Pages

19 November, 2012

Duit Hantaran -versi orang Utara

*warning awal2-ini pendapat peribadi tak mewakili sesiapa pun-harap maklum!

pic- google :)


aku ada isu menarik ttg ini
kebetulan adik ipar akan bernikah dgn orang utara bulan depan
kebetulan kak ipar aku bukak isu nih
duit hantaran orang Utara 

aku rasa ramai orang tahu kot
kalo di negeri2 lain selain pantai timur
kami panggil duit hantaran itu sebagai Duit Belanja hangus
kosnya mungkin serendah 5k- puluh2 ribu
selalunya duit hantaran nih ditetapkan oleh pihak keluarga pengantin perempuan 
dan ianya digunakan utk biaya majlis perkahwinan itu sendiri
selalunya akan diberi pada keluarga pengantin perempuan 
sebulan sebelum majlis @ mengikut ketetapan keluarga pengantin perempuan itu sendiri

selain duit hantaran, pihak perempuan akan menerima wang mas kahwin 
samada mengikut hak/syarat ditetapkan oleh negeri bermastautin
atau jugak mengikut ketetapan pihak perempuan itu sendiri
macam aku dulu-mas kawin ditetapkan RM1001.00 sahaja 
dan diberi selepas majlis akad nikah
memang hak mutlak pengantin perempuan sahaja 

isu yang cuba SIL nih bangkitkan
bilamana di bandingkan dgn cara pemberian duit hantaran di sebelah pantai timur
dimana mereka tak panggil Duit Hantaran
tetapi ianya Mas Kawin-dan akan diterima usai majlis pernikahan
kiranya keluarga perempuan tetapkan 5k
makanya 5k jugaklah pengantin perempuan akan terima 
dan mereka selalunya gunakan untuk membeli barang kemas

bagi aku -ikutlah adat negeri masing2
tak payah nak pertikai itu & ini
tak payah nak canang adat kamu lebih baik dpd yang lain

kalo itu rezeki ko dapat beli gelang besar,rantai besar lepas kawin
alhamdulillah..tak perlu nak canang kot !!

utk aku yang memang mengikut adat perkahwinan di utara @ Perak to be exact
begitulah adatnya
dan untuk aku secara peribadi
bukanlah pengemar tegar barang kemas
ada takde tak pernah jadi hal 
biarlah pakai apa yang ada

bagi aku -amalkan menerima & menghormati adat orang lain secara baik
tak perlu nak pertikai itu & ini
kalo taknak ikut adat orang
cari pasangan senegeri senang citer kan!!

bagus kalo semangat assabiah tuh kuat
tapi lagi bagus kalo ada fleksibel sikit
senang nak ke hulu-ke hilir

pendapat akulah
kalo betul suami itu sayangkan isterinya
sekali dalam tempoh 5 tahun
belilah barang kemas utk isteri
apa salahnya kan?

tak perlulah isteri nak kena tggu duit mas kawin sekali seumur hidup baru isteri dapat membeli atau dapat merasa nak pakai yang tebal2,yang cantik2

tak gitu?

peace !!





3 comments:

Imaan09 said...

yess..memang berbeza..dan y pantai timur pun terpulang kt pengantin pompuan nak buat apa pun..beli peti ais ke, xsemestinya barang kemas.. tp kan kak lin, sy dulu, dpt duit tu jadikan blanja kawen pun xcukup.. agaknya klu buat beli satu2 barang, belanja kawen nak korek mana plak??? huhuu.

lienda said...

ah ah memang berbeza antara nogori,masa kita dulu hantaran lain,mas kawin lain.....coz kita pun dari utara kedah....

mama maman aka yana said...

betul la tuh.. jgn nak fanatik sgt.. duit maskawin pun jika yg perem nak buat kenduri pun boleh.. tak semestinya beli brg kemas.. tolong apa yg patut kan.. tuh pun majlis kita kann