Skip to main content

luruh jantung aku !!!!

aku balik keja ptg nih
ajak en papa ke tesco beli barang2 umah 
yang dah kehabisan kat umah...
ini acara wajib bila dapat gaji kan..

tgh2 makan kat restoran santai di tesco ampang
en papa cerita perkara paling aku takut -seriau-x terbayang akan terjadi pada anakku
luruh jantung aku weiiii.......
kisah dia & kak ain lepas balik keja..
selalunya papa akan amk anak2 pas balik keja

kisahnya nak masuk lif
kak ain dah masuk ke dlm lif lebih awal
suddenly auni yg sepatutnya masuk lif berlari ke luar
si notti nih mana suke berdukung..asyik nak berlarik je kejanya!!
en papa secara spontan berlarik tgglkan ain yang dlm lif & mengejar si auni
ain yang masih di dlm lif-lif tertutup dgn sendirinya
en papa punya panik
lif dah naik ke tgkt 23
kalo aku yg di tempat en papa
haruslah aku menangis x berenti masa tuh!!
datang chinese lady tegur en papa
en papa bgtau kak ain dah ternaik lif dgn sndrnya
chinese lady tuh willing utk tggu di bawah
takut2 kalo kak ain turun semula
baik sgt chinese lady tuh..

sementara en papa naik ke atas kot2 ada kak ain di atas
syukur alhamdulillah jupe kak ain
yang tgh menangis teresak-esak..

subhanallah!!!
syukur ya allah..

mcm2 boleh jadik ...
aku x boleh bayangkan kalo kak ain x dpt ditemui
macam2 akan terjadi

wpun ain sedikit trauma dgn lif skrg nih
aku ttp memanjatkan 1001 kesyukuran
smg kejadian tak diingini takkan berlaku lagik..

syukur sgt kerana Allah melindungi anakku!!

si mata sepet-kak ain,si mata boolat si auni..kedua2 pengarang jantung hati aku !!

**sibuk mau packing utk weekend getaway esok !!

Comments

mekchu said…
hadoi... itu salah satu night mare tu.. nasib baik kakak pandai tak pegi mana2.. syukur...
ayukhairy said…
mujur lahhhh ain tak de apa2 ye... huhu
Unknown said…
ish.. memang suspend..
alhamdulillah takde apa2 yg tak diingini berlaku...kejadian begitu memang menakutkan, tentu ain jadi fobia dgn lif..
tasekM said…
pernah jadi kt anak sedara juga. mmg nk kena hati2 yek...



.
Nizam.Ariff said…
Pernah orang tertinggalkan aku sorang-sorang dalam lif ... seriaw...
fobia ... takut org berkenan dan colet aku... hahaha
gadisBunga™ said…
aishhh...saya baca pun rasa saspen ni kak... harap2 pasni tak jadi lagi la bende yg meluruhkan jantung cenggini...
Zaila Mohamad said…
anak2 zaila pon kalo ke pasaraya, berlari2 sampai tak terkejar kami ni..memang cukup2 takut kalo perkara sebegini berlaku
salam,

kes2 macam ni la buat hati sungguh risau...seriau kan..
budak2 melasak..kdg2 xleh nak handle..

perkara camni dah terjadi kat irni dek kerana mengejar anak kawan (lelaki) yg sama2 nak antar anak ke taska..mak dia tekan lif,fiqah dah masuk lif.alih2 lif tutup.mujur tekan2 lif balik,lif tu terbuka smula..

muka fiqah masa tuh dah pucat lesi n mula nak start nangis..fuh3
PynGees said…
urghhh!...k.lynn, gee yg baca n3 nie pun rasa cam jntng nie b'degup kencang...alhamdulillah, k.ain x pape...poor her...x dpt bygkn keadaan dia ms b'sendirian dlm lif tu..hu..hu..siannya...papepun syukur sgt2 kn...
Lynn Abd Latib said…
mekchu;

ini perkara paling terakhir lynn terbayang akan jadi pada anak sbnrnya..x sangka kena jugak!!tp alhamdulillah syukur sgt2!!

ayu;

ituler mujur sgt2!!

kakyong,

lynn yg dgr hubby citer..meremang bulu roma..alahai anak !!

kak scm;

mmg dia jd takut dgn lif skrg..kesian sgt2!!

tasekM;
tuhler..ini sumer penangan si kecik yg notti tuh!!!

aku;

ko kena tggl umur ko berapa ?hehehe.

gb;

aduii..mmg x tergamak nak lalui lagik!!never- ever!!

zaila;

adoikkh budak2 tgh buas nih jenuh kita dibuatnya !!

irnie

mmg budak jd phobia bila jd macam tuh...sian sgt2!!

gee;

akak dgr hubby citer..mmg rasa sedih sgt..x terbayang m/mana keadaan ain masa tuh..sian sgt2!!
OneWan said…
mmg seriau!!! lepas ni kena berhati2 la, seb baik berlaku kat apt sdr, kalo kat shopping mall.. nauzubillah!!
p/s: isk..tetiba teringin nak makan kat santai gak!

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...