Pages

27 May, 2009

My adorable daughter

Semalam ain request kat aku
pg2 buta dlm 6.15am
nak potong kek roll dia
isi dlm tupperware
kata dia nak bg kwn2 dia
so aku ptglah 5 keping
letak dlm tupperware
aku rasa macam happy sikit
sinced ain dah mula pdi sharing
dah mula pdi berkwn
dia sebut nama 2-3 org kwn dia kat taska
aku pun dah naik hafal

so ptg semalam bila aku tel dia
tanya dia bg tak pd kwn2nya kek dia tuh
suddenly dia tak mau ckp dgn aku
bila aku tanya papa dia
rupanya dia bwk balik tupperware tuh

balik umah dlm kul 7pm
aku tanya dia
nape ain tak bg pd kwn2 ain?
dia kata " diorg taknak mama"
sayunya hati aku..
aku betul2 sayu..
kdg2 ada benda yg seorg mama tak mampu buat utk anaknya
membeli kasih-syg seorg rakan buat anaknya
kalo lah aku mampu
sglnya aku buat utk dia

but aku proud
dlm usianya yg baru 3 tahun
dia dah mula pdi berkawan
dan mula pdi express kasih-sygnya

smg suatu hari nanti
ain pdi memilih kawan
mencari teman yg baik
dan jupe sahabat terbaik

25 May, 2009

JALAN2 HARI MINGGU

Semalam aku , papa & ain
pg2 buta dah merayap ke Masjid Jamek area
after breakfast kat taman kosas
dlm kul 9.45am
gi tempah baju melayu papa
gi cari kain cotton nak buat baju kurung si ain
dan beli kain ela utk mak mertua
sinced aku & family nak balik kg
mungkin pd 3/6 nih
aku amik cuti dlm 3 hari
kalo lepas ler..

balik dr masjid jamek tuh
merayap pulak pg jusco
papa kena cari hadiah
utk wat exchange pulak
ain pulak mengaruk nak anak patung barbie yg harganya rm119
mengamuk aku
kat umah tuh mainan dia
smp dah takde tpt nak simpan dah
even dkt rak tv pun penuh mainan dia
pening kepala aku
at last papa dia pujuk
baruler dia beralah
amik mainan ABC-123
harga dlm RM9.90
jadiler..ain mmg suka ABC ..

dlm kul 2.30pm after lunch kat foodcourt
aku cabut g umah mak
tgk si imran buat hal
kat sana tgk adik aku,abg adi,abg amir pun ada
abg amir dah bwk girlfriend baru pulak..
hhehehhe..
kes tak settle lg kat mahkamah
dah ada girlfriend
mampus dibuat dek org lelaki nih
kalo aku jd ex-wife dia
sure hangin satu badan
nak wat cammana..
dah takde jodoh namanya!!

oklah esok aku smbg citer lagi..
dah nak mula keja nih..bubye

22 May, 2009

check up routine

Semalam aku pg check-up
alhamdulillah kali nih dr tak berapa nak mengaruk sgt
since Hb aku dah ok
reading dlm 13.8
in fact aku bukanlah rajin sgt
makan vitamin yg dia bg
malas hampeh bak kata papa..
hehehhe..
semalam aku amik injection ATT B
alahai sakitnya tangan kiri aku
kebas semacam
dan dah rupa macam baby lps kena inject
by 3pm aku mula tak sdp badan
rupanya aku demam
mmg doktor ada bgtau
amik injection ni kalo sesapa yg tak tahan
mmg akan demam punya
balik umah dah pukul 7pm
aku masak ala-kadar
main dgn si ain yg becok tuh
sibuk mengajak aku main warna2
sinced opah dia hadiahkan pencil warna kotak yg besar utk dia
yg penatnya aku & papa dia ler
sbbnya dia colournya sikit
yg lebih2nya aku & papa nya ler kena buat
hampeh kelapa..

so next month aku punya check-up
by 22/6
on 30w pregnancy
kali nih
rasa hati aku kuat mengatakan
anak dlm kandungan ku ini
kemungkinan besar adalah "girl"
kalo org tanya nape aku cakap mcm tuh
aku tak blh nak explain
tp aku rasa macam tuh
aku & papa mmg nak anak lelaki
tp si ain sibuk nak baby girl
anyhow aku tak de lah kisah sgt
as long as the baby sihat
dan mudah utk aku jaga kelak

aku sibuk mencari confinement nanny skrg nih
since aku akan bersalin bulan posa
aku malas nak menyusahkan mak
lgpun kesian kat papa yg akan berulang jauh ke tpt kejanya
aku rasa boleh jer setakat nak berpantang sendiri
tp mungkin minggu pertama slps melahirkan
aku perlu someone to assist jugak
nak mandikan baby & masak
by the 2nd week mungkin dah ok kot
skrg ni ubat2 pantang
dah moden
even nak bertungku pun ada yg jenis moden
macam guna steam tuh..
so aku rasa aku boleh buat sendiri
cuma kena belajar barut perut lepas tuh..

tgklah macammana
aku tak decide apa2 lg
hopefully sumernya akan dipermudahkan
bersalin mudah
jaga budak mudah
dan berpantang pun mudah
so tahun ni raya ala2 kadar gt
since tgh pantang kan...
uhukkk...
uwaaa..tak bestnya!!

