11 May, 2026

Kisah kami 24 jam di Terengganu:Felda Residence,Mayang Mall,Pasar Payang,Nasi Dagang atas tol & Kuala Berang

Jumaat minggu lepas aku & Ain fly ke KT
Tak lain tak bukan,untuk melawat Auni di Kuala Berang
En papa ,Adeeb & Affan tak dapat ikut kali ni
Sebab En Papa ada sukan sekolah Sabtu lepas
Jadi aku paksa Ain ikut buat teman mama
Alhamdulillah,flight AA kami on time
Even awal 15 minit dari waktu berlepas asal

Singgah solat dulu sebelum masuk gate

Kapal AA yang bakal membawa kami-hujan gerimis di T2

Kebetulan birthday Ain Jumaat lepas,kami sempat minum kopi kat departure hall sebelum masuk gate


Kami selamat tiba di KT,ngam2 6.30pm
Sampai aje kami collect keta sewa yang telah aku sewa seminggu awal
Keta tu dah siap park kat parking betul2 depan arrival
Senang betul aku rasa
Takyah serabut menunggu orang hantar keta
Kami sewa Perodua Axia sahaja,jadikler.
Aku pun berdua aje sama Ain
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,KT

Masuk keta tekan waze cari stesen minyak,nak isi minyak dulu
Mujur 5minit drive dah jupe stesen minyak terhampir dan kami terus waze ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Felda Residence
Sebelum nak menyampai nampak macam ada restoran tepi jalan
Aku cakap dgn Ain
Jomlah makan dulu sebelum check in
Rupanya tempat makan tu namanya Terengganu Waterfront
Impromptu discovery kekdahnya
Walaupun berkawin dengan orang Terengganu 21 tahun lamanya,inilah 1st time kami sampai ke situ
Boleh kata KT ni banyak tempat lagi kami x pusing
Semedang mereput kat Dungun aje

Nih gambar wefie kami di Terengganu Waterfront-cantik kan belakang tu?
Ain order chicken chop

Aku plak order nasi goreng & daging halia.Sedap jugak!

Elok lepas makan,kami check in hotel
Rupanya dalam 5minit perjalanan dah smp hotel
Lepas check in,Ain ajak g tgk Mayang Mall
Waze kata 4km aje-marilah kita ke sana

Ruang lobi Felda Residence terletak di tingkat 2
Bila kami nak check out,baru perasan laut kat sebelah ni aje.

Bilik standard yang en papa booked untuk kami berdua


As usual tersilap,parking plak dkt tempat parking per entry RM10
Lantaklah situ,malas nak memusing cari plak
Surprisingly Mayang Mall nampaklah vibe shopping mall ala2 Klang Valley,banyaklah kedai yang biasa kita nampak kat KL yang ada disana
Even restoran Chef Wan pun ada,cuma tu lah,tak besar mana pun mallnya.
Jadi pelik,kenapa susah nak ada panggung wayang kat sana ye?
Ke aku yang tak nampak?
Setelah memusing lebih kurang,kami pun bertolak balik ke hotel
Baru terasa penat,seharian rasa merayap

Aku tido nyenyak sampai ke pagi,sedar2 pukul 6.50am
Melompat bangun Subuh,kejut Ain bangun
Mandi2 bagai,bersiap mengemas
Waze cari nasi dagang
Luckily,Nasi Dagang atas tol cawangan Bandar terletak kurang 1km dari hotel kami

Sampai2 aje orang queue panjang.Meja pun ikut luck,sapa cepat dia dapat


Aku order nasi dagang+pulut kuning serta gulai ikan,Ain plak sebenarnya nak nasi lemak tetapi dah hbs.Jadi tukar amik mihun goreng.Verdict:padanlah sohor seluruh Malaysia-nasi dagangnya sumpah sedap!Bihun goreng plak Ain kata manis,sesuap dua aje dia lalu makan.Selebihnya memang tak habis dia makan.Masa makan ni betul2 teringat anak2 lain,en papa.Semoga ada rezeki bawak sumer anak2 kesini jugak.Mak2 sangat kan,makan sedap pun teringat anak.

Kami lepas makan singgah ke Pasar Payang,hajat nak belikan mak kaftan lengan panjang
Kebetulan birthday mak & Ain 8hb Mei tu
Dah lama x mencemar duli ke Pasar Payang,tak tau kenapa
Macam x berapa seronok
Mungkin x seronok sebab x berduit nak menyopping
atau sbb panas litlit Terengganu

Perkakas rumah banyak jual sini.

