19 May, 2026

Ujian menunggu & pelan jangka pendek Aidiladha

Kereta yang kami order sejak awal April 2026 masih belum nampak bayang lagi
Tau tak apa rasanya skrg?
Sumpah PANIK!!

Raya Haji insyaallah jika panjang umur kita adalah pada 27/5/2026
Hari ni dah 19/5/2026
SA as usual-bila tanya dia respon ayat selamat dia semedang
Sebelum raya blablabla..
Dia tak tau ke betapa kecutnya rasa perut aku 
Kurang lebih ada 8 hari kami nak balik kg

Cuti raya pun aku x submit lagi
Sebab tiada kepastian
Tak tau samaada ada ketanya atau tak?

Orang kata-insyaallah ada rezeki tu
Tapi being mak2 be like
Aku tak nafikan 
Fasa bertenang2 ni takde dah di hari ini
Tapi fasa nak mengamuk pun xde mood jugak
Sbb pointless mengamuk bila mana still ketanya x dpt jugak
SA tu bukan CEO,dia pun menunggu jugak
Cuma tu lah kesilapannya adalah menipu
Kalo sejak awal dia x menipu,aku xdelah rasa nak mengamuk sgt

Sekarang aku mengambil pendekatan
Ada rezeki-adalah kan..
Takde rezeki-kita sambung tunggu lepas raya
Kalo keta dapat lepas raya
Memang aku ada solid reason bambu SA aku kaw2

So buat masa sekarang
Tarik nafas dalam2
Take my sweet time
Ada masa ko kena buat gila jugak sekali sekala
Tapi pastikan timingnya sempurna

Sekarang nak push beria pun x guna
Dah janjinya sebelum raya
Kalo ikut kalendar
Sebelum raya tu pada 26/5/2026
So banyakkan bersabar menunggu 26hb

Kalo keta tak kuar
Memang beraya di rumah ajelah
Khamis/Jumaat aku masuk keja 
Sabtu-Selasa (2/6/2026) cuti panjang kan
Mungkin Ahad aku akan balik Terengganu
Tinggal Ain/Adeeb sama adik aku
Bawak Affan & Auni sahaja
Kami kena hantar Auni balik Kuala Berang
Auni ada kem 2/6 di SAHUT
Aku jadi x seronok kalo x htr Auni
Sebab lambat plak dapat jupe Auni semula

Sungguhlah,kita dah buat apa yang terdaya
Selebihnya kita serahkan kepada Allah swt semata2
Tiada daya & upaya kita
Allah swt Ya Baariq yang maha mengatur hidup kita

Sabar itu separuh dari iman kan?











No comments:

Post of a DAY

Ujian menunggu & pelan jangka pendek Aidiladha

Kereta yang kami order sejak awal April 2026 masih belum nampak bayang lagi Tau tak apa rasanya skrg? Sumpah PANIK!! Raya Haji insyaallah ji...