Pages

27 September, 2012

sentap + serik :(

sebagaimana aku meroyan sebelum ini
agak pening dgn trip nak ke Kuching kali nih
aku masih belum jupe van/kereta sewa lagik

ada yang aku berkenan
aku dah confirmlah dgn dia semalam
dia mintak booking deposit fee rm300
aku katalah ok!

aku bagitau dia tggu hari ni
aku baru dpt transfer payment segala
kebetulan hari nih
adalah hari huru-hara sedunia
adik aku ada operation lutut
kat hosp Putrajaya

aku dok temankan dia
kesian dia dgn epidural bius
sampai nak buang air pun payah lepas operation tuh!!

pagi2 buta MR H nih sms aku tanya $$$
aku kata belum trfr lagik sbb M2U aku problem
aku kata tggu sampai petang
aku kata lagik..suh dia email package dlm email aku
tggu pas sudah tak hantar2

sedang kalut dgn adik aku
MR H nih sms aku
"awak nih confirm ke tak,kalo tak nak-dah ada orang lain nak booking pun"
masa tuh pukul 3pm

aku nih hangin
hello ko tak tau nak sabar ke ??

tapi aku jawab sms dia

"kan saya dah janji,saya akan bayar hari ni..bagi saya masa sampai petang ni..paling lewat lepas maghrib saya akan buat payment..tapi kalo betul encik dah ada orang lain nak booking-silakan..saya takde hal nak cari pakej lain..encik tak perlu mengugut macam nih..sila berurusan secara professional.so dengan begini layanan awal encik pada saya- saya rasa elok saya batalkan awal2..saya pun rasa tak seronok nak berurusan dengan cara begini"

kan...dah melepas peluang meniaga

orang melayu meniaga
semua nak cepat
semua nak pantas
nak deposit kalo boleh lepas confirm -1/2 jam lepas tuh nak kena bank in dah
langsung takde budi bahasa
langsung takde skil nak amik hati client 
langsung takde bagi time-frame

dan ini antara sebab kadang2 aku suker berurusniaga dgn bangsa lain
sungguh aku cakap!!

even kalo rega mahal sikit pun
tapi kalo kualiti baik
servis mantap
PR excellent
sure aku akan jadi repeat customer punya

aku ada pegang satu prinsip dalam berurusniaga
tak kisahler..dr bab kedai makan-kedai runcit
servis domestik
aku masih mengamalkan mereka2 yang pandai berbudi bahasa
yang excellent serba serbi
biar apa bangsa pun
kata CUSTOMER ALWAYS RIGHT KAN!!
 
kutuklah aku 1000x pun
this is fact..

biarlah orang nak kutuk aku
taknak tolong orang MELAYU meniaga
tapi sebenarnya orang MELAYU yang meniaga nih lah tak tahu nak tolong diri sendiri

totally masih ada peniaga MELAYU yang bagus , yang telus
yang jujur
tapi sorry--kes2 yang melibatkan aku
jarang2 sangat yang melekat dalam kepala

its true
its really wasted !!

mode :sentap & serik!!

* masih mencari lagik van tour trip ke kuching 12/10 nih..siapa ada contact number?boleh tolong!!

ishhhhh geramnya!!!

 

 





4 comments:

zailamohamad said...

aku sebagai seorang peniaga pon tak pernah nak paksa2 orang masukkan deposit macam tu..hak aku risau kalau pelanggan dah masuk duit tapi aku pula tak boleh nak pos cepat2..nanti customer marah je..haisy..

Dr Singa said...

cari je van lain..

ibuafiqahhuzaifah said...

salam,

kita ni nak tolong melayu meniaga tp melayu pun xnak tolong kita..acaner tu?

moga berjalan lancar trip ke kuching nnti!

~SaTo OrEo~ said...

berapa orang pergi kuching nnt..saya baru balik dari bercuti kat sana last 2 weeks.. dapat sewa kereta murah jugak.. van tak sure lah ada ke tak.. kalau nak contact person sewa kereta sy boleh bg.. (tetiba termasuk blog ni secara tak sengaja) ..:p