17 January, 2018

Musim sakit!

Musim sakit –acara tahunan

 

Awal tahun sahaja dah diuji dengan ujian kesakitan.Sabtu minggu lepas –petangnya aku dah start seram-sejuk.Takde batuk mahupun flu Cuma perasan tekak sakit sikit bila menelan airliur sendiri.Jadi self conclude yang aku ada throat infection @ tekak merah yang boleh menyebabkan aku demam nanti.

 

Elok pas maghrib mmg badan dah start panas,kepala berat macam ada batu-makanya memang aku telan PCM & tido.Tido awal,mandi pun tak sebab giler sejuk rasa badan.Esok pagi-Ahad- satu badan aku sakit2..demam makin panas.Aku makan roti canai en papa belikan,mandi air panas & bersiap sebab ada meeting kat Tadika Adeeb.Gagahkan jugak pergi sebab dah janji dengan cikgunya.Tak pasal2 orang lantik jadi Naib Pengerusi..sakai!!

 

Balik dari meeting,singgah kejap rumah kakak aku.Aku & kakak aku sebenarnya nama aje tinggal satu taman perumahan tapi nak jupe sekali-dua pun azab.Masing2 sibuk keja.nak jupe bukan main payah-kena appointment segala bagai.Nak mengirim surat dari Sekolah aje untuk Abg Ipar.

 

Pastu terus balik rumah,aku bergulung dalam selimut sebab mmg seram-sejuk badan.Suh en papa masak,sambil aku bagi guide.Jadik jugak dia memasak walaupun dia boleh kira dengan jari berapa kali aje dia memasak sepanjang aku kawin dengan dia ni.Ada takde,dia memasak masa aku dalam jagaan dia masa tengah pantang,aku masuk hospital jaga anak sakit ataupun aku sendiri yang masuk wad.Bukan jenis yang pandai memasak.Anak2 makan abis,jadiler,Asalkan anak2 kenyang.Syukur jugak suami aku jenis ringan tulang membantu bila aku memerlukan bantuan dia.Aku mmg tak makan,tak lalu.Aku mintak en papa buat milo panas,makan sama biskut gula 4 keping.Itu aje yang lalunya.Sepanjang hari memang aku tido,bangun utk solat & nature calling aje.Anak2 tak kacau sgt bila mama sakit ni.Petangnya suami belikan bubur nasi kat pasar malam sebab aku teringin nak makan bubur.

 

Pas makan-tido balik smp ke pagi.Apa kes teruk sgt demam,asal letak kepala aje memang aku tido pengsan tak sedar diri.Isnin mmg badan panas lagi,tak nampak gaya akan reda tanpa antibiotic.Tekak sgt sakit.Sakit badan jangan cakap-macam orang2 tua kata demam urat,Sakit sangat belikat aku.Aku hantar Adeeb gi tadika & aku terus ke klinik.Doktor check tekak dia terus bgtau tekak awak merah sgt,kena cover antibiotic.Balik klinik telan ubat siap2 dan gagahkan diri masak sikit sebab Auni akan balik dr SRA –dia kena makan sebelum bersiap ke SK plak.Masaklah gulai pindang & ayam sos tiram.Itu aje yang larat.Itupun ntah berapa round aku asik terbaring kat sofa sbb berdiri sgt azab utk aku,kepala berat macam ada batu bata!Auni dah pegi sekolah,aku sambung pengsan tido smplah si Ain balik plak.Dia sekolah pagi SK & akan makan untuk bersiap ke SRA petangnya.Yang mudah dengan Ain dia prepare sendiri apa dia nak,tak perlu tunggu aku sendukkan.Aku boleh berbaring dengan aman.Tido lagi smp ke petang-by 4.30pm macam tu baru rasa badan berpeluh.basah t-shirt yang aku pakai.Orang demam memang keyword nak kebah demam kenalah berpeluh barulah nak rasa sihat sikit.But still sakit kepala hazabedah.Malam en papa tapaukan makanan dari kedai Thai.Aku makan sikit & tido awal lagi.

 

Punyalah tak produktif weekend baru ni,asik tido baring melayan badan tak sihat.Nak buat m/,mana,badan jenis sekali-sekala aje sakit,sekali sakit memang melepek macam kain buruk.

 

So hari ni dah kembali bertugas, bekerjalah dengan ikhlas.Demi mencari rezeki yang halal nak besarkan anak2.Demam dah kebah Cuma tekak masih perit lagi.Semoga sehari-dua ni,eloklah hendaknya.

 

Apapun ujian sakit –hikmah yang selalu kita dengat sakit itu penghapus dosa,Moga dosa2 diampunkan Allah & dipermudahkan setiap urusan kita hdknya.Allah tak pernah uji setiap hambanya suka2,pasti ada hikmah tersembunyi.Smg kita istiqomah bersangka baik dengan setiap ujian yang Allah turunkan.

 

Apapun-tak sabar nak habiskan Januari 2018-sebab pertengahan Februari i/allah kami sekeluarga akan pulang ke kampong halaman en papa.Aku suka balik kampong sebab bila balik kampong,means aku memang boleh berehat sungguh2.Tak kecoh anak nak pegi sekolah,nak memasak pun tak susah mana sebab ramai ipar duai gotong-royong memasak.Anak2 pun bila balik kg tak heran sangat kat mama dia ni.Dah malam baru cari mama.So mmg aku look forward cuti CNY ni.W/pun kena bertabah dengan jalan yang super sesak kat highway nanti.Bertabah ajelah,tetiap tahun CNY pun isu jalan sesak dah tak heran sgt.Alah bisa tegal biasa kekdahnya.

 

Sehingga itu selamat bekerja semua

Tingkatkan produktiviti

Kurangkan kontroversi

 

Gitu!!

 

 

*selfie orang sakit namanya ni! 

 

 

 

 

 

 

1 comment:

ayukhairy said...

bila sesekali jatuh sakit ni, memang lemau gak la kan...

p/s ; bestnyaaa balik kampungggg..kitaorag tg raya la jawabnya..hehe

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...