Pages

12 May, 2014

Skypark,One City USJ 23

Sempena hari ibu
Mama adalah mogok masak
Pagi2 bangun subuh
Pastuh bantai tido smp kul 10am
Bgn2 panaskan nasi minyak,kuah dalca,rendang daging & ayam berempah yg diberi jiran mlm semalam
Itulah sarapannya

Tengahari papa tanya
Nak g makan mana
Jadi suggest g One City
Tempat baru
Konon2 nak cari Absolute Thai tapi haram x jupe :(
Ke aku yang tak pandai cari

OneCity nih dalam 15minit driving dari rumah
Letaknya di USJ23
Cantik,easy access
Dan yang paling penting parking free!!

Tarikan utamanya tentulah SKYPARKnya
Letaknya di tingkat 10
Dimana ada taman terbuka
Ada tempat dimana lantai dibina dari kaca tembus pandang ke bawah
Ini mmg sgt horror
Aku sgtlah takut nak pijak
Tp bdk2 bukan heran
Siap boleh lari2 atas tuh

Tgk nih
Si Auni-langsung takde gerun

Siap sujud nak tgk ke bawah
Aku dah mengelupur time nih


Kat atas nih berebut orang nak bergambar
Memang open air concept


Berdiri atas kaca tembus pandang itu
Memang tak tau gerun bdk2 nih


Dan ini gambar di GF
ada pulak bola2 mcm bola gym nih 
Berebut2 nak duduk

Pengamatan aku
Tak banyak kedai
Takde Aeon,Parkson,Tesco dlm nih
Yang banyak kedai makan
Kedai lain yang jual barang2 mcm baju,kasut-x byk sgt

Aku rasa kalo nak makan mmg sesuailah
Kalo nak shopping bagai
Aku rasa baik Alamanda lagik
Sbb byk pilihan

Utk org beranak ramai mcm aku
Sini mmg sesuai sbb tak ramai sgt orang 
Nak jln senang
Amusement park ,kedai jual mainan pun aku tak nampak
Jadi super jimat utk aku
Hahahaha!!

Fast food yillek!
Aku x nampak @ mmg takde
Byk fusion food
Concept open dine in & jugak fine dine in
Ada nampak kedai thai kat tgkt 10 tuh
Next time blh cuba jgk

Apapon yang berdekatan
Blhler g jengah2 cuci mata
Tak pun try makan kat situ
Mana tau ada yg kena dgn selera


Opss lupa nak letak gambar big boss nih
Masa nih makan kat Level 1A
Kedai makan nama MyRecipe

Ok,itu sahaja nak share
Kot ada yang berminat nak g jln situ!!

No comments: