Pages

16 January, 2015

Mee Bandung - after 35y/o

Mee Bandung ini merupakan makanan yang sgt signifikan dalam hidup aku semasa waktu kecil
Makanan mewah bagi aku
Lazatnya masyaAllah..tak jupe lagi rasa sesedap itu masa sekarang ni

Dilahirkan dalam keluarga besar
Serba kekurangan,makanya makanan Mee Bandung ini jd makanan mewah buat aku
Sekali sekala arwah abah akan beli
Kongsi ramai2-8 beradik
Aku masih ingat Pakcik Azman yang jual di kawasan penjaja dihadapan rumah kami

Kalo aku sakit masa kecik dulu
Arwah abah akan tanya
Apa yang aku nak makan?
Dan selalunya aku akan mengada2 order Mee Bandung takpun burger yang jual tepi jalan tuh.

Masa tuh kalo dpt mkn,demam terus baik
Begitulah arwah abah melayan aku adik beradik..makan jgn ditegah..makanlah tgh sihat ni..kang dah sakit-nak mkn pun tak lalu..

Eat like a king!!

Al fatihah untuk arwah Abah
Abdul Latib bin Amir
Left-4th December 1989

Dan selepas 35 tahun
Aku sajer mencuba masak mengikut resepi dalam online

Tapi rasanya tak sesedap Mee Bandung yang arwah abah beli
Tak sama..jauh sgt bezanya!!

Mungkin mee bandung abah itu lahir dari kasih sayang,makan secara berebut gitu bersama adik beradik yang lain..

Allahuakhbar
Hanya Mee Bandung

Boleh mengundang air mata
Sayu teringat arwah abah

Resepi Mee Bandung

Bahan2:-

Mee kuning
Udang/sotong
Fish ball
Fish cake
Sawi
Telur
Stok udang
Udang kering yang ditumbuk
Bawang merah+bawang putih-blend
Cili kering yang telah diblend halua -3sudu
Sos tomato/sos tiram
Daun sup/bawang goreng

Cara2:-

Tumis bawang2,sampai naik.bau
Masukkan udang kering
Dan cili giling
Tumis sampai pecah minyak

Baru masukkan stok udang
Udang,sotong,fish ball,fish cake
Masukkan sos tomato & sos tiram sekali

Perasakan ...
Dan akhir sekali pecahkan telur masa kuah tgh mengelegak
Make sure tak kacau ..sbb nak kan telur tuh cantik lagi kuning telurnya

Hidangkan
Celur mee + sayur sawi
Tabur daun sup
Bawang goreng (jika suka)
Limau kasturi perah jika suker masam2

No comments: