Pages

22 November, 2012

mama is paranoid !

betul tuh :))


semalam result grading class untuk kak ain dah keluar
balik2 aje semalam
kak ain bagitau mama
ain dapat masuk kelas no 3 daripada 8 kelas utk tahun 1

walaupun bukan kelas pertama
mama still rasa seronok
jadiler nak
as long as kamu mahu belajar
kamu mahu berusaha lebih gigih
semoga jadi lebih baik nanti

mama doakan kamu berjaya dunia & akhirat
jadi pelajar yang tekun
yang hormatkan guru2
yang dikasihi kawan2
yang paling penting jadi contoh terbaik utk adik Auni

sejak dua menjak nih
aku adalah sedikit terlebih paranoid
aku mengaku aku seriau sikit
bila kak ain nak masuk Tahun 1 nih

aku dok pikir macammana anak aku nak masuk sekolah
macammana dia nak dandan diri dia sblm pg sekolah
pandaike dia ?
sebabnya kak ain aku akan transitkan kat taska
setelah balik sekolah agama
kalo pg2 nak g sekolah agama
aku leh siapkan dia awal2
tapi nak g sekolah kebangsaan sblh petang tuh
adoikhhh!!

tahu ke dia belanja kat kantin?
tak kena tolak anak aku?
dia kecik orangnya-takut kena buli
pandai pegi toilet sorang2 x?
ingat ker dia nak balik ke kelas sendiri nanti?

uwaaaaaaaaaaaaaaaa

mmg mama yang lebih paranoid!

tetiap hari aku pesan macam2 dgn dia
walaupun lambat lagi sekolah nak buka
sampai dia pun stress dgr aku pesan itu-ini

aku akan bercuti hari pertama kak ain sekolah
nak tgk m/mana dia naik van pg sekolah agama /sekolah kebangsaan
aku cuma harap ain jadi independent sikit
tak nangis
tak takut

pengalaman pertama seorang mama
anak nak masuk tahun 1

rasanya macam nak pegi interview kali pertama

haissssssshh!!





4 comments:

zailamohamad said...

In Shaa Allah takde pepe tu..kak Ain nampak macam dah besar compare ngan anak aku si Haziq tu..lama-lama mesti dia biasa lah tu..

Daddy Ziyyad said...

Saya rasa itu bukan paranoid berlebihan..Itu adalah kerisauan yang patut ada..Saya pun rasa nanti, kalau anak saya mmasuk umur nak ke sekolah, macam tu lah kot saya fikir..:)

Nor Akma said...

alamak betul jugak banyaknye nak kena fikir, saya tak rasa tu paranoid, standard kot tu.

Lily@MamaZaraZareef said...

normal kot kak lynn..saya zara baru nak masuk tadika dah pikir macam2 jugak..penat pikir last2 decide pindah kuantan..ada ayah die senang..pastu skolah jek dalam base..wuwuwuwu