Pages

16 May, 2009

New office..

Aku dah mula duduk di tempat baru ku ini
sama je aku rasa
sinced revised gaji...alhamdulillah!
syukur mungkin rezeki anak baby dlm perut ni
bolehler nak tarik nafas sikit
aku tak rasa apa lg
yg aku tau buat keja macam biasa
dan jgn buat hal ..hehehe..
jgn banyak MC macam dulu & rerajin buat keja

kat umah skrg ni
keja macam biasa tak pnh habis
aku sgt sibuk
balik umah melayan ain yg makin buat perangai
makin mengada2 since dpt tau nak boleh baby nih
tapi w/macammanapun aku still melayan kerenah dia
dia dah makin bijak
dah pandai menjawab
dan makin malas
skrg ni cukup susah nak mintak dia buat apapun
nak mintak amik botol susu sendiri pun
dia boleh reply"malas" kat aku
hehehe..
walau apapun aku happy melayan kerenahnya
makin keletah
& aku lihat anak aku dah nampak macam girl dah
dia dah mula simpan rambut panjang
sgt cute!

hujung bulan ni
aku akan mula membeli baju baby
dan beberapa kelengkapan lain yg aku rasakan perlu
tp kali ni aku lebih prepared
sejak dah bergelaar ibu selama 3 thn nih..
aku dah tau apa yg patut aku beli
dan apa yg tak patut aku beli
so kira dah expert sikitlah
aku & hubby jenis rajin menjelajah mall
merata kitorg merayap
yg paling rajin SOGO & JUSCO ler
bg aku itu jelah tpt yg paling best nak shopping
harga berpatutan & banyak pilihan

baby dlm perut ni dah mula aktif
dah mula belajar mengeliat
mungkin jugak belajar somersault kot
tiap2 hari aku akan terkejut2
malam pun payah nak tido dah
tak kena gaya nak tido
mengiring ke kanan tak kena
ke kiri pun tak selesa
menelentang lg tak best
pendek kata mmg tak bestlah..
kesian aku!!
dah mula merasakan tido malam yg x berkualiti

apapun aku tak sabar nak tgk baby baru nih
yg kelam-kabut skrg adalah papa
aku suruh dia cari nama baby
suruh dia siap bajet aku nak bersalin
hehehhe.. kesian papa!!

No comments: