Pages

14 September, 2017

Cuti?


Vacay
Short retreat
Weekend getaway

Maksudnya tetap sama
Mencari tempat menarik untuk dilawati,
Merasa makanan popular di sesuatu penempatan
Hotel yang menarik
Berendam di kolam renang yang cantik
Meredah hutan belukar atas misi adventurous
Berjalan di gigi pantai acah2 romantis kononnya
Buffet breakfast style makan ala raja2 
Ataupun melakukan aktiviti bersama ahli keluarga

Peluang, ruang,masa & rezeki tak semudah menyebutnya
Ada yang suka bercuti dalam Negara
Ada yang berkemampuan mahu bercuti di luar Negara meskipun luar negaranya hanyalah Indon @ Thai sahaja..still oberseas maaaa…

Ada yang suka memandu sendiri
Ada yang jadi sawan tiapkali AA buat tiket free seat promo
Ada jugak yang lebih adventure naik tren @ menaiki bas express shj
Semuanya berbeza mengikut minat & keutamaan

Aku suka jugak bawak anak2 bercuti
Jika ada kemampuan, ada masa & ada tempat yang menarik
Tapi dah lama tak bawak anak2 berjalan
Setakat bawak anak pegi mandi kat Lagoon tak acilah kira bercuti kan
Last sekali bawak anak ke Langkawi tahun lepas raya CNY
Travel naik kereta,naik feri,cari kereta sewa
Kenangan sungguh!

Ada niat nak bawak anak ke KK
Masyaallah
Niat ni dari 5 tahun yang lepas
Dari sebelum tahu mengandung si Adeeb
Aku dah beli tiket ke KK untuk kami 4 beranak rega rm 700+
Lepas tu UPT positif,aku mengandungkan si Adeeb
Tiket yang dibeli tu tarikhnya bersamaan dengan usia Adeeb dalam kandungan adalah 7 bulan lebih
Makanya aku batalkan aje,kebetulan pulak AA nak tukarkan tarikh flight-aku terus amik peluang untuk dapatkan refund.
Sampai ke sudah tak sampai2 lagi ke KK kami ni
Bila ada duit, masa pulak tak ngam
Bila ada masa, duit pulak sendu sgt
Hahhahaha

But still niat ni dok c/f dari 5 tahun smplah skrg
Tapi rasanya tahun ni sampai hujung tahun
Xde kot rencana nak ke KK unless dapat duit terpijak 2.6billion!!
Kena simpan duit utk 2 wedding yang wajib pergi pada penghujung Nov & awal Dec ni

Budak2 nak naik sekolah lagi
Panjang umur,tahun depan 3 orang anak2 akan bersekolah semuanya
Ain masuk darjah 6Auni naik darjah 3 & Adeeb akan masuk tadika umur 5 tahun
Makanya perbelanjaan sekolah anak2 bertambah lagi
Mengurus kewangan supaya barang sekolah anak dapat dibeli,pakaian seragam baru utk anak2 dapat diganti serta alat-alatan lain yang bukan sikit2 hargamya di zaman GST ni
Makanya keutamaan perbelanjaan sehingga hujung tahun ni adalah untuk fokus pada sessi buka sekolah 2018

Sepatutnya aku ke Bali pada 21/9-24/9
Tapi entah kenapa berat hati nak ikut trip ni.
Mengenangkan si Ain yang akan exam UPKK 2 mggu lagik.
W/pun trip ini dibiayai 100%,hanya bawak duit poket nak beli jajan aje jika mau
Mungkin bukan rezeki aku kali ni
Lain kali..i/allah.

Actually, 2/12 aku ada booked hotel kat Penang.Konon nak bawak anak2 explore Penang 2-5/12/17 tu..tapi rasanya terpaksa dibatalkan sebab wedding sepupu rapat pada 9/12/17.Aku plan awal nak g Penang then terus balik Terengganu.Tak sangka pulak wedding sepupu nak diadakan pada 9/12/17.Takkan aku nak g Penang-balik Terengganu & patah balik ke utara semula pada 9/12/17 tu,sangatlah membuang masa disitu..Nak tukar tarikh pun,harga adalah tak berapa nak munasabah.Aduhai..kesian kat anak2,mama pun kesian jugak sebab mama yang beria nak ke Penang jugak tu!So belum ada kata muktamad lagi, tunggu ilham jatuh dari langit.

Apapun,kembali kepada rezeki & keizinan Allah swt.Aku yakin kita merancang,Allah jua merancang & dia adalah sebaik2 perancang.Bercuti atau tidak bukan pengukur sebuah kebahgiaan,yang penting kebersamaan kita sekeluarga.Itu yang lebih penting dari segalanya.

Untuk mereka yang bakal bercuti,rancang percutian anda betul2,pastikan percutian anda berbaloi.Have fun yea!!Tiada yang lebih bermakna selain meluangkan masa bersama keluarga..Priceless!!




 *wishlist 2018-Pulau Perhentian










2 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku pun lama rancang cuti2 mcm tu...tp biasanya end up dgn pergi pantai balik hari atau balik kampung...gara2 ekonomi yg tak mantap, perlu utamakan yg perlu dahulu...

mama lynn said...

Nizam,
Yealah..kena prioritize mana yang lebih penting.Smg Allah murahkan rezeki kita semuanya.Ameen