Kalo buntu akal tak tau nak masak apa
Atau langsung takde bahan mentah nak masak
Sardin memang pilihan utama
Selain telur & ikan bilis
Aku hanya pandai wat sambal sardin @ wat sandwich sardin
Sambal sardin makan sama nasi panas
Letak kicap sikit
Itu sudah cukup!
Anak2 tak pandai makan sambal sardin
Tak kisahlah
Yang penting mama suker
Ini antara makanan wajib tgh2 bln masa kecik2 dulu
Aku membesar dgn makanan ini
Pernah rasa susah dulu
Mak dulu sgt kreatif
Sambal sardin
Masak lemak ikan bilis
Ikan bilis goreng bawang
Sambal sardin
Sup telur
Kari telur
Masak lemak cili api telur
Antara menu yg mak masak
Sementara nak tunggu hari gaji
Kami adik beradik makan tak berbunyi
Dah biasa macam tuh
Kalo tetiba ada lauk daging/ayam
Itu yg buat rasa pelik
Lauk ayam/daging jarang2 sekali
Kecuali hari gaji
Anak2 aku tak pernah rasa susah
Alhamdulillah
Anak2 murah rezeki
Lauk ayam tetiap hari x pnh missed
Bila xde lauk ayam,mulalah bising tanya mana ayam?
Hidup tak pernah susah
Dah berkereta dari kecik
Tak pernah bersesak dalam bas
Tak pernah berpanas /berhujan
Boleh pilih2 pulak nak naik keta kecik @ keta besar
Dah pandai demand nak makan mana..
Nak jalan mana..
Dari kecik dah terbang naik kapal terbang
Untungnya anak2 sekarang kan..
Kadang2 bila pikir2 balik
Kesusahan aku dulu yang membentuk aku hari ini
Aku bertekad nak keluar dari lubuk hidup cukup2 makan
Aku nak hidup senang
Tak nak anak2 warisi kesakitan aku membesar dulu
Makanya bila dah ada anak
Aku berikan segala yang terbaik
Makan sedap2
Baju cantik2..berkasut elok
Berjalan serata tempat
Berkereta ke mana sahaja
Bercuti bila ada masa
Dan kembali
Aku rasa aku tak boleh beri 100% utk anak2
Aku tetap rasa
Anak2 ada masa perlu dididik rasa susah
Rasa sedikit kurang
Sebab dengan rasa itulah akan membentuk dia akan datang
Sebab itu bila anak2 bising nak kereta besar macam keta mak long-mak long ada MPV
aku & papa dok sebut berulang kali
Nak kereta besar,nak rumah besar kena belajar pandai2-mama/papa mampu beli kereta yang ada skrg nih jer
Bukan senang mendidik anak
Memang kita sayang anak
Sapa tak sayang anak kan?
Anak itu saham akhirat mak-bapak
Hasilnya dituai bila kita mati kelak
Kannnnn!!
5 comments:
jangan memain..
sadin sekarang lebih mahal dari ayam !
Betul tu leen
Sardin lg mahal....
Buat sambal.....
Mmg the best..
Balik karang nak sambal sardin......
Selalu macam itulah pesanan untuk anak-anak - 'nak senang, belajar rajin2' ... :)
pernah try beli sardin fresh kat pasar? masak ikan sardin fresh pun sedap jugak
yes lynn..
kita membesar dengan susah payah..anak2 skrg mewah..mintak ape pun dapat..keperluan raya kita dulu setakat pasar malam pun dah bersyukur sangat..janji happy berbaju baru..
btul,stp kali anak mintak umah besar,keta besar stp kali tu cakap,blaja pandai2 nnti dapat merasa itu semua..
kita pun xblh nk bayang cucu cicit kita besok,cabarannya lebih susah dan payah n permintaan pun lebih..agaknya kan?
Post a Comment