Pages

27 January, 2015

Tips Jutawan!

Tajuk tak menahan
Jangan risau..aku tak promote MLM
apatah lagi nak jual barang
Aku mmg xde gaya nak jadi bisneswomen berjaya

Mmg bukan minat aku
Tak tau kenapa...
Mungkin sbb aku ni tak berapa nak sabar nak layan orang kot..

Tip kaya raya cara mudah
Kuncinya terletak pada SEDEKAH

Tak kiralah sikit ke banyak ke
Itu terpulang pada individu
Yang penting kita IKHLAS

Aku dah lalui beberapa siri magik dengan sedekah nih..aku kongsi bukan sebab riak yang aku ni pemurah ke apa..just nak kongsi kisah benar..

Aku pulangkan pada Allah.Segala puji utk dia & yang jelik itu dtg dari kelemahan aku.

Salah satu kisah ajaibku disini:-

Tahun lepas kereta kami si Putih vios terlibat kes langgar lari,walaupun kerosakan minima tp kos nak ketuk &,cat hampir 1k jugak.Tgh2 bulan,mmglah kami takde bajet kecemasan macam tuh.

Kereta kami dilanggar hari Jumaat,hari Sabtu aku &,suami bawak mak ke majlis orang kawin yang diadakan di sebuah surau di Taman Maluri.Tumpang zohor disitu & nampak tabung derma yang mmg selalunya ada.Anak2 aku pemurah orangnya-Kak Ain,Auni dah dididik nampak tabung derma kita derma apa yang kita mampu.Dok tunggu aku bagi salam tahiyyat akhir,sesudah bagi salam-terus mintak duit nak masuk dalam tabung.

Kebetulan ada duit RM5 sekeping-bagilah pada kak Ain suh masuk dlm tabung.

Keesokkan harinya-pas Subuh,kawan baik yang menetap di Singapore whatsapp..aku bukak telekung pun belum-layanlah dia berborak.Dia tanyakan kereta yang kena langgar tuh,aku pun cerita serba ringkas.Dia baca post aku dlm fb.Dia tak banyak cakap,just bgtau dia nak bank in RM500 sbg sedekah tlg aku tgh ssh.Dan tak mau sebarang bayaran,dia kata dia tolong lillahitaala.Masyallah..Smg Allah murahkan rezekimu sahabat!

Menangis aku pagi tuh..Itulah pertama kali aku teringatkan ttg derma RM5,semalam tuh..Kuasa sedekah!

Dan sejak hari itu-aku usahakan menyimpan no akaun NGO -sbb lebih mudah buat transaksi online.Biarlah tak banyak pun janji kita ikhlas.

Aku kongsikan disini,supaya beri panduan utk kawan2-kerana sedekah terbukti takkan buat kita miskin.Sedekah itu ajaib!

Makin susah kita,makin kita kena kerap bersedekah.Janji Allah itu pasti.

Sekali lagi aku tegaskan,aku takde niat nak bermegah2 pasal sedekah ni,hanya nak berkongsi kisah benar yang berlaku pada diri aku kerana SEDEKAH.

Tip kaya hari ini-sudahkah anda bersedekah hari ini?

Jangan takut bersedekah,cubalah sekali..anda pun akan rasa magiknya!

Sekarang Allah bayar cash!

Senyum pun sedekah jugak kawan..

Selamat mengumpul saham akhirat.Biar kita kaya raya disana nanti.Alam yang abadi.

Moga2 kita dihimpun dibawah rahmat Allah hdknya.

2 comments:

Daddy Ziyyad said...

kisah awak ialah satu motivasi yg bagus..
dan Allah akan balas juga dlm bentuk rezeki lain...eg anak2 yg soleh dan pandai...kesihatan yg bagus...

aizamia3 said...

Perkongsian yang baik. InsyaAllah moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA.