23 June, 2026

JJCM:Melawat Auni di asrama & melayan tekak di SR,Kuala Berang.

Sebagaimana aku bagitau pada post sebelum ini
Aku balik Terengganu melawat Auni
Sabtu awal pagi kami dah gerak dr Dungun ke Kuala Berang
Berbunga2 hati rasa nak jupe anak
Jenuhlah memusing kat area gerai2 jualan mencari anak dara kita
Alih2 mintak tolong kawannya panggilkan dia

Panas litlit Kuala Berang
Seronoknya rasa jupe anak
Melayan selera dia makan
Belanja jajan bagai
Melayan dia bercerita
Auni memang pandai bercerita,leka kita melayan dia bercerita

Sempat jugak seludup dia keluar wpun sebenarnya tak boleh keluar asrama
Tapi kisah plak mak ko
Mujurlah tak kantoi dimana2
Sempatlah bawak ke Secret Recipe,makan kek dsbgnya

Dapat 2-3 jam aje bersama,sebabnya kami kena patah balik Dungun
Nak jupe Kak Ipar yang dari Kuantan 
Kebetulan dia turun ke Dungun sebab plan hantar anaknya mendaftar ke Asasi UMT plak keesokkan harinya
Dan kami plak ptg Sabtu tu jgk kena bertolak balik KL
Sebab husband ada urusan Ping Pong MSSD  plak
Memang penatlah haiiiishh

Kami selamat sampai rumah pkl 11pm
Bertolak pukul 5pm setelah overdose makan durian kat kg
Makan laksa bagai
Sekarang mana2 pun musim durian kan
Kat kg,elok menjadi2 pulak durian tahun ni
Kak Ipar offer bawak balik
Huishhh xmolah
Kang pening melayan bau durian dalam keta berjalan jauh ni

Mehlah tepek gambar 
Buat diri sendiri sebenarnya untuk ulang2 baca
Biar xde orang tengok pun
Memang blog ni
Medium mama menyimpan memori
Kot dah tua
Boleh belek blog sendiri ,senyum sendiri

Lepas ni lambatlah dapat jupe Auni semula
Takde aral 1/8/2026
Kami ke sana semula
Kebetulan Auni ada outing
Semoga dimurahkan rezeki,diberi kelapangan masa & rezeki sihat tubuh badan
Insyaallah jupe lagi 
Sehingga itu,struggle untuk Trial SPM
Be the best & beat the rest



Entrance SAHUT-terbukak luas.Almaklumlah hari asrama terbuka kan.



Sempat curi masuk tgk dorm asrama Auni


Katil Auni duduk di bahagian bawah,hasil booked awal pagi awal bukak sekolah hari tu!

En Papa paksa bawak keta baru,sebenarnya sejak keta ni keluar sekalipun x terasa nak bawak.As usual ada rasa seram bawak keta besar/lebar macam ni.Aruz dulu pun amik masa nak bawak,penakut hampeh!


Missing Kak Ain sebab Ain berjalan Penang dengan classmate masa di SMT dulu.

Shinjuku Bakes ni wajib order setiap kali kami ke SR

Menu ni en papa yang order-nasi goreng dengan sate rasanya


Affan xmo makan nasi,maka dia order kek sahaja.Choc Chip Walnut-dia sendiri yang pilih kat kaunter

Vietnam Noodle ni memang faveret aku-sedap yakmat

Seafood spaghetti untuk Auni

Chicken chop ke apa namanya-yang ni aku redeem point SR 800 point.Savelah RM22

Anak dara kami & paknya :)














 


No comments:

Post of a DAY

JJCM:Melawat Auni di asrama & melayan tekak di SR,Kuala Berang.

Sebagaimana aku bagitau pada post sebelum ini Aku balik Terengganu melawat Auni Sabtu awal pagi kami dah gerak dr Dungun ke Kuala Berang Ber...