Pages

05 May, 2014

Obses!

Setiap orang
Ada obsesi masing2
Cuma nampak dgn tidak sahaja

Obsesi boleh jadi dari sudut pandangan yg positif @ sebaliknya
Aku lebih merasakan obsesi itu harus diberi @ diletakkan pada tempat & dasar yang betul
Yang tak menyusahkan sapa2

Jangan sebab obses pada sesuatu
Kita main pukul rata tanpa tahu hujung pangkal
Orang yang tak bersalah dituduh tanpa usul periksa

Sukalah apa sahaja
Hormati perbezaan
Dan cari titik persamaan walau sedikit


So far
Obsesi aku hanya pada anak2ku
Setiap inci hidupku ini
Utk anak2 & suami tercinta

Aku mencari titik kesempurnaan
Membentuk keluarga yang bahagia
Mengimpikan anak2 yang terdidik dgn ilmu agama & bekal hidup di dunia kelak
Obses mencari formula anak2 berkasih sayang sesama sendiri
Obses mencipta ruang yang terhad diisi dengan masa yang berkualiti

Aku takde impian lain selain itu
Tak pernah mimpi nak pakai handbeg beribu2 reganya
Tak pernah berangan nak bergaya sakan macam orang lain
Bertudung sehelai beratus reganya
Tudung aku bawal sahaja
Paling mahal rega RM15 Aidijuma
Hiduplah seadanya aku
Orang yang masih tak reti pakai kasut tumit tinggi smp hari ini
Yang tak tau isu kelas & darjat
Tak faham sampaikan beg baby pun perlu jenama bagai

Aku takut 
Kalo sampai ke tahap itu 
Aku jatuh riak & ujub
Takut suatu waktu & ketika
Bila sampai ajalku
Allah tanyakan
Kemana duit ringgit yang aku ada dibelanjakan?

Duit ringgit kita
Letaknya hak orang lain terhadapnya
Duit yang sebenar2 duit kita
Adalah duit yang kita infakkan utk jalan Allah-jalan kebaikan-jalan kebajikan
Wallahuallam bswb

Biar kita miskin harta
Asal tak miskin budi bahasa








1 comment:

Marsha~ said...

Tak sangka sungguh perkara ni jadi sebesar ni. tipulah kalau sy cakap entry ni tak buat saya terasa...

pasal komen sy di fb, membawa2 entry sebegini rupa... padehal sedikit pun sy tidak obsess dgn tudung fareeda tu...

beginilah, soal beratur di depan butik fareeda tu.. isu tu dah lama, isu basi... kami semua dah muak baca pasal tu... saya sebenarnya tidak berapa suka dgn kwn2 fb yg sharing benda2 yang tak penting.. yang tidak membawa kebaikan, malah akan mengundang & menggalakkan kwn2 lain komen/bercakap perkara2 yg mendatangkan dosa dan fitnah - keyboard warrior... sedangkan kita tatau apa sebenarnya situasi yg terjadi sbb kita tak berada di tpt kejadian.. yg menulis tu pulak wartawan yg hanya mahu sensasikan cerita.. itu sahaja...

kalau tak suka, let it be... biar jelah... nak nasihat bukan secara terbuka.. sampai kata diorg tu gila.. membazir.. itu lah ini lah...

eh, come on lah... let it be.. nak obsess ke apa lantak diorg...
kita nak bagi nasihat kat diorg tu pun siapa kita?? kita sendiri belum cukup sempurna mana pun..

saya backing diorg bukan sbb saya obsess barangan mahal... tidak.. tidak sama sekali.. cuma tidak adil utk kita judge diorg.. dior tu reseller yang mencari rezeki.. ada sebab diorg jual mahal balik, nak membli tudung tu pun bukan mudah semudah ABC.

nak kata diorg kaut untung berganda2??, habis tu jutawan yg jual korset tu pun sama je, nape takde org nasihat dia pulak?

kita ni sesama islam.. jadi pasal ni sbb benda2 macam ni... sedihlah... sedangkan kita pernah berjumpa di syawal mulia...

tapi kamu akhirkan dgn cara begini.

hanya kerana komen sy di fb.

susah saya katakan, no heart feeling... tapi tetap keluarkan entry sebegini. untuk apa???

kepuasan diri? memerli??

terima kasih..

maaf kalau sakit hati baca komen ini.