Pages

13 September, 2017

Marriage be like!

Sehari dua ini aku ingin menulis.Jadi blog ni berupdatelah satu –dua perkara sebelum aku malas mencoret.Sabtu lepas aku melapangkan diri menghadirkan diri bersama keluarga ke majlis walimah sahabat/superior lama di Rawang.

 

Pada mula aku mendapat jemputan melalui whatsapp, sedikit terkejut kerana mengetahui bahawa sahabat ini telah pun berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki.Siapa yang tak terkejutkan..tetiba dapat jemputan kawin dari dia.Tapi aku berlagak selamba,sambil reply whatsapp dari beliau-menyatakan akan hadir jika tiada aral melintang beserta ucapan Tahniah buat beliau.

 

Risik demi risik barulah ketahuan cerita dimana sahabat ini telah kecundang dalam rumahtangga yang sebelum ini, isunya tak perlulah aku kupas panjang lebar.Jadi mengumpatlah pulak kan.Cerita yang aku ingin sampaikan adalah Ajal,Jodoh & Pertemuan serta rezeki dibawah ketentuan Allah swt.Kita merancang,Allah jua yang merancang dan rencana Allah swt juga yang terbaik.Masyaallah.

 

Berkahwin bukan semata-mata nak menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan,Tetapi ia sepatutnya hadir dengan pakej sayang-menyayangi,hormat pasangan,tolong-menolong,saling melengkapi serta dibajai dengan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas seorang suami,isteri serta menjadi susuk ibubapa kepada anak-anak.Perkahwinan aku & suami telah mencecah usia ke 12 tahun, still ada ups & down.Ada benda yang aku faham dia, ada jugak benda yang masih aku tak faham.Contohnya, motif letak tisu dalam poket seluar hampir setiap hari.Same goes to husband, adakalanya sangat memahami, adakalanya haram kelaut!

 

Kecik hati,geram dengan suami tu biasa,Cuma bukan menjadi kebiasaan untuk berlarutan.Kalo aku kecik hati, aku lebih suka silent treatment.Aku tak herankan dia,tak bercakap dengan dia.Itu mmg style aku, aku mmg jenis akan senyap kalo aku sentap.Sebab kalo aku bersuara, takut runtuh bumbung rumah.

 

But still sayangkan dia & hormatkan dia sebagai suami.Dia lelaki yang Allah tentukan untuk aku, kekurangan dia aku terima apatah lagi kelebihan dia.Setiap waktu solat,aku tadah tangan semoga Allah memelihara rumahtanggaku dan melorongkan yang terbaik dalam keluarga ku hdknya.

 

Bagi aku sebagai isteri, kalo suami mengamuk-jangan masuk campur,Senyap aje.Kalo dia diam dah cool baru kita bersuara.Kena banyak tolak ansur,cuba jauhkan benda yang dia tak suka.Jangan demand tinggi sangat, apa sahaja dia bagi-terimalah dengan tangan terbuka.Aku isteri yang bekerja, aku nak beli emas-aku kumpul duit aku sendiri untuk beli.Tak pernah lagi sejak berkahwin aku tadah tangan kat en papa mintak duit nak beli emas.Sejak dua menjak baru berjinak2 beli emas online, sbg instrumen lepas sesak.Sama juga kalo aku nak beli pakaian,kasut @ tudung, aku usahakan sendiri.Kalo suami hulur duit tolong bayar itu dikira sbg Bonus!Kalo takde pun,aku hidup jugak,Aku bukan jenis orang yang sangat bergantung pada suami.Lantaklah orang nak kata apa,selagi aku tak menyusahkan orang lain.Aku takmo kerana isu remeh temeh sampai nak bergaduh suami isteri.Kalo dia hulur duit lauk, aku amik..kalo tak hulurpun aku beli aje guna duit aku.

As simple as that.Dah kawin dengan orang2 biasa, apa sangat expectation ko.Hiduplah seadanya.Asalkan ada rumah tempat berteduh.ada cukup makan & pakai..ada duit sekali sekala berjalan tgk tempat orang.Jadikler kan..Hiduplah dibawah kemampuan kita,jangan sampai berhutang segala bagai.

 

Itulah rumahtangga namanya..dont expect too much or else you will end up suffer.Cuma kena redhalah,sebagai isteri..kita niat halalkan duit Ringgit kita untuk segala belanja dalam rumahtangga tu.Suami pulak jangan amik kesempatan,kena main peranan jugak.Isteri tu hanya membantu sahaja, bukan solely bread winner nak kena tanggung seisi rumah.Sebab itu Allah dah tetapkan nafkah itu tanggungjawab suami.Kena usaha jugak para suami,cukupkan keperluan anak isteri kerana Allah d ah tetapkan begitu.Kena selalu cakap dengan isteri,mohon isteri halalkan duitnya jika isteri banyak membantu.Isteri ni dia tak kisah sangat duit-ringgit dia, dia pun bekerja untuk bantu suami kan.Cuma, jangan melampaui batas sampai duit rokok pun isteri nak kena tanggung kan!!

 

Apapun berjuanglah untuk rumahtangga yang telah lama kita bina, lagi2 kita dah ada anak2.Anak2 makin membesar,mereka memerhati dan kita adalah contoh terdekat.Jangan malu peluk isteri/suami,sayang suami/isteri depan anak2..kerana sedikit perkara ini anak2 judge kita sbg ibubapa yang bagaimana.Being supportive dengan apapun minat pasangan,jangan kondem pasangan secara membabi-buta-kalo nak tegur sila berhemah,Jangan gunakan bahasa yang kesat,berkasih sayanglah dalam menegur,Isteri ni orangnya lembut hatinya..jika kena gaya tegurannya..i/allah isteri tu akan dengar jugak.Menegur suami jugak kena ada skill, sebab lelaki ni Allah cipta dia dengan pakej Ego jugak.Bukan mudah tapi tak susah jugak sebenarnya.

 

Untuk adik2 yang bakal mendirikan rumahtangga,all the best of luck.Belajar ilmu rumahtangga dan jangan takut buat silap kerana kesilapan merupakan pelajaran terbaik dalam hidup.Belajar masak sebab suami tu tetap mahu makan dari air tangan isterinya, dan suatu hari nanti kita ada anak-kita pasti mahu anak kita makan dari air tangan kita.Dulu masa baru kawin,aku langsung tak pandai siang ikan.Keja siang2 ikan ni mmg keja en papa, tapi at the end –aku belajar jugak.Dan sekarang masih belajar jugak, still mengadap google kalo nak try resepi baru.Ilmu itu takkan pernah habis, jangan malas aje keywordnya!

 

Buat kenangan,gambar kami 

12 years and still counting

AdiLynn 


*my partner in crime!loves you to the moon & back


No comments: