Ad-hoc plan
Kami sekeluarga
Mengadakan majlis kesyukuran & doa selamat serta tahlil sekali
Majlis kesyukuran kerana emak terselamat dari nahas jalanraya baru2 nih
Doa selamat semoga Allah lindungi mak hdknya
Tahlil arwah utk arwah ayah & nenek
Masak sendiri
Belanja murah sikit
Kos bahan mentah baru RM350
Jangan haraplah ibu mgdg nih boleh memasak
Sbb dah sarat nih,bawak diri pun tak larat
Tolong potong2 sayur aje
Dgn buat puding
Itu aje yg paling senang
Itupun sakit pinggang yg amat!
Adik mak dari taiping pun dtg
Satu2nya adik mak- satu ibu & ayah
Seronok sgt mak!!
Terus hilang sakit
Sedara-mara yang lain pun sudi datang jugak
Jemputan hanya lingkungan 50org shj
Tp yang datang dkt 80-90org
Beras masak 5kg
Kena ulang masak lagik
Apapon lauk memang berlebih2
Alhamdulillah
Semoga jemputan puas makan
Ini gambar mak & adik lelakinya
Serupa kan?
Mak nama Ainee
Uncle nama Azmee
Update ttg mak
Luka2 mula kering,menghitam
Kami berdoa smg takde parut kekal hdknya
Tapi mak masih sakit2 badan
Nampak sgt dia sukar nak bangun dari baring
Mungkin kesan hentakan rasanya
Risau jugak dgn dia
Mujur ada adik yg bercuti panjang jaga mak dirumah
Aku boleh tgk kejap2 ajer
Cuti dah tahap -ve nih
Rasa macam nak cepat2 beranak
So boleh babymoon sambil tgk2kan mak
Tp bukan kerja kita nih
Baby baru 34mggu
Banyak masa utk bersuka-ria lagi
Esok masa mgadap gynae
Smg baby dah pusing ke bawah hdknya
Amin
Ya Rabbal alaaminnn...
1 comment:
Salam kak Lyyn,
Alhamdulillah, bonda kak Lyyn dah bertambah sihat.
Saya doakan bonda sihat dan dilindungi Alah selalu.
Post a Comment