20 May, 2009

my beloved hubby

disaat kandungan ku yg mula mencapai usia 26w
aku betul2 lelah
bak kata mak aku
perutku besar macam org dah cukup bulan
mmg aku sendiri merasakan betapa besarnya perutku ini
umpama dah 8-9 bulan
aku betul2 lelah
penatnya membawa amanah Allah ini

namun dlm melayan kelelahanku ini
aku bersyukur kerana punya seorg suami
yg sgt understanding
dia melayan segala kehendakku
dr sekecik2 smp sebesar2nya

dia mencari segala yg aku teringin nak makan
suamiku bukan jenis romantik
tp dia selalu buat aku happy
masa aku mengaruk nak minum air tebu
mungkin bunyi macam kelakar tp 1 ampang dia mencari
atlast masa pg wedding kat Sg Buloh baruler jupe tgh jalan
aku teringin nak makan laici
dia ttp cari walaupun x jupe
yg jupe mak aku
aku nak makan bubur pulut hitam
smp aku dah terlupa
tiba2 balik keja tgk ada bubur tuh dalam peti ais
alahai sweetnya

kali nih bila aku balik keja
dia akan terus ke kedai
tapau nasi ke..nasi grg ke
sbb dia tau mmg aku tak larat
sbbnya bila dah smp ke umah dkt 7.30pm
mmg aku exhausted sgt
nak melayan si ain yg becok tuh lg
nak membasuh baju
melipat kain baju
mmg byk sgt keja nak buat

w/apapun aku ttp merasakan
mungkin inilah resam r/tangga
yg saling melengkapi
dan saling memahami
semoga kasih-syg aku & papa
will last forever & ever
love you papa..

19 May, 2009

my neighbour sadness story

semalam balik dr keja dlm kul 7.20pm
aku tgk umah neighbour aku yg indian
macam meriah semacam
aku pun tanya pd papa
ada apa kat umah uncle
papa kata
mungkin ada kematian
sbb dgr bunyi org meratap-menangis

tgh dok borak2
dtg seorg indian depan pagar
mungkin relative dia
ohhh rupanya anak uncle & aunty yg cacat tuh
dah past away
kesian dia..
rupanya last few year uncle & aunty
lost another daughter due to the same cases
tp mmg pun
jarang dgr org yg cacat
ala2 down-sindrom tuh
hidup mmg x lama
kesiannya..

wpun mereka berlainan agama
aku still rasa the sadnessnya
hr nih hari penyempurnaan mayatnya
kata relative dia tuh
the body will be burn by tdy
this morning sblm pg keja
aku & papa smpt jupe uncle
just nak ucapkan takziah
semoga both of them
akan lebih tabah hdknya

16 May, 2009

New office..

Aku dah mula duduk di tempat baru ku ini
sama je aku rasa
sinced revised gaji...alhamdulillah!
syukur mungkin rezeki anak baby dlm perut ni
bolehler nak tarik nafas sikit
aku tak rasa apa lg
yg aku tau buat keja macam biasa
dan jgn buat hal ..hehehe..
jgn banyak MC macam dulu & rerajin buat keja

kat umah skrg ni
keja macam biasa tak pnh habis
aku sgt sibuk
balik umah melayan ain yg makin buat perangai
makin mengada2 since dpt tau nak boleh baby nih
tapi w/macammanapun aku still melayan kerenah dia
dia dah makin bijak
dah pandai menjawab
dan makin malas
skrg ni cukup susah nak mintak dia buat apapun
nak mintak amik botol susu sendiri pun
dia boleh reply"malas" kat aku
hehehe..
walau apapun aku happy melayan kerenahnya
makin keletah
& aku lihat anak aku dah nampak macam girl dah
dia dah mula simpan rambut panjang
sgt cute!

hujung bulan ni
aku akan mula membeli baju baby
dan beberapa kelengkapan lain yg aku rasakan perlu
tp kali ni aku lebih prepared
sejak dah bergelaar ibu selama 3 thn nih..
aku dah tau apa yg patut aku beli
dan apa yg tak patut aku beli
so kira dah expert sikitlah
aku & hubby jenis rajin menjelajah mall
merata kitorg merayap
yg paling rajin SOGO & JUSCO ler
bg aku itu jelah tpt yg paling best nak shopping
harga berpatutan & banyak pilihan

baby dlm perut ni dah mula aktif
dah mula belajar mengeliat
mungkin jugak belajar somersault kot
tiap2 hari aku akan terkejut2
malam pun payah nak tido dah
tak kena gaya nak tido
mengiring ke kanan tak kena
ke kiri pun tak selesa
menelentang lg tak best
pendek kata mmg tak bestlah..
kesian aku!!
dah mula merasakan tido malam yg x berkualiti

apapun aku tak sabar nak tgk baby baru nih
yg kelam-kabut skrg adalah papa
aku suruh dia cari nama baby
suruh dia siap bajet aku nak bersalin
hehehhe.. kesian papa!!

