07 September, 2017

Auni @ 8 tahun

17-8-2017

 

Tarikhnya si Auni melangkah ke usia 8 tahun.Macam baru sgt aku mengandung & struggle masa dia kecik dulu.Budak yang asik sakit aje dulu,budak yang membawa tangis & tawa pada kami suami isteri.Diduga dengan isu kesihatannya yang macam roller coaster sejak umurnya 4 bulan.Tapi kehadiran dia membawa 1001 rezeki juga buat kami sekeluarga.Elok Auni 2 bulan, kereta baru mama keluar.Kami berjaya beli rumah landed Semi-D dengan rega RM 190K sahaja masa di berusia 3 tahun ,bayangkan value rumah tu waktu tu sebenarnya RM 350K & en papa dapat pindah tempat kerja sekangkang kera -depan rumah.Allahuakhbar, banyak sgt kalo nak disebut rahmat disebalik ujian membesarkan Auni ni.Tak tersebut banyaknya.

 

Auni membesar menjadi anak yang mudah sekarang ni.Walaupun ada jugak rebelnya tapi dia merupakan pelajar yang cemerlang setakat ini.Mengalahkan kak Ain jauh ketinggalan.Otaknya cepat tangkap dan mudah faham.Alhamdulillah.Mama masih terngiang2 lagi di telinga,kata mak “dia menguji kamu waktu dia kecil,i/allah bila dia besar dia akan banyak memudahkan kamu”Auni  membesar sebagai anak yang sangat prihatin,dia selalu faham kadang2 ada permintaan dia yang terpaksa aku katakan tidak.Almaklumlah,mama & papa makan gaji.Kami bukan orang senang tapi cukup apa adanya.Jadi dia bukan anak yang demanding sgt.

 

Semoga anak mama berjaya dunia & akhirat hdknya.Mama berharap Auni akan terbuka hati jadi doktor bila dah besar nanti,supaya bila Auni besar nanti Auni boleh bantu kanak2 yang senasib dengan Auni jugak dulu.Mama dok beranganlah nak sorang anak mama jadi doktor,berangan tak salah..Tapi apapun minat anak2, memang mama & papa akan terus beri dorongan,dan berdoa selalu semoga anak2 jadi anak yang taat & sayang-menyayangi antara satu sama lain.Berdoalah yang baik,doa ibubapa tu kan takde filter.Marilah kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita.

 

Since tarikh hari lahir Auni baru ni jatuh pada hari sekolah & jugak Auni tengah exam SRA pulak,makanya tak kemana kami.Kami pergi makan kat restoran western yang ala2 dekat kawasan rumah.Auni suka Chicken Chop,jadiler makan kecik2.Sambutan hari jadi merupakan event keluarga kecil kami,biarlah kecik pun janji mesti semua ada & makan dimana sahaja tuan punya birthday request.

 







19-8-2017-barulah ada sambutan birthday Auni yang diadakan di rumah opahnya.Sekali dengan tahlil arwah anak sedara & juga majlis kesyukuran masuk rumah baru Cik Nee.Aku masak soto,mak pulak buat nasi lemak.Adalah pudding marble kakak ipar buatkan,ada kek sebiji,popiah Cik Nee & buah-buahan.Jadikler..buat kecil-kecilan,Itupun mama pengsan teruk malam tu,tido tak sedar diri.Penat yaa rabbi!

 

Antara gambar yang sempat mama snap guna hp aje ni.Buat kenangan digital kekdahnya.




Happy Birthday Auni
Mama & papa serta Ain & Adeeb sayang Auni
Semoga terus mengorak kejayaan

No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...