Pages

11 May, 2010

salah siapa?kes aminulrasyid

aku mmg terbaca pasal kisah
seorg remaja dr TTDI JAYA
mati ditembak
kerana disangka "penjenayah" oleh pihak polis
sedangkan sebenarnya remaja ini
ketakutan kerana memandu kereta tanpa LESEN



hari nih
ternampak ada org baca paper

dan aku belek mymetro thru internet

paste dicn:

Koperal nafi sebab kematian
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

2010/05/11 SHAH ALAM: Selepas dua minggu, anggota polis berpangkat koperal yang terbabit dengan kematian remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, kerana terkena tembakan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian remaja itu.

Tertuduh, Jenain Subi, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim M Gunalan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memakai kemeja- T berwarna kuning dan oren serta berseluar jeans didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid dengan niat hendak menyebabkan kematian dan melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.


Kejadian berlaku di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.


Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, manakala tertuduh diwakili Salim Bashir. Terdahulu, Mohd Dasuki menawarkan jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. Bagaimanapun dibantah Salim dengan alasan jumlah ikat jamin perlulah berpatutan dan mengikut budi bicara mahkamah. “Tertuduh mempunyai pendapatan RM3,000 manakala isterinya seorang guru berpendapatan RM1,800. Saya mohon mahkamah mengambil kira keadaan tertuduh mempunyai tiga anak masih kecil,” kata Salim. Menurutnya, keluarga Jenain mampu membayar wang jaminan RM6,000 hingga RM7,000 saja dan berhujah tiada peluang bagi tertuduh untuk melarikan diri daripada kes ini.


“Jika jaminan tidak dapat dibayar, tertuduh ditahan reman sehingga hari perbicaraan. Keadaan ini menyukarkan semua pihak termasuk keluarganya. Mohon mahkamah memberikan jaminan rendah,” katanya.


Jenain menyertai pasukan polis pada 1985 sebelum ini pernah bertugas di mahkamah dan ketika kejadian, dia bertugas sebagai anggota polis peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.


Tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan penjamin dan menetapkan 10 Jun ini sebutan kes dan tertuduh membayar jaminan itu. Turut berada di mahkamah ialah isteri tertuduh yang kelihatan sedih apabila berjumpa suaminya. Bagaimanapun, keluarga Allahyarham Aminulrasyid tidak kelihatan di mahkamah.


sedihkan............

kalaulah kita bekerja mengikut landasan peraturan & pertimbangan sewajarnya

semuanya akan ok..bukan bekerja ikut gerak hati

mungkin x sepatutnya tembakan dilepaskan

(selagi keadaan x merbahayakan)

maksudnya budak tuh that time x bersenjata

x merbahayakan org awam

tapi...........


dan

sampai sekarang aku x percaya

dlm kereta bdk tuh ada "parang"

both side loser

keluarga arwah meratap kehilangan anak mereka

&

keluarga si KOPERAL nih pun sedih jugak

xtau lagi apa nasibnya

dan yg paling teraniaya tentulah isteri & anak2 beliau

No comments: