15 September, 2017

Kun-fa-yakun!

Malaysia Berkabung Lagi

 

Satu Malaysia dikejutkan dengan berita kebakaran Maahad Tahfiz yang terletak di Keramat,KL.Allahuakhbar.Bukan sedikit nyawa yang melayang,bukan sedikit air mata yang tumpah.Malaysia berkabung lagi menjelang hari Malaysia yang bakal disambut 16/9/17 esok.

 

Tak perlulah kita menuding tangan menuduh siapa yang betul siapa yang salah.Benda dah terjadi,Cuma marilah kita mengambil ibrah(pengajaran) dari tragedi yang menyayat hati ini.Dan sedekahkan Al Fatihah buat semua mangsa yang terlibat & tumpang berdoa semoga keluarga mangsa diberi kesabaran melalui ujian paling getir ini.Ujian kehilangan bukan semudah ujian kereta dilanggar atau ujian rumah dimasuk penyamun,sakitnya disini..dalam hatiyang paling dalam.Tiada ubat atau kata2 yang boleh menjadi ayat penyembuh,hanya masa yang memujuk kesedihan sang ibu,kesayuan sang ayah yang kehilangan anakanda tersayang.Allahuakhbar..nak menyebut pun rasa sebak apatah lagi nak melaluinya sendiri.

 

Berita Sekolah Agama , Darul Tahfiz & Pondok agama yang terbakar memang selalu kita baca didada akhbar mahupun disiarkan dalam tv.Kurangnya dana,pengurusan melalui duit yuran yang tak seberapa serta infak rakyat dermawan yang tiada ketetapan amaunnya.Namun tetap sekolah seumpama ini menjadi pilihan para ibubapa,betapa kurangnya sekolah agama bantuan kerajaan apatah lagi sekolah integrasi bermodulkan tahfiz di Malaysia in,kalau adapun skor pemilihan adalah ketat dan bukan semua layak mendaftar sebagai pelajar.Ada yang harga yuran melambung tinggi atau skor ketat pemilihan,jadi untuk mereka yang marhaen ini,bila ada peluang & ruang mereka tak fikir 2-3 kali untuk mendaftarkan anak2 mereka ke sekolah swasta agama yang mampu dari semua segi tanpa ada masa nak telek faktor keselamatan.Tengok sahaja harga yuran pendaftaran untuk Tadika Premium macam Genius Aulad,Little Caliph-bukan semua orang mampu.Itu baru yuran tadika, belum lagi SRA.Kalau ibubapa berkemampuan ,aku yakin takkan ada ibubapa yang sanggup memperjuangkan nasib anak-anak bersekolah di kawasan yang kurang fasiliti dsbgmya.Janganlah sesuka hati menyalahkan mak-pak yang membuat keputusan menghantar anak2 kesekolah seumpama itu.Tiada mak-pak yang taknak berikan yang terbaik untuk anak2 jika itu dibawah kemampuannya.

 

Pengusaha atau mereka yang membuka sekolah seumpama ini,pasti dah berikan segala yang terbaik mengikut kemampuan mereka.Ini sekolah rakyat yang dibiaya mungkin dari duit poket sendiri @ Ehsan wakaf yang ada.Ini bukan profit oriented organization.Bukan untung besar manapun,asalkan cukup belanja mengurus,boleh bayar gaji guru & kakitangan,boleh settle bil api,air dan beri keperluan asas utk anak2 murid belajar.Siapa tau berapa gaji Ustaz/Ustazah ni..mungkin tak sampai RM 1500.00 pun.Tiada siapa yang mahukan tragedi ngeri ini berlaku pada sesiapapun.Faktor keselamatan mungkin perkara yang sangat enteng @ diambil mudah buat kebanyakan rakyat Malaysia.

 

Tak payah sebut pasal sekolah,balik telek rumah masing2 yang bergrill bagai atas bawah,depan-belakang.Yang mana satu grill rumah anda yang boleh dibuka & tutup?Kalo boleh dibuka pun,pasti dah ada padlock disitu.Mana letak duduknya kunci padlock tu jika berlaku kebakaran dirumah kita?Jangan kata peratusan kebakaran dirumah adalah kecil.Tengok keliling rumah kita, berapa banyak extension(multiple plug) yang kita gunakan.Kalo kat TV aje berapa extension plug yang kita gunakan,rumah aku..kat TV sahaja ada 4-TV,ASTRO,Internet UNIFI,Internet TV.Belum lagi plug dalam dapur,ice box,rice cooker,hod,oven.Dalam bilik jangan kiralah.Ini semua penyumbang litar pintas.Berapa banyak pulak pendawaian haram-bijak pandai yang kita buat.semata2 nak tambah  plug tanpa ambil kira janakuasa yang ada dalam rumah tu.Rumah siapa yang ada Fire Extinguisher yang berharga RM 800 seunit tu dirumah?Sebab itu aku kata,bukan kita orangnya nak judge itu-ini.Faktor keselamatan tanggungjawab bersama,hatta sekecil dapur dirumah boleh membinasakan sebuah rumah.

 

Cadangan aku sebagai pembayar cukai,rombaklah rancangan Malaysia-rombak semula bajet nanti-naikkanlah peruntukan untuk membina lebih banyak Sekolah Agama Integrasi untuk rakyat Marhaen.Kerajaan ada dana untuk membina sekolah yang serba cukup,lengkap dengan fasiliti serta terjamin dengan isu keselamatannya.At least selain membina infrastruktur pengangkutan awam taraf dunia,apalah salahnya membina sekolah.Berapa banyak lambakan graduan Pengajian Islam yang masih menganggur sekarang ini.Disinilah boleh disalurkan khidmat bakti mereka,mendidik anak bangsa bijak belajar dunia & akhirat,membina sahsiah & peribadi kelas 1.Kementerian Pendidikan perlulah berganding bahu dengan Jabatan Agama Islam-menstrukturkan syllabus yang sesuai ataupun mengunapakai sahaja syllabus SRAI yang dibawah kelolaan kerajaan Negeri sekarang.SRAI yang ada kat Negeri Selangor khususnya sangat sikit bilangannya,nak masuk pun bukan mudah.Tapisan demi tapisan dibuat.Jadi inilah antara cadangan yang boleh dipertimbangkan.

 

Marilah kita berdoa semoga Allah tidak menguji kita setahap itu,semoga Allah beri yang terbaik buat kita semua.Semoga Allah juga yang boleh memelihara keselamatan kita semuanya.Tiada sesuatupun yang berlaku tanpa keizinan dari Allah swt hatta gugur daun sehelai dari atas pokok pun perlu dengan izin Allah swt.Kun fa yakun!

 

Al fatihah buat semua mangsa syahid ini.Allah menguji kita sekali lagi Malaysia,semoga Allah beri yang terbaik selepas ini.

 

Hari ni hari mendung umpama alam sama berkabung dengan pemergian anak2 ini.Allahuakhbar !!

 

Berehatlah para syahid,berlarilah & bermainlah kamu ditaman firdausi.Jangan lupa tarik tangan ayah & ibumu nanti dipintu syurga –semoga terhimpun kita semua disyurga firdausi.Masyaallah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...