Berhajat nak beli penyu ni utk Affan tapi memikirkan kami balik naik AA-risau plak nak heret masuk kabin.Kebetulan kami tak beli luggage jugak.Next timelah,masa datang naik keta nanti plak.


As usual Pasar Payang ni-tenant menyewa jual barang yang seakan2 sama antara satu sama lain.Membezakannya adalah harga,design dan mungkin juga pilihan yang ada.Ada kedai pilihan macam terhad,ada jugak penjual yang macam x berapa nak mesra,ada harga mesra poket,ada harga mampu tengok ajelah.Nak kata murah sangat,mungkin tak lah.Tp bak kata orang sana-pandai kecek kita wi selaluh!


Balik dr Pasar Payang waze Kopi Saigon,si Ain nak minum kopi plak dah
Aku suh tapau air mineral sejuk ajelah,sebab panas kemain Terengganu weii
Terus tekan waze ke Kuala Berang
Sampai KB dalam tempoh sejam,sempatlah membeli jajan Auni 
Kami tapau nasi jugak,sebab memikirkan kami ada masa 2 jam aje dengan Auni 
Auni plak hanya boleh outing 1.30pm
Kami plak kena kejar flight balik KL iaitu pkl 5.45pm
Maka suka tak suka 3.30pm kena gerak balik dr  KB ke KT

Amik Auni bwk g pekan KB
Kami makan kat masjid tgh2 bandar KB
Tumpang solat jugak
Habis makan/solat-bawak Auni pi mendobi baju
Sementara menunggu baju siap dobi kami ke Secret Recipe beli kek 2 keping belanja bdk2 ni makan
Ain pun x dpt kek birthday lagi

Dua ni ajelah anak dara kita.

Ain dah 20 tahun :)


Sempat ke kedai buku SMO
Auni beli buku latih tubi & pen
Baru patah balik ke dobi-collect baju
dan kami hantar dia  semula ke SAHUT

Tinggallah Auni-sedihlah rasa meninggalkan anak wpun berpuluh kali kami dah hantar dia
Tetaplah rasa sayu rasa
Besar manapun dia,tetaplah anak kesayangan kami
Semoga pengorbanan kami melepaskan anak duduk jauh ni  akan membuahkan hasil yang manis
Semoga Auni berjaya score straight A's dalam SPM nanti

Kesayangan mama:Auni Irdina.Orang kata Auni muka seiras mama,tetapi Ain seiras paknya


Kami drive semula ke Airport Sultan Mahmud
Sejam jugak perjalanan,alhamdulillah waze sangat cemerlang
Kami tak sesat larat,sejam jugak drive
Ngam2 4.30pm kami smp airport ,park keta semula kat parking betul2 depan pintu arrival

Muka penat baru smp airport waktu ni.Gambar selfie hantar report kat big boss kat rumah


On board-selfie sama Aircraft AA

Kami berdua duduk di aisle row-mujur row yang sama.Mak ko kedekut,xmo beli seat.Maka duduklah bertempiaran asalkan duduk dalam aircraft yang sama.Kalo dulu anak kecil2 mmg wajib book seat,tapi ni masing2 dah besar.Pandai dah jaga sendiri.Tapi jika bawak Adeeb,wajib mama book seat sbb Adeeb takut naik flight.





Axia merah penyelamat.Kos sewa RM100.


Alhamdulillah flight kami on time
Rasa jarang sekali tak kena sidai dengan AA
Kami selamat tiba di KLIA 2 pkl 6.45pm
En papa,Adeeb & Affan dah tunggu kami di arrival
Terus singgah solat maghrib di Dengkil & makan kat sana sebelum balik ke rumah

Kos lebur
Aku rasa termasuk flight tix dsbgnya
Aku berhabis RM1300.00

Semoga ada rezeki lain buat ganti kos yang lebur
Duit memang habis
Tapi moment stays forever

Serik?
Tak pernah serik,sebab Terengganu ni antara tempat yang aku suka ulang2 pergi
Aku suka laut,aku suka seafood
Maka Terengganu akan selalu jadi must visit list selain balik kg
Semoga kereta baru kami selamat sampai sebelum raya
Kami nak memusing KT lagi kalo ada rezeki













No comments:

Post of a DAY

Kisah kami 24 jam di Terengganu:Felda Residence,Mayang Mall,Pasar Payang,Nasi Dagang atas tol & Kuala Berang

Jumaat minggu lepas aku & Ain fly ke KT Tak lain tak bukan,untuk melawat Auni di Kuala Berang En papa ,Adeeb & Affan tak dapat ikut ...