarnya 2-3 hari tgh serabut kepala
memikirkan kehendak/permintaan kak ain
yang mahukan birthday bash yang cantik2
semua gara2 banyak sgt attend birthday bash anak kawan2 yang grand2


its not much of her demand
tapi its a matter of time
aku jenuh lah browse macam2 website
tp for party kits utk budak2 ni
mostly comes from overseas
so tgh dok memilihlah ni


betapa kurangnya entrepreneur malaysia yang bergiat cergas dlm perniagaan party kits
so its a godd hedge kalo sesiapa yang berminat utk berniaga
mmg pilihan sgt terhad sbnrnya kalo yang ada pon


cuba tgk sini
segala macam mak nenek ada jual
dr sepandai2 bunting
sampai sehampeh2 tisu
giler kreatif kan!!





hello kitty theme

ke korang ada link yang bagus2
utk peniaga dr malaysia
terutamanya yang dok kat area KL/Cheras
sila leave in comment box yea


nak DIY pun ada
setakat nak wat bunting pun ada link yang menarik
utk yang banyak masa
kreatif..mungkin leh cuba buat
sini linknya




nak gantung keliling rumah pun boleh gini ..


kalo bab nak order kek
yang itu x risau sgt
sbb kat malaysia ni
berlambak2 kek entrepreneur
mahal dgn murah jer bezanya
sedap mungkin lebih kurang ..
nak fondant-nak buttercream-sumer ada
sila sediakan RM shj..sure ada punya



from pak google :))

mak aiiikhh pening kepala when its come to fulfill her demand
bukan nak memanjakan anak
tp her request hanya setahun sekali
kata nabi- pahala dapat membahagiakan/menggembirakan si anak
sekali-sekala apa salahnya

tunggu yea kak ain
mama tgh tekan kalkulator 7-8kali
dok jeling2 tabung ayam
kot leh wat top up apa yang patut

sila fening!!!






03 April, 2012

the weekend

weekend yang lepas penuh aktiviti :-


aktiviti wajib bergaduh dgn budak kenit ni
sgt comel bergaduh dgn dia tau!!




dia tgh sebut " apa pandang2 ?"


aktiviti lain- mengadap lohkong menyiapkan projek painting yang x siap2
agaknya dkt sebulan baru siap kot
heheheh


first attempt buat roti jala
jenuh godek resepi dlm myresepi
mujur menjadi
sedap ikut tekak sendiri
tekak org lain-wallahuallam!!




projek mengeteh di mamak
layan cheese naan + tandoori chicken
still sedap utk orang lapau !




finally layan kuey teow aku
gara2 mood bila hujung minggu asyik nak makan x berenti
mmg menambah lemak kalo sepanjang hari dok di rumah




pendek kata have a fully rest 
tp still MC smlm
gara2 sakit perut gastrik yang menyerang x kira waktu
dan menjaga kak ain yang demam


+__+