Pages

01 September, 2008

SALAM RAMADHAN

Selamat menyambut ramadhan 1429H utk seluruh umat islam.Seronok sbnrnya berada di bulan puasa nih..banyak kelebihannya..wpun penat sikit kena bangun awal pagi nak prepare food utk bersahur tp jauh di sudut hati aku ikhlas demi utk suami tercinta.

Hari pertama ni rasanya akan pg berbuka puasa di rumah mak..selalunya adik-beradik ku akan berkumpul disana pada awal Ramadhan gini.Seronoknya!!

Masa ni lah mak akan masak macam2 nak menjamu anak-menantu & para cucunya yang makin hari makin bertambah tiap2 tahun..hehehe..

Tahun ni aku akan cuba lebih banyak pg menunaikan solat terawikh..tidak spt tahun lepas dimana terpaksa menjaga buah hhatiku yg masih kecil lagi..waktu itu anakku tak pandai berjalan pun lagi..so kali ini mungkin boleh kot nak kuheret sekali si ain ke masjid menunaikan terawikh..

To all readers..selamat berpuasa & menambah saham di akhirat!Rebutlah bulan promosi pahala besar-besaran yang ALLAH SWT kurniakan utk kita..Amin..

No comments: