Pages

30 November, 2012

percutian mega - bukan sekadar berangan :))

bestnya berlunjur kaki tepi kolam kan?


aku yakin ramai antara kita
yang suka melancong
yang suka bercuti
yang suka nak tengok tempat orang

kadang2
selalu2
jarang2

pasti kita nak bercuti jugak sekali dalam setahun
paling dekat pun
mesti nak g PD.Bagan Lalang ke

aku punya pemahaman sendiri
tentang bercuti
selain merehatkan minda
membuang duit secara berhemah
ia juga salah sata cara utk spend masa bersama anak2 ahli keluarga
dan jugak utk tgk tempat orang
rasakan budaya,serta masakan orang lain
dalam masa yang sama- shopping!!

sure ramai antara kita berangan nak ke luar negara
tipulah kalo kata takde kan!!

aku pun selalu berangan nak bawak anak2 melancong ke luar negara
tapi selalu pikir persoalan bajet
kalo dah sebut luar negara
dah tentu tukaran mata wang berbeza
kena pegi US/UK
lagi berganda2 kecil matawang RM kan

aku rasalah kan..
kita tak salah berangan
tapi apa salahnya kalo kita berangan
sambil bercita2

cita2 mesti seiring dengan perancangan

mula2 tetapkan DESTINASI impian masing2- tulis BESAR dalam note book VACATION anda

-eg : HK DISNEYLAND

jumlah anggota rombongan

-eg: 4 orang

masa , tempoh percutian - tempoh jangkaan untuk melancong

-eg-5h4m- tempoh dalam 16 bulan akan datang ( biarlah tempohnya lama lagik, asalkan perancangan kita menjadi)

start survey hotel, tempat makanan, tiket2 masuk utk taman tema dsbg

-list semua website yang menawarkan kadar berpatutan

selepas itu yang paling penting BAJET

-eg - RM 15K paling murah

sila kira2 semula-adakah cukup saving anda sebanyak itu ..ambil kira saving & kadar faedah jika anda menyimpan dalam bank..ambil kira jugak kemampuan kita setiap bulan utk percutian.let say ada bonus & ASB dividen- boleh campur sekali utk simpanan percutian kita.

banyak website yang mengajar cara2 utk kita merancang simpanan utk percutian

dan memang menarik !!

kat sini aku sertakan link utk "cara2 menyimpan untuk perancangan percutian "

-sini

-sini

banyak lagi- tapi kena rajin google

tip2 untuk dapat better deal atau yang murah2

selain beli tiket airline berbulan2 awal drpd tarikh penerbangan
-alert semua promosi AA/MAS- cuba2 nasib kot2 berjaya

rajinkan mengoogle semua maklumat yang berkenaan tempat percutian

merencana ittenary masing2- make sure dapatkan banyak rujukan terutamanya utk mereka2 yang dah pernah sampai ke sana

book hotel melalui pelbagai website spt agoda.booking.com.asia rooms,

serta stick to the budget - jangan mengelat!!DISIPLIN paling penting ok.

dan yang paling utama - DOA banyak2 , semoga Allah mempermudahkan perancangan kita-niat paling utama sbg nak melihat kebesaran ALLAH, nak tengok tempat orang, bukan nak bermegah2..nauzubillah!!

jadi sempena nak hujung tahun 2012

jom kita berangan secara berhemah!!

selamat berjaya :))






4 comments:

Daddy Ziyyad said...

What a great entry!

Betul, percutian yang berjaya, ialah percutian yang dirancang..Di rancang berbulan bulan lamnya..Call it obsession, namun dgn planning seawal mungkin, kita bukan sahaja boleh save banyak dari segi kewangan, tapi hasil percutian itu juga selalunya, lebih menarik! Saya tahu, sebab saya dah amalkan..hihihi

Suliana said...

good idea :-)
su pun baru booking air asia ke langkawi bulan 2 nanti.. nak stat kumpul duit bulan depan. hehe..

Imaan09 said...

vacation bg saya IMPOSSIBLE dgn adanya suami yang kerja kt kilang..jadualnya ketat dan cutinya pelik2 dan tiba2.. adoii

zailamohamad said...

hehehe..aku xleh nak rancang lagutu sebab laki aku ni keje 24/7 takde istilah cuti..huhuhu time cuti pon keje..on call manjang *sigh*

sebab tu aku berdikari g cuti2 ngan anak2 je..biar dia tukang seponsor..kahkahkah