Pages

17 May, 2014

Sukan-Tabika Perpaduan rakyat Marhaen

Pg nih
Sempat menemankan Auni ke hari sukan
Tabika Perpaduan daerah Sepang
Diadakan di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi

Disebabkan cikgu kurang kakitangan
Makanya 2 ibubapa dipilih sbg urusetia
Ntah m/mana aku pulak yg terpilih
Redha ajelah
Kesian jugak cikgu nak jaga 20 bdk2
Bukan senang weiiii!!

Serious..
Rasa nak putus urat semua ada
Jenuh nak mengepung bdk2
Dah ler ramai bdk2 kat situ
Pakai baju sepesen kaler
Memang kena super menghafal muka bdk2

Belum lg bab bdk lapar
Bab nak g kencing
Ulang alik kami bertiga sama cikgu melayan kerenah kanak2

Elok pulak habis perbarisan 
Hujannnnn!!
Berlari masuk khemah ramai2
Budak2 mengaruk panas & melekit2 bdn
Kesian sgt2!!

Dah reda hujan
Ada pulak tgk lebah terbang beramai2
Kecoh lagik
Pindah pulak khemah tgh2 padang
Memang horror!!

Ituler sukan versi marhaen
Memang unexpected

Tapi rasanya
Kena buat usul utk sukan tahun2 berikut dibuat di tempat stadium tertutup
Mak-bapak kena byr sikit pun takperlah
Asalkan selesa sikit

Balik aje rumah
Aku terus pengsan
Penat sgt2!!!


Bersila bawah khemah
Cikgu bawak tikar siap2


Mula beratur utk perbarisan


My amazing Auni Irdina

As mom aku akan usahakan luangkan masa utk aktiviti anak2
Dah rasa betapa sedihnya dulu masa kecik2
Bila mak-abah takde masa
Nak tgk aku bersukan
Jadi aku tak nak anak2 lalui perkara yang sama

Sayang sgt anak2
Allah sahaja yang tau!!




No comments: