Tapi aku rasa macam perlu mencoretkan sesuatu sebelum aku tido
Mana tahu esok tak sempat
Ajal maut ditanganNYA
Malam nih
Berkesempatan meraikan hari lahir dua insan terpenting dalam hidup aku
Mak & anak sulungku yang berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 8 Mei
Dua insan yang membentuk siapa aku
Mak insan terpenting yang mengadun aku seadanya sehingga hari ini
Dan anakku yang menobatkan diri aku seorang Mama kini
Doa aku utk mak moga2
Diberi kesihatan yang baik
Dimurahkan rezeki
Dipanjangkan umur yang berkat
Dipermudahkan segala urusan
Lillahhitaala
Aku sayang mereka berdua
Utk Ain
Mama doa semoga kamu jadi kakak yang baik ,contoh tauladan utk adik2
Diterangkan hati utk belajar
Berjaya dunia & akhirat
Mama janji akan usaha beri yang terbaik buat kamu 3 beradik
1 comment:
hepi besday opah & ain =)
Salam singgah & Salam perkenalan =)
Post a Comment