09 May, 2009

Month of Celebration..hurray!!

lamanya aku menyepi kan..
bukan saje tak update blog..tak update emel jugak
aku bukan sahaja sibuk tp jugak dgn keadaan aku skrg
aku dah masuk ke minggu 25
means dah 6 bulan lebih
aku mula mengah..
sgt debab rasanya kali nih
berat terakhirku 22/4 yg lepas dah 64kg
berat giler..

last 30-4-2009
ulangtahun perkahwinanku yang ke 4
aku & suami serta ain
pg dinner kat COZY AMPANG
kalo org lain g dinner tggl anak
aku & suami mmg tak reti nak tggl anak even pd mak aku
aku jenis sanggup kelek anak ke hulu-ke hilir
zaman berduaan dgn suami
bg aku dah lama berlalu
aku & suami ku rasa semacam kalo dia takde
apa yg aku rasa yek..
bg aku thn ke 4
kasih-sayang & cinta serta kepercayaan
pada suami & r/tangga kami
makin bertambah
aku sgt sygkan suamiku
baik & buruk dia aku terima
dan begitu juga yg aku harapkan dr suamiku itu
to my beloved hubby
"i love you so much & im always wiill"

8hb may 2009
semalam hr jadi ain yg ke 3 tahun
semalam jugak hr jadi emak ku yg 60 thn
akhirnya aku buat hr jadi ain kat umah mak
yg dtg kesemua adik-beradikku
ain happy sgt
sumer pakcik & makcik dia bg banyak hadiah
dia pun suka sgt dpt kek disney princess nya
yg aku tempah 3 hari lebih awal
utk emak ..
aku belikan handbeg polo
share dgn adikku & abgku
bolehler dia melaram nak ke KK hujung bulan ni nanti

hari nih aku merayap ke KBMC
tgk anak ijah yg terbaru
yg baru lahir semalam
alah cutenya anak dia
and then aku merayap ke SOGO
cari kasut ain sepasang
takder apa hadiah utk dia
kebetulan ain mmg suka kasut
koleksi kasut dia melebihi koleksi kasut papa & mamanya
tgk baby fair kat sogo gak
gila babas !!
balik umah dlm kul 2pm..
ain tertido kat seat belakang
smp umah suruh papa dia angkat letak atas katil
tp tiba2 papa dia kata
cuba rasa badan ain nih..
oppsss..ain demam ker..
panas sgt bdn dia
ntah apa lah kenanya anak aku nih
sinced dok kat nursery nih kerap sgt dia demam
mulaler dia merengek
kesian anak aku
semoga tak melaratlah hdknya..
aku cukup risau kalo ain demam lama sgt
mau ke klinik jugak rasanya
tp aku selalu standby PCN dgn Sub -PCN
kalo tak mau kebah sgt
aku selalunya masukkan Ubat PORO-sub pcn tu kat dlm pgg dia
selalunya mmg cepat kebah
malam nih tak tido lenalah aku
ain selalunya merengek malam2 kalo dia demam panas
inilah pengorbanan ibu kan
bg aku sejak ada ain
tido malam jarang dpt lena
aku melayan nightmarenya
kadang2 tgh2 malam dia menangis
belum lagi time nak mtk susu..mtk sirap
kuatkan kipas angin..pasangkan selimut dia
popok..dodoi dia tgh malam
itulah keja aku tiap malam
tp w/apapun aku ikhlas demi anak aku
aku nak dia tido lena sepanjang malam

dan esok hr ibu
aku tak harapkan apa2
cuma bila ain dah besar dia akan mengerti betapa sayangnya aku pd dia
s/mana aku menyayangi mak yg tlh melahirkan aku
mungkin aku belum cukup berjaya
alhamdulillah..aku ada keja tetap skrg
ada family yg lengkap
aku dah dibekalkan dgn ilmu yg cukup utk menjamin masa depanku
dibesarkan dlm keadaan yg sederhana tp bg aku memadai
cukuplah..
aku membesar dgn seorg ibu yg sgt tabah
dia membesarkan aku seorg diri tanpa "abah"
aku merasa hdp macam org lain
aku terlalu bersyukur & lebih bersyukur
kerana jadi anak emak
semoga ALLAH panjangkan usia emak
dan berikan kesihatan yg baik buat emak
utk ibuku
AINEE bt MAT
SELAMAT HARI IBU
kaulah ratu hidupku..
sekarang aku sedar betapa besar kasih syg seorg ibu
setelah aku ada ain

aku cuba utk terus mengupdate blogku ini
insyaallah kalo aku ada masa..
semoga dilapangkan waktu ku
jupe next entry
tak tau biler...
ahaks...